NOVEL: PEMBANCUH KOPI MR VAMPIRE – AII FARIZA

Posted: April 19, 2015 in Novel
Tags: , ,

IMG_20150419_211702

MY RATING:
8/10

Jalan cerita simple tetapi masih menarik perhatian untuk membaca. Watak jahat tidaklah sejahat mana tetapi lebih kepada kelakar especially Melati dan ibunya Pn Maizah yg akhirnya putus asa untuk mendapatkan Alif dan beralih arah untuk mencari org lain kerana mereka berasakan Alif tidak mungkin menerima mereka. Seronok membaca perubahan Alif yg pada mulanya tidak menyenangi kehadiran Nuzul dan macam2 permintaan agar tidak bertembung Nuzul.

Paling kelakar ‘sumpahan’ Saiful yg mengatakan Alif akan jatuh cinta pada Nuzul sebaik sahaja keluar dari pejabatnya dan ‘sumpahan’ tersebut seakan menjadi kerana Alif terpesona dengan suara Nuzul menyanyi lagu untuk Nazrul.

RINGKASAN NOVEL:
Alif Irsyad dengan yakin memberitahu temannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih2 lagi kepada perempuan yg tidak setaraf. Tetapi kata2 tersebut memakan dirinya kerana dia jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Mulanya dia menidakkan tetapi setelah yakin, akhirnya dia memikat Nuzul. Semuanya sempurna sehingga keluarga Alif sendiri merestui pilihan anak mereka. Tetapi, Melati dan ibunya, Datin Maizah menghasut ibu Alif, Pn Sri Ayuni dengan memburukkan Nuzul di matanya. Keadaan adik Nuzul, Nazrul yg sindrom down dijadikan alasan dan kerana termakan hasutan, Pn Sri Ayuni meminta Nuzul meninggalkan anaknya kerana dia tidak mahu keturunan yg kurang upaya.

Percaturan Pn Sri Ayuni memakan diri kerana Alif kemalangan dan terlantar lumpuh setelah pemergian Nuzul. Puan Sri Ayuni sedar akan kesalahannya. Irina, adik Alif membantu memulihkan abangnya. 4 tahun kemudian, dengan helah Irina, Alif dan Nuzul dipertemukan. Kerana marahkan Nuzul, Alif bertindak garang dan sedaya upaya untuk menyusahkan hidup Nuzul sepanjang dia bekerja di situ. Malangnya, perasaan cinta yang masih wujud berjaya memusnahkan ego kedua2nya. Mereka sama2 bersetuju menyambung semula ikatan yg terputus dan Nuzul lega kerana Puan Sri Ayuni menerima dirinya.

Tetapi tidak bg Alif. Sebelum dia ke arah yg lebih serius untuk membina keluarga, dia ingin Nuzul memberitahu akan perkara sebenar mengapa dia melarikan diri 4 thn lepas. Kerana tidak mahu merosakkan hubungan ibu dan anak, Nuzul mengambil langkah berdiam diri dan dalam masa yg sama dia berusaha menggoda Alif.  Kemalangan kecil yg menimpa Puan Sri Ayuni menggoyahkan kepercayaan Alif kpd Nuzul dan pada masa yg sama kemalangan menimpa Nazrul dan keadaannya kritikal. Kerana marah, Alif mempersoalkan tindakan Nuzul untuk pulang melawat adiknya sedangkan ibunya turut kritikal di hospital. Nuzul dengan tegas memberitahu Alif dia akn balik untuk adiknya.

Akhirnya rahsia mengapa Alif ditinggalkan Nuzul dibongkar sendiri oleh Pn Sri Ayuni. Alif berasa lebih bersalah setelah mendapat tahu kematian Nazrul, adik Nuzul. Dia memujuk Nuzul dan berjanji untuk menjaga dan menjadi suami yg terbaik untuk Nuzul. Endingnya, Alif membawa Nuzul honeymoon di atas cruise as promise.

Advertisements
Comments
  1. insan kesepian... says:

    seksa weh dapat mok mentua wak senang caye ngan owg luar drpd menantunye sendiri….

  2. Anonymous says:

    X boleh ke , keluarkan novel nie semula . Dah banyak dh cri dekat kedai tapi masih lagi x jupe novel ini

  3. Anonymous says:

    Saya baru jer beli novel ini di http://www.belibukuonline.com.my

  4. Anonymous says:

    Saya beli novel ini sebentar tadi. Cepat grab sebelum kehabisan.

  5. Anonymous says:

    ada ke watak nazrul??

  6. nuna says:

    Melting tngok ungku ismail bwak watak irsyad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s