Archive for July, 2014

IMG_20140726_085018

MY RATING

10/10
Karya penulis yg pernah dibaca ialah Suami Tak Kuhadap  dan Tiba-tiba Dia Ada. Daripada pengalaman membaca dua karya penulis, penulis telah masuk dalam list antara penulis yg ingin ditunggu novel seterusnya. Keseluruhan novel ini menarik dan mampu mengekalkan momentum pembacaan. Que/Jed ialah dua watak yg menarik. Penulis bijak menentukan time mana yg sesuai untuk melibatkan watak2 pembantu.

MY SUMMARY

Pertemuan pertama Que/Jed bukanlah macam tipikal love at first sight. Pergaduhan bermula akibat tindakan Que yg menegur sikap Jed yg mengutuk ibubapanya di hadapan kawannya sendiri. Bg Que, seteruk mana pun ibu bapa seseorang itu bukanlah tiket untuk kite mengutuk mereka. Sebaliknya, kite kene berusaha untuk memperbaiki hubungan dan membetulkan mana yg salah. Jed kecewa akan hidupnya lantas menampilkan sisi gelap dirinya sekaligus menyembunyikan kecantikan dan kebaikan hatinya. Di rumah, dia hanya mengadu kepada pembantu rumah, Kak Zah. Que pula mengalami masalah untuk mencari pekerjaan dan bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi nasihat dan memujuknya agar tidak berputus asa.

 Sejak peristiwa pertemuan pertama, mereka sering bertemu sementalah Kak Zah merupakan makcik Que, ibu Jed mempunyai butik dan memberi upah kpd ibu Que untuk membuat jahitan manik dan Que mendapat pekerjaan di pejabat ayah Jed. Ketika berada di dalam kesusahan dan kesedihan, Que sering muncul dan memberi nasihat mendidik. Sedikit sebanyak Jed mula berubah dan berusaha membaiki hubungan dgn keluarganya. Perubahan turut melibatkan hatinya di mana perasaan cinta kpd Que mula tumbuh. Que pula berusaha untuk menjauhkan dirinya kerana bgnya dia tidak layak untuk Jed dan masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami. Que yg masih keliru akan getar hatinya akhirnya mengakui akan ketentuan takdir dan jodohnya untuk Jed.

 Mereka disatukan dan Que masih lagi mendidik dan Jed masih berusaha belajar. Normal kehidupan suami isteri dan mereka berjanji untuk memelihara hubungan mereka.

BABAK MENARIK:

  1. Semua babak perdebatan antara Que/Jed. Seronok membaca ayat2 yg keluar dr mulut Que ketika memarahi dan menasihati Jed. Bunyinya sinis tetapi meresap ke dalam hati seolah2 terkena batang hidung sendiri.
  2. Majlis perkahwinan Que/Jed. Betapa Jed bersedih kerana menerima jodoh pilihan keluarganya dan Que umpama pasrah akan takdir jodoh mereka. Tetapi, Que amat bersyukur apabila mengetahui jodoh pilihan ibunya merupakan insan yg telah bertakhta di hati. Tetapi dia merahsiakan daripada Jed malah berpakat dengan smua org untuk bekerjasama dengannya.
  3. Que sering membuat kejutan dan setiap kali memberi kejutan, Jed pasti pengsan. Kejutan mengatakan dia ialah ketua Jed dan kejutan ketika majlis membatalkan air sembahyang.