NOVEL REVIEW : MENCARI MR. CHARMING – ANNA LEE

Posted: January 30, 2014 in Novel
Tags: , ,

Image

SINOPSIS

NOVEL SUMMARY:

Penulis novel Lara Alisya (nama pena, Indah Lara) menerima emel kritikan daripada Indah Water. Indah Water memberitahu dia terpaksa membaca novel Indah Lara dan memberitahu Indah Lara bahawa Prince Charming seperti yang digambarkan dalam novel tidak wujud. Selain itu, Indah Water sentiasa menyuruh Indah Lara meng’approved’kan requestnya untuk menjadi rakan Facebook.

Kisah bermula apabila housemate, Ayun, memberitahu akan berkahwin dan Lara kene mencari rumah. Tanpa disengajakan, Lara diterima bekerja sebagai baby-sitter anak ahli perniagaan terkenal Samsul Adli (Sam). Sam terpaksa mencari pengasuh untuk anaknya kerana dia akan ke US selama 3 bulan dan memerlukan seseorang untuk menjaga anaknya. Kerisauan Lara berkurang kerana anak Sam, Tania yang berusia 15 thn menerima kehadirannya. Kehidupan warna-warninya bermula kerana

  1. Sam menepati ciri-ciri Prince Charming yang disenaraikan dalam blog dan tulisannya.
  2. Berjiran dengan pelakon popular yg diminatinya yang akhirnya menjadi best friendnya, Fazrin. Selain itu, dia berjiran pula dengan Syikin, pelakon perempuan yang digosipkan bercinta dengan Fazrin. Syikin peminat novel Indah Lara.
  3. Dia boleh menjadi geng kamceng Tania yang gila-gila. Tania peminat novel Indah Lara.

LARA – FAZRIN : Mereka terus menjadi kawan rapat selepas pertemuan pertama. Fazrin membantu Lara mengubah imej dan mengajarnya cara untuk memikat Sam. Alasannya, bila Lara berkahwin dengan Sam, dia boleh mintak Lara membantu dia untuk melabur dalam syarikat penerbitan yang diidamkannya. Tetapi dia memang tidak percayakan kewujudan Prince Charming. Keakraban mereka membuatkan Tania merasakan mereka amat sesuai berpasangan tetapi keduanya menafikan.  Bermacam kisah menarik berlaku Antara mereka. Lara mengetahui Fazrin ialah Indah Water ketika Fazrin memberitahu yang dia akan berlakon drama adaptasi novel tulisan Indah Lara. Dia memberitahu dia terpaksa membaca novel kerana Syikin menyuruhnya membaca. Fazrin mengetahui Lara ialah Indah Lara sewaktu meeting memperkenalkan pelakon dan kru produksi drama adaptasi novel. Lara terpaksa terlibat dengan pengambaran kerana penulis skrip menunggu hari untuk bersalin. Ketika pengambaran di Cameron, akhirnya mereka meluahkan isi hati masing2. Fazrin mengaku dia jatuh cinta pada Lara ketika kali pertama melihat Lara. Dia mengutuk penampilan Lara kerana itu sahaja cara untuk dia mengelak hatinya dari mencintai Lara tetapi dia semakin patah hati apabila mengetahui Sam melamar Lara. Tambahan pula dia tidak menepati kriteria Prince Charming Lara. Akhirnya Lara mengakui yang typical malay guy juga mempunyai aura dan misteri sendiri. Penghujung novel, mereka bertunang dan menjadi berita hangat dunia hiburan.

LARA – SAM: Prince Charming Lara. Dia menepati segala ciri2 Prince Charming yang disenaraikan Lara. Sam juga jatuh cinta dengan Lara dan melamar Lara. Lara mulanya menganggap Sam ialah Indah Water kerana Sam memberitahu dia sentiasa menapis novel bacaan Tania dan tidak mahu Tania terlalu taksub dengan kisah percintaan romantic novel. Tetapi dia menolak dakwaan itu kerana memikirkan tidak mungkin Sam mempunyai banyak masa untuk menulis emel dan komen di FB. Paling menarik, Sam tidak mempunyai akaun FB.  Seperti Tania, Sam juga dapat melihat yg hubungan Lara-Fazrin bukanlah setakat kawan tetapi lebih dari itu. Akhirnya Sam menerima keputusan Lara menolak lamarannya setelah Lara menyedari bahawa Fazrin ialah orangnya.

SYIKIN : Walaupun watak Syikin kecil saja di dalam novel ni tetapi sebenarnya Syikin memainkan watak besar juga. Sebenarnya Syikin ialah ibu Tania dan isteri Sam. Mereka bercerai kerana Syikin mengejar popularity. Syikin bersama Fazrin kerana Fazrin mampu menjadi batu loncatan menuju populariti. Syikinlah yang membantu Lara memahami hati sendiri tentang siapa yang berada di hati Lara. Dia tidak mahu apa yang pernah terjadi kepadanya berlaku kepada Lara. Syikin memberitahu, Fazrin menyintai Lara. Setelah Fazrin – Lara mengakui perasaan masing-masing, Lara menyarankan Syikin mengubat semula hati Sam. Kerana dia percaya Sam amat mencintai Syikin kerana mengambil masa 15 tahun sehingga membuka hatinya semula untuk Lara. Tetapi Lara memberitahu agar Syikin berusaha untuk merebut semula peluang dan berterima kasih kepada Syikin. Penghujung novel not really sure penamat kisah Sam- Syikin. Ini kerana dalam status komen FB Tania untuk Lara, Tania ada menyebut perkataan Mama.

MY RATING:

9/10
– Sebelum membaca novel ini, I sendiri pun berfikiran sama seperti Lara. Mengharapkan kemunculan Prince Charming dan senarai kriteria Prince Charming yang Lara senaraikan dalam blog sebijik macam apa yg I senaraikan.

-Thanks to this novel, kerana penghujung novel, Lara menyenaraikan kriteria terbaik typical malay guy. Hmmm…can we mix and match kriteria untuk Prince Charming dan typical malay guy?

– Seronok baca komen2 dari rakan FB Lara.

-Ceritanya simple tapi enjoy membaca. I love her second novel sama macam I love her first novel, TERUKIR CINTA.

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    ending dia tunang jer ke???x kahwin…x dpt baby yg cute???

  2. Anonymous says:

    yezza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s