Posts Tagged ‘QaulaSafiyyah’

IMG_20141123_162613

MY RATING:

7/10
ada jalan cerita tetapi tidak dapat mengekalkan momentum untuk terus membaca tanpa henti. Memang menyampah jugaklah dengan Haziq. Terlalu percayakan orang sehingga menyakiti hati orang sekeliling dia. So, tidak boleh jugak menyalahkan Syafiq yg mengambil kesempatan di atas sikap terlalu percaya dan panas baran Haziq. Hajira pula terlalu baik dan pasrah dengan apa yg berlaku tanpa cuba sehabis baik untuk membetulkan segalanya. I love watak Qasyidah Ayuni dan Zarif.

RINGKASAN NOVEL:
Syafiq berdendam dengan Hajira. Dulu dia pernah mengenali Hajira tetapi dia merosakkan kepercayaan Hajira apabila cuba merosakkan Hajira. Zarif, abang saudara Hajira telah menyelamatkan Hajira dan menumbuk Syafiq. Pertemuan semula mereka bermula apabila Hajira menyerangnya kerana telah melukakan hati sahabatnya Dania yg begitu cintakan Syafiq. Sejak itu, Syafiq membohongi Dania dan semua di sekelilingnya untuk menyakiti Hajira dengan mengatakan Hajira tergila2kan dirinya dan berkawan dengan org kaya kerana harta.

Kerana dendam terhadap Hajira dan sakit hati terhadap Haziq yg hampir berjaya menghidu perbuatan jahatnya, Syafiq merancangkan sesuatu sehingga mereka berdua ditangkap dan dikahwinkan. Haziq yg telah dihasut Syafiq tidak dapat menerima Hajira dan melayannya dengan teruk. Hanya kpd Qasyidah Ayuni , Zarif dan Jamilah tempat Hajira mengadu.

Muncul Maisara, bekas tunang Haziq menuntut Haziq semula dan sanggup menjadi madu Hajira. Penat dengan semuanya lebih2 lagi Haziq menuntut haknya akibat rasa cemburu, Hajira nekad meninggalkan semua dan pergi ke luar negara membawa diri. Dia hanya memberitahu keadaannya kpd Zarif dan berpesan kpd Qasidah untuk menghubungi Zarif sekiranya memerlukan bantuan.

Rahsia terbongkar setelah Syafiq tertangkap dan dipenjara. Semua orang rasa bersalah dan mencari Hajira. Maisarah datang meminta maaf dan menjelaskan kpd Haziq akan rancangan yg dicadangknnya terhadap Hajira. Maisarah undur diri. Haziq ke kampung dan menjelaskan segalanya kpd keluarga Hajira dan berjanji membawa Hajira balik. Sofie, sepupunya yg mempunyai perasaan terhadapnya merumitkan keadaan. Atas bantuan Qasidah Ayuni dan Zarif, dia dan Hajira kembali bersatu dan Sofie bersama ibunya tidak mengganggu mereka. Akhirnya semuanya berbahagia dan Hajira gembira kerana niatnya untuk menjodohkan Qasidah Ayuni dan Zarif berjaya,

Advertisements