NOVEL REVIEW: AKADKU YANG TERAKHIR – ACIK LANA

Posted: May 1, 2014 in Novel, Novel to Drama/Movie
Tags: , ,

Image

MY RATING:
7/10
Karya lain penulis yg sudah dibaca, Aku Bukan Mistress, Pelangi Buat Suamiku, Maaf Jika Aku Tak Sempurna & Kalau Memang Harus Begitu

Edit : Novel ini telah diadaptasi ke drama kat Saluran Astro 2016. pelakon drama ini

Amar Baharin -Irham Zahri
Tiz Zaqyah -Rania Baheera
Nina Nadira -Zalia
Mardiana Alwi -Zulin
Fikhree Bakar -Fazriq
MY SUMMARY:
Menyampah dengan watak Irham yg seolah2 menganggap perkahwinan suatu perkara main2. Kisah perkahwinan pakciknya yg gagal akibat kecurangan si isteri menyebabkan pakciknya membunuh diri. Sejak itu, dia trauma dan tidak boleh menerima kecurangan wanita. Oleh itu, dia menceraikan kesemua isterinya sebaik sahaja mengetahui mereka curang. Seronok membaca cara Rania menangani perangi buruk Irham, pesakitnya. Irham sentiasa mengelak dan ponteng sesi terapi mereka. Demi menjaga dirinya, dia mengakui bahawa dia sudah berkahwin dan dengan pengakuan itu Irham sedaya upaya menahan perasaannya terhadap Rania kerana tanpa sedar, dia sudah jatuh hati kepada Rania. Paling teruk, sebaik sahaja dia mengetahui Rania bukan isteri orang, dia seperti seorang psyko yg cuba sehabis boleh untuk mendapatkan Rania. Walaupun Rania menolak tetapi akhirnya dia menerima Irham setelah hati kecewa apabila mengetahui dirinya bertepuk sebelah tangan. Dia tersilap memahami kebaikan dan tingkah Fazriq yg terlalu mengambil berat akan dirinya. Sangkanya Fazriq pun sama2 mempunyai perasaan sama sepertinya tetapi Fazriq sebenarnya mencintai kakaknya, Zulin. Watak menyampah yg kedua ialah bekas isteri ketiga Irham, Zalia. Setelah mengetahui dirinya mengandung, dia boleh pulak datang jumpa Irham cakap itu anak Irham dan nak bersama semula tetapi Irham menolak kerana tahu itu bukan anaknya. Kerana dendam, dia mengacau rumah tangga Irham/ Rania dengan cuba meracun pemikiran Irham menggunakan keakraban Rania/Fazriq sehingga akhirnya Irham percaya lebih2 lagi bila Rania mengaku pernah menyukai Fazriq. Setelah Fazriq & parent Rania tahu bahawa Irham merupakan bekas pesakit Rania lebih2 lagi mengetahui anak mereka dikurung di rumah oleh Irham, mereka membawa Rania keluar dari rumah.  Sepucuk surat yg ditinggalkan Rania menyedarkan Irham dan dia menyesal akan perbuatannya. Atas rasa bersalah & insaf, Irham menerima keputusan keluarganya untuk berubat dengan pakar di luar negara. Dia berkeputusan menceraikan Rania kerana dia tidak mahu Rania menunggunya dan dia tidak pasti berapa lama dia akan pulih dr masalahnya. Setelah beberapa tahun, Irham balik dan Rania masih menunggunya. Tetapi, akhirnya mereka berkahwin jugak.

Advertisements
Comments
  1. bintangungu says:

    mungkin tidak dpt menyentuh hati sy membacanya

  2. Anonymous says:

    DAH BACE BESST

  3. […] NOVEL REVIEW: AKADKU YANG TERAKHIR – ACIK LANA […]

  4. […] NOVEL REVIEW: AKADKU YANG TERAKHIR – ACIK LANA […]

  5. […] NOVEL REVIEW: AKADKU YANG TERAKHIR – ACIK LANA […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s