NOVEL REVIEW : MY DEAR MR DIMPLE – AIFA BATRISYA

Posted: May 7, 2014 in Novel
Tags: , ,

my-dear-mr-dimple

Update 22/6/2016
Khabarnya novel ni diadaptasi ke drama

Umar – Shukri Yahya
Sofea – Emma Maembong

MY RATING:

8/10
I prefer this novel better than Kahwin Ganti & Meh, Sandar Pada Aku.

MY SUMMARY:

Sofea tertarik pada lesung pipit Umar sejak kali pertama terpandang Umar di kafe Al-Faliq. Sangkanya Umar pekerja di kafe tersebut. Pertemuan kedua di majlis tunang Naim menjadikan mereka pasangan tunang secara tidak rasmi. Akibat selalu terserempak dan ingin mengelak dari masalah, mereka akhirnya setuju untuk berkahwin. Sofea setuju kerana rasa tercabar dgn Pn Zahlia a.k.a Angry Bird yg mengatakan dia tidak akan berkahwin sampai bila2 dan ingin mengelak dari Naim yg terlalu obsess akan dirinya. Umar pula setuju kerana ingin melarikan diri dari adik angkatnya, Umayra yg meminati dirinya. Pelbagai perkara lucu yg mewarnai hubungan mereka berdua kerana sikap terus-terang Sofea dan sikap malu2 mengalahkan anak dara Umar. Seriously, if I kat tempat Sofea, rasanya Umar tu I akan buli kerana sikapnya yg mengalahkan gadis melayu terakhir.

Kisah mereka menjadi seronok untuk dibaca kerana sikap misteri Umar dan sikap ingin tahu dan tidak sabar Sofea. Sehingga kebisuan Umar mengenai pekerjaan sebenarnya boleh menjadi sebab untuk mereka bergaduh. Paling best ketika Umar ingin berterus terang akan pekerjaannya dengan memberi Sofea duit RM 10. Sofea dengan selamba menganggap itu suatu teka-teki “di mana pilot kapal terbang dalam duit RM 10 tersebut?”
Naim (kekasih pertama Sofea) terlalu obsess akan cintanya kpd Sofea dan sentiasa mengejar Sofea. Jalan semakin mudah baginya kerana mengetahui dirinya dan Sofea ialah ipar dan kesempatan tinggal serumah dgn ibu bapa Umayra & Umar digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kpd Sofea. Paling menyampah dia sanggup kacau Honeymoon Sofea/Umar dan meninggalkan isterinya, Umayra seorang diri tanpa passport. Selain itu, dia dengan selamba jer pergi berjumpa keluarga angkat Sofea dan meminang Sofea. Perkara paling bodoh bg I dengan watak Naim ialah boleh die buat plan paling sengal, ceraikan Umayra, kahwin dengan Sofea dan kahwin semula Umayra untuk menjaga hati mamanya, si Angry Bird. Dia memang anak emak sejati.

Kerana obses, Naim sanggup mencederakan Sofea dan menumbuk perut Sofea apabila Sofea mengatakan dia mengandung anak Umar. Pelbagai sumpah seranah diberikan kepada Sofea. Dia mengatakan Sofea perempuan jalang kerana tidak tahu menjaga dirinya sampai boleh terlanjur dan mengandung anak Umar. Kehadiran Umar menyelamatkan Sofea dan akibat kesalan, Naim berubah menjadi pesakit mental. Setelah disahkan, Naim sebenarnya mewarisi penyakit ayahnya. Sebab kebencian Pn Zahlia kpd Sofea juga diketahui. Pn Zahlia berdendam dengan ibu Sofea yg menjadi pujaan suaminya.

Setelah semuanya selesai, Umar/Sofea meneruskn kehidupan mereka. Paling rasa nak tergelak ialah ketika mereka membuat baby scanning, boleh Sofea dengan selamba meminta doktor untuk menunjukkn lesung pipit anak yg bakal dilahirkan kerana obsesnya terhadap lesung pipit yg digelarnya lesung batu.

 

Advertisements
Comments
  1. annur_stylo says:

    Saya dah baca novelnya sungguh seronok … 🙂

  2. […] My Dear Mr Dimple – Aifa Batrisya […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s