Posts Tagged ‘CahayaAinn’

DSC_0021.JPG

MY RATING

8/10
Terus membeli novel ini tanpa membaca sinopsis di belakang novel. Ini kerana perasaan percaya terhadap penulis yg sebelum ini belum menghampakan sy untuk membaca novel tulisannya. Karya lain penulis yang sy pernah masukkan dlm blog ini ialah Andy Hilton VS Mr MPP

RINGKASAN NOVEL

Dahlia/Reza – pasangan kekasih dan Reza melamar Dahlia pd hari ulangtahun ketiga perkenalan mereka. Semakin menjelang hari perkahwinan, semakin berdebar hati Dahlia. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Reza meninggal dunia akibat kemalangan menjelang hari pernikahan mereka. Setelah kematian Reza, Dahlia menerima panggilan bahawa Reza ada menempah percutian ke Paris. Dahlia membuat keputusan untuk ke sana dan mengambil kesempatan tersebut untuk menenangkan dirinya.

Tengku Shah Putra/Dahlia – Pada hari kematian bakal suami Dahlia, hati Tg Shah berasa sayu tiba2. Dahlia pula bermimpi seorang lelaki menunggang kuda putih mengejarnya. Mereka bertemu di Paris (Dahlia untuk menenangkan hati dan Tg Shah untuk lari daripada bondanya) apabila Dahlia tertinggal planner nya dan Tg Shah menemui planner tersebut lalu membuat keputusan untuk pergi ke tempat2 yg dicatat di dalam planner dengan harapan dapat memulangkan planner tersebut kepada tuannya.  Di sebuah kedai, Dahlia tertarik dgn satu cincin yg mempunyai tulisan “je t’aime” (I love You) yg menurut penjualnya ada kuasa sakti di mana jika lelaki yg membeli cincin tersebut memberi kepada perempuan yg disukainya dan sekiranya cincin tersebut tidak boleh ditanggalkan selepas perempuan tersebut memakainya, itu tandanya mereka mempunyai jodoh yg kuat. Tg Shah membeli cincin tersebut dan menyerahkan kepada Dahlia sebelum mereka berpisah setelah tiba di negara asal mereka. Sebagai tanda kenangan dan terima kasih, Dahlia menghadiahkan rantai kepada Tg Shah.

Selepas itu mereka bertemu dan bertukar online ID. Rahsia identiti Tg Shah terbongkar setelah Dahlia melihat majalah mengenai Putera Mahkota. Perkara paling lucu apabila Dahlia berjumpa Tg Shah kerana ingin memintanya menanggalkan cincin yg diberikan (Dahlia saja cuba2 untuk memakai cincin tersebut untuk menguji kisah cincin tersebut betul atau tidak). Sebaliknya Tg Shah melamar Dahlia. Sepanjang tempoh pertunangan, Dahlia belajar tentang selok-belok kehidupan kerabat diraja. Setelah berbagai dugaan yg diharungi termasuklah kemunculan Riz (lelaki yg mempunyai rupa mirip Reza yg membuat hati Dahlia berbelah bahagi) dan Tg Shah hilang ingatan akhirnya mereka berkahwin dan berbulan madu di Paris.

Tengku Shah Putra/Amir Fitri – Amir merupakan pembantu peribadi merangkap kawan baik Tg Shah. Tg Shah pernah menyatakan kepada Amir bahawa hatinya tiba2 terasa pelik dan sedih tiba2. Amir dengan nada bergurau memberitahu bahawa mungkin itu perasaan yg sedang dialami oleh perempuan yg bakal menjadi jodohnya.  Kerana keakraban mereka, bonda Tg Shah sudah menganggap Amir sebagai rakan sekutu Tg Shah dan setiap kali Tg Alissa mengugut Tg Shah, Amir pasti tidak terkecuali.

Dahlia/Suria Hana –  sepupu merangkap sahabat baik dan Suria pernah bertanya pada Dahlia sm ada Reza adalah jodohnya atau tidak. Selepas kematian Reza, Suria sentiasa di sisi memberi semangat kepada Dahlia.

Suria Hana/Amir Fitri – pasangan kekasih. Pada mulanya, Suria keberatan menerima lamaran Amir kerana dia tidak mahu Dahlia bersedih sedangkan dia gembira tetapi setelah didesak Dahlia akhirnya dia menerima.

Tg Shah/Tg Aziana – Tg Aziana ialah pilihan bonda untuk Tg Shah. Tg Aziana jatuh cinta terhadap Tg Shah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian Tg Shah. Tg Aziana kecewa cintanya ditolak apabila Tg Shah melamar Dahlia di hadapannya.

IMG_20140524_231330

MY RATING:
8/10

Walaupun jalan cerita sweet dan menarik tetapi am still love her previous Muridku Suamiku. Permulaan cerita agak mengelirukan sedikit dan mengambil masa juga untuk memahami jalan cerita.

MY SUMMARY:
Andriana dipindahkan ke pusat pengajian tempatan kerana kedua orang tuanya tidak mahu dia hanyut lagi dengan kehidupan di negara luar. Di universiti tempat dia belajar dia berkawan dengan Joey, Mimi dan Sherry. Gayanya ala-ala Paris Hilton menjadi perhatian semua pelajar dan tidak kurang juga ada yg tidak menyenanginya. Lia, senior MPP selalu mencari pasal dengan Andriana dan semakin berdendam setelah mendapat tahu lelaki yg dipujanya, Wafiy melamar Andriana untuk dijadikan isteri. Wafiy/ Andriana menyembunyikan status dan bersama2 belajar untuk menerima diri masing-masing. Rahsia terbongkar dan demi menjaga nama si isteri, Wafiy mengaku di hadapan semua bahawa dia telah mengahwini Andriana.

Setelah tamat belajar, Wafiy mengajak Andriana tinggal serumah bersamanya. Ketika mendapat tahu Andriana mengandung, Lia bertindak dan menyebabkan Andriana keguguran. Walaupun kecewa tetapi mereka meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi campur tangan orang tua yg , well suka busy body hal org sedikit sebanyak mempengaruhi ibu Wafiy. Kerana telah 3 thn tidak dikurniakan cahaya mata, ibu Wafiy mengusulkan Lia menjadi isteri anaknya demi menyambung zuriat. Andriana pasrah tetapi Lia tidak berpuas hati. Lebih teruk, Lia mengadu di hadapan Wafiy bahawa Andriana menolaknya. Kerana kecewa dan tidak mahu apa2 terjadi lagi kpd kandungannya, Andriana meninggalkan segalanya.

Setelah 8 bulan menjauhkan diri, akhirnya Wafiy & Andriana bertemu lagi. Mereka berbaik dan bersatu semula tetapi itu merupakan khabar buruk buat Lia. Dia bertindak mencederakan Andriana agar dia mati bersama kandungannya tetapi Wafiy datang tepat untuk menyelamatkan isteri dan anaknya. Kerana takut, Lia lari tetapi dia dilanggar dan menyebabkan dirinya lumpuh. Anak Wafiy/Adriana selamat dilahirkan dan mereka hidup berbahagia sekeluarganya.