Archive for April, 2015

IMG_20150419_211711

MY RATING:
7/10
If to compare this novel with her other novel, Ad + Iz, I prefer that novel. Jalan cerita KDI ni terlalu meleret dan seriously, walaupun I langkah2 the page, am still able to understand the story. Some of the chapter if xde pun x kisah. Permulaan agak bosan dan meleret tetapi bertambah baik towards the end walaupun pada bahagian 3 /4 of the novel. Sorry to penulis but this novel can’t attract my attention. In fact, it takes me 1 month to finish reading this novel because tidak ada momentum untuk menarik perhatian untuk terus membaca.

RINGKASAN NOVEL:
Musim persekolahan:

Qaireen memberontak kerana kedua ibu bapanya seakan tidak sehaluan dan tidak mempedulikan dirinya. Di sekolah dia bersama kawan2nya (Donna, Tok Tok, Lian, Ana) membentuk The Girls (ala2 geng mean girls) tetapi mereka hanya bertindak ke atas orang yg mengganggu mereka. Kerana kecewa dengan ibu bapanya dia bertekad membunuh diri tetapi diselamatkan oleh Amir Haikal. Kemunculan Amir Haikal memberi impak positif dalam diri Qaireen dan hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Kemusnahan bisnes kedua orang tuanya dan kehilangan Amir Haikal merubah segalanya dalam hidup Qaireen. Bersama orang tuanya, mereka berpindah ke Sarawak untuk membina semula kehidupan dan dia berusaha melupakan Amir yg diberitakan kepadanya sudah meninggal dunia.

8 tahun kemudian:
Qaireen meminta penangguhan perkahwinannya dengan Razif kerana dia ingin bekerja menimba pengalaman dulu. Dia memilih untuk bekerja di Pohon Emas kerana ingin menyiasat tentang dalang di sebalik kemusnahan bisnes keluarganya. Pada masa yg sama dia bersyukur kerana di sebalik kejadian menimpa keluarga mereka bersatu semula. Di Pohon Emas dia bertemu dengan Haykarl Affandy yang sentiasa berusaha untuk membuat dia berputus asa dan berhenti dari syarikat. Hati Qaireen terusik kerana menyedari persamaan antara Haykarl dan Amir.

Rahsia terbongkar di mana akhirnya Haykarl mengaku bahawa dialah Amir dan kehilangannya dulu kerana kecewa setelah mendapat tahu status bahawa dirinya dan Qaireen adik-beradik. Tetapi kedua ibubapa Qaireen membetulkan jalan cerita bahawa mereka bukan adik-beradik dan berita tersebut melegakan mereka. Camelia (Ana) dalang disebalik kejatuhan keluarga Qaireen kerana rasa cemburu cintanya ditolak Amir.

Kerana tidak mahu dianggap perosak keluarga, Qaireen meneruskan majlis perkahwinan dengan Razif. Pada hari akad nikah, Icha (anak Camelia) ditimpa kemalangan dan satu lagi kebenaran terbongkar di mana Icha bukanlah anak Haykarl tetapi anak Camelia bersama Razif (tunang Qaireen). Perkahwinan Qaireen/Razif dibatalkan dan Haykarl memohon untuk berkahwin dengan Qaireen. Setelah beberapa ketika, Camelia bersetuju untuk bercerai dengan Haykarl dan membawa diri ke luar negara kerana malu untuk bersemuka dengan Qaireen/Haykarl. Icha diletakkan di bawah jagaan Haykarl/Qaireen.

Advertisements

IMG_20150419_211702

MY RATING:
8/10

Jalan cerita simple tetapi masih menarik perhatian untuk membaca. Watak jahat tidaklah sejahat mana tetapi lebih kepada kelakar especially Melati dan ibunya Pn Maizah yg akhirnya putus asa untuk mendapatkan Alif dan beralih arah untuk mencari org lain kerana mereka berasakan Alif tidak mungkin menerima mereka. Seronok membaca perubahan Alif yg pada mulanya tidak menyenangi kehadiran Nuzul dan macam2 permintaan agar tidak bertembung Nuzul.

Paling kelakar ‘sumpahan’ Saiful yg mengatakan Alif akan jatuh cinta pada Nuzul sebaik sahaja keluar dari pejabatnya dan ‘sumpahan’ tersebut seakan menjadi kerana Alif terpesona dengan suara Nuzul menyanyi lagu untuk Nazrul.

RINGKASAN NOVEL:
Alif Irsyad dengan yakin memberitahu temannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih2 lagi kepada perempuan yg tidak setaraf. Tetapi kata2 tersebut memakan dirinya kerana dia jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Mulanya dia menidakkan tetapi setelah yakin, akhirnya dia memikat Nuzul. Semuanya sempurna sehingga keluarga Alif sendiri merestui pilihan anak mereka. Tetapi, Melati dan ibunya, Datin Maizah menghasut ibu Alif, Pn Sri Ayuni dengan memburukkan Nuzul di matanya. Keadaan adik Nuzul, Nazrul yg sindrom down dijadikan alasan dan kerana termakan hasutan, Pn Sri Ayuni meminta Nuzul meninggalkan anaknya kerana dia tidak mahu keturunan yg kurang upaya.

Percaturan Pn Sri Ayuni memakan diri kerana Alif kemalangan dan terlantar lumpuh setelah pemergian Nuzul. Puan Sri Ayuni sedar akan kesalahannya. Irina, adik Alif membantu memulihkan abangnya. 4 tahun kemudian, dengan helah Irina, Alif dan Nuzul dipertemukan. Kerana marahkan Nuzul, Alif bertindak garang dan sedaya upaya untuk menyusahkan hidup Nuzul sepanjang dia bekerja di situ. Malangnya, perasaan cinta yang masih wujud berjaya memusnahkan ego kedua2nya. Mereka sama2 bersetuju menyambung semula ikatan yg terputus dan Nuzul lega kerana Puan Sri Ayuni menerima dirinya.

Tetapi tidak bg Alif. Sebelum dia ke arah yg lebih serius untuk membina keluarga, dia ingin Nuzul memberitahu akan perkara sebenar mengapa dia melarikan diri 4 thn lepas. Kerana tidak mahu merosakkan hubungan ibu dan anak, Nuzul mengambil langkah berdiam diri dan dalam masa yg sama dia berusaha menggoda Alif.  Kemalangan kecil yg menimpa Puan Sri Ayuni menggoyahkan kepercayaan Alif kpd Nuzul dan pada masa yg sama kemalangan menimpa Nazrul dan keadaannya kritikal. Kerana marah, Alif mempersoalkan tindakan Nuzul untuk pulang melawat adiknya sedangkan ibunya turut kritikal di hospital. Nuzul dengan tegas memberitahu Alif dia akn balik untuk adiknya.

Akhirnya rahsia mengapa Alif ditinggalkan Nuzul dibongkar sendiri oleh Pn Sri Ayuni. Alif berasa lebih bersalah setelah mendapat tahu kematian Nazrul, adik Nuzul. Dia memujuk Nuzul dan berjanji untuk menjaga dan menjadi suami yg terbaik untuk Nuzul. Endingnya, Alif membawa Nuzul honeymoon di atas cruise as promise.