Archive for the ‘Novel to Drama/Movie’ Category

Senarai novel yg I review dalam blog ini yg diadaptasi ke drama..bestnya

  1. SI KOLOT SUAMIKU – FAZLYN RIDZ
  2. My Dear Mr Dimple – Aifa Batrisya
  3. TERSUKA TANPA SENGAJA – PENA KAYU
  4. SUAMI SEBELAH RUMAH – ANA SOFIYA
  5. Cik Cinderella dan Encik Tengku – Airisz
  6. Teman Lelaki Upahan – Azura Rasiddin
  7. Akadku Yang Terakhir – Acik Lana
  8. Suamiku Paling Sweet – Anjell
  9. Jodoh Sebelah Pintu – Dekna Lee
Advertisements

IMG_20141001_213730

MY RATING:

8/10
Jalan cerita yang simple tetapi masih mampu mengekalkan momentum untuk membaca dari satu muka surat ke satu muka surat. Kedegilan Farhah dan ayahnya, rahsia yang disembunyikan Farhah dari Arif dan Karina yang menjadi pengacau kisah percintaan mereka. Suka dengan idea melamar yang dicadangkan penulis dalam novel ini. Arif melamar Farhah menggunakan bekas Maggi Hot Cup dan betapa kelakar mereka punya proposal nama anak mereka Syarifah Nur Maggi Hot Cup.

Novel ini telah diadaptasi ke drama astro 2015 lakonan Emma Maembong (Farhah), Ammar Baharin (Arif) ,Amyra Roslin (Karina), Hafriz Adam

 

SUMMARY NOVEL (SPOILER ALERT)

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Karina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yg menjaga ibu tirinya yg sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Karina tetapi dipandang sepi Karina.

Pertemuan pertama dgn Arif bukanlah sebaik mana kerana Farhah/Arif berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesame sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yg mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua Farhah/Arif memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda. Arif (doktor merawat isteri/ mak tiri Farhah), calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Karina kepada Arif. Pertemuan yang melukakan hati Karina kerana Arif lelaki yg ditinggalkan kerana arahan ayahnya dan hati Arif telah mati untuk Karina kerana dia yang beria untuk merebut cinta Karina tetapi setelah cinta diberi Karina meninggalkannya. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Karina tidak dapat menerima. Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Karina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Karina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yg sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Karina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Karina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

q
Adaptasi ke Drama Mac 2015
TV3| isnin-khamis| 630 pm – 7pm
Hero – Izzue Islam
Heroin – Ayda Jebat

MY RATING:
9/10
Jalan cerita menarik dan lari dari klise kahwin paksa. Kesengalan Eryna membuatkan cerita Nampak comel especially dengan selamba melamar Amar setelah menerima mesej Azlan dan tetiba dia sendiri menarik balik lamaran. Bertemu pula dengan Amar yg memang boleh tahan juga kesengalannya.

MY SUMMARY:
Kerana tidak mahu memalukan keluarga, Eryna melamar Amar untuk menjadi suami setelah Azlan, menghantar mesej memberitahu tidak dapat datang untuk majlis kahwin mereka. Ibu Eryna yg paling gembira kerana dia memang ingin bermenantukan Amar. Dengan bantuan kawannya, Sam, Amar di make over sehingga semua org terperanjat melihat penampilan baru Amar sebagai pengantin. Selepas selesai majlis, Eryna memberi cadangan kpd Amar, walaupun mereka telah sah menjadi suami isteri, dia ingin Amar memikatnya dan membuatnya jatuh cinta. Mereka balik ke Bandar meneruskan kehidupan dan pekerjaan masing2. Eryna masih berahsia kerana tidak mahu rakan serumahnya, Iman dan Anis memandang sinis kepadanya. Kehadiran Amar sbg jiran sebelah rumah menceriakan perjalanan cerita kerana teman serumah Eryna, Anis jatuh hati kepada Amar. Di hospital pula, Doktor Wani mengejar dan menghebohkan bahawa dia bakal isteri Amar kpd pekerja hospital dan melalui akaun Facebook. Azlan datang mengganggu dengan membawa ahli masjid bersama tuduhan Amar/Eryna melakukan maksiat. Azlan terpaksa menerima hakikat dia kehilangan Eryna setelah mendapat tahu Amar/Eryna sudah berkahwin. Eryna terpaksa menceritakan rahsianya kpd Iman kerana Iman telah mengetahui statusnya melalui abg saudaranya yg juga merupakan teman sekerja Amar. Lebih kecoh apabila kedua keluarga Amar/Eryna datang bermalam untuk membuat siasatan. Tetapi mereka berjaya meyakinkan ahli keluarga masing2 bahawa mereka masih dalam process suai kenal dan berusaha menerima diri masing2. Eryna terpaksa menghadapi kemarahan Anis yg ternampak Amar/Eryna di Pullman. Setelah puas sesi pujuk-memujuk dan bercerita, akhirnya Eryna dimaafkan dan dia pindah masuk ke rumah suaminya. Penghujungnya, mereka mengadakan resepsi perkahwinan mereka dan akhirnya Eryna memberitahu Amar akan sebab disebalik keberaniannya melamar Amar. Dia memberitahu bahawa dia sentiasa mimpikan Amar setiap malam menjelang hari perkahwinannya.

ImageMY RATING:
7/10

Permulaan 1/4 jalan cerita agak menarik tetapi selepas Puteri & Daniel menjadi kawan rapat, jalan cerita agak meleret & sometimes agak membosankan sampaikan if I skip a few pages pun I still blh catched up dengan jalan cerita. Compare novel terbaru ni dengan Cik Bunga dan Encik Sombong dan Cik Blurr dan Encik Ikhlas, I still prefer Cik Bunga dan Encik Sombong.

MY SUMMARY:
Puteri telah bertunang ttp tunangnya, Ashraff blh dikatakan seorang lelaki yg agak menyampah untuk dijadikan teman hidup kerana dia macam layan tak layan jer si Puteri & slalu pinjam duit Puteri. Well, I mmg menyampah dgn lelaki yg suka suki pinjam duit perempuan. Dah tu, si Ashraff ni taklah hensem kerana gambaran yg diberikan die tu macam bangla jer. Si Daniel pulak si kacak (prince charming punya pakej) yg menjadi peguam syarikat Puteri bekerja. Perkenalan & sesi borak-borak mereka kat KFC menjadi titik mula mereka rapat. Kagum dgn pakej sempurna Daniel + si tunang yg hampeh & jarang berjumpa mmbuatkan Puteri berasakan ingin putus tunang ttp amanat arwah ibu yg sukakan menjadi sebab dia btahan. Actually, bg I watak Puteri ni terlebih mengada. Dia tidak menyukai ibu tirinya wpun watak ibu tirinya tak lah over sgt berbanding dgn si ayah. Well, maybe virus ”mari benci ibu tiri” sentiasa ada dlm fikiran. Si kakak tirinya pula sentiasa busy body lebih2 lg hal bkaitan Ashraff (actually dr mula lg da boleh agak da kakak die ni suka/ ada skandal dgn Ashraff cz stp kali borak pasal Ashraff je pastu confirm si kakak tiri akan meroyan dan si ayah confirm akan marahkan Puteri sebab buat si kakak bsedih). Tahap mengada Puteri paling sengal ialah dengan berani menggoda Daniel & tidur sebilik dengan Daniel yg akhirnya menyebabkan mereka terlanjur tetapi selamba jer dia kata Daniel tidak perlu btanggungjawab kerana itu salahnya sendiri. Pertunangan Puteri-Ashraff putus slpas Ashraff& si kakak tiri tertangkap tidur bersama dlm satu selimut tanpa pakaian dan si kakak tiri mengaku mrk da lama bsama + dia pun tgh mengandung. Si kakak tiri berkahwin dgn Ashraff dan Daniel/Puteri pun berkahwin jugak. Dalam tempoh tu ada jugak si kakak tiri cuba nak rosakkan rumah tangga mereka kerana katanya ibu mertua tak suka dan baru tahu perangai sbnr Ashraff. Ttp Puteri suruh dia berbaik dgn keluarga mertua dan try the best untuk jadi isteri dan menantu mithali. Penghujungnya, Daniel/Puteri bbahagia bsama anak mereka.

 

teman-lelaki-upahan

Adaptasi ke drama Feb -Mac 2015
Slot Akasia TV 3 || 7pm – 8pm
EL – Ungku Ismail
Kyra – Siti Elizad
Drama pon superb.


MY RATING:

9/10
Novel lain penulis yg sudah dibaca ialah Cinta Sedingin Mint dan Musuhku Suamiku. Teman Serumah I belum baca kerana sinopsis tidak menarik minat untuk membaca (Well, I still masih lg judge the book by it synopsis)

Untuk novel ini, permulaan agak perlahan untuk masuk dlm cerita tetapi selepas itu okay. Terima kasih kpd penulis kerana memberitahu akan status my favourite couple Halifie & Cartaz Amani (Cinta Sedingin Mint). Sukakan watak EL yg I rasa agak comel & gentlemen. So sweet bla dia masak utk Lydia, didik Lydia utk berubah ke arah kebaikan dan memikat semula Lydia setelah dendamnya habis. He’s so protective to those around him. Will miss him spt mana I miss Halifie.

MY SUMMARY:

Part 1 :
Lydia yg sombong, ego dan hati batu ditinggalkan kekasihnya, Haidar yg jatuh cinta dgn wanita pilihan keluarganya Najwa. Dia berdendam dgn ayahnya yg bgnya menjadi punca dia ditinggalkan ibunya. Akibatnya dia memberi layanan dingin kpd ayah, ibu tiri & adik tirinya Lisha. Ayahnya berjanji akan memberi syarikat kpd Lydia dengan syarat Lydia kene kahwin by June.
EL (Ezwan Lutfi) kecewa kerana Zarra,gadis yg dicintai dalam diam memilih abang longnya sbg teman hidup. Kecewa, dia bersetuju menjadi teman lelaki upahan Lydia dgn syarat Lydia menyerahkan banglo yg diidamkannya di Cherating. Kontrak dipersetujui. Setelah bertemu dgn ayah Lydia, EL berasa dia perlu membantu untuk memperbaiki hubungan keluarga & mengubah Lydia. Pelbagai perkara yg berlaku yg akhirnya menyebabkan mereka menjadi rapat dan dalm diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan terhadap sesama sendiri.

Kemalangan meniimpa keluarga EL di Sarawak. Ayah & abg Longnya meninggal dan Sofea, adiknya lumpuh. Ketika EL berjanji untuk menjaga Zarra yg sedang mengandung, Lydia terdengar dan berasa dia harus undur diri kerana dia tahu Zarra cinta pertama EL. Pada masa yg sama Zarra mengetahui EL merupakan anak jutawan hotel terkenal Sarawak. Rahsia ttg ibu kandungnya yg curang kpd ayahnya terbongkar dan begitu juga rahsia penyakit ayahnya. Lydia memutuskan perkahwinan dengan EL.

Hubungan Lydia dan ayah & keluarga tirinya bertambah baik tetapi sebaliknya berlaku kpd EL. Perkahwinan cancel dan kemarahan ibunya yg mengetahui hal perkahwinan EL yg disembunyikan. Kesannya, Lydia menjadi tabah & EL menjadi pendendam.

PART 2:
EL bertemu Lydia dan dgn misi dendam. Perkenalan dgn keluarga EL menyedarkan Lydia akan akibat drpd perbuatannya. Dia menerangkan segalanya kepada keluarga EL dan ibu EL memaafkan EL. EL memulakan misi memikat Lydia. Well, happy ending. Mereka berkahwin dan hidup berbahagia.