NOVEL SINOPSIS : AKU, DIA & PINKY PROMISE – ANNA LEE

Posted: August 24, 2014 in Novel
Tags: , ,

IMG_20140824_172655

MY RATING:

9/10
Selepas Terukir Cinta & Mencari Mr Charming, penulis sudah masuk dalam my favourite writer list. Novel terbaru penulis ini menarik jalan penceritaannya. Penulis bijak menggunakan idea amnesia. Mungkin I sudah terlalu biasa membaca/menonton kisah amnesia yg terlalu klise. Tetapi plot amnesia dalam novel ini menarik untuk dibaca. Tetapi maaflah penulis kerana tidak dapat memberi full mark rating. Ini kerana, pengakhiran untuk watak Daniel tidak begitu lancar da nada bbrapa jalan penceritaan lain yg boleh diperbaiki. Rasanya ada tak novel untuk kisah Aria dan Jason? Teringin nak tahu.

Kisah cinta Saleha-Azri sangat unik dan I boleh tau macam mana perasaan Saleha ketika ketika dirinya sedar tetapi tidak mengetahui/ingat tentang apa2.

SINOPSIS:
Kerana kecewa dengan Daniel (tunang) dan dalam perjalanan untuk melafaz cinta terhadap Ryan, Saleha kemalangan dan menyebabkan dia koma. Dalam tempoh koma, dia hanya mengingati peristiwa dia jatuh dari bukit di Melaka, menulis senarai perkara yg akan dilakukan sekiranya dia diberi peluang untuk kembali ke masa lampau dan apabila sedar dia kembali ke tahun 1998. Dalam memorinya, dia ingin mencari Daniel dan berusaha untuk mengubah Daniel tetapi dia bertemu Azri, si samseng yang dia tidak ingat langsung akan kewujudannya. Pergaduhan/ Perselisihan antara Azri dan Saleha akhirnya selesai setelah mereka berkawan dan membantu satu sama lain. Azri turut meluahkan perasaan kepada Saleha dan mengatakan akan melamar Saleha selepas 10 thn tetapi Saleha meminta agar melamarnya setelah 16 thn. Beberapa bulan sebelum SPM, Saleha kemalangan yg menyebabkan dirinya amnesia seterusnya melupakan siapa Azri dalam hidupnya. Azri juga kemalangan yg menyebabkan dirinya buta. Dengan bantuan ibunya dan beberapa rakan yg rapat dia meminta agar mereka merahsiakan dirinya masih hidup dan mengumumkan di hadapan semua dirinya sudah mati. Sedar dari koma, Saleha mengingati peristiwa 16 thn tetapi lupa peristiwa setahun iaitu peristiwa setelah dia jatuh bukit. Dia tidak mengenali siapa Ryan walaupun smua bercerita dia dan Ryan rakan sekerja dan hubungan mereka sangat rapat. Dia langsung tidak mempunyai ingatan tentang Ryan tetapI Ryan mengingatkan dia kepada Azri. Dia tidak dapat menerima cinta Ryan dan Daniel kerana hatinya hanya Azri. Pasrah, Ryan berangkat ke Paris dan menghadiahkan lukisan kpd Saleha. Melalui lukisan, Saleha akhirnya mengetahui bahawa Ryan ialah Azri dan menjejak Azri sampai ke Paris. Saleha melamar Azri dan memutuskan pernikahan dengan Daniel. Daniel pada mulanya marah tetapi pasrah kerana kesalahan adalah dari pihaknya. Akhirnya Saleha-Azri (Ryan) berkahwin.

Advertisements
Comments
  1. […] sudi menceritakan kisah Jason dan Aria. Kali pertama membaca ringkasan Aria dan Jason dalam novel Aku, Dia & Pinky Promise, sentiasa berharap kisah mereka dinovelkan.  Watak Jason muncul di dalam novel Couple tetapi […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s