Posts Tagged ‘Phidot’

DSC_0020.JPG

MY RATING

8/10
Maaf kepada penulis tetapi saya lebih meminati dua karya terdahulu Ributnya Cinta dan Kekasihku Popular. Novel ini menarik tetapi saya tidak mengalami perasaan teruja sepertimana dua novel tersebut. Walaupun begitu,  karya ini masih menarik untuk dibaca.

RINGKASAN NOVEL

Hana/Lea – anak orang kaya tetapi ingin berdikari atas usaha sendiri. Lea sahabat baik Hana di pejabat dan mereka selalu menjadi mangsa perli Farah/Zetty yang sentiasa mempersoalkan penampilan mereka.

Tg Adam/Hanna – Hanna menggelarnya En Tidak Ada Adab akibat perangai biadap ketika di lif. Tg Adam memberi gelaran tudung bulat kerana Hana penampilan Hana yg suka mengikat hujung tudungnya. Setelah beberapa kali terserempak dan meluangkan masa bersama, Tg Adam merasakan dirinya tertarik dengan Hana begitu juga Hana tetapi mereka tidak mengakui/menyedari.  Identiti diri Hana terbongkar apabila Tg Adam bermalam di rumah Harris (rakan baiknya) dan mendapat tahu bahawa Hana merupakan adik Harris. Peribadi Tg Adam menarik perhatian ibu angkatnya (mama Harris/Hanna) dan bercadang menyatukan Hanna dengan Tg Adam setelah mengetahui Hana telah kenal Tg Adam dan bekerja di pejabat Tg Adam.

Bermacam perkara lucu dan sedih berlaku di mana akhirnya mereka berkahwin. Berlaku sedikit krisis ketika awal perkahwinan mereka tetapi mereka berjaya mengatasinya apabila Tg Adam menceritakan kisah silamnya kepada Hanna.

Lea/Samad – Samad merupakan setiausaha/PA Tg Adam. Perkenalan mereka bermula apabila Hanna/Tg Adam meminta keduanya menjadi pengapit utk perkahwinan mereka.

Farouq/Sheera/Hanna/Tg Adam – Hanna/Lea terpikat dengan Farouq sehingga sanggup mengintainya yg berada di tingkat lain. Setelah Tg Adam/Hanna berkahwin, karakter Farouq berkembang dan dia berniat untuk membalas dendam terhadap Tg Adam. Sheera merupakan adik Farouq yg mencintai Tg Adam. Malangnya cinta Sheera ditolak (ketika itu Tg Adam tidak terbuka hati untuk mana2 perempuan) dan dia membunuh diri. Akibat terkejut dengan tindakan Sheera, kedua ayah ibu Farouq meninggal dunia dan Farouq ingin membalas dendam. Selepas kematian Sheera, Tg Adam rasa bersalah. Rahsia terbongkar apabila Sheera sebenarnya masih hidup tetapi koma dan Farouq berjaya menculik Hanna dan membawanya kepada Sheera. Hanna yg mengetahui akan kisah silam Tg Adam menasihatkan Farouq dan dia bersama Tg Adam sama-sama menjaga Sheera. Farouq meninggal dunia dalam tidur dan Sheera akhirnya berkahwin dengan teman rapat zaman belajar Hanna, Kudin.

Image

SINOPSIS

MY SUMMARY

PERMULAAN NOVEL : Kisah cinta pasangan kekasih yg tak kesampaian & terpaksa berpisah kerana perbezaan darjat & keluarga. (Kisah Laila & Fahrin)

PENUTUP NOVEL: kebahagiaan sepasang suami isteri yg ingin pergi berbulan madu. Asalnya si isteri merajuk sampai nak melarikan diri ke Paris, tetapi si suami memujuk sambil menunjukkan plan tempat lawatan bulan madu mereka. (Ryu (anak Fahrin) & Rianna (anak Laila))
******************************************************************************************************************************

Rianna + Ryu : Rianna Lily datang ke Malaysia nak carik ibu kandung yg terpisah sejak mereka umur 5 thn after parent bercerai. Kumpulan Rookies (Ryu Firdaus, Khuzairy, Adrian aka Adry and Joey), nie ala2 Kpop/Jpop py artis lah. Cetus fenomena seluruh Asia. Pertemuan bermula kat KLIA. Rianna tengah bingung nak decide either nak naik Bas or KLIA ekspress ke KL Sentral terserempak dgn vokalis Rookies, Ryu Firdaus. Ryu ingatkan Rianna ni stalker, so die bg autograph kat peta Rianna & amik gambar dengan Rianna. Rianna yg blurr & tak tahu Ryu tu artis popular tersalah sangka Ryu hendak menolongnya membuat keputusan. Paling best die boleh ingatkan Ryu tu perempuan kerana penampilan Ryu berambut panjang. Kebetulan, Ryu autograph betul2 kat terminal bas py tempat dalam peta. (Babak ni memang kelakar tak ingat dunia). Rianna bekerja sbg pelayan kat Kafe die Stesen TV20. Kumpulan Rookies selalu lepak makan kat situ. Ryu masih ingatkan Rianna stalker. Ketika tengah buang sampah, Rianna ternampak org menculik Ryu dah die naik teksi kejar. Sampai kat bgnn company, Rianna tak dibenarkan masuk & seorang lelaki yg kebetulan satu teksi dgn Rianna sanggup tolong dgn menyatakn Rianna tu pekerja. Rianna memberitahu “suami”nya kene culik. Syed Qayyum geram kerana Rianna keep panggil die pakcik sedangkan die br jer 33 thn.Setelah bbrapa kali berjumpa & kerana satu insiden, Rianna setuju jd PA sementara Rookies. So, banyaklah perkara lucu berlaku especially between Rianna & Ryu.
 Endingnya, after few thing happen (bapak Ryu x restu tp akhirnya restu bla tau siapa Rianna + Tg Nazirah gedik yg akhirnya kene tinggal + tunang x jadi Rianna, Tg Nazim yg dijodohkan dgn Rianna oleh neneknya ttp Rianna melarikan diri ke Jepun mencari Ryu + Acha, girlfren time Ryu frust dengan Rianna), Rianna & Ryu kahwin & penutup novel mereka busy nak pg honeymoon.

Adry + Suri = Teman sekolej. Suri tinggal dgn bapak sedara & isteri muda. Selalu jd mangsa dera & paling kejam makciknya menjual die kepada bapak ayam tp die Berjaya selamatkan diri. Die tinggal bersama Rianna & Adry selalu prihatin akan hal Suri. Babak paling best bila Adry selamba badak menghabiskan bekalan nasi goring Suri. memang tak ingat dunia die makan sampai lupa yg Suri sedang lapar jugak.Ending, Adry tunang dengan Suri.

Adry + Rianna = Mereka adik-beradik. Semasa diceraikan, bapak Rianna tdk tahu yg ibunya tgh mengandung. Ibu mereka, Laila meninggal ketika melahirkan Adry & dijaga Datin Raudhah. Dlm novel ni, Adry memang rapat dgn Rianna dan memanggilnya kakak. Dari permulaan mereka kenal boleh agak sikit2 yg kemungkinan mereka ni adik beradik

Nonie + Khuzairy =  Nonie, si make up artist ialah kipas susah mati Khuzairy. Teman yg sama bidang dgnnya selalu bg job kat die if ada kekosongan utk jd make-up artist Rookies. Bla jumpa Khuz, mmg cairlah die. Kebetulan or jodoh, mereka berdua tinggal dalam kampung yg sama. Penghujung novel, mereka merancang nak kahwin.

Joey + Rianna = Terang2 cakap Rianna milik die dan siap bg amaran pada Qayyum & Ryu. Tetapi akhirnya frust bla dgr berita Ryu bercinta dgn Rianna. Tetapi itu tidak membuat die bermasam muka dgn Ryu or Rianna or Rookies. Die terima kenyataan.

Syed Qayyum + Rianna = Abang sedara Ryu tetapi Rianna memanggilnya Pakcik walaupun da beberapa kali dilarang. Not clear perasaan Qayyum kepada Rianna kerana tak ditunjukkan either perasaan cinta or as kawan wpun ada babak die macam sedikit kecewa bila dapat tau Ryu bercinta dgn Rianna. Tp die still okay jer dengan mereka. So, I boleh conclude yg die mgkin anggap Rianna either as kawan or as adik. Babak paling lucu ialah Syed Qayyum org pertama yg merasa first cappuccino buatan Rianna. Plg sakit perut ketawa dengan bab ini especially Rianna dengan bangga diri berkata she’s the best…boleh bygkan muka Qayyum bila merasa air Rianna. plg syok, bila Rianna sendiri merasa air buatannya sendiri. memang tak tahan gelak la.


Laila + Tan Sri Fahrin = Ibu Rianna/Adry & Tan Sri Fahrin adalah kekasih lama yg akhirnya berpisah kerana tidak setaraf. Dua2 berkahwin dengan pilihan keluarga & perkahwinan tidak kekal. Laila meninggal ketika melahirkan Adry & Tan Sri Fahrin bercerai dengan isteri Jepunnya.

MY RATING:

10/10

– Love her first book Ributnya Cinta and feeling die sweet giler. So, bla baca synopsis time beli buku nie, rasa mcm terus tertarik. Jika dalam Ributnya Cinta  ala2 Korean..tp novel ni ala2 Jepun gitu.
– Takde banyak kisah cinta meleret2 & kisah hero heroin kene pikir panjang bla buat keputusan.
– Setiap mukasurat & bab buat rasa susah nak berhenti
–  Watak yg gila-gila. Banyak babak yang boleh buat ketawa tak ingat dunia.