Archive for March, 2014

Image

NOVEL SUMMARY:
Kiah terlalu taksub dgn watak hero novel yg ala2 bad boy, hati keras tetapi romantik. Kiah jatuh cinta pandang pertama dgn Kay setelah terlanggar dan terserempak Kay kat airport ketika menunggu ketibaan kembarnya, Kashaff. Kebetulan ibu Kay & Kiah telah lama kenal dan pada waktu itu juga Kiah telah menjadi rapat dengan Luth. Tetapi, malangnya Kay pada waktu itu telah menjadi tunang Jazmine. Jazmine bekas kekasih Benjy, adik ipar kpd adik Kay. Luth, anak adik Kay dijaga Kay setelah kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan. Beberapa minggu sebelum majlis kahwin, Jazmine memutuskan pertunangan dengan mengatakan dia tidak boleh melupakan Benjy tetapi Benjy tidak mahu menerima Jazmine. Kay hanya menyerahkan kpd ibu untuk memutuskan langkah seterusnya. Ibunya pula tidak mahu keluarga menanggung malu, terus melamar Kiah untuk jadi menantu. Bagai org mengantuk disorongkan bantal, Kiah terus bersetuju walaupun dia tahu Kay tidak menyintainya. Bgnya, dia akan berusaha membuat Kay jatuh cinta kepadanya. Kiah menjadi penggoda dan Kay tergoda tetapi tidak meluahkan perasaan cinta kpd Kiah.

Benjy yakin dia tidak menyintai Jazmine lagi kerana dia telah jatuh cinta kepada Shida, kawan baik Kiah. Mereka menolong Kiah untuk membongkar perangai sebenar Julia (mentee Kay) yg ingin merosakkan rumah tangganya. Pada mulanya rancangan Julia Berjaya dan Kay telah membuat Kiah bersedih dan keras hati. Tetapi, setelah Benjy menunjukkan bukti, barulah Kay menyesal dan membuat berbagai cara untuk memujuk si isteri. Kay menjadi penggoda dan Kiah berusaha untuk tidak tergoda. Akhirnya, mereka berbaik dan Kiah disahkan mengandung. Akhirnya mereka hidup berbahagia dan Benjy berkahwin dengan Shida setelah beberapa kali melamar Shida.

NOVEL RATING:
9/10
So sweet. Watak Kiah memang hopeless romantic. Luth, si kecil banyak mewarnai jalan cerita especially bila dia blurr. Paling syok bila Kay dan Luth berebutkan perhatian Kiah. Penghujuingnya, dia boleh buat decision, since Kay telah merampas Kiah darinya, dia nak chop siap2 Yaya (anak Kay-Kiah) untuk dirinya. Kelakar dengan budak Luth. Kiah plak memang watak paling sengal . Bertemu plak dengan si Kay yg ais batu celup tu. Pura2 tidak terpikat tetapi hatinya dah lama terpikat.

Image

NOVEL SUMMARY:

Sahabat baik Firdaus, Nadzril meninggal dunia kerana membunuh diri setelah putus cinta dgn Merlisa. Sejak itu Firdaus menyimpan dendam terhadap Merlisa. Setelah tamat pengajian, dia berjumpa Merlisa yg telah berubah tetapi dia tidak yakin akan perubahan Merlisa. Demi dendam, dia sanggup merogol Merlisa dan mengahwini Merlisa secara paksa. Sepanjang perkahwinan dia mendera Merlisa mental dan fizikal tetapi di hadapan semua org dia ialah suami terbaik/contoh. Tetapi dia tetap keliru akan dirinya. Setiap kali menyakiti Merlisa hatinya akan sakit dan dia sendiri yg akan mengubati kesakitan Merlisa. Sikap penyayang yg ditunjukkan Firdaus membuatkan Merlisa yakin akan sikap sebenar suaminya tetapi dendam telah melenyapkan segalanya.

Ketika Firdaus dalam proses berubah untuk melupakan dendam dan memulakan kehidupan baru, muncul Zarief yg rapat dengan Merlisa memusnahkan segalanya. Kesilapan Merlisa ialah dia tidak memberitahu kepada Firdaus akan status Zarief. Kerana marah dan dendam yg muncul kembali, Firdaus menumbuk Zarief dan mencederakan Merlisa yg sedang mengandung ketika itu. Kesal tiba setelah Zarief memberitahu bahawa Merlisa ialah adik tirinya. Kandungan Berjaya diselamatkan tetapi hati Merlisa patah. Dia meminta dilepaskan tetapi Firdaus hanya membenarkan mereka berpisah sementara dan dia akan setia menanti.

Selepas setahun, Merlisa bahagia bersama anaknya manakala Firdaus semakin tidak terurus dan sentiasa menanti kehadiran si isteri. Akhirnya setelah puas dipujuk dan dengan bantuan insan2 disekeliling mereka, mereka kembali memulakan kehidupan mereka bersama anak perempuan mereka.

MY REVIEW:
8/10
Sangat geram dengan Firdaus. Dia sanggup merogol Merlissa dan mengugutnya agar mengahwini dirinya dengan mengatakan Merlisa mungkin akan mengandung anak mereka.Paling geram dengan babak Firdaus tegar meletakkan seterika yg panas pada lengan Merlissa tanpa rasa bersalah. Terasa seolah2 diri sendiri yg kene.

Babak2 terakhir novel, berasa geram dgn arwah Nadzril. Kenapa dia hanya bagi surat (seolah2 yakin sgt yg Firdaus akan membaca). Rupa2nya Firdaus berdendam tidak kene tempat dan Merlisa menderita tanpa sebab. Nadzril sebenarnya terseksa setelah isteri yg dinikahinya dalam senyap meninggal. Lebih sakit, dia ditinggalkan Merlissa dan disahkan menghidap barah otak. Dia mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Bayang2nya sering muncul di hadapan Merlissa dan Firdaus tetapi tidak berkata apa. Setelah semua rahsia terungkai dan Merlissa-Firdaus bersama semula, bayangannya hilang.

Image

NOVEL SUMMARY:
Lari dari majlis perkahwinan yg diatur ibu tirinya dengan lelaki tua dengan bantuan rakannya, Wawa & Adi. Lafina berjumpa dgn Ezroy si kekasih hati untuk meminta pertolongan. Ezroy yg sedang merajuk kerana Lafina menghilangkan diri selama seminggu tidak dapat dihubungi menganggap Lafina inginkan hartanya dan memperkenalkan Lafina sebagai org gajinya. Kejelitaan Lafina dicemburui Saly, teman wanita Ezroy. Di belakang Ezroy, Lafina didera Saly. Tidak cukup dengan itu, Saly mengupah Tommy ( sahabat Ezroy) untuk merogol Lafina tetapi tidak Berjaya. Sebaliknya dia menipu Ezroy mengatakan Lafina ingin membunuh diri setelah godaannya ditolak Tommy.

Terseksa diperlakukan sbg org gaji oleh Ezroy, Lafina hanya tabah dan berserah. Wawa dan Adi menemui Lafina berasa geram dgn Ezroy dan membawa Lafina lari dari situ. Ketiadaan Lafina membuatkan Ezroy sedar akan kesilapan dan perasaan terhadap Lafina. Lebih2 lagi setelah mengetahui kebenaran drpd Adi. Dengan bantuan Adi dan persetujuan Wawa & Lisa (jururawat yg merawat abangnya), Ezroy berkahwin dgn Lafina. Ezroy memberitahu keluarga akan perkahnwinannya dan memutuskan perkahwinan dengan Saly. Ibu Ezroy tidak berpuas hati dan meminta untuk menemui menantunya. Lafina tiba di rumah keluarga Ezroy dan disalah anggap sebagai org gaji. Dia dibantu Ibu Tanty, org gaji keluarga Ezroy ketika didera ibu Ezroy. Ezroy memarahi ibunya setelah mengetahui org gaji baru yg didera ibunya ialah isterinya. Lafina dihantar ke hospital dan diagnosis mengesahkan dia ketumbuhan otak. Setelah pembedahan Lafina disahkan koma.

Ezroy terpaksa mengahwini Saly setelah diugut ibunya tidak mahu mengakuinya sebagai anak. Tetapi tidak sampai 24 jam kahwin, Saly diceraikan setelah Tommy datang dan menceritakan segalanya kpd Ezroy termasuk dirinya terlanjur dengan Saly sehingga Saly mengandung.

Setelah sedar, Lafina berusaha menerima Ezroy. Ibu Tanty yg menolongnya sebenarnya ialah ibu saudaranya dan Lafina sebenarnya keturunan pengiran bangsawan Brunei dan lebih kaya daripada keluarga Ezroy. Well, penghujung cerita semuanya happy ending. Ibu tiri Lafina berkahwin dgn Tn Aman yg tua (suami tidak jadi Lafina), Saly bersama Tommy (memeluk Islam dan insaf) dan Wawa bersama Adi. Lisa pula bertemu jodoh dengan pesakitnya (abang Ezroy).

 

MY REVIEW:
7/10
Idea jalan cerita yg menarik. Tetapi penceritaan dan pembongkaran watak Lafina terlalu cepat sehingga menampakkan ketidak logikan. Lebih2 lagi dengan kenyataan Ibu Tanty (org gaji di rumah keluarga Ezroy) mengatakan Lafina anak saudara yg lama dicari dan mewarisi harta yg banyak dr arwah ayahnya. Memang dr pertengahan novel saya beranggapan kemungkinan Lafina ini anak org kaya tetapi tidak menyangka identitinya diketahui dalam keadaan tersebut. Sukakan persahabtan Antara Lafina, Wawa dan Adi yg sentiasa saling membantu.

Image

NOVEL SUMMARY:

Mizan ada 3 bulan untuk mencari calon menantu buat ibunya melainkan dia ingin dijodohkan dengan Asmah gila. Sepanjang tempoh tersebut, dia berjumpa dgn bberapa perempuan tetapi akhirnya tidak Berjaya juga.

  1. Fara- meminati Mizan ttp Mizan tidak menyintainya kerana Farah tergolong dalam kategori “high maintenance”. Dia sanggup memfitnah Mizan terlanjur dgnnya dan dia mengandungkan anak Mizan. Tetapi setelah disiasat, itu hasil perbuatannya bersama Bakhtiar, pembantu Mizan. Endingnya, dia mati setelah bbrapa lama terlantar akibat kemalangan ketika baru balik dari pusat Islam.
  2. Zahida – pekerja restoran yg diperkenalkan oleh sahabatnya, Faizal. Kerana terkejut dilamar Mizan, Zahida pergi meninggalkannya kerana tidak bersedia.
  3. Salina a.k.a Salman – Gadis bisu yg ditemuinya ketika di kedai buku. Kerana rasa bersalah terhadap Mizan, Salina meninggalkannya. Ketika balik ke kpg dia dipukul ayahnya. Mizan dan Pak Longnya dipanggil untuk menghalang tok ketua memukul anaknya. Mizan terkejut setelah mengetahui Salina sebenarnya Salman, teman sekolahnya yg suatu masa dulu hanya suka berkawan dengan perempuan.
  4. Ayu – ditemui ketika dirinya menjadi tunangan Asma. Percaya dgn cerita Ayu yg memerlukan duit untuk merawat ibunya yg sakit. Rahsia Ayu terbongkar apabila ditangkap Mizan ketika bermesra dgn lelaki di panggung wayang dan tempat letak kereta. Kisah ibunya juga palsu kerana wanita tua yg dikatakan ibu tidak mengenali siapa Ayu.
  5. Suraya – anak Pak Long (sepupu). Pd saat dia ingin meminang Suraya, Fara dtg bersama fitnah. Suraya kecewa dan menerima lamaran teman sekolahnya.

Akhirnya Mizan berkeputusan menerima Asmah dan membantu merawat Asmah. Setelah Asmah pulih, mereka berkahwin dan menyambung kembali kisah percintaan terhalang mereka. Asmah merupakan kekasih hati ketika zaman persekolahan tetapi kisah mereka terhalang kerana ayah Asmah tidak menyukainya. Asmah kemalangan setelah majlis akad nikah yg menyebabkan kematian suami, ayah dan ayah mentuanya. Kecederaan teruk di bahagian kepala menyebabkan Asmah hilang ingatan dan menjadi seolah2 kanak2 terencat. Kerana cintanya kepada Asmah, Mizan membiayai rawatan Asmah dan setelah pulih mereka dikahwinkan.

 

MY REVIEW:
Rating 7/10
Isi cerita Nampak menarik tetapi tidak mampu mengekalkan momentum pembacaan. Beberapa muka surat diskip. Konflik dalam Mizan yg tertekan dengan ugutan berkahwin dari ibunya. Dlm process itu, dia bertemu dengan beberapa watak perempuan yg menambahkan rencah dalam hidupnya.

untitled

MOVIE SYNOPSIS

Two years after the events of The Avengers, Steve Rogers (Chris Evans) resides peacefully in Washington, D.C., struggling to adapt to contemporary society. However, after a S.H.I.E.L.D. compatriot is assailed, Steve becomes entangled in a mystery that may endanger the globe. Together with Natasha Romanoff aka. Black Widow (Scarlett Johansson), Captain America attempts to uncover the growing machination while fending off hired hit men. When the entire scheme is discovered, Captain America and the Black Widow must recruit the aid of the Falcon and soon encounter an unanticipated and powerful adversary; the Winter Soldier.

 

MY REVIEW

I love this second instalment of Captain America. Of course the handsome hero catches my attention.

  • We can easily guess who the antagonist is without scratching our head. It so obvious that old man is the antagonist.
  • Love Steve conversation with Natasha (black Widow). Natasha keep encourage him to go for a date with some ladies. So sweet when Natasha told him that she feel awkward kissed him while they were run away from the HYDRA people.
  • Well, Captain is always a captain. During the climax of the movie, when Steve gave the order to S.H.I.E.L.D not to follow the order from HYDRA team, everyone willing to do their best to follow the order.
  • Nick Fury is dead and I believe it. Even I whisper to my friend, “if he died, does it mean we will not see him in Avenger 2?”. But then, it happen he still alive and already have a plan on how to stop the HYDRA team. End of the movie, he visit his “grave” and offer Steve to follow him but being rejected.

Overall I enjoy the movie.

I gave 8/10 for this movie.