Posts Tagged ‘Fajar Pakeer’

DSC_0020.JPG

MY RATING

8/10
Maaf kepada penulis tetapi saya lebih meminati dua karya terdahulu Ributnya Cinta dan Kekasihku Popular. Novel ini menarik tetapi saya tidak mengalami perasaan teruja sepertimana dua novel tersebut. Walaupun begitu,  karya ini masih menarik untuk dibaca.

RINGKASAN NOVEL

Hana/Lea – anak orang kaya tetapi ingin berdikari atas usaha sendiri. Lea sahabat baik Hana di pejabat dan mereka selalu menjadi mangsa perli Farah/Zetty yang sentiasa mempersoalkan penampilan mereka.

Tg Adam/Hanna – Hanna menggelarnya En Tidak Ada Adab akibat perangai biadap ketika di lif. Tg Adam memberi gelaran tudung bulat kerana Hana penampilan Hana yg suka mengikat hujung tudungnya. Setelah beberapa kali terserempak dan meluangkan masa bersama, Tg Adam merasakan dirinya tertarik dengan Hana begitu juga Hana tetapi mereka tidak mengakui/menyedari.  Identiti diri Hana terbongkar apabila Tg Adam bermalam di rumah Harris (rakan baiknya) dan mendapat tahu bahawa Hana merupakan adik Harris. Peribadi Tg Adam menarik perhatian ibu angkatnya (mama Harris/Hanna) dan bercadang menyatukan Hanna dengan Tg Adam setelah mengetahui Hana telah kenal Tg Adam dan bekerja di pejabat Tg Adam.

Bermacam perkara lucu dan sedih berlaku di mana akhirnya mereka berkahwin. Berlaku sedikit krisis ketika awal perkahwinan mereka tetapi mereka berjaya mengatasinya apabila Tg Adam menceritakan kisah silamnya kepada Hanna.

Lea/Samad – Samad merupakan setiausaha/PA Tg Adam. Perkenalan mereka bermula apabila Hanna/Tg Adam meminta keduanya menjadi pengapit utk perkahwinan mereka.

Farouq/Sheera/Hanna/Tg Adam – Hanna/Lea terpikat dengan Farouq sehingga sanggup mengintainya yg berada di tingkat lain. Setelah Tg Adam/Hanna berkahwin, karakter Farouq berkembang dan dia berniat untuk membalas dendam terhadap Tg Adam. Sheera merupakan adik Farouq yg mencintai Tg Adam. Malangnya cinta Sheera ditolak (ketika itu Tg Adam tidak terbuka hati untuk mana2 perempuan) dan dia membunuh diri. Akibat terkejut dengan tindakan Sheera, kedua ayah ibu Farouq meninggal dunia dan Farouq ingin membalas dendam. Selepas kematian Sheera, Tg Adam rasa bersalah. Rahsia terbongkar apabila Sheera sebenarnya masih hidup tetapi koma dan Farouq berjaya menculik Hanna dan membawanya kepada Sheera. Hanna yg mengetahui akan kisah silam Tg Adam menasihatkan Farouq dan dia bersama Tg Adam sama-sama menjaga Sheera. Farouq meninggal dunia dalam tidur dan Sheera akhirnya berkahwin dengan teman rapat zaman belajar Hanna, Kudin.

DSC_0021.JPG

MY RATING

8/10
Terus membeli novel ini tanpa membaca sinopsis di belakang novel. Ini kerana perasaan percaya terhadap penulis yg sebelum ini belum menghampakan sy untuk membaca novel tulisannya. Karya lain penulis yang sy pernah masukkan dlm blog ini ialah Andy Hilton VS Mr MPP

RINGKASAN NOVEL

Dahlia/Reza – pasangan kekasih dan Reza melamar Dahlia pd hari ulangtahun ketiga perkenalan mereka. Semakin menjelang hari perkahwinan, semakin berdebar hati Dahlia. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Reza meninggal dunia akibat kemalangan menjelang hari pernikahan mereka. Setelah kematian Reza, Dahlia menerima panggilan bahawa Reza ada menempah percutian ke Paris. Dahlia membuat keputusan untuk ke sana dan mengambil kesempatan tersebut untuk menenangkan dirinya.

Tengku Shah Putra/Dahlia – Pada hari kematian bakal suami Dahlia, hati Tg Shah berasa sayu tiba2. Dahlia pula bermimpi seorang lelaki menunggang kuda putih mengejarnya. Mereka bertemu di Paris (Dahlia untuk menenangkan hati dan Tg Shah untuk lari daripada bondanya) apabila Dahlia tertinggal planner nya dan Tg Shah menemui planner tersebut lalu membuat keputusan untuk pergi ke tempat2 yg dicatat di dalam planner dengan harapan dapat memulangkan planner tersebut kepada tuannya.  Di sebuah kedai, Dahlia tertarik dgn satu cincin yg mempunyai tulisan “je t’aime” (I love You) yg menurut penjualnya ada kuasa sakti di mana jika lelaki yg membeli cincin tersebut memberi kepada perempuan yg disukainya dan sekiranya cincin tersebut tidak boleh ditanggalkan selepas perempuan tersebut memakainya, itu tandanya mereka mempunyai jodoh yg kuat. Tg Shah membeli cincin tersebut dan menyerahkan kepada Dahlia sebelum mereka berpisah setelah tiba di negara asal mereka. Sebagai tanda kenangan dan terima kasih, Dahlia menghadiahkan rantai kepada Tg Shah.

Selepas itu mereka bertemu dan bertukar online ID. Rahsia identiti Tg Shah terbongkar setelah Dahlia melihat majalah mengenai Putera Mahkota. Perkara paling lucu apabila Dahlia berjumpa Tg Shah kerana ingin memintanya menanggalkan cincin yg diberikan (Dahlia saja cuba2 untuk memakai cincin tersebut untuk menguji kisah cincin tersebut betul atau tidak). Sebaliknya Tg Shah melamar Dahlia. Sepanjang tempoh pertunangan, Dahlia belajar tentang selok-belok kehidupan kerabat diraja. Setelah berbagai dugaan yg diharungi termasuklah kemunculan Riz (lelaki yg mempunyai rupa mirip Reza yg membuat hati Dahlia berbelah bahagi) dan Tg Shah hilang ingatan akhirnya mereka berkahwin dan berbulan madu di Paris.

Tengku Shah Putra/Amir Fitri – Amir merupakan pembantu peribadi merangkap kawan baik Tg Shah. Tg Shah pernah menyatakan kepada Amir bahawa hatinya tiba2 terasa pelik dan sedih tiba2. Amir dengan nada bergurau memberitahu bahawa mungkin itu perasaan yg sedang dialami oleh perempuan yg bakal menjadi jodohnya.  Kerana keakraban mereka, bonda Tg Shah sudah menganggap Amir sebagai rakan sekutu Tg Shah dan setiap kali Tg Alissa mengugut Tg Shah, Amir pasti tidak terkecuali.

Dahlia/Suria Hana –  sepupu merangkap sahabat baik dan Suria pernah bertanya pada Dahlia sm ada Reza adalah jodohnya atau tidak. Selepas kematian Reza, Suria sentiasa di sisi memberi semangat kepada Dahlia.

Suria Hana/Amir Fitri – pasangan kekasih. Pada mulanya, Suria keberatan menerima lamaran Amir kerana dia tidak mahu Dahlia bersedih sedangkan dia gembira tetapi setelah didesak Dahlia akhirnya dia menerima.

Tg Shah/Tg Aziana – Tg Aziana ialah pilihan bonda untuk Tg Shah. Tg Aziana jatuh cinta terhadap Tg Shah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian Tg Shah. Tg Aziana kecewa cintanya ditolak apabila Tg Shah melamar Dahlia di hadapannya.

IMG_20150314_110019

MY RATING:
8/10

Jalan cerita yang so far I tak pernah jumpa lagi. Walaupun ada sesetengah babak nampak bosan tetapi penulis bijak untuk seimbangkan balik jalan penceritaan.  Ada sesetengah babak mampu mengusik perasaan.

NOVEL SUMMARY:
MYA AYUMI/FARHAN AZRIEL
– Kahwin kerana terpaksa akibat ibu tirinya ketika Mya mencari perlindungan di rumah kawan baiknya Ummi (adik Farhan). Kerana hanya mereka berdua sahaja di rumah dan keadaan Mya yang mencurigakan akhirnya mereka dikahwinkan. Mya menjadi mangsa nafsu abang tirinya seawall umur 15 tahun dan dia terpaksa melayani abang tirinya setiap kali diminta. Ibu tirinya pula bertindak kejam terhadapnya tetapi akan nmengelak mencederakan mukanya kerana tidak mahu rahsia kejahatan terbongkar di mata suaminya. Mya mencari perlindungan di rumah Ummi ketika ibu tirinya memukulnya kerana percayakan kata2 kekasih gelapnya bahawa Mya menggodanya mengajaknya melakukan hubungan. Sukar untuk Farhan menerima Mya kerana dirinya baru habis belajar dan baru ingin memulakan kerjaya. Tetapi kerana hormatkan ibu bapanya dia bersetuju. Abang tiri Mya mengeruhkan keadaan (abang die marahkan ibunya kerana bla Mya dah kahwin dia tidak boleh lagi untuk meratap tubuh Mya) dengan mengatakan Mya rela menyerah diri kepadanya dan seronok setiap kali mereka melakukan hubungan. Pada mulanya dia percaya tetapi akhirnya setelah berfikir dengan waras, dia lebih mempercayai isterinya sendiri.

Kemunculan Kim menyenangkan Mya dan mewujudkan cemburu Farhan walaupun pada mulanya dia tidak kisah. Setelah semua salah faham dileraikan dan cinta yg kuat wujud untuk isterinya, Farhan akhirnya menerima Mya dan hidup berbahagia. Berbeza dengan Kim, dia memang menerima kenyataan bahawa kebahagiaan Mya adalah Farhan tetapi perangai sebenarnya tidak diketahui Mya. Kim bermain cinta dengan Ummi dan bertindak merogol Ummi. Dia beralasan bahawa Ummi yang setuju menyerah diri untuknya kerana Ummi yang beria2 memikatnya sedangkan dia tahu hatinya untuk Mya. Ummi menjadi marah dan berubah menjadi kaki clubbing dan memperhambakan dirinya ke jalan hitam. Akhirnya, Kim sedar akan kesalahan dan memohon kemaafan daripada Ummi dan ahli keluarganya dan bersedia menjadikan Ummi isterinya. Kim/Ummi berkahwin dan akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan keluarga mereka. Mya/Farhan menunggu saat kelahiran anak mereka.

IMG_20150314_094503

MY RATING :
7/10

Jalan cerita ada tetapi momentum tidak kuat untuk buat I cepat2 habiskan novel ni. Beberapa jalan cerita if skip pon still boleh catch up lg. Sebab ada sesetengah watak tidak perlu muncul pon ok rasanya.

RINGKASAN NOVEL:

Zurin Aria/Amzi – Adik-beradik kematian ibu dan ditinggalkan bapa yg banyak hutang. Seorang mak saudara mereka sebok je nak amik tanah milik mak mereka dan tak suke mereka. Reason? Well, sebab mak mereka kahwin dengan lelaki yg diminatinya. Tetapi setelah mengetahui perangai sebenar bapa Zurin/Amzi, akhirnya mak sedara mereka membuang ego, berbaik dengan mereka dan bersyukur tidak berkahwin dengan lelaki tersebut. Si Amzi ni jadi subjek perbalahan antara dua adik perempuan Zaqry, Zaida dan Zaira. Tetapi akhirnya Zaida yang dipilih menjadi suri di hati Amzi.

Zurin/Nura – Kawan baik. Zurin sentiasa ada untuk Nura dan Nura sentiasa ada untuk Zurin. Nura mengalami masalah dengan ayah tirinya yang sentiasa menyusahkan ibunya dan dirinya kerana seorang pemalas. Tetapi tanpa pengetahuan Zurin, suami ibu Nura merupakan ayah kandungnya. Dia mengetahui kebenaran tersebut ketika lelaki tersebut masuk penjara.

At the same time, seorang lelaki bernama Fiaz jatuh cinta kat Zurin (pendam dalam hati). Tetapi Fiaz redha setelah mengetahui Zurin telah berkahwin. Penghujung novel, Fiaz melamar Nura kerana jatuh cinta terhadap Nura sepanjang tempoh mereka bersama2 mengharungi suka duka pengalaman berkaitan Zurin. Actually Nura memang da lama syok kat Fiaz.

Zurin/Zaqry – Main hero & heroin novel ni. Nenek Zaqry berkenan dengan Zurin dan terus merisik Zurin untuk cucunya Zaqry. Zaqry pada ketika itu ada girlfren, Alana (jiran sebelah) tetapi tidak mahu apa2 komitmen dulu. So, nenek ugut mintak Zaqry bawak balik calon menantu or kahwin dengan pilihan nenek. Since selalu bertingkah dengan Alana, then Zaqry setuju je lah dengan pilihan nenek tetapi after akad nikah Zaqry ni blah tanpa tengok siapa isteri die. Nenek dia pulak rasa bersalah dengan Zurin mengaturkan Zurin jadi pembantu untuk menjaga jirannya yg sakit akibat ditinggalkan suami (mak Alana = jiran Zaqry).  Well, macam normal punya cerita, berkenalan, senang dengan kehadiran masing2, finally si Zaqry nip on fall in love kat Zurin and plan nak berterus-terang dengan Alana untuk putuskan pertunangan mereka. Tekadnya lebih kuat apabila rahsia siapa sebenarnya Zurin terbongkar dan die turut merahsiakan kerana ingin melihat sejauh mana Zurin iingin menyembunyikan statusnya. Alana yg perasan akan perubahan Zaqry meluahkan kisahnya kepada Riddin (kawan Zaqry yang memang suke kat Alana). Kerana hasutan nafsu, Alana/Riddin terlanjur dan menyebabkan Alana mengandung. Riddin ingin bertanggungjawab tetapi Alana tidak mahu kerana dia hanya inginkan Zaqry. Akhirnya, perangkap diatur dan Zaqry terpaksa kahwin dengan Alana. Tiada cinta antara mereka dan Riddin mengakui Alana mengandungkan anaknya, so Alana/Zaqry bercerai. Zaqry/Zurin pon meneruskan kehidupan berkeluarga mereka bersama semua orang di sisi mereka.

IMG_20140824_172655

MY RATING:

9/10
Selepas Terukir Cinta & Mencari Mr Charming, penulis sudah masuk dalam my favourite writer list. Novel terbaru penulis ini menarik jalan penceritaannya. Penulis bijak menggunakan idea amnesia. Mungkin I sudah terlalu biasa membaca/menonton kisah amnesia yg terlalu klise. Tetapi plot amnesia dalam novel ini menarik untuk dibaca. Tetapi maaflah penulis kerana tidak dapat memberi full mark rating. Ini kerana, pengakhiran untuk watak Daniel tidak begitu lancar da nada bbrapa jalan penceritaan lain yg boleh diperbaiki. Rasanya ada tak novel untuk kisah Aria dan Jason? Teringin nak tahu.

Kisah cinta Saleha-Azri sangat unik dan I boleh tau macam mana perasaan Saleha ketika ketika dirinya sedar tetapi tidak mengetahui/ingat tentang apa2.

SINOPSIS:
Kerana kecewa dengan Daniel (tunang) dan dalam perjalanan untuk melafaz cinta terhadap Ryan, Saleha kemalangan dan menyebabkan dia koma. Dalam tempoh koma, dia hanya mengingati peristiwa dia jatuh dari bukit di Melaka, menulis senarai perkara yg akan dilakukan sekiranya dia diberi peluang untuk kembali ke masa lampau dan apabila sedar dia kembali ke tahun 1998. Dalam memorinya, dia ingin mencari Daniel dan berusaha untuk mengubah Daniel tetapi dia bertemu Azri, si samseng yang dia tidak ingat langsung akan kewujudannya. Pergaduhan/ Perselisihan antara Azri dan Saleha akhirnya selesai setelah mereka berkawan dan membantu satu sama lain. Azri turut meluahkan perasaan kepada Saleha dan mengatakan akan melamar Saleha selepas 10 thn tetapi Saleha meminta agar melamarnya setelah 16 thn. Beberapa bulan sebelum SPM, Saleha kemalangan yg menyebabkan dirinya amnesia seterusnya melupakan siapa Azri dalam hidupnya. Azri juga kemalangan yg menyebabkan dirinya buta. Dengan bantuan ibunya dan beberapa rakan yg rapat dia meminta agar mereka merahsiakan dirinya masih hidup dan mengumumkan di hadapan semua dirinya sudah mati. Sedar dari koma, Saleha mengingati peristiwa 16 thn tetapi lupa peristiwa setahun iaitu peristiwa setelah dia jatuh bukit. Dia tidak mengenali siapa Ryan walaupun smua bercerita dia dan Ryan rakan sekerja dan hubungan mereka sangat rapat. Dia langsung tidak mempunyai ingatan tentang Ryan tetapI Ryan mengingatkan dia kepada Azri. Dia tidak dapat menerima cinta Ryan dan Daniel kerana hatinya hanya Azri. Pasrah, Ryan berangkat ke Paris dan menghadiahkan lukisan kpd Saleha. Melalui lukisan, Saleha akhirnya mengetahui bahawa Ryan ialah Azri dan menjejak Azri sampai ke Paris. Saleha melamar Azri dan memutuskan pernikahan dengan Daniel. Daniel pada mulanya marah tetapi pasrah kerana kesalahan adalah dari pihaknya. Akhirnya Saleha-Azri (Ryan) berkahwin.