Archive for September, 2014

TOP POST – AUGUST 2014

Posted: September 7, 2014 in TOP POST
  1. Cukup Derita Itu – Siti Rosmizah 
  2. Movie : Suatu Malam Kubur Berasap 2
  3. Bukan Isteri Simpanan – Mia Kiff 
  4. Guys Next Door – Rose Harissa
  5. Akadku  Yang Terakhir – Acik Lana
  6. ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART – SARA AISHA
  7. Anugerah Terindah – Sophilea
  8. Teman Lelaki Upahan –Azura Rasiddin 
  9. Menantu Vs Mentua – Dyadila
  10. Bahasa Hati Kita – Rehan Makhtar

IMG_20140907_213517

MY RATING:

8/10

Cinta tidak sepertinya bersatu. Sedalam mana pun kita mencintai seseorang, jika sudah tertulis kita tidak berjodoh, akhirnya kita terpaksa redha dengan apa yg tertulis. Rasanya, itulah yg ingin disampaikan oleh penulis. Ini karya pertama penulis yg saya baca dan saya tidak pernah membaca karya beliau sebelum ini.

NOVEL SUMMARY:
Azwa berkenalan dgn Qaliff semasa percutian di Cherating. Azwa datang menemani Zaliah meraikan penghujung zaman bujangnya sebelum berkahwin, sementara Qaliff ingin menenangkan dirinya daripada keputusan keluarganya yg ingin mengatur perkahwinannya. Percutian sementara mewujudkan perasaan dalam hati mereka. Tamat percutian mereka berpisah tanpa sempat mengungkap perasaan hati. Azwa mendapat kerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebagai housekeeping. Dia ditugaskan menguruskan bilik penghuni VIP tetap hotel. Sepanjang VIP menetap di situ, Azwa hanya berurusan dengan PA , Zulhairi. Tg Izzudin merasakan sesuatu setiap kali mendengar PA nya menyebut nama Azwa. Sehinggalah suatu hari dia mendapati bahawa Azwa merupakan gadis yg ditemuinya di Cherating. Azwa yg pada mulanya tidak yakin bhw Tg Izzudin sebenarnya Qaliff (kerana perwatakan berbeza) akhirnya menerima cinta Tg Izzudin kerana dialah Qaliffnya. Dalam masa yg sama, Zulhairi menghulur salam cinta tetapi hati Azwa hy untuk Tg Izzudin. Percintaan terhalang kerana nenda Tg Izzudin telah menjodohkan Tg Izzudin dgn Tg Nadhrah. Nendanya juga menggunakan cara kotor (pura2 tenat) agar Tg Izzudin setuju untuk berkahwin. Sekali lagi mereka bertemu di Cherating dan setelah berbual dan berbicara hati ke hati akhirnya mereka pasrah bahawa kisah mereka hanya setakat itu sahaja. Tg Izzudin berkahwin dgn Tg Nadhrah dan Azwa menerima Zulhairi sebagai suami dan berusaha untuk menyintainya.

Penghujung novel, Zulhairi dan Azwa bercuti di Pulau Mabul.

IMG_20140831_203050

MY RATING:
8/10
Sejujurnya, Perempuan Lindungan Kaabah masih lagi menjadi karya terbaik penulis. Ya Maulana dan karya terbaru penulis tidak dapat menyentuh sangat hati saya untuk membaca. Untuk karya terbaru ini, penulis membawa 2 isu yg sangat berat : kisah mualaf dan kisah tarikan terhadap kaum sejenis. Penulis bijak menggunakan idea perbincangan di dalam forum sebagai medan untuk menerangkan dan merungkaikan isu lelaki yg tertarik dgn kaum sejenis. Kisah persahabatan di antara Najiha dan Dona dijadikan medium untuk mengupas isu mualaf. Keseluruhan, karya ini menarik tetapi mungkin disebabkan isu yg diketengahkan terlalu berat menyebabkan focus pembacaan sedikit terganggu.

 

NOVEL SUMMARY:

Dona menghidap penyakit kanser dan hanya mempunyai tempoh hidup yg tidak lama seolah2 berputus asa dan tidak mahu menerima rawatan. Berkawan baik dgn Najiha dan dalam tempoh itu Najiha membantunya untuk mendalami Islam. Setelah yakin akan kehendak hati, akhirnya Dona memeluk Islam tetapi masih tidak tahu bgaimana untuk memberitahu kedua ibu bapanya. Kerana risaukan keadaan Dona yg semakin teruk, tanpa pengetahuan sahabatnya, Najiha menghubungi abangnya, Rahul agar kembali. Rahul meninggalkan keluarga kerana ayahnya menghalang niatnya untuk memeluk Islam demi bersama gadis dicintainya, sebaliknya gadis tersebut meninggalkannya. Rahul kembali dan meminta segala butiran mengenai penyakit Dona dan cerita mengenai pengislaman adiknya. Dia turut menyiasat latar belakang bakal suami adiknya, Fahmi kerana pada mulanya dia mendapat tahu Fahmi sepatutnya berkahwin dengan Najiha tetapi tiba2 Najiha memujuk Fahmi menerima Dona kerana tahu cinta Dona untuk Fahmi. Suatu rahsia hampir memusnahkan segalanya tetapi kerana perubahan dan kehidupan baru Fahmi menyebabkan Dona tidak mengambil kira sangat akan status masa silam Fahmi. Pada masa silamnya, Fahmi pernah terlibat dengan hubungan songsang dengan rakan baiknya, Hadi (Eddy). Fahmi mula mengawal dirinya dan berusaha untuk membawa Eddy kembali ke pangkal jalan. Rahul dan Najiha seringkali bertekak mengenai isu kaum sejenis dan agama di alam maya (of course gune nama samara). Hubungan mereka menjadi rapat juga kerana Dona. Akhirnya timbul bibit percintaan antara mereka. Fahmi mengahwini Dona dan mereka sama2 berusaha mendapat restu keluarga Dona. Kelahiran anak Dona menjernihkan hubgn kekeluargaan. Dona akhirnya meninggal dunia dan anaknya diletak di bawah jagaan Najiha. Hadi (Eddy) mengganggu hubungan Najiha/Rahul. Begitu juga Insyirah (kekasih lama Rahul yg meninggalkannya) mengapi2kan akan keburukan Rahul kepada Najiha. Kerana keliru, Najiha menolak Rahul dan menerima pilihan kedua orang tuanya. Mohamad datang sebagai suami dan rupanya Mohamad (Rahul) terlebih dahulu merungkai segalanya. Dia berguru ilmu agama daripada ayah Najiha.

Penghujung novel, Fahmi mengamanahkan Rahul/Najiha menjaga anaknya, Adam sementara dia menghabiskan 4 thn pengajiannya di luar Negara.