Archive for December, 2014

SUAMIKU PALING SWEET – ANJELL

Posted: December 30, 2014 in Novel
Tags: , ,

download

Update 11/6/2016

Novel ini akan diadaptasi ke drama TV3. Pelakon

Syafiq Kyle – Izz Haikal
Mawar Rashid – Qisya
Nik Adam Mika – Hafiy

MY RATING

9/10
Memang Sweet sampai I sendiri nakkan watak hero ni (Well, blh update my kriteria untuk lelaki idaman). Semasa membeli novel ni, I terus je bawak pergi cashier counter w/out membaca sinopsis kerana percaya dengan penulis (old habit tak boleh buang). Selain tu, novel Eksperimen Cinta penulis memang tip top (tak sempat nak buat review novel tu). Jalan cerita yang menarik dan love story tak meleret dan penulis bijak menggunakan watak budak kecik dalam penceritaan novel ini. Tak seperti sesetengah novel yg menggunakan budak kecik tetapi as medium untuk memancing perasaan kasihan dan prihatin watak heroin.
RINGKASAN NOVEL

Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Pn Fatma, Hafiy kerana pengasuhnya sudah berhenti. Beberapa pengasuh sebelum ini hanya sementara kerana tidak tahan dengan perangai Hafiy. Apabila Qisya yg keras kepala bertemu Hafiy yang nakal, memang kecoh. Tetapi mereka akhirnya menjadi kawan baik setelah Qisya jatuh dari pokok ketika mengajar Hafiy memanjat pokok (memang sengal). Qisya berkenalan dengan pakcik Hafiy, Izz Haikal ketika insiden jatuh pokok. Sejak pertemuan itu, keduanya menyimpan debar setiap kali bertemu tetapi tidak mengetahui akan maksud debaran.

Satu peristiwa menyebabkan Izz/Qisya dikahwinkan. Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijabkabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kpdnya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz/Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yg menyebabkan mereka dikahwinkan. Selepas sesi pujuk memujuk, pikat memikat (serius sweet dan comel), akhirnya Qisya mengakui mencintai Izz dan Izz mengakui sudah lama mencintai Qisya. Part paling menarik adalah ketika Qisya bersungguh2 untuk menyembunyikan status dirinya daripada semua orang.

Well, standard bla da bahagia mesti akan muncul problem. Peristiwa hitam itu diungkit lagi dan menyebabkan Qisya meninggalkan Izz/Hafiy sekali lagi dalam keadaan mengandung. Dengan bantuan abangnya, Q dan adik iparnya, Hakimi, Qisya sedar dan kembali semula ke pangkuan Izz. Pada malam peristiwa tersebut, kawan baik Qisya Ikram berniat untuk menjadikan Qisya barang gadaian untuk melunaskan hutangnya kepada Danny. Ikram berjanji untuk bertanggungjawab ke atas Qisya setelah ditiduri Danny tetapi niat tersebut telah diketahui Izz dan dengan bantuan Q & Hakimi, dia membayar segala hutang Ikram dan memberi Danny 2 juta. Silap Qisya kerana menganggap dirinya telah dibeli Izz. Then selepas semuanya selesai, Qisya pun kembali semula kepada Izz.

Selesai kes kisah sebenar kahwin mereka, then muncul plak si Maya yg memang da lama syok kat Izz tp tak kene layan. Kerana marah, Maya ingin membunuh Qisya tetapi gagal kerana Izz sudah mengesyaki segalanya dan ini menyebabkan dirinya sendiri parah dan koma akibat kemalangan. Maya kene tangkap dan setelah bbrapa ketika, Izz sedar dr koma. Then, smuanya kembali happy dan tenang and mereka da dapat anak.

IMG_20141204_083621

MY RATING

9/10
I love this novel. Lain daripada lain. Pembunuh upahan (although tujuannya untuk kebaikan tetapi still, kerjaya tu boleh dikategorikan sebagai pembunuh) yang mempelajari bahawa kehidupan bukan semata2 untuk menuntut pembelaan ke atas dendam orang lain tetapi ada banyak lagi perkara yg perlu diteroka dalam kehidupan. Kesetiaan, kepercayaan, kasih sayang, komited terhadap tugasan adalah antara elemen yang menarik perhatian dalam novel ini. Terima kasih kepada penulis kerana tidak meletakkan kisah cinta dlm novel ini terlalu melampau sangat.

RIGKASAN NOVEL

Ariq Adamy menerima tugasan daripada Daniel yg memerlukan dia balik ke Malaysia. Dengan bantuan dua orang kanan kepercayaannya, Zack and Andy, mereka balik ke Malaysia dan merancang strategi untuk menyempurnakan tugasan yg diminta Daniel. Sampai di Malaysia dia berkenalan dengan Abby yang bekerja menjadi pembantu rumah. Ariq rasa dikhianati setelah mengetahui tugasan Daniel bertujuan untuk melindungi dirinya daripada disiasat pihak berkuasa kerana dia merupakan rakan subahat Datuk Hisham. Daniel akhirnya memberitahu bahawa dia ingin membebaskan dirinya dari belenggu Datuk Hisham dan membantu pihak berkuasa menangkap orang tua tersebut. Datuk Hisham tidak mahu melepaskan Daniel dan meminta Daniel untuk membawa Ariq menyertai teamnya. Kerana tidak mahu melakukan segala yg disuruh, Daniel meminta Ariq untuk kembali ke New Zealand.

Sekembali ke New Zealand, Ariq sudah tidak seperti dulu kerana tanpa sedar dia telah jatuh cinta kepada Abby sementalah hubungan mereka yg rapat sepanjang dia berada di Malaysia. Dia mempelawa Abby dan adiknya, Saiful untuk datang ke NZ. Malangnya pada hari yg dijadualkan Abby tidak muncul dan ini membuat Ariq kecewa dan enggan mempercayai Abby. Zack yg tidak senang melihat keadaan Ariq akhirnya Berjaya menghubungi Saiful dan mendapat khabar bahawa Abby dimasukkan ke hospital kerana telah ditikam oleh teman lelaki adiknya Dina yg melarikan diri selepas itu. Ariq, Zack dan Andy bergegas kembali ke Malaysia dan menjaga Abby. Kehadiran mereka ke Malaysia diketahui Daniel dan Daniel meminta mereka segera pergi. Tanpa pengetahuan semua, Datuk Hisham mengetahui kedatangan mereka ke Malaysia dan dengan bantuan Dina (well, she tinggalkan Abby kerana nak hidup mewah dan geram cz Ariq/Saiful lebih sayangkan Abby) Abby dan Saiful diculik. Dengan bantuan Daniel, Abby/Saiful Berjaya diselamatkan.

Ketika ditahan di hospital, mereka kehilangan Saiful yg ditembak mati oleh konco2 Datuk Hisham. Dina yg pada mulanya marah tidak jadi memarahi Datuk Hisham setelah dijanjikan percutian. Kerana risaukan keselamatan Abby, dia dibawa bersama ke NZ dan ini mengecewakan Zarel (majikan Abby) yg menaruh hati terhadap Abby. Di NZ, Ariq mendapat tahu status ayahnya seorang muslim dan pembunuh kedua ibu bapanya tidak lain tidak bukan ialah Datuk Hisham. Di Malaysia, Daniel dibunuh dan Irwan beserta Tuan Baharom meminta Ariq mengetuai kes dengan membawa lencana milik arwah ayahnya yg juga seorang detektif. Sekali lagi nyawa Abby menjadi taruhan dan dalam pertempuran, Datuk Hisham ditembak mati.

Abby koma. Zarel approved hubungan Ariq/Abby dan Ariq mendalami ilmu Islam. Ariq membuka firma guaman di mana bangunan masih dalam pembinaan dan pada masa yg sama menubuhkan pusat paintball bersama Zack dan Andy. Setelah sedar dari koma, Ariq melamar Abby dan mereka kembali ke NZ untuk menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

IMG_20141204_083637

MY RATING:

7/10
Am not sure why but this novel tak boleh nak kekalkan momentum pembacaan. Ada jalan cerita tetapi macam terlalu longgar. Tak seperti feeling ketika membaca novel Menantu Datin Izzah. Permulaan novel banyak jugak page yg I langkah2 and same goes towards the ending of the novel. Keseluruhannya, jalan penceritaan untuk novel ini tidak sekuat mana.

 

RINGKASAN NOVEL:
Izwan jatuh cinta pandang pertama kepada Hajar tetapi tidak mengaku kerana cara kehidupannya yg bebas dan sentiasa perlukan hiburan. Perhatian bestfrennya, Azrul dan Fikri (rombongan yg tinggal di chalet Hajar) terhadap Hajar membuatkan Izwan cemburu dan akhirnya mengakui dan meluahkan perasaan cintanya terhadap Hajar. Mereka berkahwin dan dalam perjalanan untuk balik semula ke Bandar, mereka ditimpa kemalangan di mana Hajar tercampak keluar dari kereta dan terseret sehingga menyebabkan orang menyangkakan dia di kalangan penumpang bas yg menjadi mangsa kemalangan. Izwan koma dan hilang ingatan. Kesempatan ini diambil oleh Datin Zaiton untuk memisahkan mereka kerana pada ketika itu dia terlalu angkuh dengan gelaran Datin yg dimiliki. Datin menyuruh Hajar yg sedang sarat pulang ke kampung dan menunggu saja Izwan menjemputnya di sana. Sebaliknya dia telah merencanakan majlis pertunangan Izwan dengan gadis pilihannya Wan Anum tetapi tunangan mereka terputus.

Setelah beberapa tahun berlalu, Izwan masih tidak mengingati Hajar dan meneruskan kehidupan dengan menguruskan syarikat dan berkenalan dengan Suraya, anak Datuk Hisham. Hajar yg masih menunggu akhirnya dengan bantuan Azrul memohon penceraian daripada pihak Izwan. Izwan yang terkejut dengan kehadiran surat tersebut dengan melulu mengatakan dia akan menguruskan proses penceraian. Datin Zaiton berasa bersalah dan ingin mengembalikan semuanya kepada keadaan asal kerana dia ingin segalanya tenang sebelum dia pergi menunaikan haji. Dia akhirnya membongkar rahsia akan kewujudan Hajar kepada suaminya dan Izwan. Suaminya memarahinya tetapi Izwan tetap dengan keputusan untuk menceraikan Hajar kerana baginya Hajar tidak menjaganya ketika dirinya koma dan dia tidak mempunyai secebis memori akan kehadiran Hajar.

Setelah segala penjelasan tidak diterima, akhirnya Datin Zaiton membawa Hajar dan anaknya, Farhan tinggal bersama mereka. Izwan pula membuat perjanjian dengan Hajar bahawa mereka hanya akan berlakon seolah2 sedang berusaha untuk memulihkan rumah tangga mereka sehingga kedua ibubapanya pergi menunaikan Haji. Sepanjang tempoh tersebut, perasaan cinta mula berputik di antara Izwan/Hajar tetapi Izwan enggan mengaku dan Hajar hanya memendamkan perasaan. Azrul undur diri kerana dia sendiri merasakan cinta Hajar hanya untuk Izwan.

Selepas pemergian kedua ibubapa ke Mekah, Hajar meninggalkan rumah bersama anaknya. Seutas rantai pemberian Izwan ditinggalkan kerana baginya dia sudah tiada lagi dalam kehidupan Izwan. Kerana seutas rantai itu jugak, Izwan teringat kembali segala memori dan siapa Hajar di dalam hidupnya. Akhirnya, dia pergi mencari Hajar di tempat istimewa mereka dan mengungkap semula kata cinta terhadap Hajar dan melamar Hajar untuk kembali ke dalam hidupnya. Then,they continue their lives.