NOVEL REVIEW: BILA LAGU CINTA BERGEMA – WARDINA AISYAH

Posted: January 8, 2014 in Novel
Tags: , , ,

Image

SINOPSIS: cr LoveNovel

Membesar tanpa kasih sayang ibu dan nenek kandungnya, hidup Balkish sering saja dihiasi dengan airmata. Hanya kepada Batrisya si kakak kandung, seluruh harapannya disandar. Namun tatkala rasa cinta di hati dikongsi dengan lelaki yang sama, Balkish terpaksa mengalah dan melepaskan cintanya demi sebuah pengorbanan.
Setelah bertahun masa berlalu, Balkish mula membina hidup yang lebih tenang di kota. Namun perkenalannya dengan Hariz yang digelar Mr. Alligator mula mencipta pelbagai warna dalam setiap harinya. Mr. Alligator memang bijak menggoda, tapi tidak pernah setia kepada satu cinta. Sungguh, Hariz memang layak disamakan dengan buaya!
I rindu nak dengar suara you, wajah you, and everything about you. You buat I macam orang gila!” – Hariz
Segila-gila sikap Hariz, Balkish lebih tertekan dengan permintaan gila ibunya. Dia didesak supaya berkahwin secepat mungkin demi kebahagiaan rumahtangga kakaknya. Si ibu bimbang jika ada cinta lama berputik semula. Tapi dengan siapa dia mahu berkahwin jika calonnya langsung tiada?
Namun tanpa Balkish sedari, ada cinta di hati kukuh terpatri. Kali ini bukan mainan, bukan kosongnya omongan, tapi sebuah perasaan nyata yang dipenuhi rasa cinta!
“Tak ada yang mustahil, Balkish. I benar-benar cintakan you. I nak kahwin dengan you. Kalau you tak cintakan I… you boleh belajar untuk menyintai I. Kita kahwin ye?” – Hariz
Dalam keadaan serba salah, tertekan dan terdesak, akhirnya Balkish bersetuju mengahwini Mr. Alligator yang tidak pernah tersenarai sebagai calon lelaki idamannya. Biarpun berkahwin tanpa cinta, namun Balkish tetap mengajar dirinya mencintai si suami seadanya. Namun badai rumahtangga melanda apabila dia menjadi kebencian si ibu mertua dan adik iparnya sendiri. Kehadiran Syarifah Ezora juga semakin menyukarkan langkah kaki Balkish yang ingin mengejar bahagia. Mampukah Balkish terus tabah melalui satu persatu dugaan demi sebuah cinta yang baru terbina? Dan bila lagu cinta bergema, masihkah dia mampu tersenyum bahagia?

MY SUMMARY REVIEW:

Balkish anak isteri kedua, dibenci Tok Mak & Mak tiri tetapi disayangi kakak tiri. Mak tiri tau sejarah cinta Balkish dgn husband anaknya, Eidham, so suruh Balkish cepat2 kawen kerana die takut Balkish & Eidham akan buat anak die sedih. The only calon yang ada ialah Mr. Alligator a.k.a Harriz, si playboy terhormat. Tapi rumahtangga kakak tiri, Batrisya goyah sekejap kerana Batrisya jumpa surat cinta & dapat tau Eidham yg tinggalkan Balkish & Batrisya rasa bersalah kerana die rampas bahagia Balkish. Mak tiri pon sedar. Balkish tolong satukan balik Eidham & kakak tirinya. Mak tiri terima Balkish sebagai anak. Eidham sedar die sayangkan isterinya & gembira isterinya pregnant.

Selesai satu kes, kes kedua timbul kerana mak mentua tak suke sbb die bukan menantu pilihan. Pilihan ibunya adalah Sharifah Ezora yg gedik and penuh pura2.  At the same time dua org bekas kekasih lama Harriz (Dhia & Amylia) berpakat nak singkirkan Balkish dari hidup Harriz then pastu mereka akan bersaing sesame mereka untuk dapatkan Harriz. Rancangan Berjaya. Harriz decide taknak ceraikan Balkish tapi die taknak hidup together dgn Balkish. Bahasa pasarnya = digantung tak bertali. Masa ucapan tu dilafazkan, Balkish keguguran kerana ditolak and mengejar Harriz. Balkish dapat tahu Doktor Ilham yang selalu menegur & dicemburui Harriz adalah pakciknya. Dr Ilham carik kakak die yang dihalau dr keluarga kerana kahwin lelaki Islam. Tetapi kakaknya dah meninggal so die berjanji nak jaga anak saudaranya, Balkish.

Lepas segala kisah sedih tu, Balkish sambung belajar. After few years, Harriz still hidup normal wpun rindukan Balkish. Kawan Dhia, Azura bagitau real story kat Harriz. Then Amylia mati kerana Dhia rancang nak bunuh. Mak Harriz menyesal selepas tahu perangai sebenar Ezora.

After a few series of aktiviti memujuk, akhirnya Balkish terpujuk then they live happily as a family.

MY RATING:

7/10
Permulaan agak bosan jugak sikit kerana more on main Tarik tali by Harriz & Balkish. Masuk 2/4 daripada cerita, dah start okay .
Setiap Bab dimulakan dengan lirik lagu. Hahahaha…rasa macam karaoke jer baca lirik lagu sambil ingat macam mana muzik.

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    10/10

  2. review yg straight to the point tqvm.

  3. bintangungu says:

    Thanks all for the comment

  4. wardina aisyah says:

    Thanks for your comments… =)

  5. bintangungu says:

    thanks to you too..goodluck for next novel

  6. Anonymous says:

    novel ni lain dari yg lain harap2 dpt tgk cite ni djadikan drama bestttttttt

  7. bintangungu says:

    I think, if dijadikan drama mungkin ok sikit rasanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s