Archive for the ‘Novel’ Category

 

DSC_0014

MY RATING:
8/10

Suke sangat membaca kisah Darin dan Fakhri. Mulanya 50-50 nak beli novel ni kerana sinopsis novel macam terlalu klise. Tetapi walaupun terlalu klise, setiap kali ke kedai buku mesti nak jugak pegang novel ni. Endingnya, tutup mata ambil je novel ni then terus ke kaunter bayaran. Thanks penulis kerana jalan cerita yang tidak menghampakan dan melahirkan watak Darin/Fakhri yang bagus. Rasa2nya ada sambungan untuk kisah Fitri. Sepertimana Fakhri, saya rasa kisah Fitri mesti sangat menarik untuk diceritakan especially how his life after run away from the family and bagaimana dia boleh berubah fikiran untuk mengambil alih tempat Fakhri.

 

RINGKASAN NOVEL (JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA SPOILER)

Gul Darin – Nama yg unik. Digambarkan seperti seorang yg tidak berfikiran ke hadapan kerana dia kelihatan sambil lewa dalam pekerjaan. Atas bantuan kakaknya, dia mendapat pekerjaan di syarikat majalah yg hampir lingkup milik kawan kakaknya. Semuanya okay sehingga dia bertemu Fakhri

Tg Fakhri – Anak angkat kepada keluarga Tengku yg terkenal dalam bidang perniagaan di luar negara. Kembali ke Malaysia atas urusan perniagaan dan dalam diam2 tanpa pengetahuan ayah angkatnya, dia berusaha untuk menjejak kembali kakak yg ditinggalkan dan mereka terputus hubungan. Pertemuan dengan Darin mengubah seluruh kehidupannya dan sejak itu dia perlahan2 menjadi seorang manusia yg mempunyai perasaan berbanding menjadi robot yg senang dikerah oleh ayahnya untuk memajukan perusahaan keluarga.

Darin/Fakhri – pertemuan demi pertemuan merapatkan hubungan mereka dan kehadiran Hajah Faridah (nenek Fakhri) turut membantu dalam mengeratkan hubungan mereka. Setelah bertahun menjadi lelaki yg hanya memikirkan untuk meluaskan perniagaan dan membuat ayah angkatnya bangga, kehadiran Darin menjadikan hidup Fakhri dalam dilema. Dia tahu akan natijahnya sekiranya dia meneruskan hajat hati dan perasaannya tetapi pada masa yg sama dia tidak mahu kehilangan Darin. Sokongan Hjh Faridah membuatkan dirinya tekad untuk mengejar kebahagiaan dirinya walaupun dia tahu dia akan kehilangan status yg dimilikinya sekarang.

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan sekeping hati Darin dan menjadikan Darin miliknya. Tempoh seminggu diambil untuk memikat Darin dengan pelbagai cara yg kelakar dan sweet (serius, memang teringin nak jadi Darin dalam tempoh seminggu tu). Darin pula, yg pada mulanya jual mahal akhirnya terpikat. Atas bantuan Hjh Faridah dan 2 beradik Darin (Gul Lily dan Gul Iris), akhirnya mereka diijabkabulkan. Darin yang masih blurr terus membuatkan kite tersenyum apabila membaca novel ini.

Berita pernikahan akhirnya sampai ke pengetahuan ayah angkatnya dan pada masa yg sama, Fakhri gagal dalam urusan yg diarahkan kepadanya. Ayahnya ke Malaysia dan meminta Fakhri untuk meninggalkan Darin atau dia akan kehilangan segalanya. Fakhri tekad dan untuk segala jasa ayahnya, dia berjanji untuk membawa balik Fitri ke pangkuan keluarga dan menjadikan Fitri sebaik dirinya untuk meneruskan legasi keluarga kerana segalanyanya nanti adalah milik Fitri. Dalam process tersebut, Fakhri/Darin terpisah sementara. Berbulan berpisah, akhirnya mereka bersama semula.

Akur dengan permintaan Fakhri dan menyesali segala silapnya, ayah angkatnya melepaskan Fakhri setelah melihat perubahan Fitri yg bersetuju untuk mengambil alih perniagaan milik keluarga. Kedua ayah dan ibu angkat Fakhri akhirnya sedar bahawa mereka selama ini menyayangi Fakhri dan berasa bersalah kerana kurang meluangkan masa terhadap Fakhri sejak dari hari pertama Fakhri hadir dalam hidup mereka. Melihat betapa Fakhri mengasihi dan patuh kepada mereka, mereka sedar bahawa Fakhri merupakan anak yg paling disayang dan mereka risau seandainya Fakhri akan memutuskan terus perhubungan mereka lebih2 lagi setelah Fakhri mengetahui bahawa mereka yg menyebabkan Fakhri terputus hubungan dengan kakak kandungnya, Hanim.

Penghujung novel, semua hubungan yg terputus terjalin semula. Fakhri diberi kepercayaan untuk menguruskan perniagaan keluarga di Malaysia dan Hanim memaafkan ayah angkat Fakhri.

NOVEL : MESEJ – ANNA LEE

Posted: May 20, 2016 in Novel
Tags: , ,

DSC_0010.JPG

MY RATING

9/10
First of all, thanks to penulis kerana sudi menceritakan kisah Jason dan Aria. Kali pertama membaca ringkasan Aria dan Jason dalam novel Aku, Dia & Pinky Promise, sentiasa berharap kisah mereka dinovelkan.  Watak Jason muncul di dalam novel Couple tetapi sangat ringkas. Ketika hampir putus asa untuk berharap, tiba2 Mesej muncul di depan mata. Saya telah membaca kesemua karya Anna Lee dan jujur saya katakan, Mesej adalah yang paling unik. Rasanya penulis gemar bermain dengan masa. Penyampaian dan kesinambungan kisah masa lalu dan masa sekarang disampaikan dengan indah tanpa meninggalkan sedikit ruang yg tertinggal. Dalam Naskhah Terakhir Laura Isabell kisah cinta zaman yg sudah lama dipaparkan dan bagaimana generasi zaman sekarang mencari konklusi untuk kisah yg tidak kesampaian.

Untuk Mesej, apa yg boleh saya katakan, penulis sangat bijak bermain dengan ruang masa dan merealisasikan pepatah “ Kalau Sudah Jodoh Tidak ke mana” dan “Sebaik2 perancangan yg kita lakukan ada lagi Perancang yg Maha Agung Yang Lebih Mengetahui”.  Pada mulanya saya ingatkan Aria/Jason hanya berbeza lokasi. Tetapi peristiwa hari yg keduanya merancang berjumpa di KLIA membuatkan kisah mereka menjadi misteri kerana mereka tidak bertemu wpun keduanya berada di tempat yang sama pada jam seperti yg telah dijanjikan. Rupanya, perbezaan masa 10 tahun dan betapa berbezanya lokasi mereka menjadikan kisah mereka bukanlah kisah cinta biasa yang dibaca selama ini dan jauh sekali untuk dialami oleh orang lain. Hendak dikatakan mereka diberi peluang kedua tetapi pertemuan pertama tidak membuka apa-apa peluang. Hendak dikatakan mereka berpisah tetapi kisah mereka tidak pernah bermula. Sebuah lukisan penghubung dan penyatuan mereka biarpun mereka sendiri tidak mempercayainya kerana beza dunia mereka dari segi masa dan tempat.

 

RINGKASAN NOVEL ( SIAPA TAK SUKA SPOILER, JANGAN BACA)

2004
Jason yg berada di France berkomunikasi dengan Aria dari tahun 2014 yg berada di Malaysia. Keduanya tidak memahami apa yg berlaku kerana bukan sahaja tahun tetapi lokasi mereka juga berbeza. Keakraban komunikasi yg dihubungkan melalui lukisan warisan keluarga mengundang satu perasaan dalam diri mereka dan Aria sedar bahawa dia pernah menemui Jason pada tahun 2004 tetapi kebencian dirinya terhadap segala yg berkaitan Paris menyebabkan dia mengubur kisah lama. Jason telah mengetahui akan keadaan Aria pada 2014 tetapi mereka berdua buntu untuk mengetahui di mana Jason pada 2014. Lantas mereka merancang agar satu pertemuan diatur pada suatu tarikh pada tahun 2014. Aria menceritakan kisahnya dari hari dia bertemu Jason di Paris pada tahun 2004 sehinggalah kisahnya pada tahun 2014. Melalui penceritaan semula Aria, Jason merancang segalanya untuk bertemu Aria seperti apa yg diceritakan tetapi tidak akan sesekali mengubah suasana. Aria 2004 bertemu Jason ketika bersedih melihat kecurangan kekasihnya, Badri. Mereka bergembira mengelilingi kota cinta. Hari terakhir yg sepatutnya mereka bertemu, Jason tidak datang tetapi muncul saat terakhir sebelum Aria berangkat balik dengan nota terakhir “Please Wait”. Kisah Jason berakhir di situ tanpa diketahui sebab dia tidak muncul dan di mana dia pada 2014.

2014
Kehadiran Nik sebagai bos di tempat Aria sedikit sebanyak menggugat diri Aria. Nik lelaki misteri. Dia melakukan segala yg tertulis di dalam diari pink dan sentiasa ada untuk Aria. Aria merasakan Jason berada dlm diri Nik kerana mungkin pada ketika itu dia hanya bercakap dengan Jason 2004 di dalam dunia misteri di rumahnya. Nik yg pada asalnya menuruti segala yg tercatat dalam diari pink tanpa sedar yg dirinya menyukai Aria.

Pada tarikh seperti yg dijanjikan Aria 2014 dan Jason 2009, Aria ke Paris untuk menentukan arah cintanya. Seseorang hadir tetapi seseorang itu bukanlah Jason tetapi Nik. Nik menceritakan kisah Jason dan penyakit kanser yg kritikal dan meyakinkan Aria bahawa Jason masih hidup tetapi he’s dying. Nik berjanji akan membawa Aria berjumpa Jason.

Pertemuan dengan Dr Ariff merungkai segalanya. Mengapa Jason tidak muncul pd hari yg sepatutnya bertemu Aria pada 2004 dan di mana Jason pada 2014. Jason dan Nik adalah org yg sama dan mereka adalah satu. Akibat hampir putus asa dengan penyakitnya, personaliti Nik muncul dan mendominasi diri Jason dan Nik sentiasa ingin mengusir Jason. Setelah Nik berjaya menunaikan segala yg tertulis di dalam diari dan Jason mengetahui akan perasaan Nik terhadap Aria, Jason undur diri dan berharap Nik sentiasa membahagia dan mencintai Aria seperti mana dirinya yg mencintai Aria pada 2004.

Perancangan Yang Maha Mengetahui lagi hebat dari perancangan manusia.

2004 – Jason balik ke Malaysia mencari Aria (2014) tetapi tidak bertemu sebaliknya mengeratkan ikatan terputus dengan saudara sebelah ibunya. Neneknya beria untuk memperkenalkannya dengan anak kepada kawan baik arwah ibunya tetapi malangnya anak kepada kawan baik ibunya itu tiada di kampung. Rupanya, gadis yg dimaksudkan ialah Aria kerana selepas bertemu cucunya, Nek Leha memberitahu dia ingin menjodohkan Aria dengan cucunya yg berada jauh dari Malaysia.

2014 – Setelah pertunangan Aria Badri putus, kawan ibu Aria menerima pinangan dari kawannya untuk anak saudaranya yg juga merupakan anak kepada arwah kawan baiknya dan jejaka yg dimaksudkan ialah Nik.

Akhirnya Jason/Nik berkahwin dengan Aria.

DSC_0020.JPG

MY RATING

8/10
Maaf kepada penulis tetapi saya lebih meminati dua karya terdahulu Ributnya Cinta dan Kekasihku Popular. Novel ini menarik tetapi saya tidak mengalami perasaan teruja sepertimana dua novel tersebut. Walaupun begitu,  karya ini masih menarik untuk dibaca.

RINGKASAN NOVEL

Hana/Lea – anak orang kaya tetapi ingin berdikari atas usaha sendiri. Lea sahabat baik Hana di pejabat dan mereka selalu menjadi mangsa perli Farah/Zetty yang sentiasa mempersoalkan penampilan mereka.

Tg Adam/Hanna – Hanna menggelarnya En Tidak Ada Adab akibat perangai biadap ketika di lif. Tg Adam memberi gelaran tudung bulat kerana Hana penampilan Hana yg suka mengikat hujung tudungnya. Setelah beberapa kali terserempak dan meluangkan masa bersama, Tg Adam merasakan dirinya tertarik dengan Hana begitu juga Hana tetapi mereka tidak mengakui/menyedari.  Identiti diri Hana terbongkar apabila Tg Adam bermalam di rumah Harris (rakan baiknya) dan mendapat tahu bahawa Hana merupakan adik Harris. Peribadi Tg Adam menarik perhatian ibu angkatnya (mama Harris/Hanna) dan bercadang menyatukan Hanna dengan Tg Adam setelah mengetahui Hana telah kenal Tg Adam dan bekerja di pejabat Tg Adam.

Bermacam perkara lucu dan sedih berlaku di mana akhirnya mereka berkahwin. Berlaku sedikit krisis ketika awal perkahwinan mereka tetapi mereka berjaya mengatasinya apabila Tg Adam menceritakan kisah silamnya kepada Hanna.

Lea/Samad – Samad merupakan setiausaha/PA Tg Adam. Perkenalan mereka bermula apabila Hanna/Tg Adam meminta keduanya menjadi pengapit utk perkahwinan mereka.

Farouq/Sheera/Hanna/Tg Adam – Hanna/Lea terpikat dengan Farouq sehingga sanggup mengintainya yg berada di tingkat lain. Setelah Tg Adam/Hanna berkahwin, karakter Farouq berkembang dan dia berniat untuk membalas dendam terhadap Tg Adam. Sheera merupakan adik Farouq yg mencintai Tg Adam. Malangnya cinta Sheera ditolak (ketika itu Tg Adam tidak terbuka hati untuk mana2 perempuan) dan dia membunuh diri. Akibat terkejut dengan tindakan Sheera, kedua ayah ibu Farouq meninggal dunia dan Farouq ingin membalas dendam. Selepas kematian Sheera, Tg Adam rasa bersalah. Rahsia terbongkar apabila Sheera sebenarnya masih hidup tetapi koma dan Farouq berjaya menculik Hanna dan membawanya kepada Sheera. Hanna yg mengetahui akan kisah silam Tg Adam menasihatkan Farouq dan dia bersama Tg Adam sama-sama menjaga Sheera. Farouq meninggal dunia dalam tidur dan Sheera akhirnya berkahwin dengan teman rapat zaman belajar Hanna, Kudin.

DSC_0021.JPG

MY RATING

8/10
Terus membeli novel ini tanpa membaca sinopsis di belakang novel. Ini kerana perasaan percaya terhadap penulis yg sebelum ini belum menghampakan sy untuk membaca novel tulisannya. Karya lain penulis yang sy pernah masukkan dlm blog ini ialah Andy Hilton VS Mr MPP

RINGKASAN NOVEL

Dahlia/Reza – pasangan kekasih dan Reza melamar Dahlia pd hari ulangtahun ketiga perkenalan mereka. Semakin menjelang hari perkahwinan, semakin berdebar hati Dahlia. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Reza meninggal dunia akibat kemalangan menjelang hari pernikahan mereka. Setelah kematian Reza, Dahlia menerima panggilan bahawa Reza ada menempah percutian ke Paris. Dahlia membuat keputusan untuk ke sana dan mengambil kesempatan tersebut untuk menenangkan dirinya.

Tengku Shah Putra/Dahlia – Pada hari kematian bakal suami Dahlia, hati Tg Shah berasa sayu tiba2. Dahlia pula bermimpi seorang lelaki menunggang kuda putih mengejarnya. Mereka bertemu di Paris (Dahlia untuk menenangkan hati dan Tg Shah untuk lari daripada bondanya) apabila Dahlia tertinggal planner nya dan Tg Shah menemui planner tersebut lalu membuat keputusan untuk pergi ke tempat2 yg dicatat di dalam planner dengan harapan dapat memulangkan planner tersebut kepada tuannya.  Di sebuah kedai, Dahlia tertarik dgn satu cincin yg mempunyai tulisan “je t’aime” (I love You) yg menurut penjualnya ada kuasa sakti di mana jika lelaki yg membeli cincin tersebut memberi kepada perempuan yg disukainya dan sekiranya cincin tersebut tidak boleh ditanggalkan selepas perempuan tersebut memakainya, itu tandanya mereka mempunyai jodoh yg kuat. Tg Shah membeli cincin tersebut dan menyerahkan kepada Dahlia sebelum mereka berpisah setelah tiba di negara asal mereka. Sebagai tanda kenangan dan terima kasih, Dahlia menghadiahkan rantai kepada Tg Shah.

Selepas itu mereka bertemu dan bertukar online ID. Rahsia identiti Tg Shah terbongkar setelah Dahlia melihat majalah mengenai Putera Mahkota. Perkara paling lucu apabila Dahlia berjumpa Tg Shah kerana ingin memintanya menanggalkan cincin yg diberikan (Dahlia saja cuba2 untuk memakai cincin tersebut untuk menguji kisah cincin tersebut betul atau tidak). Sebaliknya Tg Shah melamar Dahlia. Sepanjang tempoh pertunangan, Dahlia belajar tentang selok-belok kehidupan kerabat diraja. Setelah berbagai dugaan yg diharungi termasuklah kemunculan Riz (lelaki yg mempunyai rupa mirip Reza yg membuat hati Dahlia berbelah bahagi) dan Tg Shah hilang ingatan akhirnya mereka berkahwin dan berbulan madu di Paris.

Tengku Shah Putra/Amir Fitri – Amir merupakan pembantu peribadi merangkap kawan baik Tg Shah. Tg Shah pernah menyatakan kepada Amir bahawa hatinya tiba2 terasa pelik dan sedih tiba2. Amir dengan nada bergurau memberitahu bahawa mungkin itu perasaan yg sedang dialami oleh perempuan yg bakal menjadi jodohnya.  Kerana keakraban mereka, bonda Tg Shah sudah menganggap Amir sebagai rakan sekutu Tg Shah dan setiap kali Tg Alissa mengugut Tg Shah, Amir pasti tidak terkecuali.

Dahlia/Suria Hana –  sepupu merangkap sahabat baik dan Suria pernah bertanya pada Dahlia sm ada Reza adalah jodohnya atau tidak. Selepas kematian Reza, Suria sentiasa di sisi memberi semangat kepada Dahlia.

Suria Hana/Amir Fitri – pasangan kekasih. Pada mulanya, Suria keberatan menerima lamaran Amir kerana dia tidak mahu Dahlia bersedih sedangkan dia gembira tetapi setelah didesak Dahlia akhirnya dia menerima.

Tg Shah/Tg Aziana – Tg Aziana ialah pilihan bonda untuk Tg Shah. Tg Aziana jatuh cinta terhadap Tg Shah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian Tg Shah. Tg Aziana kecewa cintanya ditolak apabila Tg Shah melamar Dahlia di hadapannya.

IMG_20150505_075021

Am not going to give any rating to this novel sebab novel ni merupakan sambungan kepada novel pertama Andai Itu Takdirnya. Apa yg boleh dinyatakan di sini ialah perasaan membaca novel ini tidak sama seperti membaca novel pertama. Mungkin kerana jalan penceritaan seolah2 berulang2 seperti novel pertama bezanya Cuma watak tambahan. Jika dalam novel pertama, Aleya kehilangan anaknya begitu juga dengan novel kedua. Babak kematian anaknya Danny turut menambah kesedihan dalam novel ini.

RINGKASAN NOVEL:
Aizril/Aleya hidup bahagia bersama anak2 mereka, si kembar Darwin dan Danny dan anak perempuan mereka Dania. Kebahagiaan mereka diuji kerana keegoan Aizril. Faizal yang masih berdendam mewujudkan perniagaan pelaburan emas dan memerangkap Aizril dan kawan2 yg lain untuk menyertai. Kegagalan pelaburan tersebut menyebabkan Faizal melarikan diri dan Aizril bergaduh dengan ayahnya setelah ayahnya mengetahui Aizril menggunakan wang syarikat untuk membuat pelaburan tersebut tanpa berunding dengan ahli lembaga syarikat.

Kegagalan dan pergaduhan dengan ayahnya meninggikan lagi ego Aizril dan dia membawa anak2 dan isteri berpindah dan menjauhkan mereka daripada kedua ibu-bapanya. Datin Sharifah Rosnah (emak arwah Sh Emilin) mengambil kesempatan di atas situasi dan memperkenalkan anak saudaranya, Sh Azreen. Sh Azreen berusaha memiliki Aizril. Tawaran kewangannya diterima Aizril dan ada harga yg perlu dibayar iaitu dia ingin Aizril menjadi suami. Aizril yg dikuasai sikap ego dan panas baran berubah menjadi Aizril dalam novel pertama. Sepertimana penderitaan yg dialami Aleya dalam novel pertama seolah2 diulang tayang di dalam novel kedua ini. Malah kedua mentuanya juga turut menerima hinaan daripadanya.

Kemuncak segala penderitaan ialah kematian anak mereka Danny. Penyesalan yg datang tidak berguna kerana bukan sahaja hati Aleya tetapi hati  anak2nya Dania & Darwin turut beku untuk menerima Aizril dalam hidup mereka. Malah dia tidak dibenarkan untuk mengurus segala hal berkaitan kelahiran anaknya kerana Aleya mengingatkan dirinya akan segala sumpah yg dibuat semasa dia mengandungkan anaknya (Aizril meminta Aleya menggugurkan anaknya kerana segala masalah bermula ketika kemunculan anak tersebut).

Aleya membawa diri menyambung pelajaran di luar negara. Dalam tempoh tersebut,,Aizril berusaha untuk mengambil hati mentuanya dan kedua anaknya Dania & Darwin yg ditinggalkan bersama atuk & nenek mereka. Setelah berjaya mengambil hati kedua anaknya, dia berusaha untuk mengambil hati Aleya. Akhirnya setelah segala usaha, mereka bersama semula.