NOVEL REVIEW: SUAMI SEBELAH RUMAH – ANA SOFIYA

Posted: May 17, 2014 in Novel, Novel to Drama/Movie
Tags: , ,

q
Adaptasi ke Drama Mac 2015
TV3| isnin-khamis| 630 pm – 7pm
Hero – Izzue Islam
Heroin – Ayda Jebat

MY RATING:
9/10
Jalan cerita menarik dan lari dari klise kahwin paksa. Kesengalan Eryna membuatkan cerita Nampak comel especially dengan selamba melamar Amar setelah menerima mesej Azlan dan tetiba dia sendiri menarik balik lamaran. Bertemu pula dengan Amar yg memang boleh tahan juga kesengalannya.

MY SUMMARY:
Kerana tidak mahu memalukan keluarga, Eryna melamar Amar untuk menjadi suami setelah Azlan, menghantar mesej memberitahu tidak dapat datang untuk majlis kahwin mereka. Ibu Eryna yg paling gembira kerana dia memang ingin bermenantukan Amar. Dengan bantuan kawannya, Sam, Amar di make over sehingga semua org terperanjat melihat penampilan baru Amar sebagai pengantin. Selepas selesai majlis, Eryna memberi cadangan kpd Amar, walaupun mereka telah sah menjadi suami isteri, dia ingin Amar memikatnya dan membuatnya jatuh cinta. Mereka balik ke Bandar meneruskan kehidupan dan pekerjaan masing2. Eryna masih berahsia kerana tidak mahu rakan serumahnya, Iman dan Anis memandang sinis kepadanya. Kehadiran Amar sbg jiran sebelah rumah menceriakan perjalanan cerita kerana teman serumah Eryna, Anis jatuh hati kepada Amar. Di hospital pula, Doktor Wani mengejar dan menghebohkan bahawa dia bakal isteri Amar kpd pekerja hospital dan melalui akaun Facebook. Azlan datang mengganggu dengan membawa ahli masjid bersama tuduhan Amar/Eryna melakukan maksiat. Azlan terpaksa menerima hakikat dia kehilangan Eryna setelah mendapat tahu Amar/Eryna sudah berkahwin. Eryna terpaksa menceritakan rahsianya kpd Iman kerana Iman telah mengetahui statusnya melalui abg saudaranya yg juga merupakan teman sekerja Amar. Lebih kecoh apabila kedua keluarga Amar/Eryna datang bermalam untuk membuat siasatan. Tetapi mereka berjaya meyakinkan ahli keluarga masing2 bahawa mereka masih dalam process suai kenal dan berusaha menerima diri masing2. Eryna terpaksa menghadapi kemarahan Anis yg ternampak Amar/Eryna di Pullman. Setelah puas sesi pujuk-memujuk dan bercerita, akhirnya Eryna dimaafkan dan dia pindah masuk ke rumah suaminya. Penghujungnya, mereka mengadakan resepsi perkahwinan mereka dan akhirnya Eryna memberitahu Amar akan sebab disebalik keberaniannya melamar Amar. Dia memberitahu bahawa dia sentiasa mimpikan Amar setiap malam menjelang hari perkahwinannya.

Advertisements
Comments
  1. […] NOVEL REVIEW: SUAMI SEBELAH RUMAH – ANA SOFIYA […]

  2. […] NOVEL REVIEW: SUAMI SEBELAH RUMAH – ANA SOFIYA […]

  3. […] SUAMI SEBELAH RUMAH – ANA SOFIYA […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s