Archive for May, 2014

PENGACARA :
Fara Fauzana & Amy Mastura dengan ditemani kumpulan Shiro. Tema ABPBH tahun ni ialah Magis Alam. I love gabungan pengacara malam ni. Entertaining.
PEMENANG:
BINTANG POPULAR 2013 : AARON AZIZ
ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR: Achey ( jadi peminat die since pertandingan Bintang Mencari Bintang dan Maharaja Lawak Mega 2013 (kumpulan Bocey). Dia sentiasa tampil dengan idea baru dan begitu juga ketika bersama Bocey)
ARTIS BAHARU WANITA POPULAR: Zara Zya
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR:
Jep Sepahtu
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR :
Jihan (Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega 2013)
ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR:Stacy dan Akim
PENYANYI LELAKI POPULAR: Hafiz
PENYANYI WANITA POPULAR: Stacy
PELAKON TV LELAKI POPULAR: Shah Iskandar (rasanya ramai termasuk dirinya sendiri tidak menyangka dia menang memandangkan calon2 lain yg sama kuat. Tetapi for me, dia memang layak. Sebab thn lepas dia mendapat pelbagai watak, watak yg buat org menyampah, kelakar, sedih dan kasihan. Walaupun ada sesetengah drama tu bukan pelakon utama tetapi wataknya tetap memberi impak)
PELAKON TV WANITA POPULAR: Siti Saleha
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Aaron Aziz
PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Siti Saleha
PENGACARA TV LELAKI POPULAR: Dato AC Mizal
PENGACARA TV WANITA POPULAR: Neelofa (Rancangan Nona TV3, Meletop ASTRO)
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: Johan (ERA FM)
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: Fara Fauzana ( from my opinion, so far she is the best)
ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Dato Rahim Razali

ANUGERAH ONLINE POPULAR:

CHEF SELEBRITI PALING POPULAR: CHEF WAN
GANDINGAN SERASI DI LAYAR : ZARA ZYA & AZLEE KHAIRI(Drama Love You Mr Arrogant)
ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL : DATO SITI NURHALIZA
WATAK JAHAT DALAM DRAMA/FILEM POPULAR : SOFFI JIKAN (No one can defeat him. He’s the best antagonist character. Tp baru2 nie Nampak drama dia kat astro jadi watak baik & dulu ada satu drama yg dia berlakon dengan Rita Rudaini & apa yg I boleh komen, dia pun juga berjaya melakonkan watak baik. Tapi still prefer die watak jahat)
ARTIS LELAKI STAILO : AWAL ASHAARI
AKSI YOUTUBE PALING POPULAR: MAT LUTHFI

PERSEMBAHAN:
OPENING:
Persembahan Mawi & Dato AC Mizal untuk lagu Haq. Majlis ABP thn ni (yg ditangguhkan dari tarikh asal kerana peristiwa MH370) dilangsungkan secara sederhana demi mengenangkan peristiwa MH 370. PERSEMBAHAN #1: Lagu Hijau Zainal Abidin nyanyian ramai2 artis (Zainal Abidin, Akim,Adira, Shahir, Dina dan beberapa lagi orang yg I tak tahu nama). Performance Nampak messy sikit. Rasanya if Zainal Abidin sorang je yg perform lagi better rasanya.

PERSEMBAHAN #2: Medley lagu drama slot Akasia TV3. Rindukanlah (ost Playboy Itu Suami Aku)  nyanyian duet En Mimpi/HyperAct. Di Pintu Syurga  (OST Ariana Rose) nyanyian duet Dayang Nurfaizah/ Romi (HyperAct). Hanya Aku (ost Teduhan Kasih) nyanyian duet En Mimpi/HyperAct/Dyg Nurfaizah. I LOVE THIS PERFORMANCE.

PERSEMBAHAN #3: Lagu Percayalah nyanyian Indah Ruhaila & Asmidar. Lagu ini didedikasi untuk MH370 dan juga anak2 seni yg telah pergi meninggalkan dunia.

PERSEMBAHAN #4: Gelisah Mimpi nyanyian Liza Hanim (first time tengok Liza Hanim perform sejak dia pakai tudung). Hanya Satu nyanyian Nora.(my karaoke song)

PERSEMBAHAN #5: Untukmu Ibu & Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang nyanyian Tegar (Indonesia)

PERSEMBAHAN PENUTUP: Duet Salamiah Hassan, Siti Sarah, Ayu Damit dan Alyah. Lagu Earth Song

IMG_20140524_231342

MY RATING:
9/10

Jika ada sesetengah novel, si hero akan berubah setelah berkahwin dan trus melupakan kisah dan azam yg dilafaz sebelum kahwin, tetapi Lelaki Sedingin Dia, si heronya masih dengan misi. Mungkin kerana dia memang sebenarnya lelaki berhati batu yg keras dan dingin. Apa2 pun, am enjoying reading Fawwaz/Andria story.

MY SUMMARY:

Fawwaz, bgnya perempuan ibarat barang untuk suka2 dan dispose selepas guna tetapi dengan syarat dua2 pihak bersetuju untuk bergembira. Kerana tidak mahu menerima pilah ayahnya, dia nekad melarikan diri pd hari pertunangan begitu juga dgn Andria yg tidak mahu menerima jodoh yg ditetapkan keluarganya. Keduanya bertemu ketika dalam perjalanan melarikan diri ke Cameron Highlands. Ketika di situ, satu insiden berlaku di mana Fawwaz hampir2 merosakkan Andria tetapi dia berhenti kerana prinsip mutual agreementnya dan pada masa itu Andria berada di bawah pengaruh alcohol. Fawwaz tidak menceritakan kpd Andria.

Andria tidak mahu menerima calon jodoh keluarganya kerana hidup lelaki tersebut yg terlebih social (kelab malam, perempuan dan arak) tetapi it happens, lelaki yg dijodohka untuknya ialah Fawwaz aka Hakim yg dikenalinya ketika di Cameron. Kerana tercabar dengan tuduhan Andria, Fawwaz menipu bahawa dia telah merosakkan Andria demi untuk mendapatkan persetujuan keluarga agar mengahwinkan mereka. Akhirnya dalam terpaksa Andria menjadi isteri Fawwaz.

Fawwaz tekad untuk memiliki Andria tetapi Andria berusaha menolak kerana dia tidak mahu menerima Fawwaz selagi suaminya tidak berubah. Well, aksi menggoda dan digoda menjadi rencah jalan cerita sehingga akhirnya Andria memberi kepercayaan kpd Fawwaz setelah melihat perubahan Fawwaz dan Fawwaz membersihkan namanya dengan menceritakan peristiwa  sebenar yg berlaku ketika di Cameron. Malangnya, ego Fawwaz lebih tinggi daripada perasaan dan hatinya. Setelah mendapatkan Andria sepenuhnya, dia akhirnya berbangga memberitahu Andria kejayaan misinya. Andria patah hati dan meninggalkan Fawwaz.

Pada awalnya Fawwaz tidak mengakui akan rasa hatinya tetapi setelah puas diasak Mike, akhirnya dia menyerah dan berusaha mendapat kemaafan daripada Andria. Setelah berdepan dengan kemarahan keluarganya dan keluarga mertuanya, dan akhir sekali isterinya, akhirnya kemaafan diperolehi dan dia berusaha untuk memperbaiki kehidupan dan menjaga keluarganya. Penghujung novel diceritakan kisah Andria berhadapan dengan kenakalan Fawwaz dan anak mereka,Imran.

IMG_20140524_231330

MY RATING:
8/10

Walaupun jalan cerita sweet dan menarik tetapi am still love her previous Muridku Suamiku. Permulaan cerita agak mengelirukan sedikit dan mengambil masa juga untuk memahami jalan cerita.

MY SUMMARY:
Andriana dipindahkan ke pusat pengajian tempatan kerana kedua orang tuanya tidak mahu dia hanyut lagi dengan kehidupan di negara luar. Di universiti tempat dia belajar dia berkawan dengan Joey, Mimi dan Sherry. Gayanya ala-ala Paris Hilton menjadi perhatian semua pelajar dan tidak kurang juga ada yg tidak menyenanginya. Lia, senior MPP selalu mencari pasal dengan Andriana dan semakin berdendam setelah mendapat tahu lelaki yg dipujanya, Wafiy melamar Andriana untuk dijadikan isteri. Wafiy/ Andriana menyembunyikan status dan bersama2 belajar untuk menerima diri masing-masing. Rahsia terbongkar dan demi menjaga nama si isteri, Wafiy mengaku di hadapan semua bahawa dia telah mengahwini Andriana.

Setelah tamat belajar, Wafiy mengajak Andriana tinggal serumah bersamanya. Ketika mendapat tahu Andriana mengandung, Lia bertindak dan menyebabkan Andriana keguguran. Walaupun kecewa tetapi mereka meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi campur tangan orang tua yg , well suka busy body hal org sedikit sebanyak mempengaruhi ibu Wafiy. Kerana telah 3 thn tidak dikurniakan cahaya mata, ibu Wafiy mengusulkan Lia menjadi isteri anaknya demi menyambung zuriat. Andriana pasrah tetapi Lia tidak berpuas hati. Lebih teruk, Lia mengadu di hadapan Wafiy bahawa Andriana menolaknya. Kerana kecewa dan tidak mahu apa2 terjadi lagi kpd kandungannya, Andriana meninggalkan segalanya.

Setelah 8 bulan menjauhkan diri, akhirnya Wafiy & Andriana bertemu lagi. Mereka berbaik dan bersatu semula tetapi itu merupakan khabar buruk buat Lia. Dia bertindak mencederakan Andriana agar dia mati bersama kandungannya tetapi Wafiy datang tepat untuk menyelamatkan isteri dan anaknya. Kerana takut, Lia lari tetapi dia dilanggar dan menyebabkan dirinya lumpuh. Anak Wafiy/Adriana selamat dilahirkan dan mereka hidup berbahagia sekeluarganya.

q
Adaptasi ke Drama Mac 2015
TV3| isnin-khamis| 630 pm – 7pm
Hero – Izzue Islam
Heroin – Ayda Jebat

MY RATING:
9/10
Jalan cerita menarik dan lari dari klise kahwin paksa. Kesengalan Eryna membuatkan cerita Nampak comel especially dengan selamba melamar Amar setelah menerima mesej Azlan dan tetiba dia sendiri menarik balik lamaran. Bertemu pula dengan Amar yg memang boleh tahan juga kesengalannya.

MY SUMMARY:
Kerana tidak mahu memalukan keluarga, Eryna melamar Amar untuk menjadi suami setelah Azlan, menghantar mesej memberitahu tidak dapat datang untuk majlis kahwin mereka. Ibu Eryna yg paling gembira kerana dia memang ingin bermenantukan Amar. Dengan bantuan kawannya, Sam, Amar di make over sehingga semua org terperanjat melihat penampilan baru Amar sebagai pengantin. Selepas selesai majlis, Eryna memberi cadangan kpd Amar, walaupun mereka telah sah menjadi suami isteri, dia ingin Amar memikatnya dan membuatnya jatuh cinta. Mereka balik ke Bandar meneruskan kehidupan dan pekerjaan masing2. Eryna masih berahsia kerana tidak mahu rakan serumahnya, Iman dan Anis memandang sinis kepadanya. Kehadiran Amar sbg jiran sebelah rumah menceriakan perjalanan cerita kerana teman serumah Eryna, Anis jatuh hati kepada Amar. Di hospital pula, Doktor Wani mengejar dan menghebohkan bahawa dia bakal isteri Amar kpd pekerja hospital dan melalui akaun Facebook. Azlan datang mengganggu dengan membawa ahli masjid bersama tuduhan Amar/Eryna melakukan maksiat. Azlan terpaksa menerima hakikat dia kehilangan Eryna setelah mendapat tahu Amar/Eryna sudah berkahwin. Eryna terpaksa menceritakan rahsianya kpd Iman kerana Iman telah mengetahui statusnya melalui abg saudaranya yg juga merupakan teman sekerja Amar. Lebih kecoh apabila kedua keluarga Amar/Eryna datang bermalam untuk membuat siasatan. Tetapi mereka berjaya meyakinkan ahli keluarga masing2 bahawa mereka masih dalam process suai kenal dan berusaha menerima diri masing2. Eryna terpaksa menghadapi kemarahan Anis yg ternampak Amar/Eryna di Pullman. Setelah puas sesi pujuk-memujuk dan bercerita, akhirnya Eryna dimaafkan dan dia pindah masuk ke rumah suaminya. Penghujungnya, mereka mengadakan resepsi perkahwinan mereka dan akhirnya Eryna memberitahu Amar akan sebab disebalik keberaniannya melamar Amar. Dia memberitahu bahawa dia sentiasa mimpikan Amar setiap malam menjelang hari perkahwinannya.

images

Update 22/6/2016
Novel ini diadaptasi ke drama

Tengku Raden Emraduddin (Kudin) – Amar Baharin
Tengku Edrina (Edrina) – Elizad Sharifuddin

MY RATING:
9/10
Kesengalan Kudin (Emran) yg mengusik isterinya pada mlm pertama dgn menghadiahkan kentut antara babak terbaik. babak pertemuan pertama mereka juga memang lucu.

MY SUMMARY
Sepertimana anak2 orang kaya yg terlebih kasih sayang dan terlalu bergantung dengan harta keluarga, begitulah kisah Edrina. Teman lelaki pula tidak pernah bertahan lama. Papanya seringkali mengarahkan dia menguruskan syarikat tetapi dia menolak dan menyuruh papanya mencari satu2nya sepupu lelakinya, Emran untuk mengambil alih syarikat. Pelan dibuat untuk menjodohkan Edrina dan Emran. Pertemuan pertama Emran/Edrina dicemari dengan sesi bertikam lidah dan membalas dendam. Gelaran si kolot memang sudah sebati dalam sesi tikam lidah mereka. Akhirnya mereka dikahwinkan demi untuk pewaris syarikat keluarga. Selepas kahwin, Edrina terpaksa mengikut suaminya tinggal di kampung kerana Kudin (Emran) tidak mahu tinggal di Bandar. Sepertimana novel2 dan drama2, permulaan kisah mereka mmg penuh tikam lidah,buli-membuli dan semua ada. Edrina yg banyak songeh dan merungut terpaksa melayan Kudin yg memang sengal dan kuat menyakat. Akhirnya, mereka menjadi suami isteri zahir dan batin. Ujian terbesar mereka ialah Lisa yg tetiba je berminat dgn Kudin setelah mengetahui asal usul Kudin. Sebelum ini dia menolak Kudin kerana bgnya Kudin tiada masa depan. Sesi menggoda berjaya menggoyahkan rumah tangga Kudin/Edrina. Kemuncaknya, kerana Lisa, Kudin/Edrina kehilangan anak yg baru 3 bulan dalam kandungan dan Kudin kehilangan Edrina yg berputus asa. Demi cinta, Kudin berubah menjadi Emran. Dia menyerahkan urusan lading dan kolam ikan kepada sahabatnya Mokhtar dan dia mengambil alih syarikat keluarga. Sesi memujuk/menggoda Edrina dijalankan sehingga akhirnya Edrina menerima dan memaafkan dirinya. Penghujung novel diceritakan mereka dikurniakan sepasang kembar (si anak lelaki sebijik perangai si bapa manakala si perempuan sebijik perangai si emak), anak kedua mereka lelaki dan Edrina sedang mengandung lagi.