Posts Tagged ‘intens’

 

DSC_0014

MY RATING:
8/10

Suke sangat membaca kisah Darin dan Fakhri. Mulanya 50-50 nak beli novel ni kerana sinopsis novel macam terlalu klise. Tetapi walaupun terlalu klise, setiap kali ke kedai buku mesti nak jugak pegang novel ni. Endingnya, tutup mata ambil je novel ni then terus ke kaunter bayaran. Thanks penulis kerana jalan cerita yang tidak menghampakan dan melahirkan watak Darin/Fakhri yang bagus. Rasa2nya ada sambungan untuk kisah Fitri. Sepertimana Fakhri, saya rasa kisah Fitri mesti sangat menarik untuk diceritakan especially how his life after run away from the family and bagaimana dia boleh berubah fikiran untuk mengambil alih tempat Fakhri.

 

RINGKASAN NOVEL (JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA SPOILER)

Gul Darin – Nama yg unik. Digambarkan seperti seorang yg tidak berfikiran ke hadapan kerana dia kelihatan sambil lewa dalam pekerjaan. Atas bantuan kakaknya, dia mendapat pekerjaan di syarikat majalah yg hampir lingkup milik kawan kakaknya. Semuanya okay sehingga dia bertemu Fakhri

Tg Fakhri – Anak angkat kepada keluarga Tengku yg terkenal dalam bidang perniagaan di luar negara. Kembali ke Malaysia atas urusan perniagaan dan dalam diam2 tanpa pengetahuan ayah angkatnya, dia berusaha untuk menjejak kembali kakak yg ditinggalkan dan mereka terputus hubungan. Pertemuan dengan Darin mengubah seluruh kehidupannya dan sejak itu dia perlahan2 menjadi seorang manusia yg mempunyai perasaan berbanding menjadi robot yg senang dikerah oleh ayahnya untuk memajukan perusahaan keluarga.

Darin/Fakhri – pertemuan demi pertemuan merapatkan hubungan mereka dan kehadiran Hajah Faridah (nenek Fakhri) turut membantu dalam mengeratkan hubungan mereka. Setelah bertahun menjadi lelaki yg hanya memikirkan untuk meluaskan perniagaan dan membuat ayah angkatnya bangga, kehadiran Darin menjadikan hidup Fakhri dalam dilema. Dia tahu akan natijahnya sekiranya dia meneruskan hajat hati dan perasaannya tetapi pada masa yg sama dia tidak mahu kehilangan Darin. Sokongan Hjh Faridah membuatkan dirinya tekad untuk mengejar kebahagiaan dirinya walaupun dia tahu dia akan kehilangan status yg dimilikinya sekarang.

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan sekeping hati Darin dan menjadikan Darin miliknya. Tempoh seminggu diambil untuk memikat Darin dengan pelbagai cara yg kelakar dan sweet (serius, memang teringin nak jadi Darin dalam tempoh seminggu tu). Darin pula, yg pada mulanya jual mahal akhirnya terpikat. Atas bantuan Hjh Faridah dan 2 beradik Darin (Gul Lily dan Gul Iris), akhirnya mereka diijabkabulkan. Darin yang masih blurr terus membuatkan kite tersenyum apabila membaca novel ini.

Berita pernikahan akhirnya sampai ke pengetahuan ayah angkatnya dan pada masa yg sama, Fakhri gagal dalam urusan yg diarahkan kepadanya. Ayahnya ke Malaysia dan meminta Fakhri untuk meninggalkan Darin atau dia akan kehilangan segalanya. Fakhri tekad dan untuk segala jasa ayahnya, dia berjanji untuk membawa balik Fitri ke pangkuan keluarga dan menjadikan Fitri sebaik dirinya untuk meneruskan legasi keluarga kerana segalanyanya nanti adalah milik Fitri. Dalam process tersebut, Fakhri/Darin terpisah sementara. Berbulan berpisah, akhirnya mereka bersama semula.

Akur dengan permintaan Fakhri dan menyesali segala silapnya, ayah angkatnya melepaskan Fakhri setelah melihat perubahan Fitri yg bersetuju untuk mengambil alih perniagaan milik keluarga. Kedua ayah dan ibu angkat Fakhri akhirnya sedar bahawa mereka selama ini menyayangi Fakhri dan berasa bersalah kerana kurang meluangkan masa terhadap Fakhri sejak dari hari pertama Fakhri hadir dalam hidup mereka. Melihat betapa Fakhri mengasihi dan patuh kepada mereka, mereka sedar bahawa Fakhri merupakan anak yg paling disayang dan mereka risau seandainya Fakhri akan memutuskan terus perhubungan mereka lebih2 lagi setelah Fakhri mengetahui bahawa mereka yg menyebabkan Fakhri terputus hubungan dengan kakak kandungnya, Hanim.

Penghujung novel, semua hubungan yg terputus terjalin semula. Fakhri diberi kepercayaan untuk menguruskan perniagaan keluarga di Malaysia dan Hanim memaafkan ayah angkat Fakhri.

Advertisements

untitled

RATING:

8/10
Biasanya jalan cerita lelaki yg pantang dicabar dan ingin membalas dendam setelah watak perempuan baik menolak mereka. Kalau tidak, takkan wujud cerita drama/novel bad boy menjadi watak utama. Tetapi novel ini pula, watak wanita yg sangat ego dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yg dihajati. Kelainan novel ini ialah setelah mendapat lelaki yg diidamkan (ttp si lelaki menolak) dengan cara kotor, saya berbangga dengan Naz kerana dia berusaha untuk menjadi yg terbaik asalkan si suami tidak meninggalkan dirinya. Walaupun selepas itu dia terpaksa berhadapan dengan masalah akibat perbuatannya sendiri tetapi dia tabah dan tidak lemah. Sebaliknya, itu menjadikan dirinya terbaik dan akhirnya mendapat kebahagiaan yg telah lama hilang dari hidupnya.

RINGKASAN NOVEL
Naazneen ibarat playgirl. Setelah bosan keluar dengan seseorang, dia akan meninggalkan mereka. Pertemuan dengan Naim, mengubah hati dan egonya sementalah Naim telah menolak dirinya. Bagi Naim, dia sendiri tidak mengerti hatinya. Setelah mengenali Hidayah, dia bersetuju dengan rancangan ibunya untuk meminang Hidayah. Ego dan geram dengan penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Rancangan diatur memakan dirinya sendiri. Asalnya dia akan membawa Naim ke hotel dan gadis upahannya akan datang untuk melakukan kerja (well, aktiviti biasa yg dibuat oleh manusia yg dengki). Tetapi gadis yg diupah tidak memunculkan diri membuat Naazneen geram. Kerana penat, dia tertidur bersebelahan Naim dan tersedar setelah mendengar ketukan di pintu bilik. Demi maruah keluarga dan keinginan hati Naazneen, kedua mereka dikahwinkan. Dia diterima baik dalam keluarga Naim tetapi bukan Naim. Naazneen bertekad untuk belajar menjadi isteri yg dicintai dan dikasihi suami. Setelah yakin Naim menerima dirinya, kemunculan semula Hidayah yg datang menumpang di rumah keluarga Naim kerana ayahnya ke Mekah menimbulkan cemburu di hati Naazneen. Lebih2 lagi keluarga Naim menerima Hidayah dengan penuh mesra berbanding dirinya. Walaupun Naim memberi jaminan bhw cintanya hanya untuk Naazneen.

Kematian ayah Hidayah membongkar segala rahsia. Ada yg melihat org terakhir yg bersama dengan ayah Hidayah sebelum diserang sakit jantung ialah Naazneen. Naazneen memberitahu memang dia ada bercakap dengan ayah Hidayah untuk memberitahu akan kehidupan bahagianya bersama Naim. Kehadiran sepupu Hidayah yg pernah menjadi org upahan Naazneen dalam rancangan memerangkap Naim memburukkan lagi keadaan. Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen.

Naazneen terbuang dan disisihkan. Dirinya tidak boleh bernafas tetapi dia masih bertahan kerana cintanya kepada Naim. Ketabahannya diuji setelah mendengar rancangan mentuanya yg inginkan Hidayah sebagai menantu. Kerana tahap kesabarannya habis akhirnya Naaz nekad meninggalkan rumahnya itu pd tengah malam. Akif dan Awin yg melalui kawasan tersebut menemui dirinya dan membawa Naaz bersama mereka. Naaz kembali bersama Hana. Dia membuat keputusan menjaga sendiri ibunya yg sebelum ini dibiarkan di pusat jagaan mental. Mereka berpindah ke Miri kerana yakin tiada siapa akan menemuinya di situ. Naim kesal dan mengakui sukar untuk melepaskan rasa cinta terhadap isterinya. Dia menolak rancangan ibunya dan berusaha untuk menjejak isterinya. Setelah puas mencari dan Hana yakin akan ketulusan hati Naim, akhirnya Naim bertemu dengan isterinya. Perubahan isterinya menambah sesal di hati Naim. Naaz menerima Naim semula di dalam hidupnya. Walaupun menghadapi rintangan daripada ibu kedua2 pihak tetapi akhirnya mereka berjaya meyakinkan orang di sekeliling bahawa mereka mampu untuk menghadapi kehidupan mereka sendiri.

Image

MY RATING:
9/10

Karya penulis sebelum ini yg sudah dibaca ialah Jangan Bilang Benci  & Cinta 11 Syarat. Aku Yang Kau Cinta  pula synopsis dibelakang buku tidak berjaya menarik minat untuk membaca. Tp, novel terbaru ini agak menarik berbanding yg sebelumnya.

MY SUMMARY:
Mulanya agak menyampah jugaklah dengan Aeric ni. Hanya disebabkan tidak mahu syarikat ayah angkatnya yg telah lama diusahakan jatuh ke tangan Jacky (anak saudara ayah angkatnya), dia bertindak untuk mengahwini Ritz setelah mendapat tahu rahsia bahawa Ritz merupakan anak kandung ayah angkatnya yg tidak diketahui kewujudan oleh ayah angkatnya sendiri. Sebagai seorang perempuan, walau setampan mana seorang lelaki, tetapi perangai memaksa dan mengugut yg melampau pon akan buat rasa menyampah. Sesuka hati dia menculik Ritz, memaksa untuk Ritz mengahwininya dan paling sakit hati, nikah kat Sempadan Thailand. Memang nightmare. Tetapi lama-kelamaan boleh jatuh cinta dengan Aeric sebab disebalik sikap mengugut & memaksa, kebaikan sebenar dirinya terserlah satu-persatu. Dia membantu mengukuhkan hubungan ayah/anak (ayah angkatnya, Andy dan Ritz), sudi mendalami ilmu agama kerana itulah syarat sekiranya inginkan anak bersama Ritz (syarat Ritz setelah Ritz mengetahui ayahnya hanya akan memberi syarikat kpd Aeric sekiranya dia mendapat cucu), memberi kebahagiaan untuk Ritz dan ibunya dan banyak lagi. Walaupun kecewa ayah angkatnya memberi syarikat kepada Ritz tetapi dia masih setia membantu memberi tunjuk ajar.

Ritz pulak, akibat dendam, bersikap dingin dengan bapa kandungnya kerana bgnya ayahnya bersalah meninggalkannya hidup susah bsama ibunya, akibat geram, meminta jawatan di syarikat menggantikan ayahnya (automatic dia bos kepada suaminya). Tetapi sikapnya memakan dirinya sendiri. Anak yg dikandungnya tanpa sedar keguguran ketika bermain futsal dan dia tekad memalukan suaminya di hadapan pekerja syarikat. Perasaan bersalah bersarang setelah suaminya memberitahu bahawa dia tidak kisah sekiranya dendam itu hanya untuk dirinya tetapi Aeric menyuruh dia memikirkan nasib beribu pekerja yg mencari rezeki di syarikatnya. Qushri (lelaki pertama yg bertakhta di hati Ritz tetapi dipandang sepi) datang menghulurkan sayang setelah sedar akan perasaannya kepada Ritz dan mengetahui akan kisah sebenar perkahwinan Ritz. Ketika pergaduhan, Ritz menarik tangan Qushri dan membawanya keluar dan tindakan itu telah disalahfaham oleh Aeric kerana menyangka Ritz memilih Qushri berbanding dirinya lebih2 lagi setelah dia membaca diari Ritz yg banyak tertulis nama Qushri. Kerana kecewa, Aeric berubah menjadi seorang yg dingin, meninggalkan Ritz, rumah dan syarikatnya.

Ketika Ritz sedar akan kekhilafan diri, dia sudah terlambat kerana Jacky berniat menculik dan menghapuskannya demi harta Andy. Ketika menyelamatkan Ritz, Aeric cedera ditikam Jacky dari belakang. Takut kehilangan, Ritz meminta maaf dan melafazkan kata cinta kepada suaminya.

Penghujungnya, seperti cerita novel yg lain, mereka kembali bersama. Ayah angkatnya yg telah keluar Islam setelah meninggalkan ibu Ritz memeluk Islam semula dan ketika menghadapi hari2 terakhir kehidupan, bekas isterinya meminta agar mereka berkahwin demi rasa cinta yg masih ada.

Image

<<<Novel ni khabarnya akan dijadikan drama>>>

MY RATING:
7/10
Jalan cerita agak perlahan dan ada sesetengah muka surat, walaupun I skip tetapi I still masih lg boleh memahami jalan cerita. Idea menarik iaitu bagaimana seorang ustaz jatuh cinta dengan org biasa sebab selalunya asalkan ustaz jer org mesti bygkan akan berkahwin dengan org yg setaraf (bertudung labuh/tahap ustazah/perempuan baik2). Ariana dengan pelan memikat sehingga memeningkan kepala semua org dan Ustaz Mukhriz yg mengelak kerana takut menimbulkan fitnah. Paling kelakar, Ariana tidak kisah untuk pergi meminang Mukhriz kerana dia yakin itulah jodohnya. Sakit hati jugaklah dengan watak Awina. Memang tak ikhlas membantu.Boleh pulak nyawa manusia dia buat main2.

Overall, jalan cerita slow dan tidak dpt mengekalkan momentum agar saya terus membaca.

 

NOVEL SUMMARY:
8 thn sblm itu, dua manusia bertemu di dlm keretapi dan mereka bertukar2 buku di mana masing2 telah menulis sesuatu pada buku tersebut. Si gadis sentiasa berharap agar dpt bertemu lagi tetapi si lelaki tidak berani memberi harapan dan berharap kerana dia baru kecewa setelah gadis yg dicintainya dlm diam, Rabiatul Adawiyah pergi meninggalkannya dan kawan2 tanpa berita.

8 thn selepas itu, si lelaki menemui gadis yg sama di tepi tasik tetapi tidak menegur kerana takut milik org. Tetapi majlis kenduri yg dianjurkan abg Ariana memberi petunjuk kpd Mukhriz bahawa Ariana masih single. Ariana pula, terus menunjukkan minat dan berniat untuk memikat ustaz Mukhriz kerana dia yakin Mukhrizlah lelaki 8 thn sblm itu dan dia inginkan Mukhriz yg sama. Selepas bertukar mesej dan aktiviti memikat, akhirnya Mukhriz menerima Ariana menjadi suri.

Siti Awina, banduan wanita yg berterima kasih kepada Mukhriz kerana sudi membantunya dan memberi galakan agar dia tabah untuk mengharungi kehidupan di dalam penjara. Mukhriz membantu menjenguk anaknya, Puteri dan ibunya di kampung. Setelah dibebaskan, dia meminta Mukhriz mengahwininya kerana dia perlukan pelindung. Tetapi Mukhriz menolak kerana cintanya hanya untuk Ariana. Tetapi Ariana akhirnya akur setelah Awina meminta Mukhriz darinya sebagai balasan untuknya menderma buah pinggangnya kpd Mukhriz setelah buah pinggang Mukhriz rosak akibat kemalangan.

Zakuan, sepupu Ariana yg masih memegang janji yg diatur keluarga balik demi menuntut semula janji. Walaupun dia tahu Ariana sudah berkahwin tetapi dia masih berharap untuk memiliki Ariana sehingga dia sanggup menculik Ariana dan mencederakan Ariana. Tetapi, setelah kemalangan yg menimpa dirinya, dia insaf dan melepaskan Ariana untuk kebahagiaannya. Dia sanggup berdepan dengan Mukhriz agar membatalkan perkahwinan dgn Awina (Mukhriz mmg tidak berniat mengahwini Awina).

Akhirnya, Awina berkahwin dengan Syamsul (peguam yg byk membantunya) dan Mukhriz/Ariana bersatu kembali.

Image

NOVEL SUMMARY:

Mizan ada 3 bulan untuk mencari calon menantu buat ibunya melainkan dia ingin dijodohkan dengan Asmah gila. Sepanjang tempoh tersebut, dia berjumpa dgn bberapa perempuan tetapi akhirnya tidak Berjaya juga.

  1. Fara- meminati Mizan ttp Mizan tidak menyintainya kerana Farah tergolong dalam kategori “high maintenance”. Dia sanggup memfitnah Mizan terlanjur dgnnya dan dia mengandungkan anak Mizan. Tetapi setelah disiasat, itu hasil perbuatannya bersama Bakhtiar, pembantu Mizan. Endingnya, dia mati setelah bbrapa lama terlantar akibat kemalangan ketika baru balik dari pusat Islam.
  2. Zahida – pekerja restoran yg diperkenalkan oleh sahabatnya, Faizal. Kerana terkejut dilamar Mizan, Zahida pergi meninggalkannya kerana tidak bersedia.
  3. Salina a.k.a Salman – Gadis bisu yg ditemuinya ketika di kedai buku. Kerana rasa bersalah terhadap Mizan, Salina meninggalkannya. Ketika balik ke kpg dia dipukul ayahnya. Mizan dan Pak Longnya dipanggil untuk menghalang tok ketua memukul anaknya. Mizan terkejut setelah mengetahui Salina sebenarnya Salman, teman sekolahnya yg suatu masa dulu hanya suka berkawan dengan perempuan.
  4. Ayu – ditemui ketika dirinya menjadi tunangan Asma. Percaya dgn cerita Ayu yg memerlukan duit untuk merawat ibunya yg sakit. Rahsia Ayu terbongkar apabila ditangkap Mizan ketika bermesra dgn lelaki di panggung wayang dan tempat letak kereta. Kisah ibunya juga palsu kerana wanita tua yg dikatakan ibu tidak mengenali siapa Ayu.
  5. Suraya – anak Pak Long (sepupu). Pd saat dia ingin meminang Suraya, Fara dtg bersama fitnah. Suraya kecewa dan menerima lamaran teman sekolahnya.

Akhirnya Mizan berkeputusan menerima Asmah dan membantu merawat Asmah. Setelah Asmah pulih, mereka berkahwin dan menyambung kembali kisah percintaan terhalang mereka. Asmah merupakan kekasih hati ketika zaman persekolahan tetapi kisah mereka terhalang kerana ayah Asmah tidak menyukainya. Asmah kemalangan setelah majlis akad nikah yg menyebabkan kematian suami, ayah dan ayah mentuanya. Kecederaan teruk di bahagian kepala menyebabkan Asmah hilang ingatan dan menjadi seolah2 kanak2 terencat. Kerana cintanya kepada Asmah, Mizan membiayai rawatan Asmah dan setelah pulih mereka dikahwinkan.

 

MY REVIEW:
Rating 7/10
Isi cerita Nampak menarik tetapi tidak mampu mengekalkan momentum pembacaan. Beberapa muka surat diskip. Konflik dalam Mizan yg tertekan dengan ugutan berkahwin dari ibunya. Dlm process itu, dia bertemu dengan beberapa watak perempuan yg menambahkan rencah dalam hidupnya.