NOVEL REVIEW: CINTAI AKU BOLEH?-ILYNN NYRA

Posted: March 23, 2014 in Novel
Tags: , ,

Image

NOVEL SUMMARY

Sejurus selepas akad nikah, Qaira diceraikan dengan talak tiga oleh Syed Ashraff tanpa diberitahu sebab. Dengan perasaan marah & sedih Qira bersumpah bahawa akan tiba suatu hari di mana Ashraff akan menyesal dan meminta maaf tetapi dia memberi amaran bahawa pada masa itu tiada maaf bg Ahraff. Seminggu kemudian, Qaira dikahwinkan oleh abangnya Shazry dgn Tg Zareef demi menjaga kepentingan Qaira dan amanat arwah ibu mereka.

QAIRA-TG ZAREEF: Tg Zareef bersangka buruk terhadap Qaira dengan menganggap Qaira perempuan murahan dan atas sebab itulah dia dipaksa berkahwin dengan Qaira. Qaira pula sudah tiada perasaan untuk melayan dan menjadi seorang yg tegas. Ibu Zareef, Tg Radziah, abgnya, Tg Zameer dan kakaknya, Tg Zaleesa menerima baik kehadiran Qaira. Hidup Qaira-Zareef tidak sah tanpa bertengkar. Lama-kelamaan, Zareef mula merasakan bahawa dia semakin menerima Qaira tetapi kerana bersalah sangka Qaira mempunyai hubungan dgn lelaki lain dan abg iparnya, Tg Hazwan (suami Zaleesa), dia menjadi marah. Tetapi, setelah mengetahui akan perkara sebenar (Qaira menolong Zaleesa kerana suaminya sering memukul), Zareef menyesal lebih-lebih lagi kerana kebaikan Qaira menolong kakaknya, Qaira dipukul Tg Hazwan dan hamper menjadi mangsa rogol Hazwan. Qaira dimasukkan ke hospital dan Shazry (abg Qaira) datang memarahi keluarga Tg Radziah kerana membuat adiknya menderita. Akhirnya sebuah rahsia terbongkar di mana, Tg Zarina (ibu Qaira & Shazry) ialah adik ipar Tg Radziah yg diuang keluarga kerana mengahwini org biasa. Ini menjadikan Zareef – Qaira sepupu. Zareef menyesal dan berjanji akan menjaga Qaira.

Selepas itu, Zareef mula memikat Qaira yg akhirnya Berjaya membuka sedikit hati Qaira untuk dirinya. Muncul Trisha (bekas kekasih Zareef) dan Syed Ashraff datang menagih kasih. Selain itu, desakan daripada mentua yg inginkan cucu dan adik ipar , Tg Zareen (best friend Trisha) yg menjadi batu api menambah tekanan dalam hidup Qaira- Zareef. Qaira akhirnya disahkan mengandung tetapi menyembunyikan kebenaran bahawa kehamilannya akan membahayakan nyawanya lebih2 lagi apabila dia disahkan mengandung kembar. Tetapi kerana kasih & cinta kepada suami dia bertekad meneruskan kandungnnya. Trisha datang membawa fitnah dan Tg Zareen dengan dendam (Syed Ashraff merupakan kekasihnya sebelum syed Ashraff berkenalan dgn Qaira) Berjaya meracuni fikiran Zareef. Akibatnya, ketika dia merasakan dirinya ingin bersalin dan meminta tolong suaminya, Zareef yg ketika itu masih diracuni perasaan marah dan geram mengabaikan panggilan si isteri.

Qaira dimasukkan ke hospital kerana pendarahan. Seluruh keluarga memarahi Zareef kerana kecuaiannya menjaga isteri. Kembar Berjaya dilahirkan dengan selamat dan Qaira koma. Pembedahan terpaksa dilakukan untuk membuang rahim kerana jika tidak pendarahan sukar dihentikan dan membahayakan lagi nyawa Qaira. Zareef menyesal. Sepanjang Qaira koma dia mengabaikan dirinya dan anak2nya dijaga ibunya , Zaleesa dan Zareen (telah insaf).

Setelah bbrapa lama koma, akhirnya Qaira sedar dan dia kembali bersama keluarganya. AKHIRNYA Qaira- Zareef hidup berbahagia bersama anak2.

MY RATING

8/10
Jalan cerita menarik kerana di permulaan cerita sudah muncul konflik.  Sebab kenapa Qaira diceraikan oleh Syed Ahraff akhirnya terungkai pada babak2 terakhir novel. Rasanya terlalu banyak watak2 yg muncul dalam novel tetapi tidak dikembangkan sangat. Rasanya, if watak2 tersebut tidak muncul pun tidak apa.

Advertisements
Comments
  1. ain says:

    Bagi saya novel ini menarik sampai saya menitiskan air mata. lagipun penulis ini baru pertama kali dlm penulisan novel dan ini sangat menarik . Awesome

  2. bintangungu says:

    thanks Ain kerana sudi bg komen

  3. haritsu says:

    novel ini mmg best……..saya tidak pernah menghabiskan sebuah novel dalam sehari………novel ini juga membuatkan saya menangis

  4. NurulAinBintiAzizan says:

    Saya pernah ada novel ni tapi hilang ..so nk request nk beli lain hmm😔

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s