ULASAN NOVEL : TULIP MERAH UNTUK DIA – MYTUN ABDULLAH

Posted: August 30, 2014 in Novel
Tags: , ,

IMG_20140830_113014

MY RATING

8/10

Rasanya ini adalah novel pertama penulis dan apa yg ingin sy katakan good job walaupun it takes me 4 days to finish reading the novel. Penulis bijak menyusun jalan cerita agar sentiasa menarik minat pembaca untuk membaca tanpa perlu skip the page (well, sometimes ada sesetgh novel tu, tebal jer lebih tetapi if skip beberapa chapter pon still blh catch up). Tetapi, I tak dapat bagi full rating kerana bg I, ada beberapa watak yg dia perkenalkan dalam novel ni, rasanya if watak tu tak muncul (Achap/Nadia/Fazz) pun rasanya jalan cerita tidak terganggu. Begitu juga pengakhiran untuk watak Naufal/Fatihah/Aqila/Qashaf, seolah2 penulis ingin cepat untuk membuat pengakhiran untuk watak tersebut. Itu hanya my pendapat sajala. Tp overall, novel ini okay dan menarik. Part paling comel adalah apabila Datin Arfah menyenaraikan perempuan yg layak menjadi isteri / menantunya. Since Zafril sdh dimiliki, so siapa nak jadi isteri utk Afzar (anak bongsu) blhla checklist syarat di bawah ye….hehehe

  1. Berkahwin dengan perempuan dan bukan “betina”
  2. Pandai menjahit dan memasak
  3. Hormatkan orang tua dan orang di sekeliling
  4. Bersifat penyayang dan pengasih
  5. Pandai Mengurut
  6. Tahu membezakan halal,haram, dosa dan pahala. Tak pernah lupa Tuhan dan tahu tanggungjawab sebagai isteri.

 

NOVEL SUMMARY (SPOILER ALERT):

Sepertimana novel2/drama2/filem2, selalunya watak hero digambarkan mempunyai kriteria yg memang tinggi dalam memilih wanita idaman. Hero yg tegas dan seolah2 tidak menyukai perempuan selalunya disebabkan pengalaman lepas atau org2 disekeliling mereka. Zafril tidak terkecuali dan keputusan ibunya untuk mengambil Qaseh sbg pengasuh anak saudaranya, Wafi/Widad tidak disenangi kerana gadis itu tidak lulus SPM.  Tanpa pengetahuan Zafril, itu ialah agenda ibunya yg memahami akan kriteria anak terunanya itu. Datin Arfah jatuh sayang kali pertama melihat Qaseh kerana Qaseh memiliki kriteria menantu pilihan. Dia meminta Qaseh merahsiakan status pendidikan dan mengatakan dia tidak lulus SPM. Aksi sindir-menyindir, gaduh2 manja mewarnai hidup Qaseh/Zafril dan jauh di sudut hati mereka menyimpan perasaan sesame sendiri. Kisah tangkap khalwat mereka (rancangan Datin Arfah/Mak Leha) menyatukan mereka sbg suami isteri. Zafril yg asalnya ingin membalas dendam kerana merasakan dirinya diperangkap Qaseh akhirnya akur bahawa hatinya sudah jatuh cinta/sayang kpd isteri. Qaseh yg turut merasai perasaan cinta terpaksa memendam rasa kerana sentiasa teringat akan syarat antara dirinya dan Zafril. Pada saat keduanya mengakui akan rasa hati masing2 muncul pemusnah kebahagiaan. Zafril menghukum Qaseh dgn menggantung perkahwinan mereka tanpa tali dan Qaseh membawa diri menyambung belajar di London. Saat kebenaran terbongkar, Zafril menyesal tetapi terlambat. Selepas 2 thn, org2 disekeliling mereka yg tahu akan rasa hati mereka berusaha menyatukan mereka. Zafril berusaha memujuk sehingga akhirnya Qaseh terpujuk. Akhirnya mereka hidup kembali sbg suami isteri dan dikurniakan anak kembar.

  1. WATAK2 YG MEWARNAI KISAH ZAFRIL/QASEH

    Wafi/Widad – Si kembar yg diasuh Qaseh. Mereka kehilangan ibu bapa kerana keduanya dibunuh oleh musuh keluarga, Hanif aka Botak. Widad yg menyaksikan pembunuhan tersebut sentiasa trauma setiap kali hari hujan waktu malam. Mereka berdua menerima kehadiran Qaseh dengan senang hati dan sentiasa mengambil berat terhadap Qaseh.

  2. Datin Arfah/ Datuk Zahidi – parent Zafril yg menerima Qaseh dgn hati terbuka dan menyayangi Qaseh spt anak sendiri. Setelah Qaseh meninggalkan Zafril, Datin Arfah merajuk sehingga tidak mahu berckap dgn anaknya.
  3. Afzar – Adik Zafril yg terpikat ketika kali pertama melihat Qaseh tetapi terpaksa melepaskan Qaseh utk abangnya kerana merasakan mereka berdua saling mempunyai perasaan. Afzar sentiasa dicemburui Zafril kerana Qaseh selalu melebihi Afzar berbanding dirinya. Setelah mengetahui hati Qaseh hanya untuk dirinya, perasaan cemburu berkurang. Afzar juga org pertama yg mengetahui status pendidikan Qaseh.
  4. Adira a.k.a Adi – Kawan baik Qaseh dan keluarga Adi menjaga Qaseh & adiknya setelah kematian ibu mereka. Adi dicemburui Zafril kerana Zafril beranggapan Adi ialah lelaki. Setelah mengetahui status Adi, Zafril berterima kasih kerana Adi & Fazz sentiasa disisi isterinya. Penghujung novel, Adi dilamar Firhad (bestfriend Zafril yg telah meninggalkan dunia romeonya setelah bertemu Adi).
  5. Datuk Najib – Usahawan berjaya yg masih bersedih kerana kehilangan isteri dan anak akibat dihalau ibunya setelah mendengar hasutan bekas tunangnya, Arina (adik Datin Arfah/ibu Amriza). Mengahwini ibu Fatihah kerana janji dan hutang budi terhadap ayah Fatihah. Bertemu semula dengan Qaseh dan anak lelakinya, Qashaf (yg dia sendiri tidak mengetahui kewujudannya) atas bantuan Fatihah. 

    Naufal/Fatihah- Naufal (Abang Adi) menyimpan perasaan terhadap Qaseh tetapi kecewa setelah mengetahui akan status perkahwinan Qaseh sementalah suami Qaseh merupakan sahabat baiknya, Zafril. Fatihah (kakak tiri Qaseh) menyukai Zafril dan akhirnya kecewa setelah melihat kebahagiaan mereka. Dalam novel hanya menceritakan pertemuan pertama mereka tetapi tidak diceritakan kisah cinta mereka. Akhirnya mereka berdua berkahwin.

    Amriza – pemusnah kebahagiaan kerana dia berasakan Zafril hanya layak untuk dirinya. Merancang pelbagai cara untuk membunuh Qaseh tetapi tanpa dia ketahui setiap perancangan diatur sebaliknya menyatukan lagi Zafril/Qaseh. Mengupah Hanif a.k.a Botak untuk membunuh Qaseh ttp diselamatkan Zafril. Zafril koma akibat ditembak. Mati setelah rancangannya melanggar Qaseh tidak berjaya. Sebaliknya Qaseh diselamatkan adiknya Qashaf dan Amriza kemalangan dan mati di tempat kejadian. Pada hari kematian Qashaf, Zafril sedar dari koma.

Advertisements
Comments
  1. Fatin Hananur says:

    Tulip Merah Untuk Dia by Mytun Abdullah is awesome.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s