NOVEL : KAU TETAP MILIKKU – HAIRYNN SALEHUDDIN

Posted: March 14, 2015 in Novel
Tags: , ,

IMG_20150314_110010

MY RATING:
8/10

Walaupun I tak suke sangat dengan genre after lelaki tu rogol the heroin, then rasa menyesal dan mintak kawen dengan that heroin then fall in love, tetapi novel ni masih ada jugak jalan cerita yang still masih mampu menarik tumpuan I untuk membaca kisah Arina dan Haris. Apa yang menarik ialah watak jahat dalam novel ni tidak keterlaluan, logik dan tidaklah terlalu dramatic sangat sampai tahap sinetron.

NOVEL SUMMARY:
Arina/Harris kenal masa zaman sekolah di mana Harris memang budak nakal. Cabaran daripada kawan2 Harris untuk Harris menjadi titik hitam dalam hidup Arina. Kerana Harris dengan bangga mengatakan bahawa dia pasti berjaya mengambil gambar bogel perempuan yang dicadangkan oleh kawan2nya dan it happens that person is Arina. Setelah berjaya mendapatkan gambar bogel Arina tapi dia tidak sempat berbuat apa2 kepada Arina, Harris meninggalkan Arina di hotel setelah mendapat panggilan daripada ibunya. Arina trauma dan setelah habis sekolah dia tidak menyambung pengajian dan terus bekerja untuk menyara keluarga.

Beberapa tahun berlalu, dan akhirnya mereka bertemu semula ketika Arina menemankan kawannya ke kelab. Harris yang dikenali sebagai playboy dan sentiasa membawa perempuan untuk bermalam dengannya. Perempuan baginya umpama baju yang sentiasa bertukar ganti. Gambar bogel yg disimpan menjadi modal untuk Haris mengugut Arina. Dia terlalu memiliki Arina dan tidak akan bertindak melulu kerana dia mahukan Arina sukarela menyerah dirinya kepadanya tanpa perlu paksaan. Tetapi kerana perasaan cemburu, Harris bertindak mengikut nafsu dan melupakan janji dirinya sendiri apabila dia akhirnya merogol Arina. Selepas peristiwa tersebut, dia melamar Arina dan mengatakan dia akan bertanggungjawab. Kerana takut peristiwa tersebut membuahkan benih, Arina bersetuju untuk disatukan dan setelah yakin dirinya tidak mengandung dia meninggalkan Harris.

Setelah sekian lama, akhirnya mereka ditemukan lagi, kali ini yang lebih memeranjatkan Arina bahawa majikannya merupakan ibu Harris automatiknya merupakan ibu mertuanya. Harris pula kian berubah setelah menemui Arina dan berusaha untuk memikat Arina kembali tetapi tidak lagi mengakui akan cintanya terhadap Arina.

Kehadiran Carliff dalam hidup Arina meyakinkan Harris bahawa dia cinta dan ingin Arina untuk dirinya. Carliff pula sentiasa mengingatkan Arina siapa Haris sebenarnya yang menganggap perempuan umpama pakaian tanpa mengetui status sebenar hubungan Arina Haris. Dato Mahizan (ibu Harris) dalam diam menyiasat mengenai hubungan anaknya dengan Arina kerana merasakan perubahan anaknya adalah kerana Arina. Walaupun pada mulanya marah kerana rahsia perkahwinan tidak diberitahu kepadanya tetapi akhirnya dia menerima Arina setelah Harris menceritakan semua kisah dan perbuatannya terhadap Arina bermula dari zaman sekolah sehinggalah perkara yang membawa kepada perkahwinan mereka.

Harris/Arina meneruskan kehidupan mereka sehinggalah Carliff yang tidak boleh menerima kenyataan cuba untuk melakukan ssesuatu terhadap Arina. Disebabkan kejadian tersebut, Harris tidak memaafkan Carliff dan Arina trauma. Setelah lama menyepikan diri dan menerima kenyataan, Carliff muncul untuk memohon kemaafan daripada Harris/Arina. Arina menerima dengan hati tenang dan menyarankan mereka sentiasa berhubungan sebagai kawan baik. Harris yg pada mulanya enggan memaafkan Carliff akhirnya memaafkannya setelah dipujuk isteri dan ibunya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s