Archive for April, 2016

DSC_0020.JPG

MY RATING

8/10
Maaf kepada penulis tetapi saya lebih meminati dua karya terdahulu Ributnya Cinta dan Kekasihku Popular. Novel ini menarik tetapi saya tidak mengalami perasaan teruja sepertimana dua novel tersebut. Walaupun begitu,  karya ini masih menarik untuk dibaca.

RINGKASAN NOVEL

Hana/Lea – anak orang kaya tetapi ingin berdikari atas usaha sendiri. Lea sahabat baik Hana di pejabat dan mereka selalu menjadi mangsa perli Farah/Zetty yang sentiasa mempersoalkan penampilan mereka.

Tg Adam/Hanna – Hanna menggelarnya En Tidak Ada Adab akibat perangai biadap ketika di lif. Tg Adam memberi gelaran tudung bulat kerana Hana penampilan Hana yg suka mengikat hujung tudungnya. Setelah beberapa kali terserempak dan meluangkan masa bersama, Tg Adam merasakan dirinya tertarik dengan Hana begitu juga Hana tetapi mereka tidak mengakui/menyedari.  Identiti diri Hana terbongkar apabila Tg Adam bermalam di rumah Harris (rakan baiknya) dan mendapat tahu bahawa Hana merupakan adik Harris. Peribadi Tg Adam menarik perhatian ibu angkatnya (mama Harris/Hanna) dan bercadang menyatukan Hanna dengan Tg Adam setelah mengetahui Hana telah kenal Tg Adam dan bekerja di pejabat Tg Adam.

Bermacam perkara lucu dan sedih berlaku di mana akhirnya mereka berkahwin. Berlaku sedikit krisis ketika awal perkahwinan mereka tetapi mereka berjaya mengatasinya apabila Tg Adam menceritakan kisah silamnya kepada Hanna.

Lea/Samad – Samad merupakan setiausaha/PA Tg Adam. Perkenalan mereka bermula apabila Hanna/Tg Adam meminta keduanya menjadi pengapit utk perkahwinan mereka.

Farouq/Sheera/Hanna/Tg Adam – Hanna/Lea terpikat dengan Farouq sehingga sanggup mengintainya yg berada di tingkat lain. Setelah Tg Adam/Hanna berkahwin, karakter Farouq berkembang dan dia berniat untuk membalas dendam terhadap Tg Adam. Sheera merupakan adik Farouq yg mencintai Tg Adam. Malangnya cinta Sheera ditolak (ketika itu Tg Adam tidak terbuka hati untuk mana2 perempuan) dan dia membunuh diri. Akibat terkejut dengan tindakan Sheera, kedua ayah ibu Farouq meninggal dunia dan Farouq ingin membalas dendam. Selepas kematian Sheera, Tg Adam rasa bersalah. Rahsia terbongkar apabila Sheera sebenarnya masih hidup tetapi koma dan Farouq berjaya menculik Hanna dan membawanya kepada Sheera. Hanna yg mengetahui akan kisah silam Tg Adam menasihatkan Farouq dan dia bersama Tg Adam sama-sama menjaga Sheera. Farouq meninggal dunia dalam tidur dan Sheera akhirnya berkahwin dengan teman rapat zaman belajar Hanna, Kudin.

DSC_0021.JPG

MY RATING

8/10
Terus membeli novel ini tanpa membaca sinopsis di belakang novel. Ini kerana perasaan percaya terhadap penulis yg sebelum ini belum menghampakan sy untuk membaca novel tulisannya. Karya lain penulis yang sy pernah masukkan dlm blog ini ialah Andy Hilton VS Mr MPP

RINGKASAN NOVEL

Dahlia/Reza – pasangan kekasih dan Reza melamar Dahlia pd hari ulangtahun ketiga perkenalan mereka. Semakin menjelang hari perkahwinan, semakin berdebar hati Dahlia. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Reza meninggal dunia akibat kemalangan menjelang hari pernikahan mereka. Setelah kematian Reza, Dahlia menerima panggilan bahawa Reza ada menempah percutian ke Paris. Dahlia membuat keputusan untuk ke sana dan mengambil kesempatan tersebut untuk menenangkan dirinya.

Tengku Shah Putra/Dahlia – Pada hari kematian bakal suami Dahlia, hati Tg Shah berasa sayu tiba2. Dahlia pula bermimpi seorang lelaki menunggang kuda putih mengejarnya. Mereka bertemu di Paris (Dahlia untuk menenangkan hati dan Tg Shah untuk lari daripada bondanya) apabila Dahlia tertinggal planner nya dan Tg Shah menemui planner tersebut lalu membuat keputusan untuk pergi ke tempat2 yg dicatat di dalam planner dengan harapan dapat memulangkan planner tersebut kepada tuannya.  Di sebuah kedai, Dahlia tertarik dgn satu cincin yg mempunyai tulisan “je t’aime” (I love You) yg menurut penjualnya ada kuasa sakti di mana jika lelaki yg membeli cincin tersebut memberi kepada perempuan yg disukainya dan sekiranya cincin tersebut tidak boleh ditanggalkan selepas perempuan tersebut memakainya, itu tandanya mereka mempunyai jodoh yg kuat. Tg Shah membeli cincin tersebut dan menyerahkan kepada Dahlia sebelum mereka berpisah setelah tiba di negara asal mereka. Sebagai tanda kenangan dan terima kasih, Dahlia menghadiahkan rantai kepada Tg Shah.

Selepas itu mereka bertemu dan bertukar online ID. Rahsia identiti Tg Shah terbongkar setelah Dahlia melihat majalah mengenai Putera Mahkota. Perkara paling lucu apabila Dahlia berjumpa Tg Shah kerana ingin memintanya menanggalkan cincin yg diberikan (Dahlia saja cuba2 untuk memakai cincin tersebut untuk menguji kisah cincin tersebut betul atau tidak). Sebaliknya Tg Shah melamar Dahlia. Sepanjang tempoh pertunangan, Dahlia belajar tentang selok-belok kehidupan kerabat diraja. Setelah berbagai dugaan yg diharungi termasuklah kemunculan Riz (lelaki yg mempunyai rupa mirip Reza yg membuat hati Dahlia berbelah bahagi) dan Tg Shah hilang ingatan akhirnya mereka berkahwin dan berbulan madu di Paris.

Tengku Shah Putra/Amir Fitri – Amir merupakan pembantu peribadi merangkap kawan baik Tg Shah. Tg Shah pernah menyatakan kepada Amir bahawa hatinya tiba2 terasa pelik dan sedih tiba2. Amir dengan nada bergurau memberitahu bahawa mungkin itu perasaan yg sedang dialami oleh perempuan yg bakal menjadi jodohnya.  Kerana keakraban mereka, bonda Tg Shah sudah menganggap Amir sebagai rakan sekutu Tg Shah dan setiap kali Tg Alissa mengugut Tg Shah, Amir pasti tidak terkecuali.

Dahlia/Suria Hana –  sepupu merangkap sahabat baik dan Suria pernah bertanya pada Dahlia sm ada Reza adalah jodohnya atau tidak. Selepas kematian Reza, Suria sentiasa di sisi memberi semangat kepada Dahlia.

Suria Hana/Amir Fitri – pasangan kekasih. Pada mulanya, Suria keberatan menerima lamaran Amir kerana dia tidak mahu Dahlia bersedih sedangkan dia gembira tetapi setelah didesak Dahlia akhirnya dia menerima.

Tg Shah/Tg Aziana – Tg Aziana ialah pilihan bonda untuk Tg Shah. Tg Aziana jatuh cinta terhadap Tg Shah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian Tg Shah. Tg Aziana kecewa cintanya ditolak apabila Tg Shah melamar Dahlia di hadapannya.