NOVEL REVIEW : HADIRKAN CINTA BUAT AKU – TULIP UNGU

Posted: January 27, 2014 in Novel
Tags: , ,

Image

SINOPSIS : INTENS IDEA

NOVEL SUMMARY:

SARA: Sara melarikan diri drpd bapa saudaranya yg ingin mempergunakannya dan bersembunyi di halaman rumah sebuah banglo lalu tertidur di situ. Keesokkan hari dia ditemui tuan rumah dan dijemput masuk. Pn Sy Raziah tersentuh melihat Sara melayan cucunya dan terus menawarkan Sara bekerja menjadi orang gaji.

SY ZIQRI : Duda kematian isteri. Terlalu sayangkan arwah isteri sehingga mengabaikan anaknya yg masih bayi. Tertarik dengan penampilan Sara kerana first time melihat perempuan yang sangat naïf. Jauh berbeza dgn arwah isterinya dan perempuan2 lain yg bergaya & sofiskated.

SARA – SY ZIQRI : Atas pujukan Pn Sy Raziah + memikirkan kepentingan anaknya, Sy Ziqri setuju berkahwin dgn Sara. Malangnya, selepas malam pertama, Sy Ziqri beritahu yg dia tidak mencintai Sara dan membayangkan arwah isterinya ketika bersama Sara. Selain itu, Ziqri menawarkan kawan baiknya, Azmizy untuk mengahwini Sara. Paling sakit hati, bila dapat tahu Sara mengandung, Ziqri melarikan diri ke England. Selepas 5 thn, Ziqri balik dengan tujuan untuk menceraikan Sara dan mengahwini kekasihnya, Sy Letisha ( sepupu arwah isteri yg wajahnya seiras arwah isteri). Tetapi lain dirancang lain yg jadi. Ziqri jatuh cinta pada Sara tetapi ada beberapa halangan. Antaranya:

  1. Sara sukar menerima Ziqri atas apa yg telah dilakukan Ziqri 5 thn lepas. Dia bertahan untuk kekal menjadi isteri kerana mengenangkan nasib anak2nya.  Untuk memujuk, Ziqri menjalankan tanggungjawab seorang bapa dan mengambil berat anak2nya.
  2. Fazry – duda anak satu yg merupakan jiran satu taman. Anak Fazry berkawan dgn anak sulung mereka. Ziqri cemburu dan berterus-terang kat Fazry bahawa dialah suami Sara yg tidak bertanggungjawab. Pernah meluahkan perasaan terhadap Sara tetapi Sara menolak kerana di hatinya hanya ada Ziqri.
  3. Sy Letisha yg selalu memberi peringatan kpd Ziqri akan janji mereka untuk berkahwin. Setelah Ziqri pasti dia mencintai Sara dan menolak Tisha, Tisha menggunakan pengaruh bapanya, Datuk Sy Daud. Peluang cerah bila dapat syarikat Ziqri ada masalah. Datuk Sy Daud sudi membantu dgn syarat Ziqri bertunang dgn Tisha. So, mereka sempat bertunang tetapi setelah menyedari betapa cintanya Ziqri thadap Sara, Tisha mengundur diri.
  4. Azmizy- 5 thn seblm tu, die menolak tawaran Ziqri tetapi setelah 5 thn dan melihat ketabahan Sara ketika Ziqri meninggalkannya, Azmizy memberitahu Ziqri yg dia ingin memikat Sara. Ziqri menghalang. Penghujung novel, Azmizy tertarik dgn tealady di syarikat Ziqri, Tania (Ziqri pernah menolak Tania ketika Tania menggedik memikatnya)

Akhirnya, kekuatan cinta mereka menyatukan mereka. Penghujung novel, mereka sekeluarga bergembira bersantai di kolam rumah. Kehidupan mereka semakin bahagia dengan kehadiran anak ketiga, Irsyad.

MY RATING:
10/10
I suka novel ketiga Tulip Ungu ni berbanding 2 novel terdahulu, Kau Untukku dan Bukan Isteri Sempurna. Storyline menarik dan suka semua karakter dalam novel ini; Sara, Ziqri, anak mereka Emma & Amsyar, Pn Sy Raziah dan beberapa watak tambahan yg lain.
Paling seronok babak Ziqri sanggup menjadi pekerja pemungut sampah sampai jatuh longkang semata2 untuk melihat Sara kerana dia telah memutuskan mereka tidak akan berjumpa untuk tempoh 6 bulan.

Advertisements
Comments
  1. […] NOVEL REVIEW : HADIRKAN CINTA BUAT AKU – TULIP UNGU […]

  2. […] NOVEL REVIEW : HADIRKAN CINTA BUAT AKU – TULIP UNGU […]

  3. ekin says:

    dear…buar review kerana aku isteri bidaan… rasa mcm best…tp takut bila baca…x mcm yg diharapkan… hehe

  4. zana says:

    Kerana aku isteri bidaan mmg best. Baru je hbs baca. Thumbs up.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s