NOVEL : BUKAN DUA TAPI TIGA? – AZIMAH LILY

Posted: March 14, 2015 in Novel
Tags: , ,

IMG_20150314_100047

MY RATING:
9/10

Well done to penulis. Walaupun dua karya Rahsia Hati dan Siapa Orang Gajiku? Menarik tetapi I lebih sukakan novel terbaru penulis. Maksudnya, penulis ada peningkatan dari segi penulisan dan menarik perhatian I. I love the storyline dan watak2 dalam novel ni. Si kembar tiga memang sangat interesting kisah mereka dan pelan2 mereka untuk membalas ketidakadilan terhadap ibu mereka. I love this novel sebab kisah cinta tidak terlalu melampau and fairy tales sangat. At least nampak logikla kisah cinta si kembar tiga dengan si Three Muskeeters.

NOVEL SUMMARY:
Munirah/Syed Kadir –
Perkahwinan yang diatur tidak membahagiakan Syed Kadir tetapi Syed Kadir time tu tengah tangkap cintan dengan Kartika. Akhirnya Munirah dihalau dalam keadaan mengandung. Munirah menjalani susah senang hidup di rantau orang dengan bantuan kawannya lebih2 lagi dia disahkan mengandung kembar tiga. Panggilan daripada adik iparnya mengatakan Syed Kadir sakit dan Kartika tidak menjaganya menjadi faktor penyebab dia ingin kembali ke Malaysia sementalah dia sendiri ingin menoktahkan hubungannya dengan Syed Kadir. Tetapi, berbeza dengan Syed Kadir, setelah bertemu Munirah dan anaknya, Alina, dia bertekad untuk menyambung kembali hubungan dan mahukan mereka kembali hidup sebagai satu keluarga. Pada mulanya Munirah menolak kerana dia tidak yakin akan masa depan hubungan mereka dan dia tidak mahu hidupnya dan anaknya terancam kerana baginya Kartika akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Tetapi akhirnya setelah mendapat keizinan daripada semua kembarnya (kisah yg penuh suka duka dan cabaran), akhirnya keluarga tersebut bersatu.

ALEYA/ALISA/ALINA – 3 kembar berbeza personality yang pada mulanya melarang keras akan keputusan ibu mereka kembali ke Malaysia untuk bertemu Syed Kadir. Tetapi mereka berlembut setelah mendapat tahu tujuan ibu mereka untuk meminta hubungan suami isteri diputuskan. Tetapi, Aleya/Alisa terpaksa merancang strategi untuk menggagalkan rancangan Syed Kadir untuk bersatu semula dengan ibu mereka.

Paling menarik apabila si kembar tiga mengelirukan semua orang di sekeliling mereka ketika tiada siapa tahu yang tahu akan kewujudan mereka. Ini kerana mereka hanya mengetahui kewujudan Alina dan tidak sedar kewujudan Aleya/Alisa. Akhirnya, ketika ketiga2 mereka memunculkan diri segalanya menjadi kacau-bilau. Kartika dan anak2nya (Sofea/Suziela) yang sentiasa ada idea untuk menghalang penyatuan Syed Kadir Munirah dan usaha Syed Kadir untuk mendapat semula kepercayaan Alisa/Aleya.Setiap perancangan mereka disabotaj Tg Iskandar/Dr Nazri/ Zahari yang ingin melihat lelaki yg mereka telah anggap sebagai ayah mereka bahagia. Pelbagai perkara suka duka mewarnai pertemuan mereka sehingga membibit rasa cinta di hati. Dr Nazri bersama dengan Dr Alina walaupun pada mulanya Suziela mengacau tetapi Dr Nazri memang tidak sukakan Suziela. Tg Iskandar si playboy yang diminati Sofea pulak jatuh cinta kepada Aleya dan sentiasa berusaha memikat hati Aleya sehingga akhirnya dia berjaya melembutkan dan menghadirkan rasa cinta dalam diri Aleya. Zahari dan Alisa pula akhirnya tidak dapat mengelak akan perasaan cinta yang wujud selama mereka berbalah dan berbeza pendapat.

Setelah yakin akan segalanya dan setelah Kartika dan anaknya (Sofea/Suziela) undur diri (well, bapak kandung mereka berdua pon kaya jugak), akhirnya semua bersatu sebagai keluarga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s