NOVEL REVIEW : CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA – AINA MALNA

Posted: December 31, 2013 in Novel
Tags: , ,

Image

SINOPSIS

Saat kau lafazkan cinta, dirimu sudah terpahat dalam hati namun cintaku kepada Ilahi lebih agung daripada cintaku buatmu.
“Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” – SON MIN HYUK
“Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” – AIMIN HAZWANI
Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.
Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.
“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. – AIMIN HAZWANI
“Tapi… saya sebenarnya dah…” – SON MIN HYUK
“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” – AIMIN HAZWANI
Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.
Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.
“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF
Siapakah Adam Yusuf?

MY REVIEW

Bagi orang yang tak pernah ke korea macam I, seronok baca description tentang lokasi2 menarik kat korea.  Jalan cerita simple tapi menarik. Bagaimana perkenalan Aimin & Min Hyuk endingnya both of them fall to each other. Tetapi Aimin sedar ada banyak halangan terutama untuk status agama, keluarga & Aimin telah ditunangkan dengan kenalan keluarga. Adha such a nice guy & memahami. Same goes to Min Hyuk. Dia akur dengan keadaan mereka berdua especially dalam keluarganya (Pakcik Min Hyuk) berkahwin dengan wanita melayu. Syaqila (cozen Min Hyuk) yang asalnya menghalang kisah cinta Aimin & Min Hyuk kerana die taknak kisah parent die berulang. Her mom kene tunggu many years untuk diterima & finally become part of family after syaqila lahir. Mulanya tak suka jugak syaqila ni tetapi bila die bgtau reason, so ok lah. Die jadi best frenz Aimin.

Fariz berdendam sebab Aimin sebabkan majlis kahwin die dengan Nadia (BFF Aimin) batal sebab Aimin dapat tau yang Fariz just nak dapatkan harta keluarga Nadia. Dendam tu akhirnya buat Aimin koma akibat cedera. Dalam koma dia experience jumpa Min Hyuk yg ucapkan Selamat tinggal kat dia. Rupa2nya Min Hyuk dah lama convert & menggunakan nama Adam Yusuf.

Towards the end of the story smua org kesayangan Aimin cerita kat die macam mana mereka akhirnya merestui hubungan Aimin & Min Hyuk. Dalam senyap2, Min Hyuk (Adam Yusuf) memperkenalkan dirinya pada org2 sekeliling Aimin & menjelaskan status diri sebenarnya. Semua bercerita, Maksu, Kak Tina, Adha & parent Aimin.

Penutup novel: Rupa2nya both Aimin & Min Hyuk pernah bertemu sewaktu kecik.

MY RATING:

Am struggling enough completing the novel, because tak tahu macam mana nak stop.Hhahaha.

7/10

Advertisements
Comments
  1. nobody says:

    Aslkm
    sbnrnye sy dh baca kt internet bab 1-20
    Cuma xdpt lgi nk baca bab 21 hingga akhir ..
    Boleh saya baca bab tu?

  2. nobody says:

    Saya nk bca sgt2 bab tu
    mmmm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s