Archive for November, 2013

Musim anugerah tiba lagi. Anugerah Skrin 2013 tahun nie diacarakan oleh Faizal Ismail,Awal Ashaari & Nad Zainal.

PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2013

Filem Terbaik = KIL
Drama Terbaik = Mawar Putih Tanda Perpisahan (Astro)
Drama Rantaian Terbaik = Surat Dari Langit Biru (TV3)
Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013 =Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (TV3) **Drama ini juga memenangi Kategori Fresh Program Award dalam Anugerah Shout Award! 2013
Pengarah Terbaik Filem = Nik Amir Mustapha (Filem : KIL)
Pengarah Terbaik Drama = Erma Fatimah (Drama: Aku Bukan Malaikat (TV3))
Lakon Layar Terbaik = Nik Amir Mustapha (Filem : KIL)
Lakon Drama TV Terbaik = Mazelan Manan (Drama :Mawar Putih Tanda Perpisahan (ASTRO))
Videografi Terbaik = Mohd Faizal Mohd Ali (Drama :Mawar Putih Tanda Perpisahan (ASTRO))
Pelakon Lelaki Terbaik Filem =Shaheizy Sam (Filem : SAM)
Pelakon Wanita Terbaik Filem =Christina Suzzane (Filem : KIL)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama = Wan Hanafi Su (Drama : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Astro))
Pelakon Wanita Terbaik Drama = Umie Aida (Drama: Aku Bukan Malaikat (TV3))
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem= Khir Rahman (Filem : Rock Oo!)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem=Miera Liyana (Filem : Pecah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama = Hasnul Rahmat (Drama: Tunggu Sekejap (RTM1))
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama = Izreen Azminda (Drama:Perempuan Itu Ibuku (TV3))
Artis Harapan Pantene =Shasha Al Khred (Drama: Kawan (RTM 2))
Drama Komedi Terbaik = Mentua Vs Mentua (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik = Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Rancangan Realiti Terbaik = Maharaja Lawak Mega 2012 – Astro (Khairul Nizam Jamaludin)
Rancangan Muzikal Terbaik = Anugerah Juara Lagu 27
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik =Salam Muslim: Aceh – Hikmah Di Sebalik Tsunami
Laporan Khas Berita Terbaik = Buletin Utama : Kanta K-Pop
Rancangan Bual Bicara Terbaik = Bella (Fakhrunnisa Hamdan)

PERSEMBAHAN

PERSEMBAHAN 1 :PEMBUKAAN
Babak filem KL Gangster oleh Adam Corrie & Adi Putra dengan background music Nyanyian oleh Hazama (Lagu: Paksi Simetri). Penghujungnya, muncullah Rosyam Nor.

PERSEMBAHAN 2: RANTAIAN DRAMA KANAK2 POPULAR TV3 DAN DRAMA RANTAIAN POPULAR RTM
Amir Jauhari – Lagu : Opah (Drama Opah)
W.A.R.I.S, JUZZTHIN & DJ FUZZ – Lagu: Cili Padi (Drama Cili Padi) 

PERSEMBAHAN 3: SEGMEN MENGENANG KARYAWAN LAMA
Lagu Idola nyanyian Azlan & Typewriter,Johan Asha’ari (played piano)  & one lady playing violin

PERSEMBAHAN 4: Tarian
Persembahan tarian oleh Juara ShowDown AllStarz : Elecoldxhot

PERSEMBAHAN 5: Lagu dari Filem popular tahun 80-an ;Sumber Ilhamku & Ali Setan
Persembahan dari Roy = Filem Sumber Ilhamku
Fauziah (Ogy) Datuk Ahmad Daud = Wajah Rahsia Hati (Filem Ali Setan)

PERSEMBAHAN 6: Soundtrack Pilihan Penonton
Persembahan Hafiz & Adira = Muara Hati (OST Drama Adam & Hawa)

PERSEMBAHAN 7: PENUTUP
Medley lagu dari Filem Azura dipersembahkan oleh Jamal Abdillah.

Menantu Datin Izzah

SINOPSIS (cr Kaki Novel)

Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anak lelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?

APA YANG MENARIK?

Penceritaan yang menarik & kelakar. Love all the characters.

1. Penerangan karakter keempat2 anak lelaki Datin Izzah. Anak sulung Amar Haziq blhlah dikatakan kategori arrogant. kriteria perempuan idaman nak yang kaya cz katanya boleh bantu dalam kerjaya die suatu hari nanti. Anak Kedua : Aiman Sabri – akibat penyakit kemurungan, ada 2 personality.pernah berkahwin tetapi bercerai cz penyakit die.i love interaksi die dgn Ain.sweet jer. Anak ketiga, Aqeem. Dah bertunang tp dpt tunang yg kerek giler. die boleh dikatakan lelaki yg sweet & baik. yg bongsu plak Aqram. Ala2 bad boy mcm tu ar. Paling kelakar bila Aqeem & Aqram mengaku nak jadikan Ain as isteri. Sampaikan Datin Izzah pening kepala. Mana taknya, Aqeem tunang orang & Aqram masih belajar lagi.Aiman plak hanya anggap Ain as adik.

2. Konflik cinta Amar Haziq & Ain. Amar ingatkan Aiman sukakan Ain tetapi apa yg die tidak tahu adalah Aiman sebenarnya masih cintakan wife die, Nabila. Aiman jadi tidak terkawal kerana dia cemburu melihat Amar rapat dengan Nabila cz die sayangkan bekas isterinya itu. Semua menyangkakan Aiman cintakn Ain termasuk Amar. Untuk kebahagiaan adik, Amar buat segalanya supaya Ain bencikan die. Well endingnya, Happy ever afterlah cz Amar bersama dgn Ain. Semua family member terkejut dgn kenyataan yg Amar fell in love with Ain cz smua tahu Ain xde ciri2 perempuan yg Amar nak (towards the end of the cerita barulah keluarga Datin Izzah tau yg Ain anak Tan Sri.

3. Watak sampingan yg sengal

Nenek = nyanyuk & neneklah punca semua anak2 Datin Izzah igtkan Ain org gaji cz nenek panggil Ain “Neng”

Makcik Zainab = penyeri cerita.watak ala2 drama Queen.

Maksu Syida =Makcik Ain yg sama2 sengal dgn Ain + Garang

Paksu Zul = Lelaki yg setia pd cinta wpun kekasihnya telah mati. toward end of cerita, die jd “teman gaduh” maksu syida

My Rating

10/10

Justifikasi : I susah nak stop sebab teringin nak tahu apa yg terjadi.

Tika Cinta Bersuara

My Rating

10/10

Justifikasi : I susah nak stop sebab teringin nak tahu apa yg terjadi.

SINOPSIS (cr to Kaki Novel)

Atika Azlea dan Sarah Umairah, meskipun dilahirkan dari rahim yang berbeza, kasih sayang antara mereka begitu kukuh sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati. Cinta yang mengaburi mata hati menyebabkan Sarah kehilangan seluruh hidupnya dan membawa dia jauh dari Atika. Mimpi yang bertandang dan rindu yang menggunung akhirnya memaksa Atika mengubah pemdirian hati untuk kembali semula ke pangkuan Sarah. Kegembiraan yang dirasa bertukar menjadi mimpi buruk bila rahsia yang tersimpan terbongkar.Biarpun tersentak dengan berita kematian Sarah, Atika tekad untuk menuntut bela atas kematian saudaranya itu. Sekalipun nyawanya terpaksa digadai, dia tetap akan pastikan yang pembunuh itu membayar segala ‘hutangnya’. Asyraf Rizman, peguam muda anak sahabat ayahnya… Firdaus Helmi, saudara tercinta yang sama-sama membesar dan Inspektor Zaquan, pegawai kacak yang mengendalikan kes Sarah, dengan kehadiran mereka segalanya dirasakan seperti mudah namun tanpa dia sedar, ada rintangan yang akan melanda.Mampukan dia mengharungi semua dugaan dalam mencari dalang di sebalik apa yang berlaku? Dan siapakah dia pembunuh sebenar yang dicari?.

MY FEEDBACK:

Pada mulanya ingatkan normal plot untuk cinta tiga segi tapi sebenarnya berkisar tentang penyiasatan Atikah untuk mencari pembunuh Sarah. Plot penceritaan yang menarik di mana pembaca jugak berdebar2 untuk tahu siapa pembunuh sebenar. Bg I yang suke baca langkah2 “terpaksa” membaca setiap muka surat kerana takut tertinggal Klu.

Apa yang menarik:

1. close relationship between Atikah, Sarah & Helmy. Wpun Sarah dah mati tetapi die sering muncul menemani Atikah & kadang2 Helmi pun dapat melihat Sarah. Akibat terlalu rapat, Helmy sanggup korbankan diri dia kerana nak “ikut” Atikah bersama Sarah. Tetapi semestinya Sarah pujuk mereka berdua untuk “balik” ke dunia asal.

2. Elemen ghaib : Atikah digambarkan mampu melihat orang2 yg sudah meninggal. Yang membuat sedikit seram bla orang2 yg mati yg berkaitan dgn Kes Sarah muncul di depan Atikah. (seeloknya jangan baca sorang2 if otak suke nak imagine)

3. Kekeliruan on siapa pembunuh sebenar.Penceritaan watak Rizal, Asyraf & Inspektor Zaquan menunjukkan mereka bertiga calon yg sesuai. Tetapi Rizal bukan pembunuh. Tinggallah sama ada Asyraff atau Zaquan kerana plot cerita banyak menggambarkan mereka berdua calon yg sesuai kerana mereka adalah org yg rapat dengan Atikah.Dan….pembunuhnya ialah…….Zaquan. Kerana dia terlalu obsess dengan Sarah sampai sanggup membunuh Sarah , shamsul dan semua yg dirasakan akan mengganggu ketenangan dia untuk menyembunyikan bahawa dia adalah pembunuh.

Good Job writer.