My Review: Novel Menantu Datin Izzah by Alina Haizar

Posted: November 21, 2013 in Novel
Tags: , ,

Menantu Datin Izzah

SINOPSIS (cr Kaki Novel)

Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anak lelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?

APA YANG MENARIK?

Penceritaan yang menarik & kelakar. Love all the characters.

1. Penerangan karakter keempat2 anak lelaki Datin Izzah. Anak sulung Amar Haziq blhlah dikatakan kategori arrogant. kriteria perempuan idaman nak yang kaya cz katanya boleh bantu dalam kerjaya die suatu hari nanti. Anak Kedua : Aiman Sabri – akibat penyakit kemurungan, ada 2 personality.pernah berkahwin tetapi bercerai cz penyakit die.i love interaksi die dgn Ain.sweet jer. Anak ketiga, Aqeem. Dah bertunang tp dpt tunang yg kerek giler. die boleh dikatakan lelaki yg sweet & baik. yg bongsu plak Aqram. Ala2 bad boy mcm tu ar. Paling kelakar bila Aqeem & Aqram mengaku nak jadikan Ain as isteri. Sampaikan Datin Izzah pening kepala. Mana taknya, Aqeem tunang orang & Aqram masih belajar lagi.Aiman plak hanya anggap Ain as adik.

2. Konflik cinta Amar Haziq & Ain. Amar ingatkan Aiman sukakan Ain tetapi apa yg die tidak tahu adalah Aiman sebenarnya masih cintakan wife die, Nabila. Aiman jadi tidak terkawal kerana dia cemburu melihat Amar rapat dengan Nabila cz die sayangkan bekas isterinya itu. Semua menyangkakan Aiman cintakn Ain termasuk Amar. Untuk kebahagiaan adik, Amar buat segalanya supaya Ain bencikan die. Well endingnya, Happy ever afterlah cz Amar bersama dgn Ain. Semua family member terkejut dgn kenyataan yg Amar fell in love with Ain cz smua tahu Ain xde ciri2 perempuan yg Amar nak (towards the end of the cerita barulah keluarga Datin Izzah tau yg Ain anak Tan Sri.

3. Watak sampingan yg sengal

Nenek = nyanyuk & neneklah punca semua anak2 Datin Izzah igtkan Ain org gaji cz nenek panggil Ain “Neng”

Makcik Zainab = penyeri cerita.watak ala2 drama Queen.

Maksu Syida =Makcik Ain yg sama2 sengal dgn Ain + Garang

Paksu Zul = Lelaki yg setia pd cinta wpun kekasihnya telah mati. toward end of cerita, die jd “teman gaduh” maksu syida

My Rating

10/10

Justifikasi : I susah nak stop sebab teringin nak tahu apa yg terjadi.

Comments
  1. Anonymous says:

    thanks bagitau ending novel ni

  2. bintangungu says:

    Welcome

  3. […] MY REVIEW : NOVEL MENANTU DATIN IZZAH – ALINA HAIZAR […]

  4. christina thia bebeh.. says:

    novel ini makin menarik minat saya untuk membacanya..i love this novel..

Leave a comment