ULASAN NOVEL :TUK! TUK! TUK! HOUSEKEEPING! – EINA AFRINA

Posted: September 7, 2014 in Novel
Tags: , ,

IMG_20140907_213517

MY RATING:

8/10

Cinta tidak sepertinya bersatu. Sedalam mana pun kita mencintai seseorang, jika sudah tertulis kita tidak berjodoh, akhirnya kita terpaksa redha dengan apa yg tertulis. Rasanya, itulah yg ingin disampaikan oleh penulis. Ini karya pertama penulis yg saya baca dan saya tidak pernah membaca karya beliau sebelum ini.

NOVEL SUMMARY:
Azwa berkenalan dgn Qaliff semasa percutian di Cherating. Azwa datang menemani Zaliah meraikan penghujung zaman bujangnya sebelum berkahwin, sementara Qaliff ingin menenangkan dirinya daripada keputusan keluarganya yg ingin mengatur perkahwinannya. Percutian sementara mewujudkan perasaan dalam hati mereka. Tamat percutian mereka berpisah tanpa sempat mengungkap perasaan hati. Azwa mendapat kerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebagai housekeeping. Dia ditugaskan menguruskan bilik penghuni VIP tetap hotel. Sepanjang VIP menetap di situ, Azwa hanya berurusan dengan PA , Zulhairi. Tg Izzudin merasakan sesuatu setiap kali mendengar PA nya menyebut nama Azwa. Sehinggalah suatu hari dia mendapati bahawa Azwa merupakan gadis yg ditemuinya di Cherating. Azwa yg pada mulanya tidak yakin bhw Tg Izzudin sebenarnya Qaliff (kerana perwatakan berbeza) akhirnya menerima cinta Tg Izzudin kerana dialah Qaliffnya. Dalam masa yg sama, Zulhairi menghulur salam cinta tetapi hati Azwa hy untuk Tg Izzudin. Percintaan terhalang kerana nenda Tg Izzudin telah menjodohkan Tg Izzudin dgn Tg Nadhrah. Nendanya juga menggunakan cara kotor (pura2 tenat) agar Tg Izzudin setuju untuk berkahwin. Sekali lagi mereka bertemu di Cherating dan setelah berbual dan berbicara hati ke hati akhirnya mereka pasrah bahawa kisah mereka hanya setakat itu sahaja. Tg Izzudin berkahwin dgn Tg Nadhrah dan Azwa menerima Zulhairi sebagai suami dan berusaha untuk menyintainya.

Penghujung novel, Zulhairi dan Azwa bercuti di Pulau Mabul.

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    Saya suka cerita dalam novel ni…walaupun saya kecewa bila cinta tengku izzudin dan azwa tidak bersatu.itulah hakikat Cinta tidak semestinya bersatu…

  2. bintangungu says:

    Betul..if asyik bersama mcm bosan jer

  3. Umie Najwa says:

    Se suka cerita nie…tk sngka yg Azwa akan berkhwin dgn Zulhairi..sye sngkakn Tengku Izzudin yg akn brkhwin dgn Azwa..sye jugk suka jlm ceritanya… Saya ucpkn Syabas kepada Eina Afrina krana menulis sbuah novel yg sngat BEST..👍

  4. Aliah says:

    Sebb novel ni best dalm masa sehari aku blh habis baca..tp😭😭😭 knpe tg izzudin tk kawin ngan azwa😭😭

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s