Archive for June, 2014

images

MY RATING:

10/10
Berbanding 2 karya sblm ni Jodoh Itu Milik Kita & Chan Rak Ter, I prefer this 3rd novel. Seronok membaca kisah Syamil & Orked Imani. Sedangkan ketika membaca pon boleh rasa penat sangat nak “melayan” kenakalan & kesengalan Syamil apatah lg if betul2 berada kat tempat Orked. Memang haru & sentiasa positif jer hidup .

 

MY SUMMARY:

Pertemuan Orked & Syamil berlaku ketika kereta Orked dilanggar dr belakang oleh Syamil. Saat terpandang Syamil, Orked berasa diri seolah2 berada dlm suasana cite manga/anime di mana sang heroin nampak kekasih hati dikelilingi bunga2. Tetapi perangai kekasih Syamil, Misha yg lebih2 marahkan die buat Orked naik angina. Kerana dengar Misha keep panggil Syamil sayang2, then Orked memanggil Syamil Encik Sayang & meminta En Syg bertanggungjawab utk keretanya. Encik Sayang yg sengal memanggil Orked dgn panggilan Miss Sweetheart.

Bermula dr situ En Sayang mengharapkan bertemu lagi dgn Miss Sweetheart. Berbagai kisah lucu yg berlaku. Dan tekad untuk memikat Miss Sweetheart semakin yakin setelah berpisah dgn Misha yg curang dengannya (instead of bersedih dia sebaliknya gembira kerana akhirnya berjaya lari dari belenggu Misha yg tidak dicintainya). Semuanya dipermudahkan lagi apabila mereka dijodohkan oleh keluarga masing2.Dia sentiasa yakin bahawa seperti dirinya, Orked juga sebenarnya sudah jatuh hati kepadanya dan keyakinan semakin tinggi ketika dia menyertai Orked ketika aktiviti lasak di mana dia telah jatuh dr tempat tinggi bersama Orked yg ingin menyelamatkannya. Orked pula, walaupun dia kerap mengadu kepada Amril akan dirinya yg berkahwin atas pilihan keluarga dan tidak mempunyai perasaan terhadap Syamil tetapi jauh di sudut hati dia berteka-teki sendiri akan perasaannya kepada Syamil.

Misha/Amril – Penyibuk dlm kisah mereka. Misha ingin membalas dendam kerana Syamil berani meninggalkannya kerana rekod tanpa kalah die tak pernah ditinggalkan. Amril pula ingin menyambung semula kisah cinta yg ditinggalkan 12 thn dahulu. Well, kat sini Syamil rasa tercabar sikit kerana dia sendiri mengakui akan kehenseman dan karisma Amril. Kerana ingin mencapai tujuan masing2, mereka sanggup memusnahkan impian Syamil utk memasarkan jenama pakaiannya di pasaraya milik syarikat Amril seluruh Malaysia. Well, standardlah, niat jahat selalu takkan berjaya. Misha tetap ditinggalkan dan Orked datang menemui Amril dan menerangkan bahawa Amril sekarang bukanlah Amril yg dikenali 12 thn lepas dan dia sudah lama melepaskan kisah cinta mereka.Dia memberitahu Amril bahawa di hatinya dan sekarang die milik Syamil dan even Amril berjaya dalam dendamnya Amril sebenarnya masih kalah kerana tidak dapat memiliki hatinya.

Amril sedar dan bersedia melepaskan Orked dan berjanji akan pergi dari hidup Orked. Thanks to Syamil yg menjadikan babak tersebut sesuatu yg kelakar instead of drama. Die sendiri pon tak paham dengan dirinya sendiri dan terkejut dgn keputusan diambil sepertimana Orked/Amril dan pembaca terkejut. Dia meminta Amril untuk tinggal dan menjadi sebahagian dari hidup isterinya kerana dia tidak tahu cara memujuk isterinya bersedih setelah berpisah dgn kawan. Dan sebaliknya dia mahu Amril menganggap itu hukuman untuknya iaitu melihat Orked dan Syamil bahagia.

Kes selesai dan yg kelakar sekali babak Amril menyakat Syamil yg alah dengan bau Orked ketika Orked mengandung. Penghujung novel, Syamil bercerita kepada anaknya akan kisah dia dan Orked di mana dia sentiasa yakin bahawa Orked jatuh cinta pandang pertama dengannya. Di hadapan sang anak, Orked menafikan tetapi jauh di sudut hati dia mengakui bahawa dia jatuh cinta pandang pertama dengan En Sayang.

MOVIE REVIEW : CEO (MALAY)

Posted: June 15, 2014 in Movie
Tags: ,

CEO

MY RATING:

10/10

Beli tiket untuk tengok movie ni selepas melihat poster kat cinema. Sejujurnya tak pernah tengok lagi trailer movie ni tetapi tertarik dengan poster. Memang high expectation untuk movie nie kerana 3 pelakon utamanya, Beto, Remy dan Christine Suzanne which I rasa ada kelas tersendiri dalam pembawaan watak. So far, kebanyakan cerita yg dilakonkan mereka terutama sekali Beto, memang tidak pernah mengecewakan. Dan kudos to the movie team. Dari permulaan cerita sampai habis cerita memang tidak membosankan, penyusunan jalan cerita yg teratur, ekspresi watak oleh setiap pelakon tak kira pelakon utama atau pelakon pembantu memang terbaik dan yg lebih penting setiap pelakon tahu akan peranan masing2 dan membantu dalam pembentukan karakter setiap watak.

 

BABAK MENARIK PILIHAN:

  1. Permulaan cerita untuk pengenalan kehidupan dua watak lelaki utama memang menarik. Ala2 cite zaman kanak2 Prince and the pauper. Lelaki kaya vs lelaki biasa.Menyampah dengan watak bangga diri dan arrogant Adam (Remy) tetapi perasaan tu diseimbangkan dengan karakter humble, humor dan easy going Suffian (Beto).
  2. Babak Beto ditahan di lokap. Sekiranya I berkongsi lokap dengan die rasanya I akan menjadi pembunuh sebenar. Boleh plak die memekak menyanyi di dalam lokap dengan perasaan gembira dan tak bersalahnya. Paling sengal, die boleh bersoal jawab dengan sorang penghuni lokap untuk soalan “Siapa abang Long Kau?”. The same question being asked for the whole night until morning.
  3. Keterujaan Suffian bla diberitahu die mewarisi harta kekayaan pakciknya yg kaya. Kelakar bila dia mempersoalkan kenapa perlu beli baju kat butik dan kenapa tidak membeli kat kedai bundle yg sememangnya murah. Paling sengal, bla die invite kawan2 die datang rumah dan mereka enjoy bermain kat kolam renang dan turun naik lif sampai pemandu boleh bgtau kat orang gaji yg mereka perlu memanggil tukang repair lif untuk b/up.
  4. Adam mempelajari semula betapa pentingnya menghargai apa yg ada dan kesederhanaan dalam hidup. Selepas hilang segalanya dia bertemu dengan busker jalanan yg pernah dihinanya, Aloy. Aloy yg mengajar dia segalanya. Well, Adam, as a normal human being, akan mengeluh dengan nasib menimpa dan merasakan dirinya tidak berguna. Thanks to Aloy yg bersikap tidak kasihan kpd Adam sebaliknya slowly become his friend and teach him apa yg die tidak pernah lihat sepanjang hidupnya menjadi org kaya bongkak. Berbeza dgn Suffian, walaupun secara tiba2 menjadi kaya dan seorang CEO, die berusaha menyesuaikan diri dan bersungguh2 melakukan kerjanya. I love watak Suffian. Serius ketika bekerja dan berubah menjadi easy going and kelakar after working time.
  5. Interkom bilik meeting sebenarnya props paling penting dalam cerita ni. Ketika mula2 datang, Suffian boleh menjadi DJ radio sambil bermain dgn intercom yg boleh didengari seluruh bangunan. Ketika mengajar Nina (Suzzane) cara untuk enjoy, dia menjadikan intercom tu macam karaoke tp of course kene halau dengan guard. Interkom itu jugak alat untuk menyebarkan pengakuan penyelewengan Tan Sri dan didengari seluruh bangunan. Thanks to kesengalan Suffian terhadap intercom.
  6. Watak 2 org guard tu menambahkan rencah dalam cerita ni. Walaupun nampak simple tetapi berjaya membangkitkan ketawa kerana mereka mewakili guard yg memang komited dengan kerja mereka. Tak kira siapa/ apa jawatan org dlm company tu, tetapi bla mereka melakukan kesalahan, this 2 org guard memang akan melaksanakan tugas mereka.
  7. Sejujurnya, mula2 I baru nak mengatakan agak cliché bla alasan untuk seorang org biasa tiba2 menjadi kaya adalah kerana mewakili harta pakcik yg kaya yg telah meninggal dan die ialah waris terdekat (macam dalam movie Mr Deeds yg Adam Sandler berlakon tue). Tetapi team produksi memang bijak mengolah jalan cerita. Sebenarnya Suffian ialah kambing hitam/boneka untuk kerja jahat Tan Sri. Pemilihan Suffian mungkin kerana die terbabit dengan pergaduhan bersama Adam yg menyebabkan dirinya masuk lokap.

Sebenarnya semua babak dalam cerita ini menarik. Permulaan cerita dimulakan dengan kisah hidup dua pemuda dan pandangan mereka untuk masa depan. Penghujungnya, mereka menjadi pemilik Spa, perkongsian bersama antara Suffian, Adam, Nina, Aloy dan kawan Suffian.

untitled

MY RATING:

8/10

Sejujurnya am not sure the main plot untuk filem ini tetapi good job to the team kerana sepanjang menonton file mini saya tidak terlalu memikirkannya. Elemen kejutan seram dan kelakar/lucu memang boleh membuat satu panggung membuat senaman rahang. Tanpa disedari, you all akan turut menjerit terutama sekali babak kejutan seram. Untuk babak kelakar, no words can describe it. Memang ketawa geli hati dan terbahak2. Gabungan Sharul & Ajak Shiro bersama Azad Jasmin memang menjadi. Mereka bertiga berjaya menjadikan file mini filem mereka walaupun pada setiap babak ada beberapa watak pembantu.

 

BABAK MENARIK PILIHAN I:

  1. Mimpi si Nayan di mana mereka singgah untuk toilet. Babak di dalam toilet yg menunjukkan dia melepas dengan effect bunyi die buat semua org ewwww. Yg takleh blah die boleh plak mendail nombor telefon yg tertulis kat pintu toilet tu but ends up dapat cik pondan punya suara.
  2. Kereta Chot rosak. Manusia yg betul2 datang tolong die kata hantu. Org pertama yg tolong seorang makcik (makcik Sari cite Bukan Kerana Aku tak Cinta), boleh plak si Chot baca jampi dan sembur2. Pas makcik tu blah baru menyesal then datang plak org kedua, mekanik gemuk (member kump. Bocey) tetapi dikatakan hantu tetek. Pas tu bila yg ketiga datang (hantu betul2) die boleh anggap itu manusia. Babak ni kelakar especially bila die dapat tangan hantu tue.
  3. Comeo Mr Os sebagai “hantu” sesat yg mencari rumah I boleh anggap sebagai iklan. Pakai pakaian vampire sesat kat kubur Cina. Pakai pakaian pocong sesat kat kubur Kristian and last2 pakai pakaian hantu cina boleh sesat kat kubur melayu. Ends up rumah yg die kata betu adalah rumah org gila.
  4. Amir, Nayan dan Chot mempunyai pasangan tidur masing2 kat rumah org gila tue. Memang haru giler. Amir dapat org gila yg suka bukak tutup pintu, Nayan dapat orang gila yg suka tepuk tangan dan Chot pulak dapat org gila yg suka hantuk kepala.
  5. Amir, Nayan dan Chot tertangkap dengan Tok Mat ketika sedang skodeng Julia mandi. Yg xleh blah bila Nayan pegang dada dia dan pastu keluar muzik poco-poco.

Keseluruhan cerita penonton memang akan ketawa dan menjerit. Elemen kejutan seram memang menjadi seolah2 memang tengah tengok cerita seram yg betul tetapi selepas itu berjaya diseimbangkan dengan elemen lawak. Punyalah I teka Tok Mat tue penjahat dalam cite nie, rupa2nya penghujung cerita baru tau yg Tok Mat & Julia sebenarnya telah mati dibunuh.

meow-kau-curi-hatiku

MY RATING

8/10

Permulaan novel agak boring sikit especially untuk pengenalan watak. Tetapi cerita bertambah menarik pada babak pertemuan pertama antara Naim & Husna. Keseluruhan jalan cerita menghiburkan.Menyampah dengan Pak Hashim (ayah Husna). Taka da akal ker ingin menjodohkan anak dengan lelaki tua hanya kerana ingin hidup senang melalui harta Hj Ripin. Haji Ripin pun satu gatal.

Sweet baca kisah Naim/ Husna terutama sekali apabila Naim cemburu melihat keakraban Husna dgn Dokto Haikal (doktor haiwan) sehingga sanggup memberitahu bahawa Husna ialah tunangnya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

 

MY SUMMARY

Naim telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Bella dan telah melamar Bella sebanyak 5 kali tetapi ditolak Bella atas alasan tidak bersedia untuk melepaskan kerjayanya.

Pertemuan #1 Naim Husna : Husna menyelamatkan kucing yg cedera akibat dilanggar Naim. Husna dengan berani memaksa Naim menghantarnya ke klinik haiwan untuk mengubati kucing tersebut. Pertemuan tersebut menyaksikan Naim meminta bantuan Husna untuk menguruskan kucing2 Bella kerana dia tidak sukakan kucing. Setelah selesai, dia menghantar Husna pulang.

Pertemuan #2 Naim Husna: Husna masih dalam usaha mencari pekerjaan dan meninggalkan resume kepada setiausaha syarikat. Tetapi dia mengambil semula resume setelah mendapat tahu Naim bos syarikat tersebut dan tidak mahu ada hubungan dgn Naim.

Pertemuan #3: Naim menawarkan pekerjaan kpd Husna sbg pengasuh kucing2 Bella kerana Bella berada di luar Malaysia slama 3 bulan atas urusan kerja. Mulanya Husna menolak tetapi akhirnya bersetuju.

Pergaduhan dan aksi buli-membuli antara pembuli kucing & hantu kucing akhirnya menimbulkan bibit cinta di hati masing2 tetapi Husna memendam rasa kerana Naim milik Bella. Naim pula masih berteka-teki akan perasaan yg muncul di sudut hati. Setelah yakin akan hatinya untuk Husna, muncul Haji Ripin mengacau kisah mereka.

Haji Ripin ingin memperisterikan Husna dan mendapat sokongan bapa Husna yg inginkan kesenangan melalui kekayaan Haji Ripin. Haji Ripin mencanangkan Husna bakal isterinya dan mengisytiharkan Naim sbg musuhnya. Sehingga akhirnya dia nekad untuk merogol Husna tetapi berjaya diselamatkan Naim. Di hadapan ayahnya, Husna menceritakan perangai sebenar Hj Ripin.

Setelah memberitahu keluarga akan sebab putusnya kasih antara dirinya dan Bella dan betapa dia merasakan Husna teman yg dicari, keluarga Naim merestui untuk menyatukan mereka. Bella pasrah akan keputusan Naim kerana dia sedar, sebahagiannya adalah salahnya sendiri yg memandang ringan akan cinta Naim kepadanya dan beranggapan Naim akan sentiasa menunggu dirinya.

Akhirnya Naim/Husna disatukan. Bella menghadiahkan kucing2nya sebagai hadiah perkahwinan untuk Naim/Husna. Haji Ripin pula meninggal akibat dipatuk ular ketika hendak menyerang ayah Husna kerana geram dengan tindakan ayah Husna tidak mahu menjadikannya menantu.

IMG_20140606_175313

MY RATING
7/10

Sinopsis nampak menarik tetapi setelah mula membaca, jalan cerita tidak dapat mengekalkan momentum untuk membaca. Walaupun ramai lelaki yg wujud dalam hidup Idayu tetapi tidak dapat buat I jealous dengan Idayu kerana perwatakan hampir semua lelaki tersebut tidak begitu menarik.

 

MY SUMMARY
Idayu / Irfan
– Lelaki pertama yg memikat Idayu dan Idayu tergoda dan bersetuju menjadi teman wanita. Tetapi pertunangan Irfan dgn pilihan keluarga, Amylia membuat Idayu kecewa dan menjauh. Irfan tegar menculik dan mengurung Idayu di rumahnya tetapi Idayu berjaya melarikan diri. Sejak itu Irfan menjadi pengejar cinta dan berebut dengan Is yg ketika itu sudah bersedia untuk dinikahkan dgn Idayu.

Idayu/Doktor Syakir – Doktor yg jatuh cinta kpd pesakit. Rombongan merisik dihantar dan pada ketika hati Idayu sudah mula ingin menerima, pertemuan di butik pengantin mengecewakan hati Idayu buat kali kedua kerana pada ketika itu Syakir sedang memilih pakaian perkahwinan bersama tunangnya yg juga seorang doktor.

Idayu/Najmi/Zana – Najmi cuba menggoda tetapi pd ketika itu Idayu hanya memandang kpd Irfan. Dia mengaturkan agar Najmi dan Zana memulakan salam perkenalan tanpa mengetahui tindakan tersebut akan disesali. Zana mengandung akibat terikut hasutan nafsu dan Najmi tidak mengaku akan perbuatannya malah menyuruh agar digugurkan. Zana mencari perlindungan di rumah keluarga Idayu dan bertemu cinta dgn pak Su Idayu.

Idayu/Hazrin – Pinangan Hazrin diterima. Tetapi pd hari untuk diijabkabulkan, Hazrin meninggal kemalangan bersama dengan Natrah, isteri Is. Rahsia terbongkar. Hazrin dan Natrah pasangan kekasih. Natrah menjadi mangsa sumbang mahram abangnya, Najmi. Kerana tidak mahu Idayu/Is bersama dia meminta Hazrin menculik Idayu dan menyerahkan kepada Irfan. Kerana risaukan keselamatan Idayu, Is setuju mengahwini Natrah.

Idayu/Edruce – Adik kpd bos di tempat kerja baru Idayu. Membenci dan selalu menyakiti hati Idayu. Daripada Hazrin, Idayu mendapat tahu sebabnya adalah kerana wajah Idayu mirip kepada perempuan yg telah mengecewakannya ketika zaman belajar. Kerana tidak mahu terus menjadi mangsa, Idayu membuat keputusan berhenti kerja.

Idayu/Is – adik-beradik angkat yg sebenarnya mencintai sesame sendiri di dalam diam. Pada hari perkahwinan tak jadi Idayu, Is menawarkan menjadi pengganti dan akhirnya mereka diijabkabulkan.

Penghujungnya, Idayu/Is berusaha untuk mengekalkan rumah tangga mereka dan belajar untuk saling mempercayai.