ULASAN NOVEL: TERSUKA TANPA SENGAJA – PENA KAYU

Posted: October 1, 2014 in Novel, Novel to Drama/Movie
Tags: , ,

IMG_20141001_213730

MY RATING:

8/10
Jalan cerita yang simple tetapi masih mampu mengekalkan momentum untuk membaca dari satu muka surat ke satu muka surat. Kedegilan Farhah dan ayahnya, rahsia yang disembunyikan Farhah dari Arif dan Karina yang menjadi pengacau kisah percintaan mereka. Suka dengan idea melamar yang dicadangkan penulis dalam novel ini. Arif melamar Farhah menggunakan bekas Maggi Hot Cup dan betapa kelakar mereka punya proposal nama anak mereka Syarifah Nur Maggi Hot Cup.

Novel ini telah diadaptasi ke drama astro 2015 lakonan Emma Maembong (Farhah), Ammar Baharin (Arif) ,Amyra Roslin (Karina), Hafriz Adam

 

SUMMARY NOVEL (SPOILER ALERT)

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Karina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yg menjaga ibu tirinya yg sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Karina tetapi dipandang sepi Karina.

Pertemuan pertama dgn Arif bukanlah sebaik mana kerana Farhah/Arif berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesame sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yg mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua Farhah/Arif memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda. Arif (doktor merawat isteri/ mak tiri Farhah), calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Karina kepada Arif. Pertemuan yang melukakan hati Karina kerana Arif lelaki yg ditinggalkan kerana arahan ayahnya dan hati Arif telah mati untuk Karina kerana dia yang beria untuk merebut cinta Karina tetapi setelah cinta diberi Karina meninggalkannya. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Karina tidak dapat menerima. Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Karina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Karina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yg sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Karina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Karina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

Comments
  1. faris aiman says:

    Salam sejahtera saya ada jual buku di >> http://www.gerobokbuku.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s