ULASAN NOVEL : CINTA TANPA NOKTAH – AISHA HAMZA

Posted: October 1, 2014 in Novel
Tags: , ,

IMG_20141001_213742

MY RATING:

8/10

Novel pertama penulis Kau Milikku menarik perhatian. So, apabila keluar novel kedua dan sinopsis menarik perhatian, so I pon teruslah membeli dan membaca. Isu poligami yang diketengahkan oleh penulis lari dari kebiasaan poligami punya cerita. Thanks to penulis kerana tidak mewujudkan babak madu bergaduh sesama madu dan babak sama2 berebut kasih dan perhatian suami. Kisah poligami yang disampaikan penulis santai dan menunjukkan betapa kedua-dua isteri Adam boleh tinggal bersama. Cemburu memang normal tetapi mereka masih mengekalkan keharmonian. Cuma menyampah sikitlah dengan watak Adam. Walaupun I menyokong kisah poligami Adam-Durrah-Zurin tidak bermakna I bersedia untuk berpoligami. Tolonglah, am not sebaik Durrah dan Zurin.

 

SUMMARY NOVEL (SPOILER ALERT)

Kisah bermula dengan putusnya pertunangan Durrah dan Nizam angkara adik Durrah sendiri, Salina. Nizam berkahwin dengan Salina dan Durrah dengan persetujuan kedua ibu bapanya berpindah untuk bekerja di Kuala Lumpur membantu makciknya menjadi org gaji di rumah orang kaya. Tetapi Durrah akhirnya menjadi pembantu rumah Datin Aisyah kerana pembantu rumah Datin Aisyah telah berpindah dan demi keselamatan Durrah yg hampir menjadi mangsa rogol anak lelaki majikan makciknya.

Adam berkahwin dengan Zurin semasa belajar di luar negara dan keduanya merahsiakan perkahwinan mereka daripada keluarga masing2. Balik semula ke tanahair, mereka masih merahsiakan perkahwinan mereka dan mereka tinggal bersama di kondo milik Adam. Datin Aisyah tertarik dengan Durrah dan menjodohkan Durrah dengan Adam. Kerana sayangkan ibunya Adam bersetuju dan sepanjang berkahwin dengan Durrah Adam memberi layanan dingin. Akhirnya rahsia terbongkar tetapi Durrah dan Zurin belajar untuk menerima kehadiran sesama sendiri dalam hidup Adam. Sebaliknya Adam masih bersikap dingin dengan Durrah walaupun dia tahu hatinya sudah tertarik dengan Durrah.

Zurin disahkan menghidap penyakit berbahaya dan memujuk Adam berlaku adil untuk Durrah. Setelah kematian Zurin, Adam tidak boleh menerima kenyataan dan meletakkan semua kesalahan kepada Durrah.Durrah kecewa dan balik ke kampung tetapi terpaksa menghadapi kemarahan Salina adiknya. Salina beranggapan Nizam menceraikannya kerana ingin kembali kepada Durrah. Sebaliknya Nizam tidak tahan akan kerenah Salina dan menceraikannya. Dia berkahwin dengan perempuan lain yg mampu membahagiakannya.

Selama 4 tahun, Durrah membawa diri ke bumi Sepanyol. Adam yang telah menyesal mencari Durrah di bumi Sepanyol dan berusaha untuk memujuk Durrah kembali ke pangkuannya. Durrah menyerahkan cincin perkahwinan mereka dan meminta agar diberikan masa. Adam pasrah kerana sedar dirinya juga bersalah. Akhirnya, selepas 3 bulan, Durrah kembali ke Malaysia dan seterusnya ke sisi Adam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s