Posts Tagged ‘BungaAmani’

Image

MY RATING:

7/10
– Permulaan agak susah juga nak blend & masuk dalam cerita tetapi setelah membaca suku pertama novel, then boleh mula menghayati apa yg nak disampaikan penulis.
– For me, I suka watak Imran kerana perkembangan watak tidak Nampak ketara tetapi faktor pemangkin (watak Aiman) berjaya mewujudkan cemburu. Umairah sbg subjek penceritaan novel ini tidak begitu membangun wataknya. Hanya bersandarkan kpd perubahan imej & penampilan ttp peribadi & karakter ssh nak difahami. Tetapi salute jugak dengan pembgnan semula keyakinan diri setelah apa yg menimpa dirinya.

 NOVEL SUMMARY:
UMAIRAH/IMRAN – Imran berkeputusan mengahwini Umairah kerana simpati dgn keadaan Umairah yg tidak mempunyai wang utk mbayar denda & tidak mahu keluarganya tahu bhw dia ditangkap khalwat bsama Imran. Sehari slps kahwin, ayah Umairah meninggal setelah Imran menceritakan cerita sbnr yg mbawa kpd perkahwinan mereka ttp Umairah tidak tahu. Mereka tinggal di rumah sendiri ttp Imran menyuruh Umairah tinggal di dalm stor dan sentiasa mengingatkan Umairah bhw itu rmhnya & Umairah tidak blh membuat apa2 sesuka hatinya. Imran telah 4 thn bercinta dgn teman sebilik Umairah, Zulaikha yg akhirnya berkahwin dgn lelaki lain kerana berasakan dirinya tidak dpt menerima Imran. Imran sedih dan mulanya menganggap Umairahlah penyebabnya ttp akhirnya dia berasa cemburu melihat kemesraan Umairah dgn Aiman (anak jirannya). Ketika hatinya berjaya menerima kehadiran Umairah & Umairah membalas kasihnya, mereka diuji apabila Umairah diculik, dirogol, dicabul dan didera sehingga lumpuh oleh jiran tingkat atas yg menghadapi masalah mental.

UMAIRAH/MUZIR- Ketika Umairah mula merasakan hatinya terbuka untuk menyambut kasih Muzir, berita dia ditangkap khalwat bsama Imran memusnahkan impiannya. Dia berusaha melupakan Muzir dan menjarakkan dirinya drpd Muzir. Muzir kecewa setelah mendapat tahu perkahwinan Umairah dan terlibat kemalangan. Muzir merupakan sepupu Imran.

UMAIRAH/IQRAM – Wajah Umairah menyamai wajah arwah kekasih lama Iqram. Kerana ingin mengetahui siapa dalang di sebalik kematian kekasihnya, Iqram meminta Umairah membantunya dan di hadapan ibunya dia mengatakan Umairah kekasihnya sedangkan dia hanya menganggap Umairah tidak lebih dr seorg adik kerana hatinya masih mengenangkan arwah kekasihnya dan Umairah merupakan isteri org. Rahsia dalang di sebalik kematian kekasihnya terbongkar apabila org upahan ibunya cuba utk membunuh Umairah ttp berjaya diselamatkan Imran. Setelah itu, Iqram menjelaskan segalanya kpd Imran. Pd masa yg sama, hati Iqram mula terpaut dgn Juma, teman rapat Umairah yg selalu bsama Umairah ketika mereka bjumpa..

UMAIRAH/AIMAN- Aiman, anak jiran menganggap Umairah sbg kakak tetapi hubungan mereka dicemburui Imran. Disebabkan kehadiran Aiman, Imran mula menganalisis perasaannya terhadap Umairah. Ketika kehilangan Umairah, Aiman yg berjaya menjumpai Umairah tetapi pada permulaannya dia ingatkan Imran yg menganiayai Umairah. Dengan bantuan Aiman, Imran membawa Umairah tinggal di kawasan perkampungan nelayan untuk membangkit semula semangat Umairah.

UMAIRAH/MALIK – Tetiba muncul watak Malik yg menjadi pemusnah kebahagiaan. Dia membayangkan Umairah spt isterinya yg curang dengannya kerana melihat Umairah Nampak mesra bbual dgn bbrapa lelaki selain dr suaminya. Malik membunuh isterinya dan menyimpan mayat isterinya di dlm rumah. Malik merogol, memukul dan mendera Umairah dan membiarkan Umairah tergantung pada kipas di rumahnya. Dia ditembak mati oleh polis ketika sedang memukul Umairah yg sedang tergantung pd kipas dgn tali menjerut leher.

 

Penghujung novel, Imran membawa Umairah tinggal jauh dr kawasan rumah mereka dan berusaha untuk membangkitkan semangat Umairah dan memulihkan rumah tangga mereka.