Posts Tagged ‘EzzaMysara’

IMG_20141123_162556

MY RATING:
7/10

Permulaan jalan cerita suam-suam kuku. Memang ada babak menarik tetapi tidak dapat mengekalkan momentum pembacaan. Pertengahan cerita ketika Amna sudah membuat keputusan memilih Ahfan menjadikan jalan cerita ok sikit sementalah dengan hatinya berbelah bahagi antara perasaannya terhadap Ahfan dan Redza. Kehadiran Dayang yg meminta Amna untuk membantu mendapatkan semula Redza dan sikap sebenar Ahfan setelah Amna mengenali dirinya lebih dekat memberi konflik di dalam diri Amna.

Kredit untuk Amna kerana walaupun tahu anak yg bakal dilahirkan mengalami down syndrome tetapi dia tidak pernah melatah malah menjadikan dirinya tabah dan kuat lebih2 lagi untuk berdepan dengan Redza yang pada mulanya enggan menerima kenyataan tentang keadaan anaknya.

RINGKASAN NOVEL:
Atas bantuan Syakira (kakak Amna dan kekasih arwah abangnya), Redza memikat hati Amna. Dia menerima Amna bukan kerana cadangan Syakira tetapi hatinya turut terpikat dengan Amna sejak kali pertama bertemu walaupun pertemuan tersebut bukanlah yg manis. Amna pula menjadi rimas apabila Redza meminangnya di pejabat atas alasan tidak tahu alamat rumah Amna. Amna menolak dengan memberi alasan dia sudah bertunang sambil menunjukkan cincin di jarinya (dikutip ketika berjalan di pantai dan bertembung kekasih yg sedang bergaduh dan si perempuan membuang cincin). Sebaliknya penolakan Amna menggembirakan hati Redza dan dia memberitahu tunang yg dimaksudkan Amna ialah dirinya kerana cincin itu ditempah khas olehnya untuk cinta hatinya.

Pelbagai peristiwa lucu dan menarik dalam cubaan Redza mencuri hati Amna. Amna pula konflik diri kerana rasa hatinya terhadap Ahfan (dia sukakan Ahfan dan yakin Ahfan pun mempunyai rasa yg sama) dan permintaan Dayang untuk dirinya membuat perkara yg tidak disukai Redza agar Redza mengalah dan Dayang boleh kembali kepada Redza. Setelah semua itu, akhirnya Amna memilih Ahfan kerana baginya Redza dan kakaknya telah menipu dirinya setelah dia melihat gambar Redza dalam simpanan Syakira. Redza pasrah dan walaupun begitu dia tetap tidak menerima Dayang dalam hidupnya.

Redza dan Syakira menerangkan segalanya kpd Amna bahawa lelaki di dalam gambar tu arwah Radzi, abg Redza dan kekasih kakaknya. Amna sedar dan yakin bahawa dia jatuh cinta kpd Redza. Ahfan mengalah kerana dia turut merasakan bahawa Amna tidak mungkin bahagia bersamanya. Redza/Amna berkahwin dan hidup berbahagia. DUgaan menimpa setelah kandungan Amna disahkan mengalami syndrome down. Amna redha dengan ujian sebaliknya Redza sukar untuk menerima kenyataan kerana merasakan segalanya tidak adil Dia teringat segala dosa2 yang telah dilakukan dan berasa bersalah kerana Amna dan anaknya yang menerima hukuman di atas kekhilafan dirinya. Atas nasihat sahabat, dia sedar bahawa dia sepatutnya bersama2 isterinya menempuhi ujian. Kehadiran anak mereka diterima baik oleh ahli keluarga kedua2 pihak. Walaupun orang sekeliling sukar untuk menerima kehadiran anak mereka tetapi bagi mereka cukuplah mereka sentiasa bersama dan menyediakan segalanya untuk anak mereka agar si anak bersedia menghadapi dunia luar.

Advertisements