Posts Tagged ‘Misztyra’

IMG_20150322_144555

MY RATING
8/10

Mulanya teragak-agak nak membeli novel dr penulis ini kerana pengalaman dengan novel pertama penulis, Pelindung Cinta (sinopsis nampak menarik tetapi jalan cerita sangat mengecewakan). Tetapi tetap jugak nak beri peluang untuk membaca karya kedua penulis dan terima kasih penulis kerana improve much better than the previous novel. I love the concept dan cara-cara memikat yg digunakan oleh hero cerita ni sampai buat I sendiri terpikir, if I jumpa lelaki seperti Luth, rasanya I pon akan jadi macam Naural jugak. Paling menarik, persamaan matematik yg membentuk graf love.

RINGKASAN NOVEL:
Naural/ Faiza – Mulanya mereka berkawan tetapi selepas itu terputus kerana Faiza berasakan Naural sengaja memalukannya kerana memberi perangsang untuk memulakan langkah memikat Luth. Tetapi setelah ditolak Luth dan tahu Luth sudah mempunyai kekasih hati, Faiza meletakkan segala kesalahan terhadap Naural akibat memalukannya.

Naural/Dila – putusnya hubungan dengan Faiza, Dila hadir menjadi teman setia yg sama-sama membantu dirinya ketika dia bersedih atas kehilangan lelaki bertopi, membantu dirinya dalam memperbaiki semula hubungan dengan Luth. Pokoknya, Dila merupakan pendengar setia dan sahabat paling rapat yg sama2 bersusah dan bergembira sepanjang mereka bergelar pelajar. Sepanjang membantu hubungan Luth/Naural, hubungan antara Dila dan Amir (teman Luth) juga berkembang dan sehingga akhirnya mereka menjadi suami isteri. Penghujung, Dila hadir ke majlis perkahwinan Naural walaupun dia jauh di perantauan mengikut suaminya, Amir yg belajar di sana.

Naural/Danny – Danny merupakan salah seorang rakan Luth yg turut menyimpan perasaan terhadap Naural. Tidak banyak dikisahkan tentang Luth tetapi dia muncul after pertengahan cerita menyamar menjadi lelaki bertopi yang ingin dilupakan Naural. Setelah mendapat amaran daripada Luth, Danny tidak muncul lagi tetapi selepas 3 thn, mereka bertemu semula. Danny menggunakan kuasa sebagai bos untuk mendekati Naural. Tetapi kerana nafsu dan keinginan untuk memiliki, Danny hampir memusnahkan hidup Naural tetapi berjaya diselamatkan Luth. Danny dipecat dan kisah Danny berakhir di situ.

Naural/Dina – Jika di universiti, Dila menjadi teman rapat, tetapi setelah bekerjaya dan Dila memiliki kehidupan baru, Dina (teman serumah) menjadi tempat Naural mengadu dan bersuka ria. Tanpa pengetahuan, Dina merupakan adik sepupu Luth dan sepertimana watak Dila, Dina juga memainkan peranan dalam penyatuan semula Luth Naural.

Luth/Naural – Kisah mereka agak complicated tetapi sangat sweet. Luth terhutang budi dengan Naural yg telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa penjahat. Naural yg sedang bergegas takut ditinggalkan bas, terus meninggalkan Luth setelah yakin penjahat telah pergi tetapi dia tidak sempat bertanyakan lebih lanjut akan keadaan Luth. Sejak itu, berpandukan Matrik kad , dia mencari Naural dan akhirnya bertemu semula tetapi waktu itu dia menyelamatkan Naural dari menjadi mangsa boyfren yg tengah bergaduh dengan girlfren. Sejak itu, Luth cuba mendekati Naural tetapi masih tidak berani berdepan dengan Naural.

Luth menjadi lelaki bertopi yg menemani Naural dan Naural sendiri senang dengan kehadirannya. Lamaran secara tiba2 meminta Naural menjadi kekasih membuat Naural terkedu dan meminta masa tetapi Luth menyangkakan Naural menolak dirinya. Berakhirlah kisah lelaki bertopi. Selepas itu, Luth menjadi pemberi teka-teki yg mengusutkan hidup Naural tetapi lama-kelamaan Naural sendiri teruja untuk menyelesaikan semua teka-teki tersebut. Pada masa yg sama, Luth muncul sebagai dirinya sendiri dan mendekati Naural. Naural senang dengan kehadiran Luth yang mengubat kecewa ditinggalkan lelaki bertopi. Ketika cik hatinya ingin bergembira semula, hubungan yg sangat rapat antara Luth dan Marysa membuat Naural jauh hati dan menganggap dirinya tidak layak untuk Luth. Walaupun cuba diterangkan tetapi Naural tetap menjauhkan diri dari Luth dan menyibukkan diri dengan teka-teki dari si pemberi teka-teki. Kerana berasakan tidak mahu kehilangan Naural, Luth akhirnya bertindak untuk menamatkan permainan teka-tekinya.

Pada mulanya, Naural marah kerana pemberi teka-teki dan Luth adalah org yg sama dan dia rasa dirinya tertipu. Atas nasihat dan pertolongan Dila, peranan bertukar. Luth yg seakan kecewa berusaha melupakan Naural tetapi Naural (setelah tahu hal sebenar akan segala keikhlasan Luth untuk dirinya) bertukar peranan menjadi pemberi teka-teki. Akhirnya, mereka berbaik semula. Kemunculan lelaki bertopi palsu (Danny) membuat Luth berterus-terang dengan Naural bahawa lelaki bertopi yang sebenarnya ialah dirinya. Kerana berasakan dirinya ditipu dan untuk mengelak dirinya terus ditipu Naural meminta hubungan mereka ditamatkan, Luth pasrah dan undur diri.

Setelah 3 thn, Naural masih mengharapkan Luth. Setelah peristiwa dirinya hampir menjadi mangsa Danny, Naural menerima lagi teka-teki. Dia yakin segalanya perbuatan Luth tetapi tidak meletak sepenuh keyakinan kerana takut terluka. Akhirnya dia bertemu semula dengan pemberi teka-teki dan pada ketika itu dia diperkenalkan sebagai bakal isteri di hadapan keluarga dan kenalan Luth. Mereka akhirnya berkahwin dan dikurniakan anak. Naural menggunakan permainan scrabble untuk memberitahu khabar gembira kehamilannya kepada Luth. The end.

Advertisements