NOVEL : SAYANG PUAN SEBELAH RUMAH – ZARA QRY

Posted: March 14, 2015 in Novel
Tags: , ,

IMG_20150314_094503

MY RATING :
7/10

Jalan cerita ada tetapi momentum tidak kuat untuk buat I cepat2 habiskan novel ni. Beberapa jalan cerita if skip pon still boleh catch up lg. Sebab ada sesetengah watak tidak perlu muncul pon ok rasanya.

RINGKASAN NOVEL:

Zurin Aria/Amzi – Adik-beradik kematian ibu dan ditinggalkan bapa yg banyak hutang. Seorang mak saudara mereka sebok je nak amik tanah milik mak mereka dan tak suke mereka. Reason? Well, sebab mak mereka kahwin dengan lelaki yg diminatinya. Tetapi setelah mengetahui perangai sebenar bapa Zurin/Amzi, akhirnya mak sedara mereka membuang ego, berbaik dengan mereka dan bersyukur tidak berkahwin dengan lelaki tersebut. Si Amzi ni jadi subjek perbalahan antara dua adik perempuan Zaqry, Zaida dan Zaira. Tetapi akhirnya Zaida yang dipilih menjadi suri di hati Amzi.

Zurin/Nura – Kawan baik. Zurin sentiasa ada untuk Nura dan Nura sentiasa ada untuk Zurin. Nura mengalami masalah dengan ayah tirinya yang sentiasa menyusahkan ibunya dan dirinya kerana seorang pemalas. Tetapi tanpa pengetahuan Zurin, suami ibu Nura merupakan ayah kandungnya. Dia mengetahui kebenaran tersebut ketika lelaki tersebut masuk penjara.

At the same time, seorang lelaki bernama Fiaz jatuh cinta kat Zurin (pendam dalam hati). Tetapi Fiaz redha setelah mengetahui Zurin telah berkahwin. Penghujung novel, Fiaz melamar Nura kerana jatuh cinta terhadap Nura sepanjang tempoh mereka bersama2 mengharungi suka duka pengalaman berkaitan Zurin. Actually Nura memang da lama syok kat Fiaz.

Zurin/Zaqry – Main hero & heroin novel ni. Nenek Zaqry berkenan dengan Zurin dan terus merisik Zurin untuk cucunya Zaqry. Zaqry pada ketika itu ada girlfren, Alana (jiran sebelah) tetapi tidak mahu apa2 komitmen dulu. So, nenek ugut mintak Zaqry bawak balik calon menantu or kahwin dengan pilihan nenek. Since selalu bertingkah dengan Alana, then Zaqry setuju je lah dengan pilihan nenek tetapi after akad nikah Zaqry ni blah tanpa tengok siapa isteri die. Nenek dia pulak rasa bersalah dengan Zurin mengaturkan Zurin jadi pembantu untuk menjaga jirannya yg sakit akibat ditinggalkan suami (mak Alana = jiran Zaqry).  Well, macam normal punya cerita, berkenalan, senang dengan kehadiran masing2, finally si Zaqry nip on fall in love kat Zurin and plan nak berterus-terang dengan Alana untuk putuskan pertunangan mereka. Tekadnya lebih kuat apabila rahsia siapa sebenarnya Zurin terbongkar dan die turut merahsiakan kerana ingin melihat sejauh mana Zurin iingin menyembunyikan statusnya. Alana yg perasan akan perubahan Zaqry meluahkan kisahnya kepada Riddin (kawan Zaqry yang memang suke kat Alana). Kerana hasutan nafsu, Alana/Riddin terlanjur dan menyebabkan Alana mengandung. Riddin ingin bertanggungjawab tetapi Alana tidak mahu kerana dia hanya inginkan Zaqry. Akhirnya, perangkap diatur dan Zaqry terpaksa kahwin dengan Alana. Tiada cinta antara mereka dan Riddin mengakui Alana mengandungkan anaknya, so Alana/Zaqry bercerai. Zaqry/Zurin pon meneruskan kehidupan berkeluarga mereka bersama semua orang di sisi mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s