Archive for November, 2014

IMG_20141123_162629

MY RATING:

8/10
sesuatu yg baru cuba diketengahkan penulis dan berjaya menarik minat agar terus membaca novel ini sehingga ke habis. Sejujurnya I jealous dengan Siti Shafura sepanjang membaca novel ini. Dalam zaman serba moden dan sahabat2 yg sentiasa up to date dgn fesyen terkini, dia masih mengekalkan sikap muslimah sejati. Selalunya novel kahwin paksa adalah atas aturan keluarga dan perangkap tangkap basah which is I da muak membacanya (kecuali jalan cerita tidak sama), tetapi novel ini sebaliknya si perempuan yg meminta lelaki utk mengahwininya atas sebab untuk menghalalkan hubungan mereka kerana Siti tidak mahu terlalu bersentuhan dengan lelaki yg bukan muhrimnya ketika menjaga Eshaq. Well done penulis kerana berjaya mengetengahkan elemen dakwah di dalam novel ini. Antara babak menarik/menyentuh perasaan:

  1. Siti melamar Eshaq menjadi miliknya walaupun dia sendiri tidak yakin akan nasib dirinya setelah perkahwinan
  2. Geram dengan sikap Eshaq ketika ibu Siti meninggal dunia. Ketika orang disekeliling meminta dia menemani Siti menghadapi saat sukar, dia hanya berdiam diri dan bereaksi seolah2 tiada apa yg berlaku. Dia bertuah kerana Siti memahami mengapa dia berbuat demikian. Siti tahu akan kerisauan Eshaq yg masih belum bersedia memaklumkan status mereka kpd orang lain
  3. Sedih ketika keluarga angkatnya (keluarga Suzi/Eshaq) menuduh dirinya setelah Datin Julia membongkar dia dan Eshaq tinggal bersama. Walaupun Suzi/Eshaq cuba menceritakan perkara sebenar ttp sikap marah menguasai menyebabkan Eshaq bertindak membawa Siti pergi dan tidak kembali ke rumah tersebut.
  4. Kelakar bila Siti Safiya, anak Siti/Eshaq meminta mereka berdua membeli adik bagi dirinya.

    RINGKASAN NOVEL

    Tugasan yang diberikan pensyarah berkisar mengenai lelaki gigolo dan tugasan ini menemukan Siti Shafura dan Eshaq Hakimi yg juga merupakan abang Suzila, sahabatnya. Walaupun Eshaq mengikat kontrak menjadi escort guy untuk datin2 tetapi dia tidak pernah sampai ke bilik tidur. Eshaq gemar menyakat dan menyakiti hati Siti kerana sebelum itu mereka pernah bertemu di mana Siti telah mengotorkan baju kesayangannya. Eshaq turut mengambil kesempatan mengenakan Siti setelah keluarganya mengisytiharkan Siti sebagai anak angkat mereka. Siti dikenali sebagai seorang yg menjaga pergaulan, percakapan dan perbuatannya disenangi kawan2nya dan ahli keluarga mereka termasuk ibu bapa Suzila. Eshaq pula kerana kecewa dengan perempuan yg pernah meninggalkannya setelah dia berbelanja habis untuk perempuan tersebut mengambil jalan mudah dengan menjadi escort boy dan mengikis duit mak datin2 yang curang kepada suami mereka.

    Jodoh mereka diperkuatkan lagi dengan ikatan perkahwinan yg tidak pernah diminta oleh keduanya. Eshaq ditimpa kemalangan jalan raya yg menyebabkan dirinya hampir lumpuh tidak boleh bergerak. Kedua ibu bapa dan adiknya Suzi berada di tanah suci Mekah. Suzi meminta bantuan Siti menjaga abangnya tetapi Siti serba salah kerana dia sedar dalam proses menjaga Eshaq banyak aurat lelaki yg tidak sepatutnya menjadi tatapannya akan terdedah. Semua orang disekeliling mengharapkan bantuan darinya kerana hanya dia sahaja mampu mengawal Eshaq. Akhirnya, setelah beristikharah dan berdoa, dia mengambil keputusan nekad melamar Eshaq menjadi yg halal buat dirinya. Eshaq yg pada mulanya menolak tetapi terpaksa akur setelah mendengar alasan Siti tetapi memberi syarat bahawa perkahwinan mereka tidak boleh diketahui orang ramai walaupun kedua ibubapanya.

    Berkat jagaan Siti, Eshaq hampir pulih. Kembalinya kedua ibubapanya dari Mekah memisahkan mereka tetapi Siti sentiasa mencari jalan untuk menguruskan segala keperluan suaminya. Sikap tenang Siti akhirnya membuka hati Eshaq. Dia mula berubah untuk mendalami ilmu agama dan berusaha menjadi suami terbaik untuk Siti. Dia akan berterus-terang kepada kedua ibubapanya setelah segala masalah diselesaikan. Sebaliknya, Datin Julia (pemegang kontrak) datang mengugut kerana Eshaq masih ada beberapa bulan lagi untuk berkhidmat  kepadanya. Datin Julia membongkar rahsia dan mengecewakan hati kedua ibubapa Eshaq kerana salah sangka. Eshaq merajuk setelah tidak diberikan peluang untuk menjelaskan segalanya dan membersih nama isterinya.

    Atas bantuan semua yg menyokong Siti/Eshaq, akhirnya semuanya kembali sediakala dan keluarga tersebut kembali bersatu. Ayah Eshaq bersetuju membantunya membayar hutangnya kepada Datin Julia dan Datin Julia tidak lagi mengganggu. Eshaq/ Siti dikurniakan anak perempuan dan keinginan Siti untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarga mereka tidak dipersetujui Ehsan. Ehsan menerima nasihat sahabat baiknya dan menimbangkan semula keputusan untuk menambah bilangan ahli keluarga. Siti terharu setelah mendengar cerita dari sahabat suaminya akan sebab kenapa suaminya enggan menambahkan bilangan ahli keluarga mereka. Suaminya trauma setelah melihat sendiri keadaan dirinya ketika melahirkan anak pertama mereka. TAMAT.

IMG_20141123_162556

MY RATING:
7/10

Permulaan jalan cerita suam-suam kuku. Memang ada babak menarik tetapi tidak dapat mengekalkan momentum pembacaan. Pertengahan cerita ketika Amna sudah membuat keputusan memilih Ahfan menjadikan jalan cerita ok sikit sementalah dengan hatinya berbelah bahagi antara perasaannya terhadap Ahfan dan Redza. Kehadiran Dayang yg meminta Amna untuk membantu mendapatkan semula Redza dan sikap sebenar Ahfan setelah Amna mengenali dirinya lebih dekat memberi konflik di dalam diri Amna.

Kredit untuk Amna kerana walaupun tahu anak yg bakal dilahirkan mengalami down syndrome tetapi dia tidak pernah melatah malah menjadikan dirinya tabah dan kuat lebih2 lagi untuk berdepan dengan Redza yang pada mulanya enggan menerima kenyataan tentang keadaan anaknya.

RINGKASAN NOVEL:
Atas bantuan Syakira (kakak Amna dan kekasih arwah abangnya), Redza memikat hati Amna. Dia menerima Amna bukan kerana cadangan Syakira tetapi hatinya turut terpikat dengan Amna sejak kali pertama bertemu walaupun pertemuan tersebut bukanlah yg manis. Amna pula menjadi rimas apabila Redza meminangnya di pejabat atas alasan tidak tahu alamat rumah Amna. Amna menolak dengan memberi alasan dia sudah bertunang sambil menunjukkan cincin di jarinya (dikutip ketika berjalan di pantai dan bertembung kekasih yg sedang bergaduh dan si perempuan membuang cincin). Sebaliknya penolakan Amna menggembirakan hati Redza dan dia memberitahu tunang yg dimaksudkan Amna ialah dirinya kerana cincin itu ditempah khas olehnya untuk cinta hatinya.

Pelbagai peristiwa lucu dan menarik dalam cubaan Redza mencuri hati Amna. Amna pula konflik diri kerana rasa hatinya terhadap Ahfan (dia sukakan Ahfan dan yakin Ahfan pun mempunyai rasa yg sama) dan permintaan Dayang untuk dirinya membuat perkara yg tidak disukai Redza agar Redza mengalah dan Dayang boleh kembali kepada Redza. Setelah semua itu, akhirnya Amna memilih Ahfan kerana baginya Redza dan kakaknya telah menipu dirinya setelah dia melihat gambar Redza dalam simpanan Syakira. Redza pasrah dan walaupun begitu dia tetap tidak menerima Dayang dalam hidupnya.

Redza dan Syakira menerangkan segalanya kpd Amna bahawa lelaki di dalam gambar tu arwah Radzi, abg Redza dan kekasih kakaknya. Amna sedar dan yakin bahawa dia jatuh cinta kpd Redza. Ahfan mengalah kerana dia turut merasakan bahawa Amna tidak mungkin bahagia bersamanya. Redza/Amna berkahwin dan hidup berbahagia. DUgaan menimpa setelah kandungan Amna disahkan mengalami syndrome down. Amna redha dengan ujian sebaliknya Redza sukar untuk menerima kenyataan kerana merasakan segalanya tidak adil Dia teringat segala dosa2 yang telah dilakukan dan berasa bersalah kerana Amna dan anaknya yang menerima hukuman di atas kekhilafan dirinya. Atas nasihat sahabat, dia sedar bahawa dia sepatutnya bersama2 isterinya menempuhi ujian. Kehadiran anak mereka diterima baik oleh ahli keluarga kedua2 pihak. Walaupun orang sekeliling sukar untuk menerima kehadiran anak mereka tetapi bagi mereka cukuplah mereka sentiasa bersama dan menyediakan segalanya untuk anak mereka agar si anak bersedia menghadapi dunia luar.

IMG_20141123_162613

MY RATING:

7/10
ada jalan cerita tetapi tidak dapat mengekalkan momentum untuk terus membaca tanpa henti. Memang menyampah jugaklah dengan Haziq. Terlalu percayakan orang sehingga menyakiti hati orang sekeliling dia. So, tidak boleh jugak menyalahkan Syafiq yg mengambil kesempatan di atas sikap terlalu percaya dan panas baran Haziq. Hajira pula terlalu baik dan pasrah dengan apa yg berlaku tanpa cuba sehabis baik untuk membetulkan segalanya. I love watak Qasyidah Ayuni dan Zarif.

RINGKASAN NOVEL:
Syafiq berdendam dengan Hajira. Dulu dia pernah mengenali Hajira tetapi dia merosakkan kepercayaan Hajira apabila cuba merosakkan Hajira. Zarif, abang saudara Hajira telah menyelamatkan Hajira dan menumbuk Syafiq. Pertemuan semula mereka bermula apabila Hajira menyerangnya kerana telah melukakan hati sahabatnya Dania yg begitu cintakan Syafiq. Sejak itu, Syafiq membohongi Dania dan semua di sekelilingnya untuk menyakiti Hajira dengan mengatakan Hajira tergila2kan dirinya dan berkawan dengan org kaya kerana harta.

Kerana dendam terhadap Hajira dan sakit hati terhadap Haziq yg hampir berjaya menghidu perbuatan jahatnya, Syafiq merancangkan sesuatu sehingga mereka berdua ditangkap dan dikahwinkan. Haziq yg telah dihasut Syafiq tidak dapat menerima Hajira dan melayannya dengan teruk. Hanya kpd Qasyidah Ayuni , Zarif dan Jamilah tempat Hajira mengadu.

Muncul Maisara, bekas tunang Haziq menuntut Haziq semula dan sanggup menjadi madu Hajira. Penat dengan semuanya lebih2 lagi Haziq menuntut haknya akibat rasa cemburu, Hajira nekad meninggalkan semua dan pergi ke luar negara membawa diri. Dia hanya memberitahu keadaannya kpd Zarif dan berpesan kpd Qasidah untuk menghubungi Zarif sekiranya memerlukan bantuan.

Rahsia terbongkar setelah Syafiq tertangkap dan dipenjara. Semua orang rasa bersalah dan mencari Hajira. Maisarah datang meminta maaf dan menjelaskan kpd Haziq akan rancangan yg dicadangknnya terhadap Hajira. Maisarah undur diri. Haziq ke kampung dan menjelaskan segalanya kpd keluarga Hajira dan berjanji membawa Hajira balik. Sofie, sepupunya yg mempunyai perasaan terhadapnya merumitkan keadaan. Atas bantuan Qasidah Ayuni dan Zarif, dia dan Hajira kembali bersatu dan Sofie bersama ibunya tidak mengganggu mereka. Akhirnya semuanya berbahagia dan Hajira gembira kerana niatnya untuk menjodohkan Qasidah Ayuni dan Zarif berjaya,

ANUGERAH SKRIN 2014

Posted: November 8, 2014 in Entertainment
Tags:

PENGACARA      : FAHRIN AHMAD

TURUT DIBANTU : ZUL ARIFFIN (hensem), TASHA SHILA, SHUKRI YAHYA (hensem), FARA FAUZANA, NABILA HUDA (clearkan bahawa dia sudah berbaik dgn ayahnya), AMYRA ROSLI dan FIZA SABJAHAN

PENYAMPAI ANUGERAH : Nurfarahin Jamsari, Vanida Imran, Farit Ismeth Emir (OMG…die bapak DJ Fuzz. I baru tau), Ahmad Tarmimi Siregar, Rashid Sibir, Umie Aida, Amy Search, Ziela Jalil, AR Badul, Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Jalaludin Hassan

PERSEMBAHAN:

  1. Pembukaan – Dikir Barat by DJ Fuzz & the gang
  2. Muzikal Drama – Erma Fatima, Aziz M Osman, Nora Danish, Izreen Azminda, Nur Fathia, Johan Asari, Nazeem Othman, Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Michael Ang, Norlia Ramli..
  3. Persembahan oleh Azlan Typewriter (Lagu Jerat Percintaan – Siti Nurhaliza) , Black (Lagu Kesuma Hati – Ziana Zain) dan Hafiz (Lagu Bunga-Bunga Cinta – Misha Omar)
  4. Muzikal Teater Lagenda – Ebby Yus, Adlin Aman Ramli, Achey, Emilda Rosmila
  5. Persembahan tarian kebudayaan oleh Stacy (Lagu Cindai- Siti Nurhaliza)
  6. Penutup – Ella

SENARAI PEMENANG

Filem Terbaik : Tanda Putera

Drama Terbaik: Matahari Terbit Lagi – TV Al Hijrah

Drama Premium Terbaik : Karlos Bolos – TV3

Drama Rantaian Terbaik : Ummi – TV3 (sedih cite nie)

Pengarah Terbaik (Filem) : Datin Paduka Shuhaimi Baba – Tanda Putera

Pengarah Terbaik (Drama) : Azeli Mohammad – Matahari Terbit Lagi (TV AL-HIJRAH)

Lakon Layar Terbaik : Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)

Lakon TV Terbaik : Eenaz Mokhtar – Matahari Terbit Lagi (TV Al-Hijrah)

Videografi Terbaik Drama: Mohammad Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi) – TV ALHIJRAH

Drama Bersiri Terbaik Media Sosial :Ariana Rose – TV3

Drama Komedi Bersiri Terbaik : Nasi Ayam Duda – RTM 2

Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) : Bront Palarae – Psiko Pencuri Hati (He deserve it)

Pelakon Wanita Terbaik (Filem) :Sharifah Amani – Psiko Pencuri Hati (Die memang amazing performance dalam movie nie)

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Anuar Chew Abdullah – Matahari Terbit Lagi : TV Al Hijrah (hope TV Al-Hijrah siarkan semula drama ni. Nampak menarik jer)

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) : Puteri Balqis – Balqis:TV3 ( This little girl was amazing. Setakat nie semua lakonan die superb)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) : Zizan Nin – Tanda Putera (I love his acting in this movie)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) : Natasha Hudson – Lemak Kampung Santan (personally I prefer either Fazura (Kami Histeria) or Izara Aisyah (Sejoli) yg menang cz I x suke sgt Lemak Kampung Santan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) :Namron – Balqis : TV3

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama): Nabila Huda – Balqis : TV3 (I love this drama. Sedih and I love her character in this drama)

Rancangan Hiburan Terbaik : Rockestra – TV9

Rancangan Realiti Terbaik :Bintang Mencari Bintang Musim Kedua (Konsert Akhir) – TV3

Rancangan Anugerah Terbaik : Anugerah Juara Lagu 28

Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik: Dengan Basikal Aku Menjelajah (TV AL-HIJRAH)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: MHI- Misi Mencari MH 370 (TV3)

Laporan Khas Berita Terbaik :Buletin Utama – Kuda Kelate (TV3)

IMG_20141107_213148

MY RATING

9/10
My first impression with this novel , thanks to penulis kerana tidak focus pada cinta melankoli yg kadang2 membuatkan I bosan untuk membaca novel sebab sekarang ni hampir semua novel penulis2 baru lebih kurang sama tema dan plot. Tetapi I love this novel kerana jalan ceritanya. Kerana dendam, tamak dan dengki manusia, sebuah keluarga bahagia musnah. Usaha anak bongsu menyatukan keluarga seperti amanat arwah ibunya hampir menemui kegagalan sehingga dia sendiri mengalah. Kekuatan karakter Edlynn, Tuan Firdaus, Ikmal, Adam, Asyraff, Mike dan orang2 di sekeliling mereka membentuk jalan cerita yang menarik.

Paling seronok membaca kisah Edlynn mengayat Ikmal, sikap ego Adam/Asyraff untuk menerima kehadiran adik mereka, dan sikap pelindung Bob (bodyguard Edlynn) dan Mike. Paling kelakar babak Ikmal melamar Edlynn dalam keadaan dia jatuh motor tepi jalan.

Sejujurnya masa baca novel ni terbayang banglo ala2 dalam cite Latin yg besar and jealous dengan anak2 Tuan Firdaus yg mempunyai bodyguard masing2.

RINGKASAN NOVEL
Tuan Firdaus/Kaseh – Pasangan bahagia yg terpisah kerana dengki orang ketiga yg memusnahkan kepercayaan. Adam/Asyraff dibesarkan Tuan Firdaus manakala Edlynn bersama Kaseh sementalah Tuan Firdaus meragui akan status Edlynn. Kaseh dituduh ditangkap curang bersama Ustaz. Kebenarannya, semua itu angkara perbuatan jahat Maria dan Irfan yang gilakan harta Tuan Firdaus. Lebih menyakitkan hati, Tuan Firdaus berasa bersalah kerana menuduh arwah isterinya. Irfan telah merogol Kaseh dan ini menyebabkan Kaseh berasa bersalah terhadap suaminya dan memilih perpisahan. Penghujung novel, Tuan Firdaus mengahwini kawan baiknya dan Kaseh yang telah lama memendam perasaan terhadapnya iaitu Safi.

EDLYNN/ADAM/ASYRAF – Tiga beradik yang menjadi mangsa. Adam/Asyraf pada mulanya tidak menerima kehadiran Edlynn kerana telah diracuni Maria akan kejahatan ibu mereka. Setelah mengetahui kebenaran, mereka berusaha untuk membaiki hubungan mereka. Setelah segala kekusutan selesai, mereka kembali seperti semasa mereka kecil2 dulu.

EDLYNN/ IKMAL – Edlynn jatuh cinta pandang pertama dengan Ikmal. Ikmal turut tertarik dengan Edlynn tetapi pada masa yg sama tidak yakin kerana Edlynn muda dari dirinya. Akhirnya, setelah beberapa aksi ayat-mengayat dan beberapa perkara menimpa, akhirnya mereka dikahwinkan.

EDLYNN/MIKE/BOB – Bob ialah bodyguard yg diupah untuk menjaga keselamatan Edlynn. Mike merupakan pelindung, teman Edlynn dan sentiasa ada di saat diperlukan sehingga hampir mengorbankan nyawa sendiri ketika dia bersama2 Edlynn melarikan diri dari penculik.