Archive for May, 2016

NOVEL : MESEJ – ANNA LEE

Posted: May 20, 2016 in Novel
Tags: , ,

DSC_0010.JPG

MY RATING

9/10
First of all, thanks to penulis kerana sudi menceritakan kisah Jason dan Aria. Kali pertama membaca ringkasan Aria dan Jason dalam novel Aku, Dia & Pinky Promise, sentiasa berharap kisah mereka dinovelkan.  Watak Jason muncul di dalam novel Couple tetapi sangat ringkas. Ketika hampir putus asa untuk berharap, tiba2 Mesej muncul di depan mata. Saya telah membaca kesemua karya Anna Lee dan jujur saya katakan, Mesej adalah yang paling unik. Rasanya penulis gemar bermain dengan masa. Penyampaian dan kesinambungan kisah masa lalu dan masa sekarang disampaikan dengan indah tanpa meninggalkan sedikit ruang yg tertinggal. Dalam Naskhah Terakhir Laura Isabell kisah cinta zaman yg sudah lama dipaparkan dan bagaimana generasi zaman sekarang mencari konklusi untuk kisah yg tidak kesampaian.

Untuk Mesej, apa yg boleh saya katakan, penulis sangat bijak bermain dengan ruang masa dan merealisasikan pepatah “ Kalau Sudah Jodoh Tidak ke mana” dan “Sebaik2 perancangan yg kita lakukan ada lagi Perancang yg Maha Agung Yang Lebih Mengetahui”.  Pada mulanya saya ingatkan Aria/Jason hanya berbeza lokasi. Tetapi peristiwa hari yg keduanya merancang berjumpa di KLIA membuatkan kisah mereka menjadi misteri kerana mereka tidak bertemu wpun keduanya berada di tempat yang sama pada jam seperti yg telah dijanjikan. Rupanya, perbezaan masa 10 tahun dan betapa berbezanya lokasi mereka menjadikan kisah mereka bukanlah kisah cinta biasa yang dibaca selama ini dan jauh sekali untuk dialami oleh orang lain. Hendak dikatakan mereka diberi peluang kedua tetapi pertemuan pertama tidak membuka apa-apa peluang. Hendak dikatakan mereka berpisah tetapi kisah mereka tidak pernah bermula. Sebuah lukisan penghubung dan penyatuan mereka biarpun mereka sendiri tidak mempercayainya kerana beza dunia mereka dari segi masa dan tempat.

 

RINGKASAN NOVEL ( SIAPA TAK SUKA SPOILER, JANGAN BACA)

2004
Jason yg berada di France berkomunikasi dengan Aria dari tahun 2014 yg berada di Malaysia. Keduanya tidak memahami apa yg berlaku kerana bukan sahaja tahun tetapi lokasi mereka juga berbeza. Keakraban komunikasi yg dihubungkan melalui lukisan warisan keluarga mengundang satu perasaan dalam diri mereka dan Aria sedar bahawa dia pernah menemui Jason pada tahun 2004 tetapi kebencian dirinya terhadap segala yg berkaitan Paris menyebabkan dia mengubur kisah lama. Jason telah mengetahui akan keadaan Aria pada 2014 tetapi mereka berdua buntu untuk mengetahui di mana Jason pada 2014. Lantas mereka merancang agar satu pertemuan diatur pada suatu tarikh pada tahun 2014. Aria menceritakan kisahnya dari hari dia bertemu Jason di Paris pada tahun 2004 sehinggalah kisahnya pada tahun 2014. Melalui penceritaan semula Aria, Jason merancang segalanya untuk bertemu Aria seperti apa yg diceritakan tetapi tidak akan sesekali mengubah suasana. Aria 2004 bertemu Jason ketika bersedih melihat kecurangan kekasihnya, Badri. Mereka bergembira mengelilingi kota cinta. Hari terakhir yg sepatutnya mereka bertemu, Jason tidak datang tetapi muncul saat terakhir sebelum Aria berangkat balik dengan nota terakhir “Please Wait”. Kisah Jason berakhir di situ tanpa diketahui sebab dia tidak muncul dan di mana dia pada 2014.

2014
Kehadiran Nik sebagai bos di tempat Aria sedikit sebanyak menggugat diri Aria. Nik lelaki misteri. Dia melakukan segala yg tertulis di dalam diari pink dan sentiasa ada untuk Aria. Aria merasakan Jason berada dlm diri Nik kerana mungkin pada ketika itu dia hanya bercakap dengan Jason 2004 di dalam dunia misteri di rumahnya. Nik yg pada asalnya menuruti segala yg tercatat dalam diari pink tanpa sedar yg dirinya menyukai Aria.

Pada tarikh seperti yg dijanjikan Aria 2014 dan Jason 2009, Aria ke Paris untuk menentukan arah cintanya. Seseorang hadir tetapi seseorang itu bukanlah Jason tetapi Nik. Nik menceritakan kisah Jason dan penyakit kanser yg kritikal dan meyakinkan Aria bahawa Jason masih hidup tetapi he’s dying. Nik berjanji akan membawa Aria berjumpa Jason.

Pertemuan dengan Dr Ariff merungkai segalanya. Mengapa Jason tidak muncul pd hari yg sepatutnya bertemu Aria pada 2004 dan di mana Jason pada 2014. Jason dan Nik adalah org yg sama dan mereka adalah satu. Akibat hampir putus asa dengan penyakitnya, personaliti Nik muncul dan mendominasi diri Jason dan Nik sentiasa ingin mengusir Jason. Setelah Nik berjaya menunaikan segala yg tertulis di dalam diari dan Jason mengetahui akan perasaan Nik terhadap Aria, Jason undur diri dan berharap Nik sentiasa membahagia dan mencintai Aria seperti mana dirinya yg mencintai Aria pada 2004.

Perancangan Yang Maha Mengetahui lagi hebat dari perancangan manusia.

2004 – Jason balik ke Malaysia mencari Aria (2014) tetapi tidak bertemu sebaliknya mengeratkan ikatan terputus dengan saudara sebelah ibunya. Neneknya beria untuk memperkenalkannya dengan anak kepada kawan baik arwah ibunya tetapi malangnya anak kepada kawan baik ibunya itu tiada di kampung. Rupanya, gadis yg dimaksudkan ialah Aria kerana selepas bertemu cucunya, Nek Leha memberitahu dia ingin menjodohkan Aria dengan cucunya yg berada jauh dari Malaysia.

2014 – Setelah pertunangan Aria Badri putus, kawan ibu Aria menerima pinangan dari kawannya untuk anak saudaranya yg juga merupakan anak kepada arwah kawan baiknya dan jejaka yg dimaksudkan ialah Nik.

Akhirnya Jason/Nik berkahwin dengan Aria.