Archive for August, 2014

IMG_20140830_113014

MY RATING

8/10

Rasanya ini adalah novel pertama penulis dan apa yg ingin sy katakan good job walaupun it takes me 4 days to finish reading the novel. Penulis bijak menyusun jalan cerita agar sentiasa menarik minat pembaca untuk membaca tanpa perlu skip the page (well, sometimes ada sesetgh novel tu, tebal jer lebih tetapi if skip beberapa chapter pon still blh catch up). Tetapi, I tak dapat bagi full rating kerana bg I, ada beberapa watak yg dia perkenalkan dalam novel ni, rasanya if watak tu tak muncul (Achap/Nadia/Fazz) pun rasanya jalan cerita tidak terganggu. Begitu juga pengakhiran untuk watak Naufal/Fatihah/Aqila/Qashaf, seolah2 penulis ingin cepat untuk membuat pengakhiran untuk watak tersebut. Itu hanya my pendapat sajala. Tp overall, novel ini okay dan menarik. Part paling comel adalah apabila Datin Arfah menyenaraikan perempuan yg layak menjadi isteri / menantunya. Since Zafril sdh dimiliki, so siapa nak jadi isteri utk Afzar (anak bongsu) blhla checklist syarat di bawah ye….hehehe

  1. Berkahwin dengan perempuan dan bukan “betina”
  2. Pandai menjahit dan memasak
  3. Hormatkan orang tua dan orang di sekeliling
  4. Bersifat penyayang dan pengasih
  5. Pandai Mengurut
  6. Tahu membezakan halal,haram, dosa dan pahala. Tak pernah lupa Tuhan dan tahu tanggungjawab sebagai isteri.

 

NOVEL SUMMARY (SPOILER ALERT):

Sepertimana novel2/drama2/filem2, selalunya watak hero digambarkan mempunyai kriteria yg memang tinggi dalam memilih wanita idaman. Hero yg tegas dan seolah2 tidak menyukai perempuan selalunya disebabkan pengalaman lepas atau org2 disekeliling mereka. Zafril tidak terkecuali dan keputusan ibunya untuk mengambil Qaseh sbg pengasuh anak saudaranya, Wafi/Widad tidak disenangi kerana gadis itu tidak lulus SPM.  Tanpa pengetahuan Zafril, itu ialah agenda ibunya yg memahami akan kriteria anak terunanya itu. Datin Arfah jatuh sayang kali pertama melihat Qaseh kerana Qaseh memiliki kriteria menantu pilihan. Dia meminta Qaseh merahsiakan status pendidikan dan mengatakan dia tidak lulus SPM. Aksi sindir-menyindir, gaduh2 manja mewarnai hidup Qaseh/Zafril dan jauh di sudut hati mereka menyimpan perasaan sesame sendiri. Kisah tangkap khalwat mereka (rancangan Datin Arfah/Mak Leha) menyatukan mereka sbg suami isteri. Zafril yg asalnya ingin membalas dendam kerana merasakan dirinya diperangkap Qaseh akhirnya akur bahawa hatinya sudah jatuh cinta/sayang kpd isteri. Qaseh yg turut merasai perasaan cinta terpaksa memendam rasa kerana sentiasa teringat akan syarat antara dirinya dan Zafril. Pada saat keduanya mengakui akan rasa hati masing2 muncul pemusnah kebahagiaan. Zafril menghukum Qaseh dgn menggantung perkahwinan mereka tanpa tali dan Qaseh membawa diri menyambung belajar di London. Saat kebenaran terbongkar, Zafril menyesal tetapi terlambat. Selepas 2 thn, org2 disekeliling mereka yg tahu akan rasa hati mereka berusaha menyatukan mereka. Zafril berusaha memujuk sehingga akhirnya Qaseh terpujuk. Akhirnya mereka hidup kembali sbg suami isteri dan dikurniakan anak kembar.

  1. WATAK2 YG MEWARNAI KISAH ZAFRIL/QASEH

    Wafi/Widad – Si kembar yg diasuh Qaseh. Mereka kehilangan ibu bapa kerana keduanya dibunuh oleh musuh keluarga, Hanif aka Botak. Widad yg menyaksikan pembunuhan tersebut sentiasa trauma setiap kali hari hujan waktu malam. Mereka berdua menerima kehadiran Qaseh dengan senang hati dan sentiasa mengambil berat terhadap Qaseh.

  2. Datin Arfah/ Datuk Zahidi – parent Zafril yg menerima Qaseh dgn hati terbuka dan menyayangi Qaseh spt anak sendiri. Setelah Qaseh meninggalkan Zafril, Datin Arfah merajuk sehingga tidak mahu berckap dgn anaknya.
  3. Afzar – Adik Zafril yg terpikat ketika kali pertama melihat Qaseh tetapi terpaksa melepaskan Qaseh utk abangnya kerana merasakan mereka berdua saling mempunyai perasaan. Afzar sentiasa dicemburui Zafril kerana Qaseh selalu melebihi Afzar berbanding dirinya. Setelah mengetahui hati Qaseh hanya untuk dirinya, perasaan cemburu berkurang. Afzar juga org pertama yg mengetahui status pendidikan Qaseh.
  4. Adira a.k.a Adi – Kawan baik Qaseh dan keluarga Adi menjaga Qaseh & adiknya setelah kematian ibu mereka. Adi dicemburui Zafril kerana Zafril beranggapan Adi ialah lelaki. Setelah mengetahui status Adi, Zafril berterima kasih kerana Adi & Fazz sentiasa disisi isterinya. Penghujung novel, Adi dilamar Firhad (bestfriend Zafril yg telah meninggalkan dunia romeonya setelah bertemu Adi).
  5. Datuk Najib – Usahawan berjaya yg masih bersedih kerana kehilangan isteri dan anak akibat dihalau ibunya setelah mendengar hasutan bekas tunangnya, Arina (adik Datin Arfah/ibu Amriza). Mengahwini ibu Fatihah kerana janji dan hutang budi terhadap ayah Fatihah. Bertemu semula dengan Qaseh dan anak lelakinya, Qashaf (yg dia sendiri tidak mengetahui kewujudannya) atas bantuan Fatihah. 

    Naufal/Fatihah- Naufal (Abang Adi) menyimpan perasaan terhadap Qaseh tetapi kecewa setelah mengetahui akan status perkahwinan Qaseh sementalah suami Qaseh merupakan sahabat baiknya, Zafril. Fatihah (kakak tiri Qaseh) menyukai Zafril dan akhirnya kecewa setelah melihat kebahagiaan mereka. Dalam novel hanya menceritakan pertemuan pertama mereka tetapi tidak diceritakan kisah cinta mereka. Akhirnya mereka berdua berkahwin.

    Amriza – pemusnah kebahagiaan kerana dia berasakan Zafril hanya layak untuk dirinya. Merancang pelbagai cara untuk membunuh Qaseh tetapi tanpa dia ketahui setiap perancangan diatur sebaliknya menyatukan lagi Zafril/Qaseh. Mengupah Hanif a.k.a Botak untuk membunuh Qaseh ttp diselamatkan Zafril. Zafril koma akibat ditembak. Mati setelah rancangannya melanggar Qaseh tidak berjaya. Sebaliknya Qaseh diselamatkan adiknya Qashaf dan Amriza kemalangan dan mati di tempat kejadian. Pada hari kematian Qashaf, Zafril sedar dari koma.

Advertisements

IMG_20140824_172655

MY RATING:

9/10
Selepas Terukir Cinta & Mencari Mr Charming, penulis sudah masuk dalam my favourite writer list. Novel terbaru penulis ini menarik jalan penceritaannya. Penulis bijak menggunakan idea amnesia. Mungkin I sudah terlalu biasa membaca/menonton kisah amnesia yg terlalu klise. Tetapi plot amnesia dalam novel ini menarik untuk dibaca. Tetapi maaflah penulis kerana tidak dapat memberi full mark rating. Ini kerana, pengakhiran untuk watak Daniel tidak begitu lancar da nada bbrapa jalan penceritaan lain yg boleh diperbaiki. Rasanya ada tak novel untuk kisah Aria dan Jason? Teringin nak tahu.

Kisah cinta Saleha-Azri sangat unik dan I boleh tau macam mana perasaan Saleha ketika ketika dirinya sedar tetapi tidak mengetahui/ingat tentang apa2.

SINOPSIS:
Kerana kecewa dengan Daniel (tunang) dan dalam perjalanan untuk melafaz cinta terhadap Ryan, Saleha kemalangan dan menyebabkan dia koma. Dalam tempoh koma, dia hanya mengingati peristiwa dia jatuh dari bukit di Melaka, menulis senarai perkara yg akan dilakukan sekiranya dia diberi peluang untuk kembali ke masa lampau dan apabila sedar dia kembali ke tahun 1998. Dalam memorinya, dia ingin mencari Daniel dan berusaha untuk mengubah Daniel tetapi dia bertemu Azri, si samseng yang dia tidak ingat langsung akan kewujudannya. Pergaduhan/ Perselisihan antara Azri dan Saleha akhirnya selesai setelah mereka berkawan dan membantu satu sama lain. Azri turut meluahkan perasaan kepada Saleha dan mengatakan akan melamar Saleha selepas 10 thn tetapi Saleha meminta agar melamarnya setelah 16 thn. Beberapa bulan sebelum SPM, Saleha kemalangan yg menyebabkan dirinya amnesia seterusnya melupakan siapa Azri dalam hidupnya. Azri juga kemalangan yg menyebabkan dirinya buta. Dengan bantuan ibunya dan beberapa rakan yg rapat dia meminta agar mereka merahsiakan dirinya masih hidup dan mengumumkan di hadapan semua dirinya sudah mati. Sedar dari koma, Saleha mengingati peristiwa 16 thn tetapi lupa peristiwa setahun iaitu peristiwa setelah dia jatuh bukit. Dia tidak mengenali siapa Ryan walaupun smua bercerita dia dan Ryan rakan sekerja dan hubungan mereka sangat rapat. Dia langsung tidak mempunyai ingatan tentang Ryan tetapI Ryan mengingatkan dia kepada Azri. Dia tidak dapat menerima cinta Ryan dan Daniel kerana hatinya hanya Azri. Pasrah, Ryan berangkat ke Paris dan menghadiahkan lukisan kpd Saleha. Melalui lukisan, Saleha akhirnya mengetahui bahawa Ryan ialah Azri dan menjejak Azri sampai ke Paris. Saleha melamar Azri dan memutuskan pernikahan dengan Daniel. Daniel pada mulanya marah tetapi pasrah kerana kesalahan adalah dari pihaknya. Akhirnya Saleha-Azri (Ryan) berkahwin.

IMG_20140820_072407

MY RATING:

10/10
Ini novel pertama karya penulis yg I baca. Novel2 sebelum ini tidak begitu menarik perhatian tetapi untuk Queen Control, synopsis menarik perhatian dan good job to the writer. Jalan cerita yg menarik dan comel. I suka komunikasi antara Putri Tasneem & Tiryaq dan macam mana si suami menghadapi si isteri dan pada masa yg sama mendidik si isteri.

 

SINOPSIS:
Putri Tasneem melambangkan watak perempuan bekerjaya yg hanya percayakan usaha sendiri dan meletakkan kriteria yg tinggi untuk teman hidupnya. Dihormati dan ditakuti staff di syarikatnya. Mencintai Tazriq di dalam diam tetapi Tazriq memilih Tengku Tyea (kakak Tg Mirza) menjadi suri. Hatinya masih ditakluki nama Tazriq walaupun dia telah meninggal dunia. Tiryaq pula ditakuti dan dimusuhi di pejabat tetapi dia sendiri tidak pernah meminta untuk mewarisi syarikat ayah tirinya. Kerana tahu akan perancangan untuk menjatuhkan dirinya, Tiryaq nekad dengan keputusan untuk melepaskan sementara jawatan dan menyerahkan syarikat kpd adik tirinya, Tengku Mirza. Dia menjadi pelukis jalanan. Bertemu semula dengan Putri Tasneem menggembirakan hatinya kerana dia jatuh cinta pandang pertama ketika terpandang Tasneem di majlis perkahwinan Tg Tyea. Dia merancang untuk mendapatkan Tasneem dan rancangannya berjaya kerana mereka dinikahkan atas rancangan “tangkap khalwatnya”. Sepanjang menjadi suami Tasneem, dia rela menjadi org suruhan kerana dia yakin suatu hari nanti dia yg akan mengetuai/ menjadi raja kpd Putri Tasneem. Kehidupan harian, rahsia Tiryaq akan siapa dirinya dan pelbagai peristiwa suka duka akhirnya merapatkan mereka dan akhirnya Putri Tasneem menerima kehadiran Tiryaq dalam hidupnya. Mereka bersama2 menempuhi dugaan dan mengalahkan musuh mereka. Akhirnya mereka berbahagia menjalani kehidupan.

 

Watak2 dlm kehidupan mereka:

  1. Apple – PA Tiryaq yg sentiasa setia dan membantunya. Walaupun diupah jugak oleh Tuan Megat tetapi setianya tetap kpd Tiryaq. Jatuh cinta kpd Tg Mirza ttp mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan agama ttp Tg Mirza akan setia menanti.
  2. Tihran – menyintai Putri Tasneem di dlm diam tetapi terpaksa memendam rasa kerana hati Putri Tasneem hanya ada Tazriq. Setelah kematian sahabatnya, dia mencuba untuk memikat tetapi hampa setelah mengetahui akan perkahwinan rahsia Tiryaq/Putri Tasneem dan melihat betapa bahagianya kehidupan mereka. Atas nasihat dan saranan Putri Tasneem, akhirnya dia sedar bahawa dia patut mula membuka hatinya untuk Jackie yg setia bersama menjadi pendengar kisah suka dukanya. Mereka berkahwin tetapi Jackie meninggal ketika melahirkan anak mereka yg diberi nama Putri Tasneem. Setelah itu dia bersama anaknya menetap di Melbourne, Australia.
  3. Tg Tyea – Dendam terhadap Tiryaq kerana ayahnya mewariskan syarikat kpd Tiryaq si anak tiri sedangkan dia lebih layak. Dendam terhadap Putri Tasneem kerana arwah suaminya menyerahkan syarikat kpd Putri Tasneem (rakan kongsi/kawan baik) tetapi bukan dirinya. Sebenarnya, Tg Tyea tidak layak untuk menguruskan sesebuah syarikat kerana gaya hidupnya yg hanya tahu menghabiskan duit.
  4. Megat Eskandar – musuh yg merupakan ayah Tiryaq. Dia berniat untuk menjatuhkan Syarikat Tiryaq demi dendam terhadap Tg Irsyad (ayah tiri Tiryaq) dan mahu Tiryaq menjaga syarikatnya. Tetapi Tiryaq menolak kerana dia lebih berminat terhadap seni lukisan berbanding urusan bisnes. Setelah Tiryaq menceritakan dan meyakinkan Megat Eskandar bahawa ibunya masih menyintainya dan apa yg terjadi antara ibunya dan Tg Irsyad adalah dirancang, akhirnya dia menjadi ayah yg baik terhadap Tiryaq.

IMG_20140820_072550

MY RATING:

7/10
Minta maaflah kepada penulis. Rasanya am not the right reader for this novel. Sinopsis belakang novel nampak menarik perhatian tetapi setelah habis membaca, am a bit frustrated. If nak dikatakan I sudah tua untuk membaca kisah cinta zaman belajar tetapi ada beberapa novel yg mengisahkan percintaan zaman belajar still boleh menarik perhatian. Tetapi novel ini terlalu mentah bg I. Idea penulis ada untuk novel ini which is memang jodoh aturan Tuhan tetapi tidak semua org sedar bahawa jodoh mereka di depan mata, tetapi jalan penceritaan membosankan. Rasanya if I just trus jump to babak akhir pun I sudah boleh mengetahui keseluruhan cerita.

Kepada penulis, sekali lagi sy meminta maaf kerana novel anda tidak dapat mengekalkan momentum pembacaan saya walaupun saya habis membaca satu novel (which take me a month compare to normal novel just take me 2 days)

SINOPSIS:

Insyirah & Fadzli mengenali sesame sendiri sejak dibangku sekolah. Hubungan mereka boleh dikatakan sekejap kawan sekejap musuh. Setelah menamatkan zaman sekolah, mereka belajar di kolej matrikulasi yg sama. Sepanjang berada di matrikulasi, Fadzli sentiasa menasihatkan Syira dari segi pergaulan dan cara berpakaian. Tanpa pengetahuan Syira, Fadzli menaruh hati kepadanya dan tujuan dia menegur ialah untuk menyediakan Syira sebagai muslimah sejati. Kerana merasakan caranya terlalu melampau, Fadzli bertindak menegur sekali sekala dan menjauhkan diri. Kesannya, Syira menjadi perindu dan sentiasa menunggu teguran Fadzli. Mereka ditawarkan ke universiti berlainan dan Fadzli masih menaruh hati kepada Syira dan begitu juga Syira. Setelah puas aksi bermain Tarik tali sesama mereka, akhirnya mereka akur bahawa mereka berdua berjodoh dan atas restu keluarga mereka disatukan.

TOP POST JULY 2014

Posted: August 8, 2014 in Movie, Novel, TOP POST
  1. Cukup Derita Itu – Siti Rosmizah  
  2. Movie : CEO (Malay) 
  3. Bukan Isteri Simpanan – Mia Kiff
  4. Movie : Suatu Malam Kubur Berasap 2
  5. ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART – SARA AISHA 
  6. Teman Lelaki Upahan –Azura Rasiddin
  7. Guys Next Door – Rose Harissa
  8. BISIKKAN NAMAKU- MUNA MAHIRA 
  9. Cik Cinderella dan Encik Tengku – Airisz 
  10. Menantu Vs Mentua – Dyadila