Archive for October, 2014

KPI

RATING
7/10
Memang gigih untuk menghabiskan novel setebal 900++ muka surat. Maaflah penulis kerana ada beberapa bab saya langkah kerana rasanya sudah boleh agak jalan cerita dia macam mana. Keseluruhannya, novel ini akan lebih menarik sekiranya tidak terlalu banyak konflik berulang dan mewujudkan watak2 yg tidak perlu. Ok, satu yg menarik perhatian saya untuk membaca novel ini ialah kerana ingin tahu kenapa Sarah turut mendapat wasiat.

RINGKASAN NOVEL
Kerana terlalu lama menjadi penanam anggur terhormat, Sarah bersetuju dengan rancangan ayahnya menjadi pembantu rumah majikannya. Kehadiran Sarah tidak disenangi Puan Khalisah tetapi diterima mesra anak bongsunya, Jihan yang merupakan sahabat baik sepupunya Laila. Jihan ingin memperkenalkan Sarah kepada dua orang abangnya, Arif dan Ari. Sarah tertarik dengan peribadi Arif dan perkara yg sama turut dirasai Arif tetapi mereka berusaha untuk membuangnya kerana Arif akan berkahwin dengan wanita yang telah lama dikejarnya iaitu Marliana.

Kerana dendam bekas kekasih Ari, Sarah terperangkap dalam rancangan jahat bekas kekasih Ari. Ari pula merasakan Sarah berniat untuk membalas dendam ke atasnya. Mereka dikahwinkan tanpa rela. Ketika menerima kematian keluarganya, Sarah hanya dibenarkan menjenguk mereka sekejap dan Ari tidak membenarkan dirinya hadir untuk majlis pengebumian. Kekejaman Puan Khalisah dan Ari semakin berganda setelah kematian ayah Ari di mana, 20% saham syarikat dan rumah yg diduduki diamanahkan kpd Sarah. Jihan dan Arif turut memulaukan Sarah.

Demi 20% dan harta, Puan Khalisah meminta Ari untuk berbaik dengan Sarah kerana menurut wasiat, peratusan saham akan jatuh ke tangan anak Ari/Sarah. Walaupun bunyinya tidak ikhlas tetapi sekurang2nya perancangan ini memulihkan hubungan Sarah/Jihan/ Arif. Dalam tempoh tersebut Ari jatuh cinta kepada Sarah dan menyayangi Sarah kerana cinta dan bukan kerana rancangan ibunya.

Kehadiran Tasha kekasih lama Ari merosakkan hubungan. Kerana rancangan licik Tasha, Sarah difitnah dan Ari tidak mengakui anak yg dikandung Sarah.  Lebih menyakitkan hati, Ari menidurinya kerana 20% saham. Sarah bertahan demi kandungan sementalah hanya suaminya keluarga yg dia ada sekarang. Dia dipaksa bersetuju menandatangani boring poligami. Pada malam pertunangan Ari/Tasha, Ari kemalangan dan menyebabkan dirinya koma. Sarah menjaga suami dan mentuanya tetapi masih gagal meraih hati mentuanya. Tasha datang menyerang dan menyebabkan kandungannya gugur. Setelah sedar dari koma, Ari mempersoalkan keguguran Sarah tetapi Sarah mendiamkan diri dan yang lain2 tidak dapat membantu kerana Sarah tidak menceritakan perkara sebenar dan menerima sahaja semua fitnah terhadap dirinya.

Akhirnya rahsia terbongkar. Puan Khalisah dan Ari sedar akan kesilapan mereka dan memohon kemaafan Sarah. Seterusnya, mereka membetulkan hala tuju kehidupan masing2 dan akhirnya berbhagia.

Advertisements

untitled

RATING:

8/10
Biasanya jalan cerita lelaki yg pantang dicabar dan ingin membalas dendam setelah watak perempuan baik menolak mereka. Kalau tidak, takkan wujud cerita drama/novel bad boy menjadi watak utama. Tetapi novel ini pula, watak wanita yg sangat ego dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yg dihajati. Kelainan novel ini ialah setelah mendapat lelaki yg diidamkan (ttp si lelaki menolak) dengan cara kotor, saya berbangga dengan Naz kerana dia berusaha untuk menjadi yg terbaik asalkan si suami tidak meninggalkan dirinya. Walaupun selepas itu dia terpaksa berhadapan dengan masalah akibat perbuatannya sendiri tetapi dia tabah dan tidak lemah. Sebaliknya, itu menjadikan dirinya terbaik dan akhirnya mendapat kebahagiaan yg telah lama hilang dari hidupnya.

RINGKASAN NOVEL
Naazneen ibarat playgirl. Setelah bosan keluar dengan seseorang, dia akan meninggalkan mereka. Pertemuan dengan Naim, mengubah hati dan egonya sementalah Naim telah menolak dirinya. Bagi Naim, dia sendiri tidak mengerti hatinya. Setelah mengenali Hidayah, dia bersetuju dengan rancangan ibunya untuk meminang Hidayah. Ego dan geram dengan penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Rancangan diatur memakan dirinya sendiri. Asalnya dia akan membawa Naim ke hotel dan gadis upahannya akan datang untuk melakukan kerja (well, aktiviti biasa yg dibuat oleh manusia yg dengki). Tetapi gadis yg diupah tidak memunculkan diri membuat Naazneen geram. Kerana penat, dia tertidur bersebelahan Naim dan tersedar setelah mendengar ketukan di pintu bilik. Demi maruah keluarga dan keinginan hati Naazneen, kedua mereka dikahwinkan. Dia diterima baik dalam keluarga Naim tetapi bukan Naim. Naazneen bertekad untuk belajar menjadi isteri yg dicintai dan dikasihi suami. Setelah yakin Naim menerima dirinya, kemunculan semula Hidayah yg datang menumpang di rumah keluarga Naim kerana ayahnya ke Mekah menimbulkan cemburu di hati Naazneen. Lebih2 lagi keluarga Naim menerima Hidayah dengan penuh mesra berbanding dirinya. Walaupun Naim memberi jaminan bhw cintanya hanya untuk Naazneen.

Kematian ayah Hidayah membongkar segala rahsia. Ada yg melihat org terakhir yg bersama dengan ayah Hidayah sebelum diserang sakit jantung ialah Naazneen. Naazneen memberitahu memang dia ada bercakap dengan ayah Hidayah untuk memberitahu akan kehidupan bahagianya bersama Naim. Kehadiran sepupu Hidayah yg pernah menjadi org upahan Naazneen dalam rancangan memerangkap Naim memburukkan lagi keadaan. Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen.

Naazneen terbuang dan disisihkan. Dirinya tidak boleh bernafas tetapi dia masih bertahan kerana cintanya kepada Naim. Ketabahannya diuji setelah mendengar rancangan mentuanya yg inginkan Hidayah sebagai menantu. Kerana tahap kesabarannya habis akhirnya Naaz nekad meninggalkan rumahnya itu pd tengah malam. Akif dan Awin yg melalui kawasan tersebut menemui dirinya dan membawa Naaz bersama mereka. Naaz kembali bersama Hana. Dia membuat keputusan menjaga sendiri ibunya yg sebelum ini dibiarkan di pusat jagaan mental. Mereka berpindah ke Miri kerana yakin tiada siapa akan menemuinya di situ. Naim kesal dan mengakui sukar untuk melepaskan rasa cinta terhadap isterinya. Dia menolak rancangan ibunya dan berusaha untuk menjejak isterinya. Setelah puas mencari dan Hana yakin akan ketulusan hati Naim, akhirnya Naim bertemu dengan isterinya. Perubahan isterinya menambah sesal di hati Naim. Naaz menerima Naim semula di dalam hidupnya. Walaupun menghadapi rintangan daripada ibu kedua2 pihak tetapi akhirnya mereka berjaya meyakinkan orang di sekeliling bahawa mereka mampu untuk menghadapi kehidupan mereka sendiri.

PTC

RATING

8/10
Tidak mengecewakan. Sejujurnya, saya terus membeli novel ini kerana novel2 terdahulu Rindu Dalam Sepi dan Rasa Yang Tertinggal memang menarik. Tema darjat menjadi pilihan dan sejujurnya memang menyampah dengan watak ibu Aryan dan Akyra. Suspen jugak dengan rancangan Aryan sebenarnya tetapi nasib baik dia hanya berpura2 di hadapan ibunya bahawa dia telah merosakkan Wafiya. Suka dengan penceritaan semua watak dalam novel ini walaupun watak tersebut kecik. Bunyinya macam jahat tetapi idea “membeli” isteri daripada along tu boleh tahan jugak sedangkan hanya itu sahaja caranya untuk menyelamatkan Wafiya dari menjadi mangsa pembayaran hutang bapak tirinya. Nasib baik tiada kes perebutan cinta yang ekstrem. Walaupun Muzamil pada mulanya mendapat tempat di mata Wafiya (bukan di hati), tetapi Muzamil redha akan ketentuan. Endingnya, dia pun mendpt bakal isteri yang memiliki ciri2 spt Wafiya which is adik Haq (Cousin Aryan).

RINGKASAN NOVEL

Kisah cinta Umar dan Soleha tidak kesampaian kerana darjat. Soleha redha berpisah dengan Umar dan Umar berjanji untuk menyambung semula ikatan mereka. Setelah 30 tahun, Umar memulakan pencarian Soleha ditemani anak angkatnya Muzamil, seorang peguam. Bertemu Wafiya anak Soleha menggembirakan hati Umar walaupun terkilan tidak sempat berjumpa Soleha yang telah meninggal dunia. Ketika menghembuskan nafas terakhir, anaknya Aryan bersetuju mengahwini Wafiya kerana mahu menggembirakan hati ayahnya.

Wafiya hidup bagai di neraka. Dilayan dan didera ibu mentua yg membencinya setelah mengetahui Wafiya merupakan anak kepada kekasih suaminya yg sentiasa berada di hati suaminya. Mulanya, Aryan turut menghina Wafiya dan bersetuju dengan segala kata2 dan perbuatan ibunya. Tetapi kehadiran Muzamil dan Haq yg disenangi Wafiya menimbulkan cemburu di hati. Aryan cuba untuk membuka hatinya untuk Wafiya setelah kekasihnya, Akyra berlaku curang. Tetapi ugutan ibunya untuk merosakkan Wafiya dan menceraikan Wafiya membuatkan Aryan tertekan. Di hadapan ibunya, dia berlakon seperti berjaya “merosakkan” Wafiya dan terus meninggalkan Wafiya. Wafiya yang kebingungan dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya dan lari ke kampung. Setelah yakin keadaan redha, Aryan balik dan mencari isteri dan juga keluarga Mak Longnya seperti amanah arwah ayahnya. Dunia sememangnya kecil. Tujuan untuk bertemu keluarga Mak Longnya menemukan Aryan dengan Wafiya. Aksi pujuk-memujuk bermula dan semuanya berbaik. Aryan balik semula ke rumah membawa Wafiya. Ibunya geram dan meminta dia membuat pilihan sama ada meninggalkan Wafiya atau dia akan kehilangan segala kemewahan. Aryan memilih isterinya dan Wafiya membantu dan menyokong untuk dia memulakan kerjayanya semula. Dia membuka restoran dan menguruskannya bersama Mak Long dan isterinya. Muzamil datang mengadu akan keadaan syarikat yg tgh genting di bawah kekuasaan Akyra. Aryan kembali untuk menguruskan segalanya. Dia berjaya membongkar kegiatan jahat Akyra dan melantik Haq mewarisi syarikat kerana Haq (sepupu, anak mak long) lebih layak dan dia ingin kekal di kampung Wafiya menguruskan bisnes restoran makanan. Akyra yang takut ditangkap bertindak nekad terjun dari bangunan dan terus mati. Ibu Aryan yang geram setelah mendapat tahu Wafiya hamil bertindak untuk membunuh Wafiya tetapi diselamatkan oleh Mak Yam. Kerana takut, ibu Aryan melarikan diri tetapi dilanggar dan menyebabkannya lumpuh. Semuanya berakhir dengan gembira bersama anak mereka kembar empat.

NEW ADMIN

Posted: October 25, 2014 in Uncategorized

Hi ALL

Am new admin for this blog. Initially this blog was dedicated to me since kawasan I bekerja dulu susah nak dapatkan novel and I love to read malay novel.
So, I minta tolong the previous blog owner to create a blog so that I boleh tahu novel2 yg ada di pasaran dan mengelak I membazir minta dia beli and pos novel untuk I kat sana.
Since the previous admin want to close the blog, I pun sedih :(. Since I pun da transfer balik ke Kuala Lumpur, I request her to handover this blog to me. But, don’t worry, sebelum ni review was based on one person opinion, but now 2 orang akan mereview and memberi komen.

Format still sama. Sesiapa yang tidak suka mengetahui ringkasan keseluruhan novel, silalah pergi ke kedai buku dan judge the quality of the novel from the summary at the back of the novel. Kat sini, kite akan ceritakan dari awal sampai penghujung novel. Bezanya, blog ini meringkaskan dari 300++ muka surat kepada 1 page blog…

Pembahagian Rating

Rating 9 & 10 = Best dan berbaloi untuk dibeli
Rating 8 = Jalan cerita menarik tetapi tidak mampu menawan hati sepertimana rating 9/10…masih berbaloi untuk dibeli
Rating 7 = Jalan cerita still boleh diterima tetapi sekiranya beberapa muka surat atau bab dilangkah pon still boleh catch up jalan cerita. Yang ini 50-50 decision either berbaloi atau tak. Admin lama selalunya novel rating 7 die akan let go jer…
Rating 6 ke bawah = confirm bosan dan tak best. Idea ada tetapi bosan.

kepada yg memberi komen, terima kasih.

TOP POST – SEPTEMBER 2014

Posted: October 2, 2014 in Movie, Novel, TOP POST
  1. Cukup Derita Itu – Siti Rosmizah  (May/July/Aug)
  2. Movie : Suatu Malam Kubur Berasap 2 (July/Aug)
  3. Bukan Isteri Simpanan – Mia Kiff  (monthly)
  4. Akadku  Yang Terakhir – Acik Lana (Aug)
  5. Guys Next Door – Rose Harissa (April/May/July/Aug)
  6. TUK!TUK!TUK! HOUSEKEEPING –EINA AFRINA
  7. TULIP MERAH UNTUK DIA – MYTUN ABDULLAH
  8. Menantu Vs Mentua – Dyadila (May/July/Aug)
  9. CINTAI AKU BOLEH?-ILYNN NYRA
  10. ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART – SARA AISHA (July/Aug)