NOVEL : ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 – SITI ROSMIZAH

Posted: May 5, 2015 in Novel
Tags: ,

IMG_20150505_075021

Am not going to give any rating to this novel sebab novel ni merupakan sambungan kepada novel pertama Andai Itu Takdirnya. Apa yg boleh dinyatakan di sini ialah perasaan membaca novel ini tidak sama seperti membaca novel pertama. Mungkin kerana jalan penceritaan seolah2 berulang2 seperti novel pertama bezanya Cuma watak tambahan. Jika dalam novel pertama, Aleya kehilangan anaknya begitu juga dengan novel kedua. Babak kematian anaknya Danny turut menambah kesedihan dalam novel ini.

RINGKASAN NOVEL:
Aizril/Aleya hidup bahagia bersama anak2 mereka, si kembar Darwin dan Danny dan anak perempuan mereka Dania. Kebahagiaan mereka diuji kerana keegoan Aizril. Faizal yang masih berdendam mewujudkan perniagaan pelaburan emas dan memerangkap Aizril dan kawan2 yg lain untuk menyertai. Kegagalan pelaburan tersebut menyebabkan Faizal melarikan diri dan Aizril bergaduh dengan ayahnya setelah ayahnya mengetahui Aizril menggunakan wang syarikat untuk membuat pelaburan tersebut tanpa berunding dengan ahli lembaga syarikat.

Kegagalan dan pergaduhan dengan ayahnya meninggikan lagi ego Aizril dan dia membawa anak2 dan isteri berpindah dan menjauhkan mereka daripada kedua ibu-bapanya. Datin Sharifah Rosnah (emak arwah Sh Emilin) mengambil kesempatan di atas situasi dan memperkenalkan anak saudaranya, Sh Azreen. Sh Azreen berusaha memiliki Aizril. Tawaran kewangannya diterima Aizril dan ada harga yg perlu dibayar iaitu dia ingin Aizril menjadi suami. Aizril yg dikuasai sikap ego dan panas baran berubah menjadi Aizril dalam novel pertama. Sepertimana penderitaan yg dialami Aleya dalam novel pertama seolah2 diulang tayang di dalam novel kedua ini. Malah kedua mentuanya juga turut menerima hinaan daripadanya.

Kemuncak segala penderitaan ialah kematian anak mereka Danny. Penyesalan yg datang tidak berguna kerana bukan sahaja hati Aleya tetapi hati  anak2nya Dania & Darwin turut beku untuk menerima Aizril dalam hidup mereka. Malah dia tidak dibenarkan untuk mengurus segala hal berkaitan kelahiran anaknya kerana Aleya mengingatkan dirinya akan segala sumpah yg dibuat semasa dia mengandungkan anaknya (Aizril meminta Aleya menggugurkan anaknya kerana segala masalah bermula ketika kemunculan anak tersebut).

Aleya membawa diri menyambung pelajaran di luar negara. Dalam tempoh tersebut,,Aizril berusaha untuk mengambil hati mentuanya dan kedua anaknya Dania & Darwin yg ditinggalkan bersama atuk & nenek mereka. Setelah berjaya mengambil hati kedua anaknya, dia berusaha untuk mengambil hati Aleya. Akhirnya setelah segala usaha, mereka bersama semula.

Comments
  1. nora says:

    sy pon rase citer ni makin meleret..seriusly nvel mcm ni mmg sy kurang gemar nk beli..seolah-olah tiada ending..maaf saya katakan kadang-kala novel seperti terlalu biasa untuk dibaca

  2. Anonymous says:

    ok..never ever beli sambungan dia ni…jalan crita sama…then last2 bersatu kembali…thats y xakan baca sambungan novel2 lain pown…mengarut…idea sma..dh baca sinopsis pown rse geram yg amat dekat syed aizril..seriusly ak memg peminat tegar SR..tp novel ni ngan cukup derita itu,,xteringin nk beli…too bad….

  3. zayani says:

    patut SR tak payah buat sequel sbb penceritaan lebih kurang je derita then bahagia..Realitinya susah nak ada perempuan mcm Leya yg sanggup terima azril ni balik. Sy antara peminat tegar karya SR tapi makin lama sy rasa tema penceritaan SR lebih kurang dan meleret sampai novel pun beribu muka suratnya.

  4. sick says:

    Dah sah tekaan aku. Novel pertama memang best, tapi novel kedua memang tak realistik. Honestly, bagi aku bongok gila aleya terima lagi si aizril tuh. Padahal dia tetap boleh hidup mandiri with education yang dia ada. Aizril tu pulak orang dah buat jahanam kat dia masih lagi boleh percaya. Adeh adeh. Tapi, sebab dah dapat teka jalan cerita dari sinopsislah aku tak beli, keke.

  5. liya71 says:

    Abis baca dgn cepat.. Sama mcm ait juga, sedih n pilu terharu dgn penyesalan syed aizril… Manusia ni penuh dengan hasad dengki dan busuk hati jika tidak berpegang pada agama. Lelaki pula lemah dengan hasutan dan godaan wanita. Aleeya masih seperti dulu, sabar dan tabah, cuma kali inibAleeya tampil sebagai wanita yang sangat kuat demi anak2nya

  6. zack says:

    Saya suka gila novel pertama dia but this time andai itu takdirnya 2 seris sakit hati cause i think her husband will do it again anf their story will continue again until they die sorry for the comment

  7. […] NOVEL : ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 – SITI ROSMIZAH | LIFE … […]

  8. Zaxender says:

    Novel first memang bestt . Tp yg niee xtauu lhaa bestt keaa takk . Kesian aleya jdy mangsa jeaaa .

  9. HAFIZ says:

    Aku ingat lgi time aku bca novel yg pertama andai itu takdirnya..mmng aku katakan aku bkn kaki minat bca2 novel..time tu aku form 5..akak aku bgi aku novel ni baca ..sbb aku nk dekat spm..kena skor karangan bm komsas bagai..sejak dri itu aku sentuh novel ni mula2 mmng bosan..iyala laki mana minat bca novel klu game bole..bosan pnya pasai aku selak tengah time tu rse cm syok pulak jalan cerita..kisah aleya kena hentak kt tiang seri drpda stu aku khatam bca novel ni ..sedih wa ckp bkn keplang tpi still xkiar air mata malula..tu la kisah First time baca novel..lps tu jdi sngap novel2 lain..tpi skrng dh jarang sbb sibuk ngn kerja😁

  10. Anonymous says:

    for me, cite nie mmg brulang lg.. but at the same time, kite bleh lihat mcm mna situasi rumah tangga yang ttbe kya jtuh miskin.. penceritaan drpd novel nie bt kite thu mcm mna situasi.. a big claps for sr for the awesome book! love it 😍😍😍😍😍😍

  11. Uknown says:

    Sama jer….1st dlu best jgak tpi yg 2nd cm dh msak dh dgn novel yg prtma….by the way siti rosmizah knew it better than us

  12. aini says:

    Memang seriously menyampah dgn sikap panas baran syed aizril ni…buat jer lah jln cerita novel yg kedua ni aleeya dan syed xbersatu…mungkin best kot..sbb xsemua cerita happy ending

  13. blank says:

    sebenarnya kalau kalian perasan jalan cerita semua novel siti rosmizah hampir kurang sama cuma watak je berbeza…bila saya dengar andai itu takdirnya 2 keluar,saya berfikir..What?? tak bosan ke asyik sama je jalan cerita,gaduh gaduh lps tu mintak maaf lps tu bersatu..saya setuju dengan aini..kalau betul la nak buat sambungan jln cerita novel ni aleeya dgn syed aizril dah berpisah dan aleeya dah jumpa pengganti..saya tgk aleeya ni mcm tabah sgt nak hadap sume ni..nmpk cliche di situ

  14. Sahila says:

    Saya xsuka cerita nya ne. Yg sequel mang saya xgemar.penulis tela bagi karakter aleya mnampak dea sorg yg lema dan senang dilayan seperti sampa ole org khususnya ole laki nya. Saya tak suka dimana berpun sekadar cerita menampak kita pompuan ne muda pasra dan lemah sampai snggup dihina dan caci.. saya xsuka bahagian itu. Crita sekadar crita tapy msej nya saya tidak hargai.saya xsuka perempuan dilabel sebagai vulnerablw and weak.kita suma prempuan kuat.girl power dan secara umum we deserve better. Kalau saya c aleya .. saya xmaw pili c aizril memandangkan dea telah mungkir jnji dgn tidak menyakiti c aleya srca mntal dan fizikal. Kalau xjumpa org yg better. Baik jadi single. Buat revolusi karakter scara fiksyen dan realiti dimna kita pompuan tak prlukan lelaki dlm kehidupan. Belajar la brdikari utk diri kita dimna kita tak perlu brgntung kpd org len dan syg ngi diri kita sebelum kita cri kesayangan drpd org len.

  15. Anonymous says:

    jalan cerita sama je gan yg pertama..las2 terima balik c suami..boring

  16. Anonymous says:

    Sptotnyaa knaa buat aleya tu plak bgy sakit aty aizril…mcm xadil..sbb dlam novel 1,,bleyh nmpk yg aizril sungguh2 insaf..sbbkan aleya slaluu kna..kna buat yg aizril pulak yg knaa😞

  17. Anonymous says:

    kalau aku jadi aleya aku x kan terima si zril tu balik sbb buang masa …..banyak lagi lelaki kt luar sana yg lgi bagus dri zril tu

  18. Anonymous says:

    x semestinya kita kene harapkan lelaki dalam hidup kita….hey girl wake up ….confident jngn jadi lemah ….kalau jdi aleya aku lgi rela jadi janda daripada dapat suami mcm tu

  19. Anonymous says:

    Rasa macam jalan cerita SR ni sama. Abusive/egoistic husband but at the end of the day the wife terima balik. Sakit la macma mana pun kena still cair balik ngan husband. Macam takde women power langsung.

  20. suni says:

    tolong tukar endingnya pleaseeee!!! boring sangat kalau akhirnya aleya berbaik semula dengan zril tu. memang kenyataan pun, Orang baran susah nak berubah.

  21. sue says:

    Sesekali tunjukkanlah bagaimana seorang wanita yang dizalimi bangkit meneruskan hidup tanpa lelaki dengan ilmu yang telah dipelajari. ini tak, belajar tinggi2 tapi bodoh pilih lelaki tak guna tu jugak. nak tengok plk bagaimana rasanya seorang suami melihat bekas isteri bahagia dengan suami baru yang mmg betul2 ikhlas menyayanginya sepenuh hati serta berjaya dalam bisnes.

  22. Locotora says:

    Cerita ni walaupun meleret Dan nampak sangat penderitaan yang repetitive saya rasa its a very relatable situation of human itself. Tak semua orang yang choose to berpisah and suddenly bahagia.. sometimes it’s just sad how human heart works.

  23. De deans says:

    Sepatutnya ending biar lia memang dah taknak ngan je.. takpun lia kawen lain, baru best.. biar azril tu kecewa sampai kesudah. Aku rasa lagi puas hati ending macam tu

  24. Kin says:

    Ermmm.. drama tu xyah ikut ending novel. Byk pulak TV pecah nanti.

  25. Isma says:

    Kannn I setuju sangat what Suni & Kin says. Drama tu tak yah ikut novel sgt bole tak. Tukar skt Aley kawin dgn Lukman ke and buat business sendiri and business diorg meletop Aleya happy ending dgn family baru dia. Aizril lak merana dan di pergi akan oleh keluargaal Azreen/mertua dia. Anak2 Aizril study overseas, rasakan pembalasan dunia. Biar dia rasa semua keluarga buang dia. Dia lak melutut dgn bini baru sebab harta. Happy la Aizril sorang sorang dengan harta yg berkepuk2. Bila anak2 dah besar anak pula la yang pelekehkan dia balik. What goes around come around baru ada feel kan. Dia buat parents dia anak2 buat kat dia balik or apa yg dia buat kat bini dia dia dulu dia kena game balik dan dipergunakan oleh keluarga mertua dia balik utk mengaut keuntungan gituwwww. Baru la ada pengajaran disebalik perbuatan sepagai peringatan gak utk penonton kan.
    Aleya berpelajaran dan bole bejaya jadi business women naikan martabat perempuan jangan la lemahkan perempuan je yg kena berkorban nyawa dgn lelaki bole buat sesuka hati ingat nak kawin cerai kawin cerai jatuhksn martabat perempuan ada pelajaran tapi bodoh lemah dgn pujuk rayu. Perempuan skg dah tak mcm tu sesedap hati je nak spak terajang. Bila perempuan dah bangkit sorry memaafkan mungkin ye tapi utk melupakan tidak sekali. Klu nak bersatu balik pon tgu la si Aizril tu jatuh miskin ke dan Aliya yg kaya lak kan. Baru dia sedar langit tu tinggi dan rendah.
    Banyak pengajaran yg kita bole tunjukkan pada masyarakat tentang maruah dan harga diri seseorang. Bukan nak tunjuk lemah dengan cinta dan harta. Kena hargai diri sendiri supaya anak2 bole jadikan teladan.

Leave a comment