NOVEL: SATU PELURU CINTA – AIMY HANIYA

Posted: December 4, 2014 in Novel
Tags: , ,

IMG_20141204_083621

MY RATING

9/10
I love this novel. Lain daripada lain. Pembunuh upahan (although tujuannya untuk kebaikan tetapi still, kerjaya tu boleh dikategorikan sebagai pembunuh) yang mempelajari bahawa kehidupan bukan semata2 untuk menuntut pembelaan ke atas dendam orang lain tetapi ada banyak lagi perkara yg perlu diteroka dalam kehidupan. Kesetiaan, kepercayaan, kasih sayang, komited terhadap tugasan adalah antara elemen yang menarik perhatian dalam novel ini. Terima kasih kepada penulis kerana tidak meletakkan kisah cinta dlm novel ini terlalu melampau sangat.

RIGKASAN NOVEL

Ariq Adamy menerima tugasan daripada Daniel yg memerlukan dia balik ke Malaysia. Dengan bantuan dua orang kanan kepercayaannya, Zack and Andy, mereka balik ke Malaysia dan merancang strategi untuk menyempurnakan tugasan yg diminta Daniel. Sampai di Malaysia dia berkenalan dengan Abby yang bekerja menjadi pembantu rumah. Ariq rasa dikhianati setelah mengetahui tugasan Daniel bertujuan untuk melindungi dirinya daripada disiasat pihak berkuasa kerana dia merupakan rakan subahat Datuk Hisham. Daniel akhirnya memberitahu bahawa dia ingin membebaskan dirinya dari belenggu Datuk Hisham dan membantu pihak berkuasa menangkap orang tua tersebut. Datuk Hisham tidak mahu melepaskan Daniel dan meminta Daniel untuk membawa Ariq menyertai teamnya. Kerana tidak mahu melakukan segala yg disuruh, Daniel meminta Ariq untuk kembali ke New Zealand.

Sekembali ke New Zealand, Ariq sudah tidak seperti dulu kerana tanpa sedar dia telah jatuh cinta kepada Abby sementalah hubungan mereka yg rapat sepanjang dia berada di Malaysia. Dia mempelawa Abby dan adiknya, Saiful untuk datang ke NZ. Malangnya pada hari yg dijadualkan Abby tidak muncul dan ini membuat Ariq kecewa dan enggan mempercayai Abby. Zack yg tidak senang melihat keadaan Ariq akhirnya Berjaya menghubungi Saiful dan mendapat khabar bahawa Abby dimasukkan ke hospital kerana telah ditikam oleh teman lelaki adiknya Dina yg melarikan diri selepas itu. Ariq, Zack dan Andy bergegas kembali ke Malaysia dan menjaga Abby. Kehadiran mereka ke Malaysia diketahui Daniel dan Daniel meminta mereka segera pergi. Tanpa pengetahuan semua, Datuk Hisham mengetahui kedatangan mereka ke Malaysia dan dengan bantuan Dina (well, she tinggalkan Abby kerana nak hidup mewah dan geram cz Ariq/Saiful lebih sayangkan Abby) Abby dan Saiful diculik. Dengan bantuan Daniel, Abby/Saiful Berjaya diselamatkan.

Ketika ditahan di hospital, mereka kehilangan Saiful yg ditembak mati oleh konco2 Datuk Hisham. Dina yg pada mulanya marah tidak jadi memarahi Datuk Hisham setelah dijanjikan percutian. Kerana risaukan keselamatan Abby, dia dibawa bersama ke NZ dan ini mengecewakan Zarel (majikan Abby) yg menaruh hati terhadap Abby. Di NZ, Ariq mendapat tahu status ayahnya seorang muslim dan pembunuh kedua ibu bapanya tidak lain tidak bukan ialah Datuk Hisham. Di Malaysia, Daniel dibunuh dan Irwan beserta Tuan Baharom meminta Ariq mengetuai kes dengan membawa lencana milik arwah ayahnya yg juga seorang detektif. Sekali lagi nyawa Abby menjadi taruhan dan dalam pertempuran, Datuk Hisham ditembak mati.

Abby koma. Zarel approved hubungan Ariq/Abby dan Ariq mendalami ilmu Islam. Ariq membuka firma guaman di mana bangunan masih dalam pembinaan dan pada masa yg sama menubuhkan pusat paintball bersama Zack dan Andy. Setelah sedar dari koma, Ariq melamar Abby dan mereka kembali ke NZ untuk menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

Advertisements
Comments
  1. Teacher Saida says:

    cerita Satu peluru cinta mmg sangat menarik…Terdapat kelainan pada jalan ceritanya… 9/10 saya setuju dengan rating yang diberikan….Namun satu perkara yang sangat perlu di beri perhatian oleh penulisnya adalah penggunaan Bahasa Inggeris oleh watak utamanya, Ariq Adamy…harap dapat diperkemaskan lagi nahu dan tatabahasanya…agak banyak kepincangan struktur ayatnya…..yg secara tidak langsung mencacatkan keindahan cerita ini….TAHNIAH kepada Cik Aimy kerana telah berjaya menulis sebuah cerita yang seronok dibaca..

  2. Aimy Haniya says:

    TQVM sbb bg rating yg tinggi utk novel aimy…aimy rasa trharu sngat..rsa cam nak nangis…huhu…buat Teacher Saida,mmg aimy akui ttg ksalahan grammar yg ke laut…msa study grammar dlu slalu ponteng..but aimy nk ucapkan trima kasih sbb notice..aimy akan cuba perbaiki…trima kasih sbb bgitu mndalami kisah Ariq Adamy…aimy sbnarnya takut org ckp love story trlalu simple tp xsngka ada yg boleh mnerima sbb aimy bkan jnis jiwang sgt..hehehe..so,trima kasih bnyk2 sbb enjoy spc..hrap dpt trus sokong karya aimy haniya..love you..
    XOXO,
    AIMY HANIYA-author satu peluru cinta

  3. adzli says:

    Ini novel kedua saya pernah baca… Walaupon saya lelaki… Saya hanya mmpu kata yg novel ni mmg best… Saya suka dari jalan cite dia.. Walaupon masa mula2 agak bosan haha…dan smpai sekarang saya x puas hati kenapa Ariq x bunuh datuk awal2 smpai epul boleh mati… Haha… Tpi tu la yg berlaku di setiap novel… Haha…
    Ape2 pon taniah kerana telah menghasilkan novel yg terbaik.

  4. Aimy Haniya says:

    Terima kasih pada adzli yg sudi bc novel spc ni..xtau plak novel ni novel kdua yg adzli pnah bca…trima kasih juga sbb enjoy…maaf la klu mula2 prmulaan novel tu bosan..xboleh nk jump to action je kan…hehe..psal Ariq tu xbnuh datuk awal2 sbb dia nk tahu siapa yg bnuh parents dia..masa tu datuk ckp hnya dia yg tahu..lg stu mmg watak epul trpksa ditamatkan..apa2 pun tqvm sbb bca spc..trima kasih juga untuk blog bintangungu sbb bg pndedahan dan review yg baik utk spc…

  5. Afiqah says:

    X ada lagi ke novel aimi haniya yg lain

  6. Tasha says:

    Serious novel ni best giller!Saya minat giler novel nih..nk cri novel keduanya pulak..huhu..Watak abby dan Ariq I’m so love it..dan membuatkan saya rasa macam nak pergi New Zealand je..huhu best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s