NOVEL REVIEW : MENANTU VS MENTUA – DYADILA

Posted: April 14, 2014 in Novel
Tags: , ,

Image

MY RATING:
10/10

Selepas Doktor Cinta dan Giler Kau!, I love this novel. Penulis mmg bijak mengubah jalan cerita. Instead of typical way of mengambil hati mentua, Qeesya menjadikannya Nampak menarik. Menantu dan mentua sama2 berusaha dan berlumba untuk memikat hati Izz Rayyan. Memang kelakar dan so sweet of them. Persamaan mereka ialah SHAH RUKH KHAN. Paling kelakar, penghujung novel, menantu dan mentua berkongsi minat menunggang motosikal besar. Walaupun mereka sudah berbaik tetapi mereka still lagi tidak sependapat terhadap sesetengah perkara dan itu dianggap sebagai hiburan bg penghuni banglo. Kisah Qeesya & Khairul juga sangat sedih. Babak paling sedih (keluar jugaklah airmata) bila Rayyan meragui perhubungan Qeesya & Khairul (of course ada watak pengacau), Rayyan menampar Qeesya kerana Qeesya menampar adiknya,Rania, ibu angkat Qeesya meninggal dan Khairul meninggal dunia. Mmg sangat sedih sampai keluar air mata.

NOVEL SUMMARY:
Qeesya jatuh cinta kpd Rayyan setelah Rayyan menyelamatkannya ketika mereka sama2 terperangkap di dalam lif. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia sentiasa ingin berada di hadapan Rayyan. Yg uniknya kisah cinta Qeesya, dia jatuh cinta kepada orgnya tanpa mengetahui siapa Rayyan sebenar. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat tahu Rayyan merupakan CEO sebuah syarikat dan penerimaan ibu Rayyan yg menganggap semua perempuan yg mendekati anaknya adalah kerana harta semata2. Setelah bermain Tarik tali dan projek memikat yg dilancarkan Qeesya, mereka berdua akhirnya berkahwin. Berjaya mengahwini Rayyan bukanlah bermaksud misinya berjaya. Kerenah si ibu mentua memeningkan kepala. Keduanya berlumba dan mengenakan satu sama lain demi mendapat perhatian Rayyan. Qeesya kerap mengadu akan kerenah mentuanya ttp Rayyan cuba bersikap adil dan sentiasa mengingatkan Qeesya bahawa syurganya terletak di telapak kaki ibunya. Pd Tuk Wan dan Faez Qeesya bertahan kerana mereka menyokongnya. Walaupun begitu, hubungan dengan ibu & abang angkatnya sentiasa dijaga. Kehadiran Dahlia (cinta pertama Rayyan) dan ibunya tinggal bersama di rumah mereka memulakan konflik. Kerana harta, mereka merancang untuk memusnahkan rumah tangga Rayyan. Rancangan berjaya apabila Rayyan mula meragui hubungan Qeesya dan Khairul. Qeesya meminta Rayyan agar tidak menyuruhnya memilih Antara dirinya dan Khairul kerana dia memang tiada jawapan. Kemuncaknya, Rayyan tidak membenarkan Qeesya balik ke kpg (dia rindukan ibu angkatnya) dan menghempas telefon Qeesya setelah mengetahui Qeesya berhubungan dengan Khairul. Pada masa yg sama, ibu angkatnya meninggal dunia kerana kemalangan dan Khairul membuat keputusan untuk mengebumikan ibunya tanpa menunggu Qeesya kerana tidak dapat dihubungi. Setelah mendengar kematian ibunya, Qeesya tawar hati dan seluruh isi rumah menyedari bahawa Qeesya di hadapan mereka bukanlah Qeesya yg mereka kenal. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Khairul pula meninggal dunia ketika menyelamatkan Rania (adik Rayyan) dan itu menambahkan kekerasan hati Qeesya. Setelah semuanya reda dan Dahlia serta ibunya keluar dr rumah, Rayyan berusaha untuk memikat semula hati Qeesya dengan bantuan ibu dan Tuk Wan. Akhirnya mereka berdua bersatu semula. Penghujungnya, seisi rumah bersedia untuk meraikan hari lahir Menantu dan mentua tetapi kedua mereka bertelagah untuk perisa kek yg menjadi pilihan. Tetapi ahli keluarga yg lain telah membelikan dua kek untuk meraikan majlis hari jadi.
Advertisements
Comments
  1. cda says:

    best sgt2..x rugi beli mahal…
    sy suka blog nie coz boleh cari novel yg x akan kecewakn pmbaca..
    beli tisu tau…hehe

  2. bintangungu says:

    thanx cda cz enjoy my simple blog…jz i takut nanti penulis marah i je if i rs novel mereka bosan

  3. Anonymous says:

    salam bintangungu. akak sangat suka blog ni. senang nak jadikan panduan nak beli buku. bagus bila setiap review ada bintang. terima kasih banyak2. teruskan mereview ye.

  4. bintangungu says:

    tq akak cz sudi baca.i pon jenis memilih jgk utk novel ni & i tau perasaan bla nk mmbeli.mesti nk tau pmulaan & ending cite then br beli

  5. […] NOVEL REVIEW : MENANTU VS MENTUA – DYADILA […]

  6. roseline says:

    Btol2 best ek?ada sm cm doc cinta x?my fav doc cinta..

  7. bintangungu says:

    yups…die kire 50-50 dgn doc cinta la

  8. […] NOVEL REVIEW : MENANTU VS MENTUA – DYADILA […]

  9. ixorariana85 says:

    Err best ek novel ni? Adik ada beli..tapi saya x baca pn sbb tebal sangat. haha.

  10. bintangungu says:

    admin lama bgtau, if rating die bagi 9-10, memang best..rating 8, hampir kepada best…rating 7, still boleh diterima otak lagi…rendah daripada 7 memang x best

  11. Anonymous says:

    Saya dah terbeli beberapa novel..
    tengok tajuk dan sinopsis macam ok..
    rupanya cerita ke laut..
    alhamdulillah.. saya dah boleh rujuk sini kalau nak beli novel lagi

  12. aleezasbn says:

    Saya dah terbeli beberapa novel..
    tengok tajuk dan sinopsis macam ok..
    rupanya cerita ke laut..
    alhamdulillah.. saya dah boleh rujuk sini kalau nak beli novel lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s