Archive for December 4, 2014

IMG_20141204_083621

MY RATING

9/10
I love this novel. Lain daripada lain. Pembunuh upahan (although tujuannya untuk kebaikan tetapi still, kerjaya tu boleh dikategorikan sebagai pembunuh) yang mempelajari bahawa kehidupan bukan semata2 untuk menuntut pembelaan ke atas dendam orang lain tetapi ada banyak lagi perkara yg perlu diteroka dalam kehidupan. Kesetiaan, kepercayaan, kasih sayang, komited terhadap tugasan adalah antara elemen yang menarik perhatian dalam novel ini. Terima kasih kepada penulis kerana tidak meletakkan kisah cinta dlm novel ini terlalu melampau sangat.

RIGKASAN NOVEL

Ariq Adamy menerima tugasan daripada Daniel yg memerlukan dia balik ke Malaysia. Dengan bantuan dua orang kanan kepercayaannya, Zack and Andy, mereka balik ke Malaysia dan merancang strategi untuk menyempurnakan tugasan yg diminta Daniel. Sampai di Malaysia dia berkenalan dengan Abby yang bekerja menjadi pembantu rumah. Ariq rasa dikhianati setelah mengetahui tugasan Daniel bertujuan untuk melindungi dirinya daripada disiasat pihak berkuasa kerana dia merupakan rakan subahat Datuk Hisham. Daniel akhirnya memberitahu bahawa dia ingin membebaskan dirinya dari belenggu Datuk Hisham dan membantu pihak berkuasa menangkap orang tua tersebut. Datuk Hisham tidak mahu melepaskan Daniel dan meminta Daniel untuk membawa Ariq menyertai teamnya. Kerana tidak mahu melakukan segala yg disuruh, Daniel meminta Ariq untuk kembali ke New Zealand.

Sekembali ke New Zealand, Ariq sudah tidak seperti dulu kerana tanpa sedar dia telah jatuh cinta kepada Abby sementalah hubungan mereka yg rapat sepanjang dia berada di Malaysia. Dia mempelawa Abby dan adiknya, Saiful untuk datang ke NZ. Malangnya pada hari yg dijadualkan Abby tidak muncul dan ini membuat Ariq kecewa dan enggan mempercayai Abby. Zack yg tidak senang melihat keadaan Ariq akhirnya Berjaya menghubungi Saiful dan mendapat khabar bahawa Abby dimasukkan ke hospital kerana telah ditikam oleh teman lelaki adiknya Dina yg melarikan diri selepas itu. Ariq, Zack dan Andy bergegas kembali ke Malaysia dan menjaga Abby. Kehadiran mereka ke Malaysia diketahui Daniel dan Daniel meminta mereka segera pergi. Tanpa pengetahuan semua, Datuk Hisham mengetahui kedatangan mereka ke Malaysia dan dengan bantuan Dina (well, she tinggalkan Abby kerana nak hidup mewah dan geram cz Ariq/Saiful lebih sayangkan Abby) Abby dan Saiful diculik. Dengan bantuan Daniel, Abby/Saiful Berjaya diselamatkan.

Ketika ditahan di hospital, mereka kehilangan Saiful yg ditembak mati oleh konco2 Datuk Hisham. Dina yg pada mulanya marah tidak jadi memarahi Datuk Hisham setelah dijanjikan percutian. Kerana risaukan keselamatan Abby, dia dibawa bersama ke NZ dan ini mengecewakan Zarel (majikan Abby) yg menaruh hati terhadap Abby. Di NZ, Ariq mendapat tahu status ayahnya seorang muslim dan pembunuh kedua ibu bapanya tidak lain tidak bukan ialah Datuk Hisham. Di Malaysia, Daniel dibunuh dan Irwan beserta Tuan Baharom meminta Ariq mengetuai kes dengan membawa lencana milik arwah ayahnya yg juga seorang detektif. Sekali lagi nyawa Abby menjadi taruhan dan dalam pertempuran, Datuk Hisham ditembak mati.

Abby koma. Zarel approved hubungan Ariq/Abby dan Ariq mendalami ilmu Islam. Ariq membuka firma guaman di mana bangunan masih dalam pembinaan dan pada masa yg sama menubuhkan pusat paintball bersama Zack dan Andy. Setelah sedar dari koma, Ariq melamar Abby dan mereka kembali ke NZ untuk menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

Advertisements

IMG_20141204_083637

MY RATING:

7/10
Am not sure why but this novel tak boleh nak kekalkan momentum pembacaan. Ada jalan cerita tetapi macam terlalu longgar. Tak seperti feeling ketika membaca novel Menantu Datin Izzah. Permulaan novel banyak jugak page yg I langkah2 and same goes towards the ending of the novel. Keseluruhannya, jalan penceritaan untuk novel ini tidak sekuat mana.

 

RINGKASAN NOVEL:
Izwan jatuh cinta pandang pertama kepada Hajar tetapi tidak mengaku kerana cara kehidupannya yg bebas dan sentiasa perlukan hiburan. Perhatian bestfrennya, Azrul dan Fikri (rombongan yg tinggal di chalet Hajar) terhadap Hajar membuatkan Izwan cemburu dan akhirnya mengakui dan meluahkan perasaan cintanya terhadap Hajar. Mereka berkahwin dan dalam perjalanan untuk balik semula ke Bandar, mereka ditimpa kemalangan di mana Hajar tercampak keluar dari kereta dan terseret sehingga menyebabkan orang menyangkakan dia di kalangan penumpang bas yg menjadi mangsa kemalangan. Izwan koma dan hilang ingatan. Kesempatan ini diambil oleh Datin Zaiton untuk memisahkan mereka kerana pada ketika itu dia terlalu angkuh dengan gelaran Datin yg dimiliki. Datin menyuruh Hajar yg sedang sarat pulang ke kampung dan menunggu saja Izwan menjemputnya di sana. Sebaliknya dia telah merencanakan majlis pertunangan Izwan dengan gadis pilihannya Wan Anum tetapi tunangan mereka terputus.

Setelah beberapa tahun berlalu, Izwan masih tidak mengingati Hajar dan meneruskan kehidupan dengan menguruskan syarikat dan berkenalan dengan Suraya, anak Datuk Hisham. Hajar yg masih menunggu akhirnya dengan bantuan Azrul memohon penceraian daripada pihak Izwan. Izwan yang terkejut dengan kehadiran surat tersebut dengan melulu mengatakan dia akan menguruskan proses penceraian. Datin Zaiton berasa bersalah dan ingin mengembalikan semuanya kepada keadaan asal kerana dia ingin segalanya tenang sebelum dia pergi menunaikan haji. Dia akhirnya membongkar rahsia akan kewujudan Hajar kepada suaminya dan Izwan. Suaminya memarahinya tetapi Izwan tetap dengan keputusan untuk menceraikan Hajar kerana baginya Hajar tidak menjaganya ketika dirinya koma dan dia tidak mempunyai secebis memori akan kehadiran Hajar.

Setelah segala penjelasan tidak diterima, akhirnya Datin Zaiton membawa Hajar dan anaknya, Farhan tinggal bersama mereka. Izwan pula membuat perjanjian dengan Hajar bahawa mereka hanya akan berlakon seolah2 sedang berusaha untuk memulihkan rumah tangga mereka sehingga kedua ibubapanya pergi menunaikan Haji. Sepanjang tempoh tersebut, perasaan cinta mula berputik di antara Izwan/Hajar tetapi Izwan enggan mengaku dan Hajar hanya memendamkan perasaan. Azrul undur diri kerana dia sendiri merasakan cinta Hajar hanya untuk Izwan.

Selepas pemergian kedua ibubapa ke Mekah, Hajar meninggalkan rumah bersama anaknya. Seutas rantai pemberian Izwan ditinggalkan kerana baginya dia sudah tiada lagi dalam kehidupan Izwan. Kerana seutas rantai itu jugak, Izwan teringat kembali segala memori dan siapa Hajar di dalam hidupnya. Akhirnya, dia pergi mencari Hajar di tempat istimewa mereka dan mengungkap semula kata cinta terhadap Hajar dan melamar Hajar untuk kembali ke dalam hidupnya. Then,they continue their lives.