NOVEL REVIEW: KETIKA TAKDIR MENYAPA – JUE IDZDIHAR

Posted: April 8, 2014 in Novel
Tags: , ,

Image

MY RATING:
7/10
Tertarik dengan synopsis di belakang novel. Walaupun agak pening dan memerlukan masa untuk hadam tetapi hati tetap teringin nak membaca novel ini. Permulaan agak lembaplah jugak dan jujur saya katakana sy tidak faham permulaan cerita. Tetapi seiring dengan perkembangan jalan cerita, cerita juga semakin menarik. Saya suka membaca babak ketika berada di Tanah Arab, pengalaman individu yg berada di sana dan pertemuan2 insan. Tetapi cerita Nampak slow dan saya ambil masa juga untuk mendapatkan mood untuk menghabiskan novel. Penghujung cerita saya sifatkan agak menarik kerana penulis membiarkan pembaca tertanya2 apa sebenarnya yg terjadi kepada Pn Melati sedangkan yg sakit ialah Pn Sri Emilya dan ayahnya Pak Hassan.

NOVEL SUMMARY:

Julia Hana, anak kpd Tan Sri Aminuddin dan Pn Sri Emylia membuat persediaan untuk menunaikan umrah. Tetapi dia kemalangan setelah keretanya berlanggar dgn kereta Ikmal Muzafar, anak Datuk Ismail & Datin Ainah. Dengan keadaan yg tidak sihat, Julia Hana terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Tetapi kesan kemalangan menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad dan koma untuk bbrapa hari. Setelah sedar, dia memerlukan bantuan untuk mengurus dirinya. Atas dasar tanggungjawab, Amirul Mahfuz melamar Julia Hana supaya senang untuk dirinya menjaga Julia Hana sementalah Julia tidak mempunyai sesiapa.

Di Malaysia, Ikmal Muzafar berusaha memikat Aina Kamalia, sahabat baik Julia Hana. Ketika cinta bersambut, perjanjian keluarga meresahkan Ikmal walaupun perjanjian itu sebenarnya untuk abang sulungnya, tetapi abang sulungnya sudah lama tidak balik setelah ibubapanya tidak merestui akan cita-citanya menjalani ilmu agama. Pada masa yg sama, Tan Sri Aminuddin bertemu dgn Melati, isteri keduanya yg pergi meninggalkannya setelah diserang oleh Pn Sri Emylia. Rupanya, Aina Kamalia merupakan anaknya bersama Melati dan Tan Sri Aminuddin bertindak untuk hidup bersama semula dengan Melati. Ketika berada di Hong Kong untuk menyelesaikan masalah syarikat di sana, Tan Sri Aminuddin memarahi Pn Sri Emylia kerana sikapnya yg hanya tahu berbelanja dan membentak sekiranya hajat tidak ditunaikan. Akibat tamparan yg kuat, Pn Sri Emylia terhantuk bucu meja, tercedera, pengsan dan disahkan terkena serangan strok. Pn Melati menawarkan diri untuk menjaga. Di hadapan Pn Melati, Tan Sri Aminuddin menceritakan asal usul sebenar Pn Sri Emylia yg merupakan anak kandung pemandu mereka, Pak Hassan. Julia Hana kembali ke Malaysia dan memberitahu Ikmal bahawa dia tidak ingin mengahwininya. Ketika melawat Ikmal di hospital, Julia dan Aina tersentuh melihat babak pertemuan semula seorang anak dengan ibubapa dan adiknya. Datuk Ismail dan Datin Ainah lega kerana mereka tidak perlu risau akan janji perjodohan anak mereka dgn Julia Hana kerana Allah terlebih dahulu telah mengatur jodoh mereka. Persiapan diatur untuk majlis persandingan Amirul/Julia dan Ikmal/Aina. Ketika semua berada di dewan perkahwinan, Pn Sri Emylia dan ayahnya, Pak Hassan telah menemui sang Pencipta. Tetapi di dewan perkahwinan, Pn Melati rebah. THE END.

Leave a comment