NOVEL REVIEW : CUKUP DERITA ITU – SITI ROSMIZAH

Posted: May 7, 2014 in Novel
Tags: , ,

10154536_656675777714813_9089916989334715089_n

MY RATING:
7/10
from all her books (Andai Itu Takdirnya, Cinta Kau dan Aku,Lafazkan Kalimah Cinta, 7 Hari Mencintaimu, Curi-Curi Cinta dan terbaru, Cukup Derita Itu) so far hanya 3 novel jer yg mampu membuat I menangis, Andai Itu Takdirnya ,Cinta Kau dan Aku dan Curi-curi Cinta.

overall, Cukup Derita Itu satu karya yg menarik tetapi tidak dapat mengekalkan momentum untuk membacanya secara konsisten dan tiada perasaan ingin tahu akan kisah seterusnya kerana feel like, i know what’s next.

MY SUMMARY:

Sepertimana novel-novel sebelum iini, kisah dimulakan dengan kesengsaraan hidup sang gadis. Watak innocent, Ellani(Lani) dan watak jahatnya, Mak Nga Gayah dan kembar Lani, Ellana (Lana). Mak Ngah Gayah melayan Lani dengan teruk kerana keengganan Lani menandatangani surat tukar kuasa tanah milik ibunya. Lana pula, mengambil jalan mudah tiadk mahu hidup susah dan mencari pasal dgn mak ngahnya dengan sentiasa bersetuju dengan segala kemahuan mak ngahnya. Di hadapan semua orang Lana ialah malaikat dan Lani ialah antagonis.

Zarul, anak Datin Mahani (kwn ibu si kembar) jatuh cinta pandang pertama dengan Lana. Amirul (adik Zarul dan best frenz Lani) pun memiliki perasaan yg sama terhadap Lana kerana bg mereka Lana jauh lebih baik daripada Lani dan sentiasa menegur sikap Lani yg tidak menghormati Lana. Amirul patah hati mendengar khabar perkahwinan Zarul/ Lana dan Lani patah hati setelah mengetahui cintanya kpd Amirul hanya cinta sebelah pihak. Salwa (bff Lani a.k.a ketua persatuan murai) mengajak abangnya, Fariz berpura2 menjadi teman lelaki Lani untuk membalas dendam terhadap Amirul.

Pada hari pernikahan, Zarul sekeluarga termasuk Mak Ngah/Lana kemalangan yg menyebabkan Zarul hilang ingatan. Akibatnya, hatinya jatuh cinta kepada Lani dan berusaha untuk melamar Lani. Mak Ngah (kudung kaki) geram, Lana patah hati pergi menyambung pelajaran tetapi masih menyimpan dendam untuk mengambil semula haknya. Amirul yg sedar akan perangai sebenar Lana berasa kesal kerana terlambat untuk mengenali Lani sementalah mendapat berita abgnya telah mengahwini Lani. Datin Mahani berasa gembira (walaupun risau akan masa depan sekiranya Zarul ingat semula) kerana dia mmg inginkan Lani menjadi sebahagian daripada keluarga.

Lani/Zarul berkahwin dan berusaha untuk menerima diri masing-masing. Kebahagiaan teruji apabila Lani yg sedang mengandung jatuh tersemban akibat perbuatan Mak Ngah. Walaupun selamat melahirkan kembar tetapi kemungkinan untuk mengandung lagi sangat tipis kerana rahimnya cedera teruk akibat kemalangan tersebut. Dalam masa yg sama, ingatan Zarul kembali semula dan dia mula dingin terhadap Lani. Kepulangan Lana mengeruhkan lagi segalanya.

Menjadikan Fariz , fitnah dari Mak Ngah/Lana  dan keadaan Lani yg mandul sebagai alasan untuk menceraikan isterinya melalui SMS. Kerana tertekan dan terkilan dengan anaknya, Datin Mahani meninggal dunia dan menimbulkan keinsafan dalam dirinya. Zarul berusaha mendapatkan Lani tetapi pada masa yg sama dia masih lagi melayan Lana. Well, seperti biasa sesi pujuk memujuk memang wajib sehingga Zarul/Lani bersatu dan berjanji untuk menjaga keharmonian rumah tangga mereka. Lana pula dimasukkan ke rumah sakit jiwa kerana tidak tahan apabila mengetahui kecacatan pada wajahnya akibat kecederaan yg dialami ketika bergaduh di kelab malam. Pdan dengan mukanya yg senang2 membuat hubungan dgn tunang org. Akibatnya, tunang org tersebut menyerangnya di kelab malam. Mak Ngah pula da insaf dan sentiasa di sisi Lani.

Advertisements
Comments
  1. […] NOVEL REVIEW : CUKUP DERITA ITU – SITI ROSMIZAH […]

  2. Anonymous says:

    Akak pun dah kurang teruja nak baca baru berapa helai stop tak macam awal2 dulu.

  3. Anonymous says:

    samalah…if yg dulu2 syg nak langkau2 page…tp yg ni wpun langkau byk page still blh phm

  4. zennaya says:

    dah baca,tapi sayang x mcm dulu2. rasanya mcm org lain yg tulis novel bukan kak siti rosmizah. sebab memang dah tahu sangat gaya penulisan kak siti. dlm novel ni ada perbezaan yg ketara. rasanya yg terbaik andai itu takdirnya n 7 hari mencintaimu. entahla,tapi dah kuar duit rm40 beli ni

  5. bintangungu says:

    tu la…I beli novel ni w/out baca the synopsis kerana I mmg yakin..but, I prefer the previous

  6. […] NOVEL REVIEW : CUKUP DERITA ITU – SITI ROSMIZAH […]

  7. Anonymous says:

    Myself, suka pula cukup perasa, sedih/lucu/geram semua ada. But kalau nak compare memang lah pada padangan I, Lafazkan Kalimah Cintamu, 7 Hari Mencintaimu, Takdir Itu Milik Aku tip top. Well done Puan Siti Rosmizah, saya peminat baru anda

  8. […] NOVEL REVIEW : CUKUP DERITA ITU – SITI ROSMIZAH […]

  9. Ida says:

    Novel SR paling best 7 hari mncintaimu,takdir itu milik ku,Andai itu takdirnya. Stuju cukup derita itu paling x best banding dgn novel2 sebelumnya.

  10. GadisPurple_Slumber says:

    Asal smua ckap x best?cm best jer adq bca..ツ

  11. Anonymous says:

    tak best, berbulan2x beli pon belum buleh habis baca, terpulang masing2x py citarasa…to me, its too dull, sometimes ridiculous, tak tercapai dek akal…

  12. Anonymous says:

    salam semua…adq tk bce lagi novel yg terbaru nie
    tapi klo adq baca synopsis nie cm best.. urmmm mesti sedih kan???? lgypon novel2 akak yag lain adw jug adq bca.. memang best….

  13. Ayda Alfian says:

    Ini novel SR yg paling kurang perasa pada sy… tataw di mana silapnya.. separuh cerita okeh tp seolah2 diulang2 balik buat sy jadi muak… gado.. baik.. gado lagi baik… dan begitulah sampai ending…. zarul zafran pulak macam lelaki yg x ada pendirian… sy jadi emosi membaca novel ini dan inilah hero yg paling sy benci dalam novel SR…

    Sejujurnya cuma novel ANDAI ITU TAKDIRNYA.. 7 HARI MENCINTAIKU dan CURI CURI CINTA saja yang betol2 hebat kisahnya…

    Apapon sy ttp menyokong karya2 SR dan berharap agar SR akan tros menghasilkan karya2 yg lebih hebat selepas ini… sehebat karya2nya yang terdahulu…

  14. ayu says:

    Sangat kecewa dengan karya terbaru siti rosmiza. Harap selapas ni karya beliau lebih bermutu… apa2pun saya tetap jd peminat setia SR

  15. ummi kookie says:

    citer ni best and sedih
    bagi saye karya ni best sangat

  16. nurul hazwani says:

    Emmm…not bad!!!!.

  17. saleha says:

    Kesemua novel siti rosmizah jln ceritanya semua sama je…mula2 x suka sngat2,benci,meluat and then berlaku peristiwa yg akan mmbuatkan pasangan hero heroin berkahwin.lepas tu muncul pengdengki,pengoda la dan mcm2 lagi yg akan mengugat rmhtangga mereka…hero x suka heroin lps tu jth cinta jugak then masalah timbul heroin benci kpd hero…sesi pujukmemujuk endingnya bahagia Smpai dpn orangpun ibarat loving couple of the year/x berengan langsung…mcm kalu keluar lagi novel siti rosmizah dah Boleh agak apa prjalann cerita hingga tamat

  18. amy says:

    Saya teringin nak baca novel ni.. mcm best jer..

  19. Anonymous says:

    Penulis yang saya jumpa yang mampu hasilkan varisi cerita ialah melur jelita kalau baca konfem x pernag boring

  20. suesup says:

    yup seruisly nvl sr smakin boring…kita dh bleh agk dh jln crita dy mcm mna…klau dh brbaik tuh pergh bulan bintang smua hero bleh kasi…sya bca smua nvl2 sr dn smua i think jln crita sma..xp ap2 pon sy hrgaii usaha penulis…wpaupon jln crita sma xp ttp smua nvl dy ttp menusuk klbu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s