NOVEL REVIEW : JODOH SEBELAH PINTU- DEKNA LEE

Posted: April 22, 2014 in Novel
Tags: , , ,

Image

Novel ini diadaptasikan ke drama yg ditayangkan di HyppTV

Pelakon
Badrul -Kamal Adli
Mona -Emma Maembong
Wani – Nadya Shahera
Irfan – Erwin Dawson
Julia – Lia Natalia

MY RATING
8/10
– Membaca synopsis di belakang buku terus menarik minat untuk mengetahui jalan cerita & kudos to the writer. Berjaya menarik minat membaca dan meneruskan pembacaan untuk jalan cerita seterusnya. Tetapi rasanya kisah Wani dan Doktor Norma jika tidak wujud pun tidak mengapa.
– Geli hati membaca kisah lucu antara Mona dgn jirannya (Bad & Irfan) dan  anak muridnya (Zahid & Ariff  a.k.a Mini version of Bad & Irfan a.k.a Anak saudara Bad & Irfan)
– Overall, I prefer this novel compare to her’s Hantu punya Bos dan Menantu Mithali (nama pena lain)

 

NOVEL SUMMARY:

Kehidupan Mona huru-hara dengan kehadiran jiran yg suka menyakat, Bad & Irfan dan di sekolah berdepan dgn jiran versi mini, Zahid & Ariff yg kebetulannya merupakan anak saudara Bad & Irfan. Lebih2 lagi Bad dan Irfan sama2 menyakat dan mengatakan bhw dia ialah milik mereka. Bermacam gelaran diberikan kpd Mona (akak fashionita, Mona aku, Monalisa, Monafendy). Pada masa yg sama dia berusaha untuk melupakan kisahnya bersama Fareez, bakal suaminya yg meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Atas alasan itu, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada org tuanya.

Kedua orang tuanya telah menemui calon sesuai untuknya dan memberikan nombor telefon untuk dihubungi. En Tunang Tubi (TO BE) memulakan langkah perkenalan dan akhirnya mereka senang berborak dan bertukar pendapat. Pada masa yg sama, Mona masih perlu menghadapi Bad dan Irfan yg makin gemar menyakat. Kehadiran Taufik (Duda anak satu) dan adiknya, Amirul Rashid menambah lg perencah di kejiranan mereka. Teman serumahnya, Julia jatuh cinta terhadap Taufik dan berusaha untuk memikat dengan mengambil hati anaknya, Ema. Setelah bertukar2 perasaan dan mesej akhirnya Mona & Tunang Tubi membuat keputusan untuk berjumpa tetapi Mona membatalkan hasratnya setelah melihat kelibat Bad & Irfan berada di kawasan yg sama kerana dia tidak mahu menjadi bahan mereka berdua. Akhirnya, rahsia terbongkar yg Bad ialah En Tunang Tubi. Disebabkan permulaan kisah mereka yg penuh sakat-menyakat dan bermasam muka dan garang, Mona dan Bad berusaha untuk mengenali diri masing2. Akhirnya mereka berdua berkahwin.

Dalam novel diceritakan Mona sedang dalam proses untuk menghasilkan novel mengenai kisah cinta pertamanya dan setelah berkahwin suaminya menyuruhnya menulis mengenai kisah cinta mereka dan sama2 memberi tajuk novel, Jodoh Sebelah Pintu. Well, watak pengacau kisah rumah tangga mereka ialah Wani (ex-Bad) dan Doktor Norma (kawan sekerja Bad yg sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan rumah tangga mereka). Tetapi mereka berdua berjaya melalui dugaan yg datang. Penghujungnya, mereka menghadiri majlis perkahwinan Irfan (berkahwin dgn pesakit) dan Julia/Taufik tengah menunggu kelahiran bayi sulung mereka. Amirul Rashid pula diketahui seorg playboy.

Advertisements
Comments
  1. nureliza says:

    I love hntu punya bos n jodoh sbelah pintu..bkal bce something stupid..dekna lee mmg pndai gle buat jln cerita yg mnrik n yg pnting klaka..best sgt..rse nk jd hard core fan je. mmg best laa ..tysm::>_<::

  2. lynda says:

    Sya dha bca novel hntu pnya bos .. smpai recommend kat kwn2lagi .. 😄t

  3. […] Jodoh Sebelah Pintu – Dekna Lee […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s