Posts Tagged ‘Penulisan2U’

PTC

RATING

8/10
Tidak mengecewakan. Sejujurnya, saya terus membeli novel ini kerana novel2 terdahulu Rindu Dalam Sepi dan Rasa Yang Tertinggal memang menarik. Tema darjat menjadi pilihan dan sejujurnya memang menyampah dengan watak ibu Aryan dan Akyra. Suspen jugak dengan rancangan Aryan sebenarnya tetapi nasib baik dia hanya berpura2 di hadapan ibunya bahawa dia telah merosakkan Wafiya. Suka dengan penceritaan semua watak dalam novel ini walaupun watak tersebut kecik. Bunyinya macam jahat tetapi idea “membeli” isteri daripada along tu boleh tahan jugak sedangkan hanya itu sahaja caranya untuk menyelamatkan Wafiya dari menjadi mangsa pembayaran hutang bapak tirinya. Nasib baik tiada kes perebutan cinta yang ekstrem. Walaupun Muzamil pada mulanya mendapat tempat di mata Wafiya (bukan di hati), tetapi Muzamil redha akan ketentuan. Endingnya, dia pun mendpt bakal isteri yang memiliki ciri2 spt Wafiya which is adik Haq (Cousin Aryan).

RINGKASAN NOVEL

Kisah cinta Umar dan Soleha tidak kesampaian kerana darjat. Soleha redha berpisah dengan Umar dan Umar berjanji untuk menyambung semula ikatan mereka. Setelah 30 tahun, Umar memulakan pencarian Soleha ditemani anak angkatnya Muzamil, seorang peguam. Bertemu Wafiya anak Soleha menggembirakan hati Umar walaupun terkilan tidak sempat berjumpa Soleha yang telah meninggal dunia. Ketika menghembuskan nafas terakhir, anaknya Aryan bersetuju mengahwini Wafiya kerana mahu menggembirakan hati ayahnya.

Wafiya hidup bagai di neraka. Dilayan dan didera ibu mentua yg membencinya setelah mengetahui Wafiya merupakan anak kepada kekasih suaminya yg sentiasa berada di hati suaminya. Mulanya, Aryan turut menghina Wafiya dan bersetuju dengan segala kata2 dan perbuatan ibunya. Tetapi kehadiran Muzamil dan Haq yg disenangi Wafiya menimbulkan cemburu di hati. Aryan cuba untuk membuka hatinya untuk Wafiya setelah kekasihnya, Akyra berlaku curang. Tetapi ugutan ibunya untuk merosakkan Wafiya dan menceraikan Wafiya membuatkan Aryan tertekan. Di hadapan ibunya, dia berlakon seperti berjaya “merosakkan” Wafiya dan terus meninggalkan Wafiya. Wafiya yang kebingungan dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya dan lari ke kampung. Setelah yakin keadaan redha, Aryan balik dan mencari isteri dan juga keluarga Mak Longnya seperti amanah arwah ayahnya. Dunia sememangnya kecil. Tujuan untuk bertemu keluarga Mak Longnya menemukan Aryan dengan Wafiya. Aksi pujuk-memujuk bermula dan semuanya berbaik. Aryan balik semula ke rumah membawa Wafiya. Ibunya geram dan meminta dia membuat pilihan sama ada meninggalkan Wafiya atau dia akan kehilangan segala kemewahan. Aryan memilih isterinya dan Wafiya membantu dan menyokong untuk dia memulakan kerjayanya semula. Dia membuka restoran dan menguruskannya bersama Mak Long dan isterinya. Muzamil datang mengadu akan keadaan syarikat yg tgh genting di bawah kekuasaan Akyra. Aryan kembali untuk menguruskan segalanya. Dia berjaya membongkar kegiatan jahat Akyra dan melantik Haq mewarisi syarikat kerana Haq (sepupu, anak mak long) lebih layak dan dia ingin kekal di kampung Wafiya menguruskan bisnes restoran makanan. Akyra yang takut ditangkap bertindak nekad terjun dari bangunan dan terus mati. Ibu Aryan yang geram setelah mendapat tahu Wafiya hamil bertindak untuk membunuh Wafiya tetapi diselamatkan oleh Mak Yam. Kerana takut, ibu Aryan melarikan diri tetapi dilanggar dan menyebabkannya lumpuh. Semuanya berakhir dengan gembira bersama anak mereka kembar empat.

Advertisements

IMG_20140808_205554

MY RATING:

10/10

Suka dgn jalan cerita dan watak2 dalam novel ini. Setiap karakter dikembangkan dengan baik dan mempunyai kisah yg berkait. Walaupun ada watak yg muncul seketika tetapi masih ada kaitan dengan jalan penceritaan keseluruhan novel. Ada beberapa babak yg boleh menyebabkan air mata keluar tanpa disedari padahal babak tu bukannya babak sedih pun.Babak yg first buat sedih ialah ketika Zharif memperkenalkan Dhieya sebagai cleaner untuk majlis hari jadinya setelah terpesona dgn kehadiran Aryana yg cantik padahal mulanya dia meminta Dhieya menyamar menjadi kekasihnya. Babak paling kelakar ialah apabila Dhieya mengenakan Zharif dgn mengeja jawi untuk “tandas lelaki”. Good job penulis and thank you for the story.

 

NOVEL SUMMARY:

DHIEYA/ZHARIF (MR FUSSY) : Cleaner & boss yg cerewet. Memang agak menyampah jugaklah dgn watak Zharif ni tetapi padan muka apabila bertemu ruas dgn watak Dhieya yg takde perasaan. Pertemuan pertama mereka berdua mmg lucu kerana setelah mengotorkan baju Zharif, selamba jer Dhieya bgtau yg baju Zharif tu melambak jer kat Petaling Street. Sejak itu, Zharif melancarkan serangan untuk membuli Dhieya. Tetapi, tanpa sedar, perasaan cinta hadir dalam hati mereka berdua. Demi menutup dan menidakkan perasaan yg timbul, Dhieya bersikap selamba dan Zharif bersikap dingin dan cerewet terhadap Dhieya. Setelah yakin bahawa dirinya memang mencintai Zharif, Dhieya berusaha untuk mendapatkan cintanya. Dhieya mendekat, Zharif memaksa dan mengarahkan Dhieya menjauh. Kemuncaknya, Dhieya betul2 meninggalkan Zharif dan dalam tempoh 2 thn ditinggalkan, Zharif terasa kehilangan sehingga mula belajar membaca jawi. Bertemu semula setelah 2 thn, Zharif masih keliru akan perasaannya. Keluarganya mengatur pertunangan dengan Aryana. Dhieya disahkan mendapat penyakit buah pinggang dan memerlukan penderma. Tidak mahu melepaskan Dhieya buat kali kedua, Zharif tekad melamar Dhieya dan mendapat persetujuan dr kedua keluarga. Pd hari perkahwinan, Afiqah (sepupu yg merampas bekas tunang Dhieya) membuat fitnah. Dhieya yg terseksa akan layanan dingin Zharif dan perasaan was was Zharif untuk menderma buah pinggang kpdnya memulakan langkah untuk membuktikan dirinya dan meninggalkan Zharif.Dhieya ditimpa kemalangan dan disahkan buta. Dia membawa dirinya ke rumah ibu saudaranya dan Zharif nanar mencari Dhieya. Akhirnya mereka ditemukan dan setelah sesi pujuk memujuk, akhirnya mereka berbaik. Aryana menyimpan dendam dan ingin membunuh Dhieya tetapi diselamatkan Zharif. Dhieya menjalani pemindahan buah pinggang dan pembedahan mata. Setelah semuanya selesai, Zharif/Dhieya hidup tenang bahagia bersama keluarga kecil mereka.

 

DHIEYA/FARIS – I wish I have someone like Faris in my life. Dialah kawan, teman gaduh, pendengar setia, penjaga dan abang kepada Dhieya. Dia sentiasa di sisi Dhieya di kala Dhieya bersedih dan gembira sehingga dia membuat perjanjian bahawa dia akan melamar kakak Dhieya, Syazreen setelah Dhieya berkahwin dan mendapat anak. Mulanya hubungan mereka tidak disenangi Zharif tetapi setelah mengetahui akan kedudukan Faris di hati Dhieya, Zharif tidak mempersoalkannya.

DHIEYA/HAZYRUL (MR COOL) Sepupu Zharif yg mendapat gelaran Mr Cool. Dhieya senang bersamanya tetapi hatinya memilih Zharif. Seperti Faris, Hazyrul bertindak menjadi pelindung Dhieya tatkala Dhieya dimalukan kerana status pekerjaan Dhieya sebagai cleaner sedangkan Zharif hanya memerhati. Setelah Dhieya muncul semula setelah 2 thn, Hazyrul melamar Dhieya menjadi kekasih tetapi akhirnya Hazyrul akur akan kebenaran bahawa hati Dhieya sdh dimiliki Zharif dan hati Zharif sudah lama diukir nama Dhieya. Setelah hubungan Dhieya/Zharif pulih, Hazyrul mengambil keputusan menyambung pelajaran ke luar negara dan dikhabarkan sudah menemui cinta hatinya.

 

DHIEYA/AMMAR Pertunangan diputuskan pada saat akhir angkara fitnah sepupunya, Afiqah yg ingin merampas Ammar drpd Dhieya. Ammar percaya dgn fitnah bahawa Dhieya menggadai dirinya ketika berada di Bandar tetapi menggunakan alasan bahawa dia bosan dengan penampilan Dhieya untuk memutuskan pertunangan. Setelah bbrp thn mereka ditemukan dalam satu projek dan Ammar berusaha mendapatkan kemaafan Dhieya. Mulanya, tiada maaf untuk Ammar tetapi akhirnya maaf diberikan untuk Ammar. Walaupun kecewa kerana tidak berjaya menjalinkan kembali hubungannya dgn Dhieya ttp dia lega atas kemaafan yg diberikan. Akhirnya, Ammar berkahwin dan hidup bahagia dengan pilihan hidupnya.

my-dear-mr-dimple

Update 22/6/2016
Khabarnya novel ni diadaptasi ke drama

Umar – Shukri Yahya
Sofea – Emma Maembong

MY RATING:

8/10
I prefer this novel better than Kahwin Ganti & Meh, Sandar Pada Aku.

MY SUMMARY:

Sofea tertarik pada lesung pipit Umar sejak kali pertama terpandang Umar di kafe Al-Faliq. Sangkanya Umar pekerja di kafe tersebut. Pertemuan kedua di majlis tunang Naim menjadikan mereka pasangan tunang secara tidak rasmi. Akibat selalu terserempak dan ingin mengelak dari masalah, mereka akhirnya setuju untuk berkahwin. Sofea setuju kerana rasa tercabar dgn Pn Zahlia a.k.a Angry Bird yg mengatakan dia tidak akan berkahwin sampai bila2 dan ingin mengelak dari Naim yg terlalu obsess akan dirinya. Umar pula setuju kerana ingin melarikan diri dari adik angkatnya, Umayra yg meminati dirinya. Pelbagai perkara lucu yg mewarnai hubungan mereka berdua kerana sikap terus-terang Sofea dan sikap malu2 mengalahkan anak dara Umar. Seriously, if I kat tempat Sofea, rasanya Umar tu I akan buli kerana sikapnya yg mengalahkan gadis melayu terakhir.

Kisah mereka menjadi seronok untuk dibaca kerana sikap misteri Umar dan sikap ingin tahu dan tidak sabar Sofea. Sehingga kebisuan Umar mengenai pekerjaan sebenarnya boleh menjadi sebab untuk mereka bergaduh. Paling best ketika Umar ingin berterus terang akan pekerjaannya dengan memberi Sofea duit RM 10. Sofea dengan selamba menganggap itu suatu teka-teki “di mana pilot kapal terbang dalam duit RM 10 tersebut?”
Naim (kekasih pertama Sofea) terlalu obsess akan cintanya kpd Sofea dan sentiasa mengejar Sofea. Jalan semakin mudah baginya kerana mengetahui dirinya dan Sofea ialah ipar dan kesempatan tinggal serumah dgn ibu bapa Umayra & Umar digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kpd Sofea. Paling menyampah dia sanggup kacau Honeymoon Sofea/Umar dan meninggalkan isterinya, Umayra seorang diri tanpa passport. Selain itu, dia dengan selamba jer pergi berjumpa keluarga angkat Sofea dan meminang Sofea. Perkara paling bodoh bg I dengan watak Naim ialah boleh die buat plan paling sengal, ceraikan Umayra, kahwin dengan Sofea dan kahwin semula Umayra untuk menjaga hati mamanya, si Angry Bird. Dia memang anak emak sejati.

Kerana obses, Naim sanggup mencederakan Sofea dan menumbuk perut Sofea apabila Sofea mengatakan dia mengandung anak Umar. Pelbagai sumpah seranah diberikan kepada Sofea. Dia mengatakan Sofea perempuan jalang kerana tidak tahu menjaga dirinya sampai boleh terlanjur dan mengandung anak Umar. Kehadiran Umar menyelamatkan Sofea dan akibat kesalan, Naim berubah menjadi pesakit mental. Setelah disahkan, Naim sebenarnya mewarisi penyakit ayahnya. Sebab kebencian Pn Zahlia kpd Sofea juga diketahui. Pn Zahlia berdendam dengan ibu Sofea yg menjadi pujaan suaminya.

Setelah semuanya selesai, Umar/Sofea meneruskn kehidupan mereka. Paling rasa nak tergelak ialah ketika mereka membuat baby scanning, boleh Sofea dengan selamba meminta doktor untuk menunjukkn lesung pipit anak yg bakal dilahirkan kerana obsesnya terhadap lesung pipit yg digelarnya lesung batu.

 

Image

MY RATING:

7/10
– Permulaan agak susah juga nak blend & masuk dalam cerita tetapi setelah membaca suku pertama novel, then boleh mula menghayati apa yg nak disampaikan penulis.
– For me, I suka watak Imran kerana perkembangan watak tidak Nampak ketara tetapi faktor pemangkin (watak Aiman) berjaya mewujudkan cemburu. Umairah sbg subjek penceritaan novel ini tidak begitu membangun wataknya. Hanya bersandarkan kpd perubahan imej & penampilan ttp peribadi & karakter ssh nak difahami. Tetapi salute jugak dengan pembgnan semula keyakinan diri setelah apa yg menimpa dirinya.

 NOVEL SUMMARY:
UMAIRAH/IMRAN – Imran berkeputusan mengahwini Umairah kerana simpati dgn keadaan Umairah yg tidak mempunyai wang utk mbayar denda & tidak mahu keluarganya tahu bhw dia ditangkap khalwat bsama Imran. Sehari slps kahwin, ayah Umairah meninggal setelah Imran menceritakan cerita sbnr yg mbawa kpd perkahwinan mereka ttp Umairah tidak tahu. Mereka tinggal di rumah sendiri ttp Imran menyuruh Umairah tinggal di dalm stor dan sentiasa mengingatkan Umairah bhw itu rmhnya & Umairah tidak blh membuat apa2 sesuka hatinya. Imran telah 4 thn bercinta dgn teman sebilik Umairah, Zulaikha yg akhirnya berkahwin dgn lelaki lain kerana berasakan dirinya tidak dpt menerima Imran. Imran sedih dan mulanya menganggap Umairahlah penyebabnya ttp akhirnya dia berasa cemburu melihat kemesraan Umairah dgn Aiman (anak jirannya). Ketika hatinya berjaya menerima kehadiran Umairah & Umairah membalas kasihnya, mereka diuji apabila Umairah diculik, dirogol, dicabul dan didera sehingga lumpuh oleh jiran tingkat atas yg menghadapi masalah mental.

UMAIRAH/MUZIR- Ketika Umairah mula merasakan hatinya terbuka untuk menyambut kasih Muzir, berita dia ditangkap khalwat bsama Imran memusnahkan impiannya. Dia berusaha melupakan Muzir dan menjarakkan dirinya drpd Muzir. Muzir kecewa setelah mendapat tahu perkahwinan Umairah dan terlibat kemalangan. Muzir merupakan sepupu Imran.

UMAIRAH/IQRAM – Wajah Umairah menyamai wajah arwah kekasih lama Iqram. Kerana ingin mengetahui siapa dalang di sebalik kematian kekasihnya, Iqram meminta Umairah membantunya dan di hadapan ibunya dia mengatakan Umairah kekasihnya sedangkan dia hanya menganggap Umairah tidak lebih dr seorg adik kerana hatinya masih mengenangkan arwah kekasihnya dan Umairah merupakan isteri org. Rahsia dalang di sebalik kematian kekasihnya terbongkar apabila org upahan ibunya cuba utk membunuh Umairah ttp berjaya diselamatkan Imran. Setelah itu, Iqram menjelaskan segalanya kpd Imran. Pd masa yg sama, hati Iqram mula terpaut dgn Juma, teman rapat Umairah yg selalu bsama Umairah ketika mereka bjumpa..

UMAIRAH/AIMAN- Aiman, anak jiran menganggap Umairah sbg kakak tetapi hubungan mereka dicemburui Imran. Disebabkan kehadiran Aiman, Imran mula menganalisis perasaannya terhadap Umairah. Ketika kehilangan Umairah, Aiman yg berjaya menjumpai Umairah tetapi pada permulaannya dia ingatkan Imran yg menganiayai Umairah. Dengan bantuan Aiman, Imran membawa Umairah tinggal di kawasan perkampungan nelayan untuk membangkit semula semangat Umairah.

UMAIRAH/MALIK – Tetiba muncul watak Malik yg menjadi pemusnah kebahagiaan. Dia membayangkan Umairah spt isterinya yg curang dengannya kerana melihat Umairah Nampak mesra bbual dgn bbrapa lelaki selain dr suaminya. Malik membunuh isterinya dan menyimpan mayat isterinya di dlm rumah. Malik merogol, memukul dan mendera Umairah dan membiarkan Umairah tergantung pada kipas di rumahnya. Dia ditembak mati oleh polis ketika sedang memukul Umairah yg sedang tergantung pd kipas dgn tali menjerut leher.

 

Penghujung novel, Imran membawa Umairah tinggal jauh dr kawasan rumah mereka dan berusaha untuk membangkitkan semangat Umairah dan memulihkan rumah tangga mereka.

Image

NOVEL SUMMARY:

Perjumpaan #1 – Salmiha terlanggar Shahrul. Shahrul yg terpana berlalu meninggalkan Salmiha. Sebenarnya Shahrul terpikat.

Perjumpaan #2- Salmiha pergi interview kat company Shahrul. Sementara tgg giliran dia pergi ke toilet tanpa mengetahui tandas tersebut adalah kegunaan peribadi bos. Shahrul menyamar menjadi lelaki nerd ketika di ofis kerana tidak mahu menjadi mangsa perempuan2 yg dahagakn wajah kacak dan berharta. Salmiha diinterview Shahrul tetapi dia ditawarkan jawatan setiausaha bos baru (shahrul sendiri) ttp bos baru akan masuk after 3 buln (Shahrul nak bersara dari dunia pilot)

Perjumpaan #3- Salmiha terlanggar Shahrul ketika menunggu Pak Langnya di airport ttp Pak Langnya tidak muncul. Dia sedih kerana tidak mahu dipaksa berkahwin dgn pilihan Pak Long.Shahrul ingin bercakap dgn Salmiha ttp tidak berkesempatan kerana tuntutan kerjanya.

Perjumpaan #4- Salmiha ingin menenangkan fikiran. Shahrul kecewa kehilangan jejak si gadis yg mencuri hatinya. Dia pergi menenangkan hatinya di tempat biasa tetapi berasa marah kerana portnya diambil org. tetapi dia bahagia kerana si gadis muncul di depan.

Perancangan: Setelah menceritakan masalah masing2 (Salmiha taknak berkahwin dgn pilihan pakciknya dan Shahrul diberi tempoh 6 bulan utk bawak bakal isteri), Salmiha bersetuju dalam paksa dengan idea untuk berkahwin yg dicdgkan Shahrul. Dengan bantuan sahabat, mereka dikahwinkan tetapi dirahsiakan.

Setelah mengenali dan memikat, akhirnya mereka menerima kehadiran masing2 dan berusaha menjaga perkahwinan mereka. Semua disekeliling termasuk ayah Shahrul merestui kecuali ibu tirinya yg masih dgn agenda untuk menjodohkan Shahrul dgn anak saudaranya (atas sebab harta). Perbuatan terbongkar dan ibu tirinya diceraikan oleh ayahnya. Akhirnya mereka hidup bahagia menunggu kehadiran anak.


MY RATING:

8/10
Tahniah kepada penulis kerana masih membuat I tertarik dgn hasil tulisan. I suka karya yg sebelum ni, Cinta Itu Milikku. Seronok dengan jalan cerita.

Untuk Novel Sayang Awak Cinta Awak, idea menarik dan seronok untuk mengetahui apa yg berlaku seterusnya. Babak paling kelakar bila Max, kawan Shahrul terpukau dgn Salmiha ketika bertandang ke rumah Shahrul. Dia beranggapan Salmiha org gaji Shahrul dan siap bgtau Shahrul nak memikat Salmiha. Rasa nak ketawa jugak ar dengan babak tu.