Posts Tagged ‘Rating 7/10’

IMG_20150419_211711

MY RATING:
7/10
If to compare this novel with her other novel, Ad + Iz, I prefer that novel. Jalan cerita KDI ni terlalu meleret dan seriously, walaupun I langkah2 the page, am still able to understand the story. Some of the chapter if xde pun x kisah. Permulaan agak bosan dan meleret tetapi bertambah baik towards the end walaupun pada bahagian 3 /4 of the novel. Sorry to penulis but this novel can’t attract my attention. In fact, it takes me 1 month to finish reading this novel because tidak ada momentum untuk menarik perhatian untuk terus membaca.

RINGKASAN NOVEL:
Musim persekolahan:

Qaireen memberontak kerana kedua ibu bapanya seakan tidak sehaluan dan tidak mempedulikan dirinya. Di sekolah dia bersama kawan2nya (Donna, Tok Tok, Lian, Ana) membentuk The Girls (ala2 geng mean girls) tetapi mereka hanya bertindak ke atas orang yg mengganggu mereka. Kerana kecewa dengan ibu bapanya dia bertekad membunuh diri tetapi diselamatkan oleh Amir Haikal. Kemunculan Amir Haikal memberi impak positif dalam diri Qaireen dan hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Kemusnahan bisnes kedua orang tuanya dan kehilangan Amir Haikal merubah segalanya dalam hidup Qaireen. Bersama orang tuanya, mereka berpindah ke Sarawak untuk membina semula kehidupan dan dia berusaha melupakan Amir yg diberitakan kepadanya sudah meninggal dunia.

8 tahun kemudian:
Qaireen meminta penangguhan perkahwinannya dengan Razif kerana dia ingin bekerja menimba pengalaman dulu. Dia memilih untuk bekerja di Pohon Emas kerana ingin menyiasat tentang dalang di sebalik kemusnahan bisnes keluarganya. Pada masa yg sama dia bersyukur kerana di sebalik kejadian menimpa keluarga mereka bersatu semula. Di Pohon Emas dia bertemu dengan Haykarl Affandy yang sentiasa berusaha untuk membuat dia berputus asa dan berhenti dari syarikat. Hati Qaireen terusik kerana menyedari persamaan antara Haykarl dan Amir.

Rahsia terbongkar di mana akhirnya Haykarl mengaku bahawa dialah Amir dan kehilangannya dulu kerana kecewa setelah mendapat tahu status bahawa dirinya dan Qaireen adik-beradik. Tetapi kedua ibubapa Qaireen membetulkan jalan cerita bahawa mereka bukan adik-beradik dan berita tersebut melegakan mereka. Camelia (Ana) dalang disebalik kejatuhan keluarga Qaireen kerana rasa cemburu cintanya ditolak Amir.

Kerana tidak mahu dianggap perosak keluarga, Qaireen meneruskan majlis perkahwinan dengan Razif. Pada hari akad nikah, Icha (anak Camelia) ditimpa kemalangan dan satu lagi kebenaran terbongkar di mana Icha bukanlah anak Haykarl tetapi anak Camelia bersama Razif (tunang Qaireen). Perkahwinan Qaireen/Razif dibatalkan dan Haykarl memohon untuk berkahwin dengan Qaireen. Setelah beberapa ketika, Camelia bersetuju untuk bercerai dengan Haykarl dan membawa diri ke luar negara kerana malu untuk bersemuka dengan Qaireen/Haykarl. Icha diletakkan di bawah jagaan Haykarl/Qaireen.

Advertisements

IMG_20150322_144540

MY RATING:

7/10
Jalan cerita ada tetapi since dari permulaan novel sampai penghujung tidak mampu menarik perhatian. Its more like the heroin just tengah membuat checklist untuk setiap lelaki yg ada disekeliling. Watak heroin seolah2 terlalu desperate (faham die bosan dengan gesaan orang sekeliling untuk kahwin, so what?) Penulis mungkin boleh membaik pulih sedikit watak heroin. Thanks untuk watak Mail aka Mikhail kerana bg saya watak tersebutlah penyelamat novel ni kerana babak yg melibatkan Mail yg menarik perhatian. Sorry kepada penulis. Hanya tajuk yang menarik tetapi jalan cerita I x boleh nak terima.

RINGKASAN NOVEL:
Naurah, sepertimana perempuan lain tidak lari dari persoalan bila nak kahwin kerana adik2nya sudah berkahwin sedang dirinya tidak lagi.

Naurah/ Abg Bidin – Abg Bidin teman sekerja di mana hubungan mereka tidak lebih dari itu. Abg Bidin tidak berminat untuk berkahwin kerana tanggungjawab menjaga ibunya. Insiden Abg Bidin bertembung dengan Mail sehingga tertukar gambar menjadi punca kepada penculikan Naurah. Abg Bidin Cuma satu nama yg disenaraikan Naurah sbg calon tetapi sebenarnya dia sendiri tidak meletak harapan.

Naurah/ Benjamin – Mereka berkenalan semasa majlis perkahwinan sedara Naurah, Wanda. Naurah terpikat dan Benjamin menghulur salam perkenalan. Naurah diculik ketika hari dia sepatutnya berjanji temu dengan Benjamin. Benjamin salah faham kerana berasa Naurah tidak mahu menerima dirinya sementalah Naurah tidak muncul pada hari mereka sepatutnya berjumpa dan Naurah tidak membalas semua mesej yg dikirimkan.  Setelah bertemu semula, Naurah mendapat tahu Benjamin sudah berjumpa pengganti dan Naurah letak tanda noktah untuk kisah dia dan Benjamin.

Naurah/ Che Faisal – Pertama kali bertemu ketika membeli tudung/jubah tetapi sampai di situ saja. Selepas itu mereka selalu bertemu atas urusan kerja. Che Faisal melamar dan Naurah menerima (kerana waktu tu dia rasa dia sudah mampu melupakan Zack) tetapi hubungan terhalang kerana anak Che Faisal tidak boleh menerima kehadiran Naurah. Akhirnya, Naurah undur diri demi anak Che Faisal dan walaupun frust, Che Faisal akur.

Naurah/ Danny – Seperti mana Abg Bidin, Danny hanya sekadar nama yg dicalon. Lagipun Danny sudah berkeluarga.

Mail/Zack/Naurah– Mail menjadi punca perubahan hidup Naurah. Dia tersalah culik Naurah kerana sebelum itu dia tertukar sampul gambar dengan Abg Bidin. Mail sentiasa bertekak dan bertebat dengan Naurah sepanjang Naurah diculik tetapi kemenangan selalu berpihak kepada Naurah kerana Zack selalu mengarahkan Mail untuk berdiam apabila dia tidak tahan dengan perdebatan mereka berdua.  Mail dan Zack umpama adik-beradik. Ketika Zack hilang (masuk penjara tetapi tidak bgtau kat sesiapa), Mail meminta pertolongan Naurah untuk mencari Mail. Sepertimana orang lain, Naurah turut meneka nama penuh Mail ialah Ismail. Zack memberitahu Mail ialah Mikhail dan dipanggil Mail kerana orang kampung tidak reti sebut nama die. Penghujung novel, Mail mati ketika cuba menyelamatkan Zack/Naurah dari menjadi mangsa Azman yg berdendam dengan Zack kerana menyebabkan dirinya dipenjarakan.

Naurah/Zack – Zack terpikat dengan Naurah sejak kali pertama memandang tetapi dia ada tugasan yg perlu dilunaskan. Demi membayar hutang ayah angkatnya, dia bekerja dengan Azman si penjahat. Tugasan terakhir iaitu menculik anak seorang datuk menemukannya dengan Naurah kerana Mail tersalah culik. Sepanjang penculikan, both of them develop the feeling yg mereka berdua pun tidak sedar wujud.  Selepas membebaskan Naurah dan meminta Mail untuk balik ke kampung menemani ibunya, Zack menyerah diri kepada pihak berkuasa dan membantu mereka untuk memenjarakan Azman si penjahat. Keluar dari penjara, dia memulakan hidup baru dan bertemu semula dengan Naurah. Kisah mereka bersambung sehinggalah keduanya bersetuju untuk membina keluarga sendiri. Of course mulanya Naurah ambik peduli apabila orang mempersoalkan keputusan dia mengahwini bekas banduan tetapi atas nasihat kedua orang tuanya, akhirnya dia kembali ke pangkuan suaminya. The end.

IMG_20150314_094447

MY RATING:
7/10
Well, terus membeli novel ni kerana percayakan penulis (Sebenarnya Saya Isteri Dia). Jalan cerita ada tetapi ketika membaca novel ni, perasaannya macam biasa dan tidak begitu mengusik emosi sangat.

NOVEL SUMMARY:
AYARA/DARREL
– Famili hantar oversea belajar tetapi tidak menghargai peluang tersebut. Balik cuti semester bagitau kat mak dia nak kahwin dan dia yakin Darrel tersebut boleh membahagiakan dia. Tetapi sebaliknya, ketika hari yang sepatutnya mereka kahwin, Darrel tidak muncul dan ini mengecewakan Ayara. Kerana malu, sebaik tamat pengajian dia tidak berani untuk balik kampung berjumpa keluarganya. Darrel tidak muncul kerana ugutan dari keluarganya yang tidak akan membiayai dirinya sekiranya meneruskan rancangan perkahwinannya dengan Ayara. Keluarganya telah menetapkan perkahwinan dengan Riyanna. Setelah menemui semula Ayara (telah bahagia bersama sepupunya,Raze), Darrel berusaha untuk mendapatkan semula Ayara. Dia sanggup menggunakan sepupu Ayara, Qisya (syok kat Darrel) dan kerana nafsu, mereka terlanjur menyebabkan Qisya mengandung. Kerana geram, Qisya mengugut Darrel untuk bertanggungjawab dan berjumpa dengan keluarga Darrel untuk memberitahu akan perangai anak mereka. Setelah perbalahan dengan ayahnya dan sedar akan kesalahan diri, Darrel pasrah akan kebahagiaan Ayara ialah Raze.

AYARA/RAZE – Raze sering menjadi pengacau hidup Ayara sedangkan hati Ayara tidak terbuka untuk menerima mana2 lelaki dalam hidupnya. Tetapi segalanya berubah setelah Ayara bertemu dengan adiknya dan penipuan demi penipuan akhirnya menjerit diri Ayara. Kehadiran ibunya turut memanjangkan lagi drama mereka. Cadangan ibunya mereka disandingkan dengan tujuan untuk mengumumkan perkahwinan mereka akhirnya menjadikan mereka suami isteri yang sebetulnya. Ketika rahsia terbongkar, Ayara yang pada ketika itu sudah yakin akan perasaannya kepada Raze memberitahu ibunya semua kebenaran. Pada mulanya ibunya tidak menerima tetapi akhirnya merestui perkahwinan mereka. Setelah melalui suka duka dendam benci akhirnya Ayara dan Raze tenang menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

IMG_20150314_094503

MY RATING :
7/10

Jalan cerita ada tetapi momentum tidak kuat untuk buat I cepat2 habiskan novel ni. Beberapa jalan cerita if skip pon still boleh catch up lg. Sebab ada sesetengah watak tidak perlu muncul pon ok rasanya.

RINGKASAN NOVEL:

Zurin Aria/Amzi – Adik-beradik kematian ibu dan ditinggalkan bapa yg banyak hutang. Seorang mak saudara mereka sebok je nak amik tanah milik mak mereka dan tak suke mereka. Reason? Well, sebab mak mereka kahwin dengan lelaki yg diminatinya. Tetapi setelah mengetahui perangai sebenar bapa Zurin/Amzi, akhirnya mak sedara mereka membuang ego, berbaik dengan mereka dan bersyukur tidak berkahwin dengan lelaki tersebut. Si Amzi ni jadi subjek perbalahan antara dua adik perempuan Zaqry, Zaida dan Zaira. Tetapi akhirnya Zaida yang dipilih menjadi suri di hati Amzi.

Zurin/Nura – Kawan baik. Zurin sentiasa ada untuk Nura dan Nura sentiasa ada untuk Zurin. Nura mengalami masalah dengan ayah tirinya yang sentiasa menyusahkan ibunya dan dirinya kerana seorang pemalas. Tetapi tanpa pengetahuan Zurin, suami ibu Nura merupakan ayah kandungnya. Dia mengetahui kebenaran tersebut ketika lelaki tersebut masuk penjara.

At the same time, seorang lelaki bernama Fiaz jatuh cinta kat Zurin (pendam dalam hati). Tetapi Fiaz redha setelah mengetahui Zurin telah berkahwin. Penghujung novel, Fiaz melamar Nura kerana jatuh cinta terhadap Nura sepanjang tempoh mereka bersama2 mengharungi suka duka pengalaman berkaitan Zurin. Actually Nura memang da lama syok kat Fiaz.

Zurin/Zaqry – Main hero & heroin novel ni. Nenek Zaqry berkenan dengan Zurin dan terus merisik Zurin untuk cucunya Zaqry. Zaqry pada ketika itu ada girlfren, Alana (jiran sebelah) tetapi tidak mahu apa2 komitmen dulu. So, nenek ugut mintak Zaqry bawak balik calon menantu or kahwin dengan pilihan nenek. Since selalu bertingkah dengan Alana, then Zaqry setuju je lah dengan pilihan nenek tetapi after akad nikah Zaqry ni blah tanpa tengok siapa isteri die. Nenek dia pulak rasa bersalah dengan Zurin mengaturkan Zurin jadi pembantu untuk menjaga jirannya yg sakit akibat ditinggalkan suami (mak Alana = jiran Zaqry).  Well, macam normal punya cerita, berkenalan, senang dengan kehadiran masing2, finally si Zaqry nip on fall in love kat Zurin and plan nak berterus-terang dengan Alana untuk putuskan pertunangan mereka. Tekadnya lebih kuat apabila rahsia siapa sebenarnya Zurin terbongkar dan die turut merahsiakan kerana ingin melihat sejauh mana Zurin iingin menyembunyikan statusnya. Alana yg perasan akan perubahan Zaqry meluahkan kisahnya kepada Riddin (kawan Zaqry yang memang suke kat Alana). Kerana hasutan nafsu, Alana/Riddin terlanjur dan menyebabkan Alana mengandung. Riddin ingin bertanggungjawab tetapi Alana tidak mahu kerana dia hanya inginkan Zaqry. Akhirnya, perangkap diatur dan Zaqry terpaksa kahwin dengan Alana. Tiada cinta antara mereka dan Riddin mengakui Alana mengandungkan anaknya, so Alana/Zaqry bercerai. Zaqry/Zurin pon meneruskan kehidupan berkeluarga mereka bersama semua orang di sisi mereka.

IMG_20141204_083637

MY RATING:

7/10
Am not sure why but this novel tak boleh nak kekalkan momentum pembacaan. Ada jalan cerita tetapi macam terlalu longgar. Tak seperti feeling ketika membaca novel Menantu Datin Izzah. Permulaan novel banyak jugak page yg I langkah2 and same goes towards the ending of the novel. Keseluruhannya, jalan penceritaan untuk novel ini tidak sekuat mana.

 

RINGKASAN NOVEL:
Izwan jatuh cinta pandang pertama kepada Hajar tetapi tidak mengaku kerana cara kehidupannya yg bebas dan sentiasa perlukan hiburan. Perhatian bestfrennya, Azrul dan Fikri (rombongan yg tinggal di chalet Hajar) terhadap Hajar membuatkan Izwan cemburu dan akhirnya mengakui dan meluahkan perasaan cintanya terhadap Hajar. Mereka berkahwin dan dalam perjalanan untuk balik semula ke Bandar, mereka ditimpa kemalangan di mana Hajar tercampak keluar dari kereta dan terseret sehingga menyebabkan orang menyangkakan dia di kalangan penumpang bas yg menjadi mangsa kemalangan. Izwan koma dan hilang ingatan. Kesempatan ini diambil oleh Datin Zaiton untuk memisahkan mereka kerana pada ketika itu dia terlalu angkuh dengan gelaran Datin yg dimiliki. Datin menyuruh Hajar yg sedang sarat pulang ke kampung dan menunggu saja Izwan menjemputnya di sana. Sebaliknya dia telah merencanakan majlis pertunangan Izwan dengan gadis pilihannya Wan Anum tetapi tunangan mereka terputus.

Setelah beberapa tahun berlalu, Izwan masih tidak mengingati Hajar dan meneruskan kehidupan dengan menguruskan syarikat dan berkenalan dengan Suraya, anak Datuk Hisham. Hajar yg masih menunggu akhirnya dengan bantuan Azrul memohon penceraian daripada pihak Izwan. Izwan yang terkejut dengan kehadiran surat tersebut dengan melulu mengatakan dia akan menguruskan proses penceraian. Datin Zaiton berasa bersalah dan ingin mengembalikan semuanya kepada keadaan asal kerana dia ingin segalanya tenang sebelum dia pergi menunaikan haji. Dia akhirnya membongkar rahsia akan kewujudan Hajar kepada suaminya dan Izwan. Suaminya memarahinya tetapi Izwan tetap dengan keputusan untuk menceraikan Hajar kerana baginya Hajar tidak menjaganya ketika dirinya koma dan dia tidak mempunyai secebis memori akan kehadiran Hajar.

Setelah segala penjelasan tidak diterima, akhirnya Datin Zaiton membawa Hajar dan anaknya, Farhan tinggal bersama mereka. Izwan pula membuat perjanjian dengan Hajar bahawa mereka hanya akan berlakon seolah2 sedang berusaha untuk memulihkan rumah tangga mereka sehingga kedua ibubapanya pergi menunaikan Haji. Sepanjang tempoh tersebut, perasaan cinta mula berputik di antara Izwan/Hajar tetapi Izwan enggan mengaku dan Hajar hanya memendamkan perasaan. Azrul undur diri kerana dia sendiri merasakan cinta Hajar hanya untuk Izwan.

Selepas pemergian kedua ibubapa ke Mekah, Hajar meninggalkan rumah bersama anaknya. Seutas rantai pemberian Izwan ditinggalkan kerana baginya dia sudah tiada lagi dalam kehidupan Izwan. Kerana seutas rantai itu jugak, Izwan teringat kembali segala memori dan siapa Hajar di dalam hidupnya. Akhirnya, dia pergi mencari Hajar di tempat istimewa mereka dan mengungkap semula kata cinta terhadap Hajar dan melamar Hajar untuk kembali ke dalam hidupnya. Then,they continue their lives.